Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 12 October 2013

Budak demam buli Abah

Cerita dah lama pun.. cerita beberapa minggu lepas dan sebelum basi elok tepek kat sini... Cerita budak demam sebelum kena warded seminggu yang lalu. Kalau anak demam mesti dapat perhatian lebih sikit dari biasa kan.. Nak apapun layankan ajelah... Adam pun telah membuli abahnya dengan poww macam-macam dari abahnya..
 Seronok dia pilih macam-macam.
 Ada yang dibeli kat pasaraya dan ada yang dibeli kat kedai dua hinggit ECO.
Adam memang kecik kurus jer sebab ikut ibunya kot.. hihi.. makan boleh tahan banyak jugak sebenarnya si Adam ni tapi aktif pun boleh tahan jugak. Tu pasal payah sikit lemak nak duk lama ngan dia.. dah la susu pun kurang kan.. takpelah tak bambam pun asalkan awak sihat selalu..Amin...
Ini dibeli kat kedai dua ringgit. dah boleh jadi tool belajar yang baru untuk Adam. Berbaloi-baloi..  

Majalah Aulad pilihan yang bagus untuk Anak


Selain suka belikan pelbagai buku aktiviti latihan untuk Adam, majalah Aulad juga menjadi salah satu pilihan yang bagus untuk Adam. Majalah ni biasanya abahnya selalu belikan kat dia. Isi di dalamnya yang menarik dan terdapat banyak benda yang boleh Adam belajar dengan membaca majalah tu contohnya tentang islam dan para nabi. Selain tu, ada jugak diselit beberapa aktiviti menulis, membaca dan mengira. Maka, sesuai sangatlah untuk Adam yang tengah nak belajar macam-macam perkara tu.

 Setiap bulan nak tambah lagi koleksi majalah Aulad ni. InshaAllah..
Adam sangat suka aktiviti yang diselitkan dalam majalah ni. Seronok katanya buat... 

Alhamdulillah.. suka sangat dianugerahkan seorang putera yang sukakan buku dan sangat suka nak belajar. Semalam pun saya baru tambah beli buku aktiviti kat dia... haa dia duk ngadap buat sampai tengah malam.. Kul 12.30am baru tido, itupun setelah dipujuk sambung esok pagi pulak sebab ibu nak tutup lampu.. hihi.. Study lah sangat si Adam ni kan walhal baru 4 tahun je pun dan bukan tahun 4 tapi dah sibuk nak study macam ada exam jer esoknya tu. Alahai anak ibu.. Alhamdulillah. Harapnya awak akan macam ini sampai bila-bila yer..

Friday 11 October 2013

Bila impian terpendam....


Terlalu lama saya memendam hasrat untuk bermula sesuatu yang saya sangat minat, suka dan teruja.. Dalam kepala  ni macam-macam idea ada, nak buat camgitu camgini dan dah lama buat senarai serta catit idea itu ini dalam secret book saya tu.

Tapi bila nak bermula? Beranikah saya sahut cabaran dan hadapi setiap dugaan yang datang bila sudah bermula nanti.
Yang sebenarnya saya tersangat perlukan sokongan dan semangat. Dalam hati sangat inginkannya. Terlalu lama pendam hasrat ini.. cukuplah kalau saya mampu bermula dari rumah..
Kadang-kadang datang fikir.. emm orang lain boleh buat takkan aku tak boleh.. tapi tak lama kemudian datang rasa emm belum sedia lagi.. haishhh fikiran apakah ini? Di mana keyakinan saya? 

Bolehkah saya agaknya?? Teringin sangat nak mula bisnes bakery dari dapur kecik saya tu.. dulu... saya memang tak tahu yang saya ada sedikit bakat boleh buat kek dan yang berkaitan dengannya dan sekarang sungguh rasa nak serius dan bilakah harus saya bermula?? Keyakinan dan sedikit sokongan..  itulah yang sedang saya cari.

Tolong!! Saya ketagih Ciss Kek


Saya memang sukakan kek yang ada cheese... tambah pulak gabungan coklat + cheese.. Pehhh mabeles.. Siapa sama taste macam saya, sila angkat tangan.. Hihi..
yeayy!! Finally dah merasa snow cheese cake. Walawei..sedap giler. Sebenarnya dah lama nak cuba buat tapi tak terbuat-buat. Haaa nak jadi kisahnya kan, hari tu encik Hubby belikan untuk saya. Katanya ada kawan tempat dia keje jual..Wife kawan dia lah yang buat dan jual. Dia pun belilah... sekali sekala rasa kek orang lain buat apa salahnya katanya kan..
Cheese cream dan ditabur pulak dengan cheddar parut..mana mahunya tak kata sedap kan. Ini versi sponge choc cake.. baru ngam rasanya. Nak buat sendiri bermodal jugak beli cheese tu bagai tapi puaslah sebab boleh makan banyak kan.. Ini beli RM10 tau. Murah kan?? saya makan kejap jer habis.. Haha.. Dah tu boleh cakap kat encik hubby, nanti beli lagi yer.. Saya ngan adam je makan cheese sebab encik hubby kurang suka cheese..

Tablet Rosak


Tablet yang baru je nak setahun umurnya dibeli abah tahun lepas masa kursus kat subang dah dirosakkan oleh anakanda kesayangan. Abahnya hangin jugaklah kan tapi nak buat camne dah sampai masa nak jadi camgitu. Senyumkan ajelah walau hati sikit panas dan haruslah nanti kena kuar $$$ nak repair tablet tu.

Bila on kuar camgini.. Boot into recovery mode.
Tanya abang ipar, katanya ada system fail terpadam sebab tu tak leh on tablet tu dan hanya kuar gambar boot tu jer.. Alahai.. memang kena bawak gi format tablet tu. Haa itulah sebabnya bila lama tak pedulikan tablet ni dan biarkan aje si Adam tu main, download delete games suka hati dia. Agaknya adalah tu dia terpadam fail ape-ape yang tak sepatutnya dipadam tu. Silap saya jugak sebab biarkan aje si anak tu meneroka suka hati..haha.. Kalau boleh diformat balik dan bukan rosak terus...legalah sikit. Tapi tak tahu lah pulak kos nak repair tu berapa lak nanti..Sabor jelah... (^_^)


Thursday 10 October 2013

Homeschool : Kemahiran Berfikir


Kemahiran berfikir : Kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Otak kanan dan otak kiri ada bezanya.. Otak kanan sangatlah bagus untuk dipertajamkan dan baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel member fb share pasal kehebatan otak kanan dan beberapa cara untuk melatih otak kanan. Otak kanan berfungsi dalam perkembangan emotional quotient (EQ). Oleh sebab itu.. saya cuba melatih Adam untuk latih otak kanannya. Ini antara salah satu latihannya. Nak lagi contoh latihan lain... cuba jer google..hihikk..

 Saya buatkan lukisan tak lengkap dan saya minta dia lengkapkan. Saya lukis rama-rama sebelah sayap, baju sebelah dan buku sebelah... mulanya dia pening... lama jugak dia fikir nak lengkapkan dan lukis cmne gambar tu..
hasilnya.... sebelah sayap rama-rama dia buat..dan yang lain tu dia lengkapkan jugak.. walau tak comel mana lakaran dia tu tapi oklah sebab boleh jugak fikir cmne nak bagi lengkap gambar tu  kan. Saya cuma cakap, cuba Adam fikir macamana rupa rama-rama yang biasa Adam tengok.. haaa baru dia lukis sayap lagi sebelah tu.. hihi baru faham agaknya.
 Yang ini saya uji dia dengan buat ala-ala peta minda, kemudian suruh dia lukis apa yang dia rasa nak lukis dalam kotak tu.
Ini antaranya... banyak jugak saya buat cmgini.. contoh apa dlm bilik tidur, bilik air dan kat dapur..hihi.. yang ni dia lukis apa yang boleh dilihat di pantai. Buruk dia lukis takpelah asalkan dia boleh fikir sikit kan dan jangan kritik lukisan anak. cakap jer cantik..hihi... Ada ombak, ada ketam, tapak sulaiman, khemah dan pasir..

Banyak jugak aktiviti yang boleh latih otak kanan ni..contohnya main tanah liat, water colour, gunting kertas dan apa saja yang melibatkan gerak kerja tangan kerana gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Main teka-teki dan main sambung-sambung cerita.. itu yang saya terbaca hari tu..

Dhia pun suka buku.......

 Alhamdulillah.. Syukur dikurniakan anak-anak yang sangat sukakan buku dan sangat suka belajar. Dhia pun dah mula menunjukkan minat pada buku dan pantang tengok abang dia pegang buku, dia pun sama nak jugak. Nampak gayanya kena cari soft book untuk Dhia..

 Buku tu pun kaler menarik kan..itu yang budak pun boleh tertarik..hihi.. buku pinjam library je tu.. (^_^)
 gaya macam dah besar jer.. tangan tu membelek buku yang tak tahan tu, Kami memang senyum je tengok rekasi Dhia masa ni.. comel sangat.. hihik.. 
perasannya ibu Adamdhia ni kan..
 Mulut pun ikut sama spontan buat camgitu sambil tangan dia membelek buku.. Abang Adam pulak tolong bacakan. 
 Ini lagilah gaya cam paham jer dak Dhia ni tengok buku tu. Hihi.. Letcurer to be ni.... hihik.. (^_^)
Semoga anak-anak soleh solehah ibu ni menjadi anak yang taat, anak yang baik dan cemerlang dunia akhirat. Semoga minat anak-anak ibu pada buku akan berterusan sampai bila-bila. Sesungguhnya kalian berdua anugerah terindah buat ibu disamping chinta hati ibu yang sentiasa memberi kerjasama dalam mendidik anak-anak untuk menjadi yang terbaik. Terima kasih untuk encik hubby a.k.a Abah AdamDhia yang sangat bertanggungjawab dan prihatin akan anak-anak isterinya.
 Love you all so much..

Pertama kali untuk Adam dan pertama kali juga bagi kami...



Salam sayang buat sahabat maya semua. Lamanya saya tak bersiaran disini disebabkan perlu uruskan hal-hal yang penting dulu. Rindu tak terkata pada blog kesayangan ni dan banyak juga cerita ceriti yang tak berhapdate... pelan-pelan kayuh buat entri la lepas ni.. hihi..

Saya mulakan dengan cerita Adam demam hingga terpaksa masuk ward.. itulah pertama kali dia demam hingga kena tahan ward dan kami sememangnya panik sebab itu jugalah pertama kali untuk kami. Adam pada mulanya selsema yang hampir seminggu tak reda dan lepas dari itulah dia mula demam. Awal demam tu memang dah bawa ke klinik.. makan ubat tapi demamnya tetap tak kebah dan suhu tetap 38c hingga hari keempat demam pun panas lagi. Kalau malam memang panas sangat badannya dan saya berjaga lapkan dia. Hari kedua demam tu sebenarnya dah dibawa emergency room pukul 3 pagi abah dia bawa gi hospital sebab dia menggeletar tapi terus balik lepas doktor bagi ubat bontot. Mulanya nampak dah reda sikit demamnya waktu siang tu tapi bila malam je panas..

Hari ahad 30/9 iaitu hari keempat... Saya mintak abahnya checkup Adam dan Abahnya terus bawa Adam ke hospital untuk checkup lebih details. Check suhu 38.9c jugak tak turun-turun, sama macam first day demam. Adam kena check darah dan kena masuk air. Sudahnya kena admit ward jugak. Abahnya terpaksalah ambil cuti kecemasan sebab nak jaga Adam kat hospital. Syukur sangat bila doktor cakap darah Adam ok dan paru-paru pun sikit je terkena jangkitan kuman tapi haruslah diberi antibiotik jugak dan kena tahan ward sampai suhu badan normal.

Setelah dimasukkn air tu.. barulah turun suhu badan Adam dan dia pun mula nampak cergas. Adam memang anak yang kuat..kena cucuk berkali pun dia relakan ajer walau menagis tapi dia takde mengamuk. Bila suruh dia minum air dan makan, dia cuba makan sebab saya dan abahnya kata kat dia, " kalau nak balik cepat kena kuat lawan sakit dan kena minum makan banyak". Tiga hari jugalah Adam di ward dan lebih kurang dua botol setengah jugak tau Adam kena masuk air. Hari ketiga tu sebenarnya kena stay lagi tapi Adam dah menunjukkan muka fedup..dia siap tanya doktor bila boleh keluar. Last-last dibenarkan jugak balik dan kena sambung antibiotik kat rumah on time lah.. Alhamdulillah seminggu dah berlalu dan dia dah ke sekolah pun..



 Aktiviti Adam semasa di ward..
 Cikgu kesayangan Adam datang melawat.. Cikgu Ma.. siap bawa makanan lagi dan masa ni malam tau. siang tu dah datang dah tapi malam cikgu dia datang hantar makanan..slowtalk dengan mak guard masuk jap..hihi..
Masa ni Adam touching sebab saya nak balik dah... hari kedua masa ni..mujur tak ngamuk nak ikut balik. good boy anak ibu.

Ya Allah... lindungilah anak-anakku serta insan-insan yang ku sayang. Berkatilah dan rahmatilah hidup mereka. Kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik buat mereka dan jadikanlah anak-anakku anak yang soleh solehah. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute