Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 10 September 2015

Aktiviti anak 2-3 tahun : mudah dan jimat. Belajar 123,sorting color dan motor halus


Salah satu cara nak bagi anak suka belajar... banyakkan beraktiviti belajar sambil bermain.. tak perlu mainan mahal pun, buat je sendiri lagi jimat. Pupuk minat anak dari awal itu lebih bagus sebenarnya..

Rumah adalah sekolah pertama anak. Ibu bapa adalah guru pertama anak.

Psstt... kotak cornflakes tu jangan dibuang tau. Simpan... boleh buat jadi mainan belajar anak. Tudung botol pun kumpul, macam-macam boleh buat nanti.. :)

1) Belajar 123, sorting number activity
 kotak cornflakes dan tudung botol yang telah diletak sticker dan tulis nombor. Jimat okeh.. tak sampai setengah jam pun buat mainan ni.
 Dhia seronok sorting number.. secara tak langsung dia cuba kenal dan cam nombor 123 tu.

2) Match number activity
 kotak yang sama tapi guna bahagian belakangnya pula. Lidi satay bernombor..

3) Sorting color activity
lidi satay dan getah rambut kedai dua hinggit je.. 

Mudah dan jimat kan.. yang pasti anak anak suka. Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute