Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 12 July 2012

Dia merajuk.........


Abah adam ke pintu dan mahu keluar kerana ada sedikit urusan yang tak berapa rasmi dia tu.. Adam pulak ikut abahnya dari belakang dan terus pakai selipar. Dia ingat abahnya nak ajak dia sekalilah tu. Bila abah dia cakap, "Adam nak gi mana? Adam tak yah ikutlah..Nanti abah belikan aiskrim kat adam yer," janji abahnya. Apalagi terus Adam merajuk dan masuk balik dalam rumah dan buat muka rajuknya. Abahnya nak mintak salam pun dia tak nak. Comelnya kamu merajuk wahai anak......


Ibunya inilah jugak yang kena pujuk. Memang lepas je abah dia keluar tu, terus dia menangis dan tarik-tarik aku suruh kejar abah dia. Aku biarkan dia menangis seketika, lepas tu baru aku peluk dan pujuk dia... 


Akhirnya dia tertidur dalam dakapan ibunya yang tersayang ni.. Hihik.. Camtulah nak pujuk dia.. Biarkan dia melalak berlagu tangisannya sekejap dan barulah pujuk dia. Lagi satu kalau dia buat perangai sebab dia mengantuk... Itu yang tertidur nih.. :)

Nota : Bila tengok jumlah comment sepanjang berblog ni, sungguh aku rasa terharu. TERIMA KASIH kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke sini dan menjadi pengomen terhebat Cerita Hati ku ini. Niat di hati memang nak hadiahkan sesuatu sebagai tanda persahabatan dalam dunia maya ni cuma belum berkesempatan lagi. InsyaAllah selepas raya nanti yer..!! Terutama P#eonix@Naz, Chicna dan Adam Hawa sebab jadi top 3 commentar Cerita Hati setakat ni. Thanks yer kerana sentiasa meyokong penulisan Cerita Hati ku ini.  :)  

6 Komen Cerita Hati:

are_lin@yu said...

alahai siannya adam..sabar erk...nanti abah balik..hehe

IntaNBerliaN said...

ololooo siannya adam... nsb ada ibu pujuk yer :-)

Chic Na said...

kesian pulak tgk muka adam tido tu. huhu.. nanti kena bawak dia jalan2 la sbg ganti. :)

P#eoniX said...

alahai...makin segan pulak haku dibuatnya....akuh koment pon pasalmemang niat kat hati nak jadik sahabat maya dan berkongsi pendapat...mane tau kalau hade yang ngam idea tuh...n'way...silent reader tuh lagik ramai...hehehehe....cume x sempat nak komen jer....lek lar....peace!!!

Cikrosecute said...

Merajuk duk belakang pintu ke? hihihi sweet jer..

Masya said...

hihihihi.. lawak jer.. muka gitu.. mmg budak² macam tu.. bile mengantuk jer.. meragamlah.. mulelah ade jer.. yg x berkenankan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute