Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 5 May 2012

-Simpan susu dengan betul-

Susu adalah sumber kalsium yang penting dan banyak memberi manfaat kepada kekuatan tulang dan gigi. Tapi kalau simpan susu dengan cara salah boleh menyebabkan susu itu tercemar dan tidak selamat untuk diminum. 

Kalau ikutkan kat rumah ku ini, adam tak kerap sangat minum susu tepung dan hanya sekadar ambil dalam segelas dua je sehari. Itupun dah syukur dah sebab dia dah mahu minum susu berbanding dulu memang payah nak minum. Kalau susu pekat tu memang sedia kena ada ler kan. Dan setiap rumah memang selalu guna susu, tak kiralah susu tepung ke, susu cair mahupun susu pekat manis. Tapi adakah kita menyimpan susu tersebut dengan cara yang betul?

Tatacara penyimpanan susu dengan betul :

1) Untuk susu yang belum dibuka, boleh disimpan dalam peti sejuk atau pada suhu bilik. Sebaiknya tempatkan susu pada bahagian tengah peti sejuk, elakkan simpan pada bahagian pintu peti sejuk. 
2) Bagi susu tepung pula, eloklah disimpan dalam bekas yang tertutup rapat/bekas kedap udara yang tertutup. Kemudian diletak dalam peti sejuk pada suhu 10-15c.
3) Susu cair/susu kotak yang telah dibuka sebaiknya diminum pada hari yang sama. Kebiasaan menuang susu dan kemudian memasukkan semula dalam peti sejuk selama berhari2 akan menyebabkan susu rosak dan mudah dicemari bakteria.
4) Bagi susu pekat manis yang telah dibuka, eloklah disimpan dalam peti sejuk pada bahagian tengah peti sejuk. Dan pastikan tidak mengambilnya lagi selepas 21 hari.
5) Selalu lah perhatikan tarikh luput susu setiap kali membelinya.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita.

Rupanya selama ni ku silap cara menyimpan susu. Kalau susu pekat manis tu, bila dah dibuka selalu letak dalam peti sejuk pada bahagian pintu.. Hahaha.. Patutlah lain macam jer kalau dah seminggu.... :)
Susu cair pulak selalu 3 hari je tahan diguna lepas dibuka. Susu tepung memang letak dalam bekas tapi tak lah letak dalam peti kan. Macam penuh lah pulak peti kalau nak letak semua.

Maafkan ibu...


Tiada kisah lain selain kisah putera kesayanganku.. Sebagai coretan buatnya di masa depan. Tanda yang betapa ibu sayangkan kamu budak Adam.

Setiap detik........
Melihat dia membesar di depan mata adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat aku.. Walau terpaksa ku ketepikan seketika impianku. Tapi kerana dia, aku korbankan. Mungkin andai kata aku putuskan untuk kembali berkerjaya suatu hari nanti, pasti akan berbeza rasa suasana itu... tidak sepertimana setiap masa ku ada dekat dengannya seperti sekarang. Kerana itu........ aku sangat menghargai setiap waktu bersamanya. Ibu sayangkan kamu Adam!!!

Gelagatnya, keletahnya dan kenakalannya terkadang menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu. Ada masa aku marahkan dia. Ada masa aku hukum dia. Tapi apa yang ku lakukan itu semua kerana ku mahu dia tahu yang aku sayangkan dia. Semoga dia menjadi anak yang baik. Maafkan ibu kerana adakala nya ibu mengasari kamu. Maafkan ibu sayang!!

Tengah seronok adam main susun2 otomen yang dihadiahkan Aki & Ummi. Cantik pulak tengok dia main susun2, terus lah snap pic dia. :)





Sungguh aku harus belajar untuk menjadi lebih sabar. Sungguh dalam membesarkan anak2 sangatlah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ini baru sorang kan... kalau ramai lagi lah banyak cabarannya... 

Nota : Tiba2 rasa sedih sebab Adam kena rotan gara2 suka sangat memberontak dengan pukul balik orang bila orang tegur silap dia. Dah seminggu gak lah dia berperangai camtu. Sesekali perlu jugak buat begitu untuk pengajaran yang tingkah dia tu tak elok. Maafkan ibu & abah ye sayang. Harap dia akan faham kenapa dan mengapa harus begitu. Tak pukul kuat pun, kat tapak tangan dia aje. Tapi terasa jugak hatiku ini sedih & bersalah lepas tu..

Friday 4 May 2012

Suprise untuk Kami.......Terima kasih Abah Adam....


Sepatutnya petang semalam abah adam balik dari outstation di kuantan tapi dia kata flight delay sabtu baru boleh balik.. Emmm.. Kami dua beranak dah frust lah tapi takpelah nak buat macam mana kan.. Mula tu kesian gak lah kat adam sebab tertanya2 abah dia bila nak sampai.. Yelah dia tahu yang abah dia balik hari semalam kan.

Tiba2....Dalam pukul 9pm.. Aku dengar macam ada orang bukak kunci pintu rumahku.. Sungguh takut dan terus ke pintu tengok siapa, masa tu kat dapur bz mengapam dot2. Mahu tak gabra sebab hanya aku dan abah adam je ada kunci kan. Dalam hati memang tak terfikir langsung kalau2 itu abah adam sebab dia cakap memang kapal delay kan.. Haaaa... Abang!!! Yang abah adam pulak boleh buat muka senyum tak bersalah buat bini dia ni kecut perut kejap..Rupanya dia balik dengan Van. Suprise lah sangat kononnya tu, nasib baik tak kena ketuk!! Tapi memang happy pun.. Yelah sape tak happy bila encik suami pulang kan.. Hehe..

Yang bestnyer............. Adam dapat kiriman dari Aki nya lagi. Satu beg besor barang mainan ultraman, amor heroes & angry bird. Seronok lah kamu ye budak Adam.. Kampung abah Adam kan kat pekan, maka boleh lah Aki Adam kirim mainan kat cucu kesayangan dia tu. Alahai.... rasanya baru je balik kampung... Ini dapat lagi macam2 dari Aki & ummi yer dak adam.. Suka lah kamu tu yer.. Lagi best siap boleh kirim sekali ketam2 besor utk cucuanda nya tu.. Dah siap jadi menu lunch dah pun tadi.. :)


Bertuahnya kamu budak Adam kerana dapat kasihsayang sampai dimanja2kan sangat dari nenek & Atuk kamu. Jadi jangan nakal2 yer dak Adam!!! Jadi budak yang baik yer!!

Dan aku pulak dapat ini>>>>> 

Suprise dari abah Adam lah.. Tanda abah Adam pun ingat aku kalau bershopping tanpa aku & adam di sisinya. Hahak. Haruslah suka......... Bukan senang nak dapat hadiah suprise begini dari abah adam sejak dah ada anak ni, mestilah dia  ingat anak dia je kan. Mesti adam dulu nanti baru Ibu. :)

Nota : Bukan nak menunjuk-nunjuk.. Sekadar catatan untuk tatapan Adam di hari Esok!!! :)

-Apam Comel-


Alhamdulillah... Syukur ...
Setelah bersengkang mata malam semalam, maka misi operasi membuat apam 500biji order dari kawan untuk wedding adik dia berjaya jugak. Fuh!! Boleh tahan jugak penat bila buat banyak2 ni. " Satu lagi kejayaan buat aku ", kata encik suami lah. Haha.. Yelah mana pernah dapat order sebanyak itu sekali buat. Biasa record sebelum nya 200 je.. Walau ku taklah sehebat mereka yang memang betul2 bisnes apam dot2 ni dan lagi cantik pulak tu dot2 diorang. Tapi inilah hobi ku dan kadang inilah jugak sumber side income. Terima kasih kat kawan yang sudi order.... Harap kamu berpuas hati lah yer.

Nak buat ni pun mahu 7 adunan gak lah semalam, tapi ku combine kan 2 adunan sekaligus setiap kali mixer. Hehe.. Itu pun masih ada balance lagi adunan tu, sebab penat... nanti sambung malam karang.. Balance tu telah selamat disimpan dalam ice box. 

............Layankan ajelah.........


Letak dalam tupperware je sebab katanya dia mahu packing sendiri nanti... :)

Thursday 3 May 2012

-Masterchef Selebriti Malaysia-




Sedang asyik ber fesbuk, nampak lah post wall pasal masterchef selebriti Malaysia. Wah... Macam best ni dan harus tonton. Sekali sekala best gak kalau tengok artis kita pulak yang main masak2 kan.

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2012 :  Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan keletah serta aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 26 Mei ini. Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali dan Louisa Chong. Nak baca selanjutnya kat SINI.

Jadi jom ramai-ramai tengok rancangan ni pada 26 Mei nanti kat Astro Ria.. Mesti best ni.. Antara ramai2 tu aku nak tengok Tomok & Angah Raja Lawak tu masak.. Boleh ke diorang ni masak erk?? Yang angah tu kan mesti tengah masak pun boleh buat lawak dan mesti ceria je dapur tu nanti... Hehehe... tak sabar nak tengok!!!

Saya sudah semak, anda pula??



PRU kali ni first time kot untuk aku jadi pengundi. Huhu.. Yang lepas tak sempat nak balik sebab kat kedah. Aku dah semak dah daftar pemilih dan kawasan mana untuk buang undi. Kawasan kampung tercinta lah... Jadinya aku kena balik kampung ler kalau mahu mengundi. Mengundi tu satu tanggungjawab terhadap negara kan. InsyaAllah kalau takde banyak hal boleh lah balik. Mahu jugak rasa suasana mengundi tu macam mana. Dulu praktis buang undi masa pemilihan untuk wakil2 MPP je kat kampus. Hahaha. Tu pun dah ada lah gak pengalaman sikit kan cmne nak ngundi. Tapi kalau PRU ni lagi lah sebenar-benarnya suasana kan. Berdebar jugak nih.... yang mana nak dijadikan pilihan?? Hahaha.. Rahsia lah.............. Kan Undi anda Rahsia!!!

Siapa yang cukup umur dan belum semak lagi tu boleh lah semak kat SINI.

Wednesday 2 May 2012

Menangislah......



Menangislah...........
 Andai itu mampu memberimu secebis ketenangan
Menangislah andai itu mampu memberimu sedikit keinsafan
Menangislah jika kamu ingin menangis
Air mata bukan tanda kamu lemah!!
Bukan tanda kamu mengalah!!

Kita menangis kadang bersebab
Kita menangis kadang kerana kita sedih
Kita menangis kadang kerana suka
Kita menangis kadang kerana kita menginsafi
Kita menangis kadang kerana kita kecewa..

Tangisan duka, kecewa dan sedihmu hari ni,
Mungkin akan mampu memberimu satu semangat kebangkitan di hari esok!!

Nota : Mood : Sedih & terharu.... bila tiba-tiba menerima sekeping mesej tanpa diduga kiriman bondaku perihal tentang rasa hatinya, tentang nasihatnya & tentang rasa kasihnya pada setiap anak-anaknya. I LOVE YOU MUM.

Dari kotak mindaku,

Bertukar lagik??


Bertukar lagi rupa CERITA HATI hari ni. Yang semalam agak rasa tak best ler pulop pakai template tu. Takpe lah biarlah begini aje.. Simple sudah lah.. Kalau tak cantik siapa yang boleh tolong, sila lah ajarkan yer... Tapi jangan mengutuk pulak yang Cerita Hati ni buruk dan bagai nya lah. Tak baik mengutuk2 blog orang tau.. Kalau tak suke tekan je X tu. Hahaha... 

Malas dah nak tukar2 lagik + malas nak ngedit lagi sebab sesi edit ni sangat lah perlukan kesabaran tinggi dan masa yang lama kena hadap benda ni. Sampai si Adam tu pun boleh cakap, " Ibu dah lah tu.. shutdown lah computer tu".. Hahaha.. Itu kisah semalam lah sebab ku sakan sangat duk hadap nak edit lah konon tapi tak menjadi comel gak. Maka, bertukarlah kepada yang simple kembali.. Ok ke?? emmm.. Korang tak suke takpelah.. Kalau nak tolong ajarkan  itu lagi ku suka..Please hulurkanlah tangan. Hahak.. :)

Layan gambor sweet Adam with me & his grandma. Adam pegang muka kami suh tengok kamera.

Nota : Aku tahu korang nak kata buruk je rupa blog ni kan. Tapi aku tetap suka!!! 

Tuesday 1 May 2012

Penat Mengedit Cerita Hati


Lepas rasa boring dengan design templates lama, maka bertukarlah hari ni cerita hati untuk kali keduanya. Haha.. Aku ni bukan pandai sangat nak guna templates. Nak letak header sendiri pun puas duk try tapi nampak tak cantik pulak bila tambah header sendiri kat template yang baru aku tukar ni. Aku tak pandai kot..Haha..Mungkinlah. 

Blog aku tak lah secantik blog2 orang lain ataupun korang semua. Asal nampak okay di mata aku okay lah kot erk.. Tapi memang nak jugak buat cantik2 macam orang lain terutama kat tang header tu.. Sape nak tolong aku, angkatlah tangan.. :)

Okay tak erk pada mata korang??? Header tu cmane ye nak kasik cantik. Puas aku cuba masukkan header pic aku yang sebelum ni tapi still tak menjadi jugak sebab mengganggu entry pulak. Ia jadi lebih ke bawah sampai menghalang sikit tajuk entry pertama tu. Emm.. Kena godek2 lagi ni nampaknya.. Tunggu lah datang mood rajin pulak baru lah boleh ngedit lagik!! hahaha..........

Jom layan kuih raya yang jiran aku bagi petang tadi. Belum raya pun rajin buat kuih raya.. Testing for biz bulan ramadhan nanti sebenarnya. Insyaallah aku pun nak join adventure gak nanti. :)

Jejari nestum nama diberi, 
Bersalut coklat sesuai sekali, 
Sungguh enak kuih raya ini,
Siapa yang nak datanglah sini. 

Kerabu Kerang Simple


Selamat bercuti aku ucapkan kat kamu kamu semua yang bercuti hari ni sempena hari pekerja. Emmm tapi abah Adam still bekerja jugak hari ni maklum ler orang yang keje shift jarang dapat bercuti seperti orang yang keje office hour. Takpelah kan abah adam..chayokk!! caahyook!! Untuk Negara. :)

Jadi, aku & Adam lepak kat rumah jelah hari ni. Mengadap PC ni sambil adam pulak tengok Disney channel @ astro sementara free kan. Haha.. Nextweek dah takde, entahlah nak bagi reason apa kat dia. Aku cuma plan nak tambah pakej mustika aje sebab nak tengok super spontan punya pasal. Hahaha..

Korang masak ape hari ni? Cuti 2 ni mesti ramai yang rajin ke dapur kan. Jom layan kerabu kerang yang tertangguh nak update nih.


Nak resepi? Hahaha.. Senang je pun menu ni. Gaul dan campak2 aje.. Yang penting ade kerang, taugeh, kerisik sikit, sedikit jus air asam jawa,garam & perasa, hirisan cili padi & bawang. Nak lagi sedap tambah perahan asam limau. Adam pun makan tau. Ingat dia tak suka tapi duk ratah kerang jelah banyak nyer.

Monday 30 April 2012

Mainan Tidur je kot!!!


Malam tadi termimpi lagi pasal buaya. Tak tahu lah kenapa selalu je mimpi pasal terjumpa buaya terdampar di tepi sungai dan tengok buaya dalam sungai. Kononnya aku lalu kat sungai tu dan langkah buaya tu. Sebelum ni tak terfikir pulak nak cari apa makna di sebalik tafsiran mimpi camtu. Tapi bila selalu sangat bermimpi yang bukan2 camtu. Nak jugak tahu maknanya. 

Apakah maksudnye :
Jika anda mimpi dikejar binatang-binatang buas dan beracun seperti anjing, buaya, ular dan sebagainya; Ia melambangkan atau membawa erti bahawa anda sedang berada dalam sebuah situasi yang berbahaya. Jika binatang buas yang mengejar anda berwarna asalnya yang sebenar atau berwarna-warni ia melambangkan masalah yang mengelilingi anda adalah dari sesama manusia atau anda akan diserang penyakit. -sumber-

atau maksud buaya

buaya dalam air dalam mimpi melambangkan orang yang tidak boleh dipercayai oleh sesiapa,baik teman atau lawan.atau melambangkan pencuri,atau pedagang yang tidak jujur,..

didalam air : adalah buruk
di tanah : lemah dan terhina.

jika buaya itu menarik orang itu kedalam air bermaksud seseorang memaksa melakukan sesuatu perkara yang hina..

jika bermimpi dirinya memakan daging buaya atau melihat dirinya menyeret buaya dari air maksudnya ia menang melawan musuh. -sumber-

Emmmm... Tapi mimpi aku ni hanya sekadar mainan tidur je kot. Mungkin diri ni terlalu lemah dan banyak sangat fikir, jadi macam2 lah dtg mengganggu. Malas sangat nak fikir itu ini mana yang berkait pasal mimpi dalam hari2 yang ku lalui ni. Memang mimpi kadang boleh mempengaruhi emosi seseorang tu. Kalau mimpi yang indah2 pasti bangun pagi tersenyum je kan tapi kalau mimpi yang bukan2 tu baik buat tak tahu aje. Hahaha.. Mimpi hanya sekadar mimpi. Tul tak? :)


Nota“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi seperti membaca ayat Kursi. Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: 
Apabila engkau baring di tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh. “Nabi juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala, muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya. -sumber-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute