Alhamdulillah.. sudah selesai minggu pertama sesi persekolahan 2016. Abang adam sudah darjah 1 tahun ni. Ibu mana yang tidak teruja bila anak dah mula sekolah rendah. Perasaan tu lain sikit dari masa dia masuk tadika 3 tahun lepas. Kali ni teruja tu lebih sikitlah.. Tengok anak beruniform putih berseluar biru ke sekolah, terasa dah semakin besar anak ibu rupanya.
Adam mula orientasi pada khamis 31/12/2015 dan hari tu juga ada peperiksaan untuk penentuan kelas. Alhamdulillah, kata abang adam dia buat dengan baik dan boleh jawab. orientasi 3 minggu dan lepas tu barulah cikgu tentukan dan tukar semula kelas mana yang anak-anak akan duduk. Adam di kelas kedua sekarang ni.
Alhamdulillah.. ibu doakan moga anak ibu membesar dengan sihat dan kuat dan menjadi anak yang soleh dan berjaya.
Bila anak dah sekolah ni, ibu kena rajin bangun lebih awal dan sediakan bekal. Nota kecil tu memang dari awal lagi saya dah niat nak buat setiap kali buat bekal. Nota nasihat dari ibu.. semoga dia rasa ibu dekat di hati dia. Hihi. Alhamdulillah.. sejak hari pertama tu, balik je sekolah dia akan simpan nota cinta ibu dalam balang. Dia simpan dalam poket baju nota ibu tu.. balik baru simpan. :)
Sepanjang minggu pertama bersekolah ni, saya tak pergi jenguk pun dia. Hari orientasi hari tu je saya pergi. Abahnya pun hanya dua kali pergi tengok dia di waktu awal pagi tu. Alhamdulillah.. abang adam dah boleh sesuaikan diri. Tahniah abang adam. Semoga abang adam membesar dengan baik dan jadi anak yang baik.
Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.