Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 4 August 2012

Abah belanja Ayam Kepsi...


Semalam.......... Kami makan ayam kepsi (kfc). Ingatkan nak berbuka puasa kat luar terus tapi saya masak jugak dan berbuka dulu di rumah. Goreng bihun je pun... Lepas dah magrib, barulah keluar makan ayam pulak. Dalam pukul 8.30pm jugaklah keluarnya dari rumah. 
 Adam suka sangat dapat makan ayam kepsi ni. Tapi yang spicy tu memang pedas sungguh.. Pedas desit orang ganu kata.. Saya pun makan dalam terpaksa je.. Sedap lagi spicy macam biasa kan.. hehehe..
Sebelum balik rumah sempat lagi singgah tengok kasut.. Tu yang berhasil rembat dua pasang sebab ade offer kat vern tu.. Dua pasang ni = RM30. Murah tak? :)

Sebenarnya ada cerita yang menyentuh hati saya..........
Dalam keseronokan saya keluar untuk makan tu, saya ternampaklah seorang pakcik sedang gigih mengumpulkan kotak, tin dan kertas masuk dalam keretanya berdekatan dengan tempat parking kereta kami. Sangat tersentuh hati saya saat melihat keadaan itu. Saya rasa macam sayu pulak bila lihat pakcik tu masih gigih mencari rezeki sedangkan saya nak pergi makan. Sungguh rasa bersyukur sangat dengan hidup saya sekarang walau tak mewah tapi cukup segalanya. Alhamdullilah... Saya selalu jugak ajar Adam untuk bersedekah bila tiap kali ke pasar malam bila ada yang memerlukan. Tapi sebenarnya kan, saya rasa lagi sedih bila teringatkan ayah dan bonda saya. Saya sedih sebab buat masa ni saya tidak mampu lagi memberikan mereka kemewahan. Jika ada sikit saya berilah jugak sikit pada mereka.  Selebihnya saya hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka. Bonda saya pernah berkata, "bukan harta mahupun wang ringgit yang mak nak dari anak-anak, cukuplah kalau anak-anak bahagia dan ingat dekat mak". Memang saya sebak bila mak saya pernah katakan itu kepada saya satu ketika dulu bilamana saya mengadu padanya yang saya kecewa tidak lagi mampu berkerjaya seperti yang saya impikan. Ya Allah, lindungi dan kasihanilah Ibu Bapaku dan panjanglah usia mereka. Murahkanlah rezeki mereka dan rezeki kami.. Amin..

Terpaksa Lepaskan ia........


Hari ni..... Hari yang sedih bila terpaksa lepaskan dan memberikan ia kebebasan di dunia yang lebih besar buatnya  setelah sekian lama tinggal dalam akuarium kami. Ia dah besar dan sudah tak muat akuarium kami tu, makanya adalah lebih baik lepaskan ia ke sungai yang lebih besar dan bebas untuknya bergerak. Saya sedih sebenarnya kerana hampir setahun lebih kami pelihara ia, si "PUTIH". Mulanya Adam kata, "Tak payah lah abah, kesian dia". 

Tapi disebabkan ruang akuarium tu dah semakin sempit dan si putih tu pun semakin agresif yang suka melompat hingga terpercik air. Udah ler belakang tu ade plug dan banyak wayar.. Kalau air silap terpercik ke situ kan tak ke haru biru nanti ter'karen'. Takpelah......... mungkin ini yang terbaik untuk putih.. Sob.. sob.. sob... Pasti rindu akan gelagat putih dalam akuarium tu. Apa yang saya perhatikan, putih ni macam berjiwa sikitlah. Yelah sebabnya kan bila ia lapar, ia pandang je tuannya (abah adam) dan naik-naik ke atas sambil nganga mulut. Tapi dengan adam, putih cukup marah. Tiap kali adam pergi dekat dengan akuarium tu ia akan melompat macam tunjuk marah dan habislah terpercik air. 

Putih dah besar sangat kot sebab tu dia semakin agresif dan demand ruang yang lebih luas.. 
Semoga Putih selamat dan hidup bebas di sungai nanti.. Selamat Tinggal Putih...... Hati-hati dengan ikan yang lebih besar yer Putih!! So.. sob.. sob.. :'(
-Inilah 'Putih' yang dulu kecik je masa mula-mula dipelihara-
 Adam dekat akuarium. Dulu, Putih tak berapa agresif lagi. Nampak tak yang masa ni Putih masih banyak lagi ruang untuk bergerak.
 Dah siap untuk dilepaskan......... SELAMAT TINGGAL PUTIH. Semoga Putih selamat dan gembira di tempat tinggal yang baru yang lagi besar ni dan sememangnya habitat Putih sepatutnya kan.. :)
  Putih nampak macam seronok berenang  di tempat tinggal yang baru. Perlahan-lahan ia hilang dari pandangan mata dan terus berenang ke dalam sungai.
Ini budak yang teman Abahnya lepaskan si Putih.

-Video kenangan Putih-

Putih kami ni adalah sejenis ikan kaloi.. Putih ni tak mahu bercampur dengan ikan lain dalam satu akuarium tau. Pernah abah adam belikan ikan lain dan letak sekali dengan Putih, tapi mati ikan lagi satu tu kena belasah dek Putih ni... Hampir setahun lebih Putih ni menjadi peliharaan kami. Bila ditinggalkan lama sebab kami balik kampung pun, Putih masih berkeadaan baik. Sebelum kami balik kampung, kami hanya tinggalkan ikan-ikan yang kecil sahaja dalam akuarium tu untuk bekalan makanannya sepanjang kami takde di rumah. Lasak jugak Putih ni mampu bertahan. Tapi kan lepas je balik dari kampung dan bila nak bagi dia makan, Putih ni macam merajuk tau. Ia tak akan makan sangat makanan yang baru diberi tu. Esoknya pulak baru dia makan.. Sebab tu saya kata berjiwa sikit Putih ni. Hihik.. :)

Friday 3 August 2012

Apa erk nak masak hari ni?


Sepanjang bulan puasa ni kan, saya agak tak berapa reti nak fikir nak masak menu apa untuk berbuka. Pernah jugak saya masak menu yang simple je.. Bila pergi ke bazar ramadhan pulak kan, saya macam tak tahu je nak beli ape.. Balik-balik beli makanan yang sama iaitu daging bakar dan kuih-muih sikit. Lepas tu balik... Hihik.. Nak beli lauk memang rasa macam dah kecewa sebab terkena lauk yang basi. Frust je tekak saya yang nak makan lauk tu masa tu. Sudahnya baik masak sendiri je.. Tapi hari ni macam malas pulak nak memasak.. Tekak ni macam nak makan kat luar je.. Harapnya Abah Adam bawak ler belanja berbuka puasa kat luar hari ni. Hahhaha... Boring jugak asyik masak je kan.. :) 

Opps.. kenapa saya pulak hari ni ye?? Hehehe.. Ok.. Sebenarnya semasa saya mula-mula berblog dulu, saya memang guna kata 'saya' sebagai ganti nama. Kemudian saya tukar kepada 'aku' untuk lebih rasa ada feel dalam menulis.. Tapi bila difikirkan balik, rasa macam tak kena pulak dan mungkin ada yang rasa kurang senang. Lagipun umur saya dah semakin meningkat ni dan sudah jadi ibu, rasanya nak bertukar kembali menulis dengan menggunakan kata ganti 'saya' lah.  Ok kan?? Rasanya itu lebih kena dengan jiwa saya sekarang ni.. :)

p/s : Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa yer!!! Saya mohon maaf andai ada penulisan saya sebelum ni ada yang buat sesiapa terasa hati ke ape.. Maafkan saya.. Ambil mood nak raya ni. Nanti raya mintak maaf lagik.. :)

Nota : Malam ni akan cuba buat biskut raya dengan si kecik saya, Adam. Dari semalam lagi dia ajak dan abahnya pun nak tolong jugak. Biskut raya pilihan saya untuk cuba buat tahun ni ialah biskut dahlia, cornflakes, sarang semut, nestum kelapa dan cornflakes madu. Adam pulak request nak biskut bentuk bulan dan star.. Haha.. Acuan terap star pun takde. Kena pi beli dulu la nampaknya.. :)
Korang dah mula buat biskut raya belum?

Wednesday 1 August 2012

Ayam Goreng Berempah


Aku memang jarang buat ayam goreng berempah ni.. Ingatkan tak menjadilah tadi.. Tapi berhasil jugak.. Aku ni belajar masak dan suka cuba macam-macam resepi bila dah jadi bini dan mak orang lah. Hihik... Jadi kepada yang tak pandai masak sebelum kawen tu janganlah risau sangat, nanti akan pandai je masak asalkan ada keinginan nak cuba dan belajar buat.. Menu berbuka puasa hari ini simple je. Ayam goreng berempah + Gulai terung + Nasi putih + Sambal belacan...
Resepi : Ayam Goreng Berempah
Sumber asal resepi : Resepiraidah

1 ekor ayam
5 ulas bwg putih *
2 biji bwg besar *
1 inci halia *
5 batang serai *
1 sudu besar biji ketumbar - sangaikan dan tumbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sdt serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa

1) Bahan bertanda * dikisar dan digaul bersama dengan bahan-bahan lain dan perapkan dengan ayam. Kemudian goreng hingga masak. ( Ku perap dalam 4 jam kot.. hehhee)

SELAMAT MENCUBA!!

Muqaddam untuk Adam


Sudah lama aku nak belikan dia Muqaddam. Hari ni pergilah kami mencari kat kedai buku. Masuk dua buah kedai, baru jumpa jenis muqaddam yang dicari. Ada dijual kat Kedai Buku Galeri Hidayah yang memang banyak jual buku-buku agama. Yang aku beli ni pun dah last stok.. Tu yang beli jelah sebab adam pun dah berkenan. InsyaAllah aku akan cuba latih dia. Takpelah walaupun sebutan bacaan dia masih pelat lagi, apa yang penting menggalakkan dia kan. Dia pun macam dah menunjukkan minat nak belajar mengaji. Bila nak makan pun, dia berusaha jugak nak ikut sama baca doa makan walau ada pelat sebutnya. 
 -Harga RM15 tapi Tuan kedai tu bagi diskaun dapatlah RM14. Muqaddam ni keluaran Pustaka Darul Iman-
Apa yang menariknya Muqaddam ini ialah ada terjemahan bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa jawi serta bergambar. Sambil mengajar adam, aku pun boleh belajar faham sama jugak. InsyaAllah, aku pun akan cuba berusaha untuk berubah menjadi Hamba-NYA yang lebih taat.

Tuesday 31 July 2012

Terharunya bila dia kata sayang!!


Sedang si dia asyik melihat dan membelek setiap gambar yang ada dalam phone aku yang ada gambar-gambar dia, gambar aku dan dia dan juga gambar masakan aku lah.. Tiba-tiba.........
"Adam saaayaangg ibu, ibu buat kek kat adam, terima kasih ibu", dia berkata-kata dan tunjuk gambar kek birthday dia yang aku buat masa birthday dia yang ke-3 tahun beberapa bulan yang lepas.. Tiba-tiba rasa terharu je hatiku ini. Yelah sebab dah lama kan gambar tu.. Memang selalunya dia akan ucap terima kasih kalau masakkan ape-ape kat dia sebab itu yang selalu abah dia ajarkan kat dia. Bertambah tersentuh hati ini bila dia sudah pandai ucap sayang yang sungguh ikhlas tu. Sebenarnya hari-hari dia cakap dia sayang kan ibu dia... Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku seorang putera yang semakin hari semakin pandai dan sentiasa membuat aku gembira dengan setiap perkembangan baiknya. Semoga dia menjadi anak yang soleh dan berjaya suatu hari nanti...Amin.
Adam masa 6 bulan... Love this picture. 

Monday 30 July 2012

-Puding Koktel Berkuah-


Dessert untuk berbuka puasa hari ini : Puding Koktel Berkuah.. 
Memang feberet kami sekeluarga.. Senang dibuat dan rasanya Yummy.... Makan sejuk-sejuk memang best ler!!
Nah! Satu tupperware besar ku buat.. Abah adam dah lama tak makan, bila tengok puding ni dah siap disejukkan dalam peti ais terus dia kata sedapnyer.... Hihik... Puding ni aku belajar buat dari mertua sebab abah adam suka sangat dessert macam ni.. :)

Resepi : Puding Koktel Berkuah
Sumber : MYR

Puding :
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
5 cawan air
1 cawan santan cair

*** Bahan-bahan ini dicampur dan dimasak atas api sederhana sehingga ianya pekat dan likat. Kemudian sejukkan dan ketepikan.

Bahan untuk kuah :
1 tin susu cair
2 tin air masak - pakai je tin susu tadi tu
1/2 cawan gula pasir

*** Campurkan semua dalam satu periuk, masak hingga gula hancur dan jangan sampai didih.

Lain-lain bahan :
Buah-buahan koktel tin - ambil buah jer
Nata de coco - optional
Jelly @ sumi _ optional

*** Puding dipotong kecil-kecil, campurkan semua dengan bahan-bahan yang lain dan kemudian tambahkan kuah. Sejukkan dalam peti ais baru dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Ini pulak nak tayang Lauk ikan patin masak tempoyak.. Feberet adam dan abahnya..
Senang je kot nak masak ni.. Semua orang pandai kan.. :)

Bila dia suka bertanya......


Salam Ramadhan..
Ramadhan ke-10 dah hari ini dan terasa sekejapnye masa itu.. Nak dijadikan cerita hari ini kami tak terkejut sahur.. Entahlah kenapa alarm phone tu tak bunyik pulak. Sedar-sedar dah pukul 5.25am.. Abah adam sudahlah kerja pagi dan masuk kul 6am.. Hadoii... kelam kabut dibuatnya dan hanya sempat minum air masak aje.. Kesian encik suamiku itu... Adam memang tak puasa lagi.. Nak tahu dia jawab ape bila tanya, "kenapa adam tak puasa?". Dia kata,"Jap g lah adam puasa tunggu dah sekolah". Pandai pulak memberi alasan yer... Maksudnya tu dia kecik lagi lah, dah sekolah kan besar dah sikit dan barulah boleh puasa.. Hihik..

Puasa ni memang lagi kena banyak bersabar melayan ragam si kecik tu.. Dah lah sekarang ni makin aktif dan lasak.. Serba serbi dia nak tiru.. Macam grandma dia kata ler, 'budok ni dok leh duk diam'. Dia akan diam bila dia penat dan tido.. Tapi masa tu sunyi pulak rasa rumah kalau time dia tidur tu.. Hehehe..
Sekarang ni pulak kan, semakin menjadi-jadi pulak dia bersoal jawab.. Semua soalan yang dia tanya harus ada jawapan. Selagi tak jawab selagi itulah dia duk ulang.. Tengok drama kat Tv tu pun ada je dia nak tanya kenapa tu kenapa ni.. Kadang tu tak terjawab jugak kami.. 

Yang lagi bestnye pantang dengar jiran depan rumah buka pintu, dia pun sibuk sama buka pintu jugak.. Lepas tu dia bertanyalah,"Ibu, Chik sal nak g mana tu?". Haih budak ni sibuk pulak kamu yer... Terpaksalah aku ni kena jawab soalan dia tu. Bila buat diam, dia ulang tanya dan bila buat diam lagi, dia akan merengeklah... Adakah adam boring? Kesian dia kan takde teman nak main.. sebab tu dia akan tarik perhatian Ibu dan abah dia ni. Dengar je abah dia balik kerja, terus dia pergi dekat abahnya nak ajak main sama-sama.. 
Ibu sayang Kamu, Adam Akmal.
Semoga kamu sentiasa menjadi anak yang baik dan dengar kata Ibu dan Abah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute