Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 13 September 2013

Khas untuk kamu sahabat Maya

Bukak blog... tengok update entri dari dia seorang sahabat maya yang mula saya kenal sejak saya mula kenal dunia blog ni. Dia sahabat yang memang saya tak pernah kenal siapa dia? tak pernah jumpa dia dan hanya medium inilah yang mula saya kenal dia dan bersahabat dengan dia. Di sini... dunia blog. 

Saya sedih bila dia kata dia mahu undur diri dari berblog selepas ini.. Saya tak pasti atas sebab apa dan mungkin dia punya alasan sebab musababnya tersendiri. Tapi sungguh saya rasa sedih. Walau saya tak kenal siapa dia dan tak pernah jumpa dia tapi dia selalu jenguk saya di sini, membaca setiap entri saya dan komen-komen dia yang boleh dikatakan sentiasa ada di setiap entri saya. Boleh dikatakan dia penyokong setia blog saya ni. Terima kasih aku ucapkan pada kau Pheonix. 

Pernah saya terbaca komen dari dia yang katanya ada anak jiran belakang rumah dia macam muka Adam dan bila tengok budak tu, dia ingatkan Adam.. nampak tak kat situ betapa hebatnya bersahabat dalam dunia blog ni.. walau tak pernah bersua tapi rasa macam rapat kan... sebab tu saya sedih kalau tiba-tiba dia mengundur diri. 

Pheonix atau Naz... Aku harap kau okay dan aku harap kau ambillah seberapa banyak masa yang kau perlu tapi aku harap nanti bila kau dah okey... kembalilah berblog semula yer..
Terima kasih sebab sentiasa sudi jadi pengunjung setia blog aku.
Semoga persahabatan ini tetap diingati.
Aku doakan semoga kau sentiasa baik-baik dan berjaya dalam apa jua yang sedang kau usahakan.. 

Nota : sorry ada guna 'aku' dalam entri kali ni..

Thursday 12 September 2013

Niarap dah boleh tapi suka mintak tolong!!!

Alhamdulillah Dhia dah mula pandai meniarap masa 3 bulan lebih. Sekarang Dhia dah boleh buat pusingan 180 darjah tapi bila dah penat pasti dia akan menjerit merengek mintak tolong angkat.. sebabnya Dhia belum pandai terbalik terlentangkan badannya sendiri. Meniarap dan buat pusing badan je boleh.. pusing badan tu maksudnya kalau niarap ngadap tv.. jap lagi tengok dia dah belakangkan tv macam gambar kat bawah ni haa..
v
v
v
Takde rambut cam upin ipin kat belakang tu..kikii.. lambat jugak rambut Dhia tumbuh.
semoga membesar dengan sihat sayangku...

Kek Coklat Mudah


"Ibu.. nak makan kek coklat lah rasa", kata anak bujang saya yang soleh tu. Wah tiba-tiba mintak nak kek cekelat ler pulak kan. Saya pun ke dapur tengok stok....serbuk koko ada lagi sikit, tapi susu cair takde dah... alahai.. resepi kek coklat yang saya ada kebanyakkannya guna susu cair. Emm.. apalagi, minta tolong cik google lah kan. Maka terjumpalah resepi dari blog Dapur KakYah. Haa takde guna susu cair.. bolehlah buatkan kek cekelat untuk Adam.

Malam semalam duk lah bersilat kat dapur kejap buat kek ni sambil Dhia pulak saya letak depan tv konon bagi dia nengok tv tu. Mujur dia diam jer.. lagipun wat kek coklat kejap jer..dah siap adun tu, haa tinggal je biar masak dalam oven tu. hihi..
Dah kena ngap dah pun lepas jer siram sos coklat... makan dengan Adam di malam hari.. (^_^)

Resepi : Kek Coklat
Sumber : Dari Dapur KakYah

200gm tepung gandum *
100gm serbuk koko * (saya letak 50gm serbuk koko + 50gm milo)
1 sdt baking powder *
1 sdt soda biakrbonat * (ayak bahan *) >>> saya guna tepung naik sendiri jer semalam
3 biji telur
200gm gula halus / castor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

> pukul telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan susu + minyak masak dan pukul lagi hingga kembang sebati.
> masuk tepung dan bahan ayak *, pukul sebati.
> masuk air panas dan kacau sebati.
> tuang tinggi-tinggi dalam loyang (saya pakai loyang segiempat saiz 9").
> bakar 180c selama 1 jam.. ( saya masak semalam 50 minit jer)

Topping / sos coklat :
2 sb marjerin
6 sb susu pekat manis
6 sb serbuk koko
sedikit air panas
*** masak double boiler hingga sebati.

Sedap tau resepi ni dan gebu lembut jer... Ramai tanya saya cmne buat kek dan menjadi. emm saya ni dulu tak pandai pun buat kek2 ni.. tapi saya suka mencuba.. ambil resepi dan cuba je buat. Apa yang perlu, kena ikut resepi tu dan masa bakar kek.. jangan nak mengada pi bukak tutup pintu oven tu... hihi.. dulu kan saya selalu buat camtu dan patutlah buat kek mendap je tak menjadi.. minat cuba dan nak belajar tu kena ada.. hihi..

Wednesday 11 September 2013

Bila Anak mengadu pening di pagi hari.......


"Ibu.. kenapa pening ni kepala Adam ni.. pusing pusing ni.. tak leh nak bukak mata ni.. tak leh nak bangun ni". Ya Allah... hati seorang ibu mula risau dan saya terus pergi dapatkan dia dengan perasaan yang sangat risau bimbang semua ada.

Saya urut kepala dia dan letak minyak angin nak bagi dia okey sikit. Rupanya dia sakit leher mungkin sebab salah tidur. Sakit urat kat leher tu. Alahai kecik-kecik dah kena sakit camgitu yang orang panggil tidur salah bantal tu. Mahu taknya.. dia suka tidur dengan kepala dia atas bantal peluk. Sejak pagi semalam dia ngadu sakit dan semalam dia tak pergi sekolah. Pagi ini pulak saya kejutkan dia untuk siap nak ke sekolah..haa dia ngadu pening jugak lagi sekali. Mulalah risau kenapalah duk pening pagi-pagi hari kan.. Emmm.. sakit leher dia tu belum baik sepenuhnya kot. Saya dah urutkan dah.. tapi budak kan..nak urut kuat-kuat untuk buang bijik angin tu mana dia tahan sangat. Ada petua lain tak yer? Kesian dia sebab tak leh nak pusing teleng dengan betul dah sebelah kanan dia tu..tambah pulak risau kalau dia ngadu pening. Tapi sempat lagi dia gurau pagi tu, katanya," adam mimpi naik roller coster, tu yang pening kot ni". Muahaha... macam-macam dak Adam nih.. Dalam sakit boleh melawak jugak.

Tuesday 10 September 2013

Tutor Tv katanya TV belajar


Astro tutor Tv sememangnya bagi saya sangat bagus. Hihi.. Bukan nak jadi agen astro ke apa erk.. Tapi ini apa yang saya lihat pada anak saya. 
Adam baru 4 tahun tapi dia sangat suka tengok TVIQ atau astro tutor Tv tu yang katanya TV belajar. Channel mana satu pun dia akan tekan sendiri remote tu bila dia rasa nak tengok. UPSR lak tu ditengoknya.. haa kadang tu PMR sekali ditengoknya. Haha..

Tapi... yang buat saya terkejut kejadian spontan masa weekend yang lepas..
Kami ke pantai, biasalah bila hujung minggu adalah hari abahnya luangkan masa dengan kami bawa ronda kan. Sedang kami duduk kat kerusi dan rehat jap... Mr hubby mintakkan saya beli pisang goreng... Abah dia sebutlah, "tolong belikan goreng pisang boleh?"
Apa reaksi Adam??

Haa dia pi tegur abah dia.. "Eh abah, bukan goreng pisang lah... pisang goreng.. apalah abah ni. Kan kat tv belajar tu cakap gitu." kiki.. Abah dia pandang saya..terkena aku katanya.. hihi.. Saya pun ingatkanlah abah dia kenapa Adam boleh kata spontan camgitu kan..ala yang macam cikgu Lisa cantik tu cakap la kan.. Kan pernah tengok sama dia hari tu.. Baru abah dia paham. Tak sangka pulak kami yang Adam boleh ingat dan belajar juga dari astro tutor Tv yang menurut dia Tv belajar tu kan.. Bagus jugak erk rupanya.. Ada juga yang dia dapat tangkap dan pelajari kat situ. Alhamdulillah.. sweet lak ibu rasa. (^_^)
Semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan kuat. Menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. 

Ya Allah.. kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik buat anak-anakku dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah. Amin..

~Tips Mendidik Anak~


Terbaca post ni di fb dan suka nak share kat sini sebagai panduan untuk diri sendiri juga.

 Hendak mendidik anak pun kena ikut tahap rupanya kan.. kalau umur bawah 6 tahun macam Adam nih, emm tak boleh sangat nak mengharapkan dia buat sesuatu tu dengan sempurna dan sentiasa displin je.. Kena ikut tahap demi tahap.
Rupanya selama ini saya banyak silap untuk bercakap dengan anak dengan cara yang betul dan penggunaan ayat-ayat yang betul. banyak kena ubah dan belajar untuk tenang semasa memberi arahan. Huhu.. Kadang-kadang hati tengah stress, itu yang memberi arahan pada anak pun main cakap jer..



Ya Allah..jadikanlah anak-anakku Adam dan Dhia menjadi anak yang taat, hormat dan berbakti kepada ibu abah. rahmatilah mereka dan berkatilah kehidupan mereka. Amin.

Monday 9 September 2013

Saya kurus sangat erk??


Kalau tanya orang, ramai nak kurus tetapi saya nak gemuk.. huhu. Siap cakap lagi untungla badan ko dah kurus, takla pikir camne nak kurus.. Haha.. sebenarnya korang silap, saya ni sangatlah nak berisi sikit macam masa bujang dulu.. Tiap kali jumpa kawan-kawan lama, ex-scholl zaman study.. mesti diorang akan tegur.
" Ayu... kenapa kurus sangat? dulu takde ler keding sangat"

Haha.. orang lepas kawen kebanyakkannya makin bambam tapi saya sebaliknya pulak.. Kenapa erk? huhu.. Mr hubby saya bagi cukup makan okeh.. bukan salah dia. Saya jer yang tak berapa jaga time makan + suka turun naik tangga kot + malas nak makan + memilih makan. Saya takde lesen kete..haha.. kalau nak kemana-mana memang mengharapkan big driver saya lah. Bila dia kena out station, saya hanya boleh bawak motor jer. Kereta ada tapi penakut yang amat nak bawak. Hihi.. Macam kisah pagi tadi... saya berjalan kaki gi klinik sendiri dengan berdukungkan Dhia. Haa mahu tak kurus kan saya. Hihi.. nak bawak motor mana ler boleh dengan baby kecik nih. Mujurlah dekat tapi penat jugalah. Semput jap... siap rest dan buat pit stop sebentar kat rumah member.. Kena indepent jugak selagi mampu bila Mr hubby out station. (^_^)

Camana entah nak gemuk semula.. penat dah pikir wehh.. so, kalau orang tegur.. memang senyum jelah.. Dah camgini tubuhnya nak buat camne. Mr hubby pun kata takpelah.. kurus asal sihat sudahlah..karang gemuk mula sibuk nak kurus balik.. Huhu.. Saya ni nak berisi jer sikit bukanlah nak bambam sangat. Lagi satu sebabnya saya full bf mek comel saya si Dhia kan dan masa abang Adam pun memang full bf jugak. Itu yang buat saya kurus maintain jer kot.. Masa peknen naik tapi lepas peknen turunlah kilo tu semula kan. Kalau timbang memang sikit je kilo.. Haha..saya yang gelak sendiri. Rasa dah makan banyak tapi maybe tak teratur masa makannya kot.. Salah siapa? diri sendirilah. Kalau tak usaha nak menggemukkan badan mana nak gemuknya kan?? Hihi.. chayookkk ayu.. sila makan banyak-banyak lepas ini. (^_^)

Sunday 8 September 2013

Lauk simple memang pilihanku~ Ikan Masak Masam Manis~


Ok.. Lagi entri pasal makanan.. Beginilah jadinya bila vitamin R datang singgah.. Sila jangan jemu pulak erk..

Saya ni bab masak lauk pauk memang suka yang simple ajer.. yang jenis masaknya main campak-campak je bahannya tu lagilah saya suka..hahak... Lagi nak mudah kerja, berlaukkan ikan rebus + budu pun dah memadai.. Encik hubby lagi suka makan kot.. kejam kan bini dia bagi makan lauk camtu jer..haha.. tapi itu yang dia lagi suka sebenarnya. Alhamdulillah dapat encik hubby yang bukan cerewet bab makan ni. Masak jelah apepun dia makan jer.. singgang ikang hari-hari pun takpe asalkan ade budu atau belacan.. (^_^)

Kalau saya masak lauk jenis lemak bersantan ni.. emm kurang sikit dia makan. Tu yang saya lebih suka masak menu yang simple aje. Adam jelah suka lauk jenis gulai, kari, sup dan lemak cili padi.. Selera dia lebih kurang saya.. Anak ibu kan si adam tu..haha..

Lunch hari ni masak simple jugak. Resepi dari buku masakan femes iaitu 1 hari 1 resepi chef Hanieliza.. Sebenarnya buku saya pinjam dari library semalam. Belum ada yang sudi hadiahkan lagi.. Haha.. (Mintak-mintaklah encik hubby baca nih..kiki)
Ikan masak masam manis.. sangatlah simple.. memasak itu mudah dan menyeronokkan.. Itulah yang saya cari.. Hahaha.. (^_^)

Resepi : Ikan Masak masam Manis
sumber : Buku 1 hari 1 resepi chef Hanieliza

2 ekor ikan kerisi - saya pakai ikan kembong jer
sedikit garam dan serbuk kunyit
** goreng hingga garing dan ketepikan

Bahan sos :
5 bj bwg merah - hiris
3 ulas bwg putih - hiris
1/2 inci halis - hiris
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 biji cili merah - hiris nipis
1/2 cawan air
1 bj tomato - potong 6
1 pokok daun bawang dan daun sup - hiris
garam dan gula secukup rasa.
> tumis bwg2 dan halia.. kemudian masuk sos-sos dan cili merah serta air.
> perasakan dan masuk tomato serta daun bwg dan daun sup.. 
> dah siap.. tuang atas ikan tadi..

Puding Milo Oreo


Yihaaa... saya dah berjaya buat jugak!!
Teruja punya pasal melihat post dari sahabat di fb dan juga di blog yang dah berjaya buat puding ni memaksa saya pun merajinkan diri juga membuatnya.. Hihi..
Memang seperti yang ramai katakan.. puding ni sangatlah super duper yummy..
 Sekali ngap.. fuhh terasa kesedapannya disitu.. (^_^)
Taraa... puding oreo saya dah siap!!

Resepi?? Haa korang google jelah..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute