Adam memang sukakan pantai. Nak tahu kenapa dia suka pantai? Haaa bukan dia teruja nak mandi tapi dia suka nak melakar lakaran seninya di atas pasir pantai. Semalam ke Pantai Bukit Keluang, ikut Abah Adam yang ada program dengan clubnya. Maka dapatlah Adam main pasir dan saya jugalah kena melayan dia bawa dekat ke pasir pantai tu.
Senyuman yang penuh dengan makna tu. Bukan saje-saje nak senyum tau.
Yess.. dapat jugak main pasir. Maklumlah Adam memang jarang dapat main pasir. Kesian Adam kan, tak macam zaman saya dulu, main sungai paya, main pasir, panjat pokok ke apa ke semuanya saya dapat rasai.. Tapi Adam tak dapat rasai pengalaman itu semua. Mandi sungai tu pernahlah bawa dia, bagi dia rasa pengalaman panjat pokok? hahaa.. pikir dulu berkali-kali. (^_^)
"Ibu, Adam jumpe kayu.. Adam nak lukis ni", katanya kan. Nampak je dia kayu tu yer.
Menulis namanya di atas pasir pantai. Maka bermulalah aktiviti lakaran seninya di sini. (^_^)
Dah pandai posing dah anak ibu ni.. Tak tahan tengok tangan dia tu, ala-ala kononnya..
"Lihatlah.. ini nama saya.. ADAM"
Interframe jugaklah..Asyik Adam je kan.. Hihik.. (^_^)
Banyak sebenarnya dia melakar dan melukis dia atas pasir pantai tu. Tak larat pulak nak snapnya. Adam siap ajak cari siput dan kulit kerang lagi tapi saya je tak larat nak jalan melayan dia mencari tu. Mujurlah Adam memahami keadaan saya dan tak meragam atau mengamuk.