Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 26 October 2013

Kek Keju Meleleh lagi...........


Alhamdulillah.. Ini repeat buat order untuk kali kedua. Bila ada sambutan buatkan saya bersemangat untuk teruskan. Syukur juga bila kawan-kawan yang order memberi komen yang positif. Sebelum ni duk tayang kek keju meleleh yang saya berjaya eksperimen tu kan. Maklumlah kek ni semakin femes, itu yang cuba buat dan ambil peluang test market kat tempat saya ni. hihi.. Plan seterusnya dah ada dah idea ni dalam kepala ni.. Inshaallah akan diusahakan dan semoga dipermudahkan-NYA.
 Kek keju versi saya.. Ini pun dapat resepi dari seorang kawan yang baik hati dan dia pun niaga kek ni. Terima kasih sahabat.
RM10 satu packaging camgini. ok tak? hihi..

Inilah minat saya... dari minat timbullah rasa nak cuba niaga pulak..semoga dipermudahkan. Amin..

Bila kesayangan kami demam....

Cerita demam seminggu yang lalu. Dalam keadaan anak-anak kurang sihat pun tetap bawa berjalan jauh nun ke bangi untuk memberi sokongan kepada pertunangan big brother. Budak berdua ni memang dah ada demam dah sikit dan hari Dhia kena inject tu dia memang dah nak demam. Bila kena inject dan tempat inject tu tegang bengkak sikit..itu yang menjadi larat demam Dhia. Si abangnya pula jangkit dari Dhia lah kononnya pun terkena demam jugak. Bila dua-dua anak demam...haa tak tidur malam ibu abahnya. Abah duk pantau Adam dan ibu duk pantau Dhia.. 

Masa duk homestay tu pun Dhia merengek aje tak selesa berubah tempat pun satu hal ditambah badan dia yang tak berapa sihat tu pun satu hal. Abangnya ni kalau siang kurang demamnya tapi bila malam jer mula moyok semacam jer.. Plan nak berjalan ronda KL pun tak kesampaianlah hari tu..Habis je majlis terus bertolak balik ke Kemaman. Lainkali kata abah... kesihatan anak-anak lebih penting. Alhamdulillah selang sehari balik dari Kl tu, anak-anak dah kembali sihat dan bertambah lagi sihat bila dah balik rumah mereka sendiri..

Adam memang on time bagi minum ubat dan Dhia pada hari pertama tu ada jugak bagi dia ubat 2 kali kot. Kesian Dhia kena paksa makan ubat sedangkan dia belum pun diberi makan lagi. Sudahnya tersedak-sedak Dhia nak menelan ubat tu. Kakak ipar pulak cakap tak elok bagi ubat kat baby, so saya pun terus stop beri Dhia ubat dan lebih kerap menyusukan Dhia. Mujarabnya dan magiknya air susu ibu...tiga hari aje Dhia demam dan beransur baik. Alhamdulillah..
 Banyak kotak jugak beli cool fever hari tu..yelah dua beradik yang demam kan.. Kerana Dhia kurang sihat hari tu, abahnya belikanlah mainan baru kat dia. Dapat lagi dia catterpilar baru yang panjang tu haaa... Siap ada bunyik lagi. Dapat hadiah mainan baru terus muka seronok. Hihi... tips kembalikan semangat anak kata abahnya. (^_^)
Si abang pun bila demam kuranglah buat aksi lompatannya.. Tidur jer dia tapi ini malam jer tau. Siang hari aktif jugaklah sikit-sikit.

Ya Allah...lindungilah anak-anakku. Kurniakanlan mereka kesihatan yang sentiasa baik. Jadikanlah mereka menjadi anak-anak yang taat, soleh dan solehah. Amin.

Friday 25 October 2013

Berkaseh dengan Qaseh Gold


Saya mula tertarik dengan produk ni bila selalu baca komen-komen yang baik di wall fesbuk rakan fb saya..junior masa saya tinggal di asrama zaman smk dulu. Kebetulan masa balik kampung hari tu, saya text dealer produk ini dan beli terus dari dia. Saya baru amalkan hampir seminggu dan mula rasa kesannya bilamana susu menjadi semakin banyak. Memang berbeza sangat. Sebelum ni, Dhia selalu merengek di awal penyusuan sebab dia kena berusaha keluarkan susu dengan gigih tapi sejak saya minum qaseh ni kan.. cepat je susu mengalir keluar dan Dhia pun puas menyusu. Selain itu jugak kan, saya rasa cepat jer susu menjadi penuh. Badan pulak rasa lebih segar sedikit. Alhamdulillah..

Adam pula saya belikan qaseh junior sebagai suplemen tambahan untuk dia dan nampaknya Adam sukakan rasanya.

Saya mencuba Qaseh Adinda dengan belian harga RM70 manakala Adam saya belikan Qaseh Junior RM60.

Qaseh Gold membantu memberi faedah : membekalkan tenaga, awet muda, membantu usaha mendapatkan zuriat, menguatkan sistem imun, melancarkan darah, memperbanyakkan susu ibu, menstabilkan hormon, menstabilkan mood, mencerdaskan minda, melawaskan pembuangan, mempercepatkan proses penyembuhan, mengawal tekanan darah dan menaikkan seri wajah.

Qaseh Junior : Membantu meningkatkan tenaga, mencerdaskan minda serta menyokong tumbesaran dan sistem imun tubuh yang lebih kuat.

Kalau ada yang berminat bolehlah dapatkan info lebih details dari Puan fatin kat SINI.

Pertunangan My Big Brother


201013 yang lepas.... kami telah ke Bangi bagi menyempurnakan niat suci untuk menyatukan dua hati. Walaupun pelbagai ujian terpaksa dilalui dengan keadaan anak-anak yang demam tapi kerana big brother, kami tawakal je bawa anak-anak yang tak berapa sihat hari tu ke sana. Alhamdulillah.. selesai sudah langkah permulaan untuk penyatuan dua hati ini. Semoga majlis seterusnya dipermudahkan segala urusan dan dapat dilaksanakan pada tempoh yang dirancang. Amin..

My big brother ialah abang sulung saya dan sebab itu saya gelarkan big brother. Yang sulung itulah yang lambat kawen dan yang sulung itulah yang selalunya banyak berkorban kerana mendahulukan ibu ayah dan keluarga.

Syukur Alhamdulillah bila yang sulung itu menyatakan hasrat ingin membina masjid dan mahu berumahtangga. Walaupun dah bersiri 3++ tapi syukur kerana masih ada yang sudi menerima diri yang sulung itu seadanya dirinya. Jodoh itu sudah ditetapkan cuma lambat atau cepat sahaja.. Alhamdulillah..bertemu jua my big brother dengan jodohnya pilihan hatinya. Semoga mereka bahagia dan dipermudahkan segala urusan untuk bergelar suami isteri yang sah di majlis seterusnya nanti. Hanya mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua. Tahniah my big bro.... happy for you.




 Mak Bonda dengan bakal menantunya.
Se;amat menjadi tunangan my big brother sudah..

Kek yang menawan mata saya..hihi..
Hantaran kedua belah pihak.. Pink for her dan green for him.
Sedikit sebak melihat gambar ini..entah kenapa saya rasa begitu sebak..sebak bukan sedih tapi sebab gembira bila melihat abang sulung saya akhirnya bertemu bakal penyeri teman sehidup sesusah sesenangnya sehidup sematinya. Semoga segalanya dipermudahkan untuk disatukan secara sah pulak nanti. Amin.

Thursday 24 October 2013

Soft Book pertama untuk Dhia


Dhia sangatlah teruja bila tengok buku. Mungkin terpengaruh sebab masa saya mengandungkan dia dulu, saya suka ajar Adam ber 'homeschool' sehinggakan fasa trimester terakhir hamil pun gigih saya mengajar adam membaca hingga dia dah pun mampu membaca sendiri. Alhamdulillah dianugerahkan permata hati yang suka belajar dan suka buku.

Melihatkan Dhia yang juga turut menunjukkan minat pada buku, maka kami pun belikanlah Dhia soft book pertamanya iaitu ABC. (^_^)
v
v
v
Muka yang happy dapat buku.
dan..............ini yang sebenarnya. Saya suka makan buku. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute