Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 3 May 2013

Adam Membaca ~ Tamat Buku 8 Bacalah Anakku

Akhirnya....... pun setelah hampir dua minggu, berjaya juga habiskan buku 8. Yeay!! Adam dah tamat Buku 8. Markah penilaian pun cukup-cukup je.. Hihik.. Kira Ok lah tu dan dengan rasminya Adam dah berjaya menguasai kemahiran membaca. Syukur Alhamdulillah.. Dapatlah ibu bersenang sikit rehat di kampung dalam pantang nanti kan. Syabas anak ibu kerana berjaya menjadi seorang student yang baik dan boleh tahan dengan cara ibu, cikgu yang kadang-kadang garang dan macam-macam ragam ni. (^_^)

Lepas ni kena fokus bantu Adam untuk lancar lagi membaca dengan buku-buku cerita pulak. Sekarang pun Adam suka baca cerita pendek dalam dua buah buku belajar membaca jenis lain yang saya belikan kat dia hari tu iaitu buku kaedah cepat membaca bacalah sayang. Adam kurang dah sikit mengeja-ngeja masa membaca dan saya akan cuba bantu dia supaya menjadi lebih baik lagi tahap kemahiran membacanya tu. 

Perasaan saya? Mestilah gembira bila lihat anak dah mampu membaca dan memang berbaloi usaha selama ini. Lagi bertambah berbaloi bila ada produk yang ternyata memang banyak membantu. Saya memang syorkan kat kawan-kawan yang mana nak ajar anak membaca awal, gunalah set buku Bacalah Anakku. Tak rugi pun beli kerana hasilnya pasti positif. Nak mengajar anak membaca di awal usia memang satu cabaran yang sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi jangan mudah putus asa, sebaliknya carilah seberapa banyak info bagaimana nak tarik minat anak untuk suka belajar membaca. Itulah yang saya buat. Hanya kita orang terdekat dengan anak yang faham bagaimana sikap anak kita. Cuma jangan MEMAKSA anak... Sebenarnya anak-anak ni semuanya cepat belajar dan mudah terima apa yang diajar cuma kita sebagai ibu bapa kena tahu cara, kaedah dan bahan apa yang sesuai untuk mereka belajar.

Nota :  Tak sabar pulak nak belikan set belajar membaca BI, Read easy... Dah tunjuk dah kat Adam masa kat kedai buku hari tu dan Adam nampak macam suka jer... Nantilah belikan kat dia, buat sementara ni bagi dia relax dan lancar BM dulu sebabnya takut nanti dia terkeliru pulak. Adam baru je graduate ni.. emm nak belanja apa yer kat Adam??  Hari tu dah hadiahkan robot dah. Alahai tak tahu pulak nak bagi hadiah apa kat dia. Hihik.. (^_^)

Thursday 2 May 2013

~Adam akan bercuti sekolah sebulan~


Gara-gara ibu nak balik bersalin di kampung, maka si anak pulak jadi mangsa buat cuti sekolah sendiri. Hihik.. Tapi dah inform awal-awal dah kat Cikgu tadika Adam yang Adam akan cuti sekolah sebulan dan start sekolah semula bulan Jun nanti. Sebenarnya boleh je nak tumpang Adam di tadika kat kampung sebab Adam kan sekolah Tadika Kemas.. tapi tak tahulah camne samada dia nak pergi atau tidak. Kan dah berbeza tempat, cikgunya lain dan kawan-kawan pun tak kenal kan. Tapi saya bawa jugaklah balik uniform sekolah dia kot lah tiba-tiba dia nak gi sekolah pulak. Oh ya.. blog pun akan bercuti jugalah nampaknya.. Alahai rindulah nanti saya nak menulis disini... (^_^)
Yang bagusnya cikgu kelas Adam ni iaitu Cikgu Ma... siap bekalkan Adam buku-buku dan vitamin satu botol lagi tau. Hihik.. Balik dari tadika tadi, Adam tunjuk yang cikgu bagi buku dan suruh makan vitamin sekali sehari nanti katanya. Rasanya Adam tak tahu yang dia kena cuti sekolah sebulan dan tak dapat jumpalah cikgu kesayangan dia tu..

Nota : Adam excited nak balik kampung, tak habis-habis ngajak balik cepat padahal cuti abahnya weekend ni. Penat nak menjawab pertanyaan dia, jap jap tanya bila nak balik? Katanya balik umah grandma (Bonda saya) dia nak jumpe pok adik dan nak gi Zoo. Balik umah ummi (MIL saya) pulak, dia nak ajak Abahnya main kat Taman Ballon.. Haha.. rindu nak main ballon city kat Teluk Chempedak lah tu kan. Itu pulak yang dia sebut.. Amboih pandai-pandai lak dia plan itu ini kan.. Tak tahu ke yang ibu balik kampung ada sebab lain..Nak melayan ronda sana sini dah tak larat ibu ni kot... (^_^)

Checkup : Masalah + Dugaan


Hari ni........ checkup dengan doktor untuk kali ketiga. Last week baru je checkup tapi hari ni checkup lagi dan ambik surat doktor untuk refer hospital besar nanti. 

Masalah dan dugaan bagiku.. Pregnant kali ni, baby duk songsang + kecik. Tapi bab baby kecik tu normal bagi saya sebab Adam dulu pun bersalin awal masa 37wks beratnya hanya 2.2kg dan sama dengan hari ni scan adiknya yang 37wks ++ pun doktor estimated berat dalam 2.2kg. Doktor scan macam baru 34wks tapi sebenarnya dah 37wks. 
Agak lama jugalah sesi scan hari ni.. Doktor nak pastikan saya ni bermasalah lain atau tidak. Alhamdulillah, doktor cakap jumlah air, uri semuanya OK cuma kedudukan baby songsang dan agak kecik sikitlah. Doktor buat surat refer hospital besar kampung saya... Tengoklah nanti macamana kata doktor hospital sana punya discussion pulak samada nak terus induce atau tunggu cukup 40wks untuk bagi baby besar sikit atau mungkin jugak akan dibuat ECV.. Emmm.. bab untuk setuju buat ECV tu, saya dah putuskan untuk tolak dari buat ECV kalau itu yang dicadangkan nanti sebabnya saya tak mahu ambil risiko untuk saya dan baby. 

 Ya Allah.... terasa berat dugaan pregnant kali ni sebab dah tahu apa masalahnya. Kalau sebelum ni, bersalinkan Adam sebab emergency, masa kandungan 37wks ada leaking dan kerana itu saya terpaksa di caesaran ( czer ). Tapi kali ni berbezanya bila awal-awal dah tahu kemungkinan untuk saya czer lagi buat kedua kalinya itu tinggi. Agaknya saya ni memang bermasalah untuk bersalin secara normal seperti ibu-ibu yang lain kot. Saya redha andai ini yang terbaik untuk saya dan mengharapkan semuanya akan selamat nanti. 
Ya Allah.. kuatkanlah semangatku, mental dan fizikalku. 
Hanya doa dapatku panjatkan kepada-MU kerana sesungguhnya kau MAHA MENGETAHUI dan MAHA BERKUASA di atas setiap kejadian. 

Wednesday 1 May 2013

Bila si Anak dah suka mengeja + membaca..........


Sejak Adam dah mula tahu membaca sikit-sikit ni... pantang nampak signboard apa-apa mesti  dia cuba baca perkataan tu. Kalau singgah kedai makan pulak, sibuknya dia mencari perkataan, eja dan baca... Kat kedai kan ada papan menu besar kan, yang itulah dia sibuk duk nak eja dan baca. Tiba-tiba dengar dia sebut nasi goreng, ayam bakar, ikan kecil..... dan pot pet pot pet mulut dia bising dalam kedai.  Kelakar pun ada + segan pun ada sebab bising betul mulut dia. Hihik.. (^_^)

Tapi dalam masa yang sama rasa happy juga sebab dia dah mampu membaca dan mengeja sendiri. Itu pun satu cara dia nak praktis kenal perkataan jugak kot. Abahnya beli surat khabar pun dia dah sibuk nak baca. Tapi baca tajuk jelah pun yang mana dia rasa nak baca. Haha.. Depan Tv pun sibuk juga nak mengeja sampaikan menganggu lak ibu abahnya nak tengok Tv..
Bukan yang dalam Tv dia eja tapi dia duk sibuk ingat-ingat perkataan yang dia pernah belajar.  Hihik.. Buku 8 lagi 4 mukasurat nak habis.... harap-harap sempatlah habiskan..

Cuma satu je bila abahnya eja bunyi tak sama macam cara dia mengeja, memang dia marahlah.. Mahu takkan, abah mengeja versi dulu-dulu, adam pulak mengeja versi fonik mengeja. Kan lain tu.. Hihik.. Nanti dah clear bacaannya, barulah ajar dia mengeja dengan betul macam sebut huruf-hurufnya.

Kalau tanya Adam.... siapa ajar membaca? Dia akan jawab, "Ibu". Bila tanya siapa sponsor belikan buku-buku, pandai pulak dia menjawab, "Abahlah belikan". Hihik.. Senyum aje kami mendengarnya. Alahai Adam... dah besar dah kamu kan. Semoga anak ibu membesar dengan sihat bagaikan seorang juara untuk ibu dan Abah. We Love you Son!!

Kenangan : Sebelum Ada Yang Baru.....



Sebelum ada yang baru....
Dia lah yang banyak berjasa..
Banyak memori suka duka bersamanya...
Walau ada yang baru, dia masih juga dijaga rapi....
Dialah Mr. Black yang memang banyak berjasa..
Sebelum ada yang baru....... dialah yang jadi transport utama kami dan memang dia banyak berjasa. Mr. Black yang daku kenali dari zaman bercinta dengan tuannya hinggalah sampai dah ada Adam... Memang dialah yang bawa kami ke mana-mana. Banyak kenangan suka duka dengan Mr. Black. Mr.Black ni seolah-olah berjiwa, bila berjanji dengan dia nak repair atau buat apa-apa kat dia tapi tak buat.. memang dia merajuklah. Mr.Black baik hati... kalau dia nak meragam dan buat hal tapi masih membantu Tuannya.. Dia akan meragam kat tempat yang mudah nak cari workshop dan tempat yang senang nak dapatkan bantuan. Memang Mr. Black berjiwa.... Merata Mr.Black bawa kami dan dah pusing satu Malaysia kot kecuali belah selatan. Walau ada yang baru, Mr. Black tetap disayangi dan memang takkan jual kot sebab rasa sayang. Bukan Tuan dia je sayang tapi saya pun sayang dia.. Mr. Black inilah yang banyak berjasa sebelum ada yang baru, jadi haruslah kena jaga hati dia jugak. Tuannya tetap basuh dan jaga dia. Hari-hari akan start panaskan enjin Mr.black dan Mr.Black tetap menunjukkan prestasi yang mantap lagi tau... Kala rindu Mr. Black, kami masih juga meronda-ronda dengan dia.. (^_^)
Mr. Black dah pernah bawa kami ke Cameron. Jangan pandang kebolehan Mr.Black sebelah mata ye... Mr.Black memang mantap sebab boleh daki naik Cameron.. Tapi balik dari Cameron tu, Mr.Black merajuklah sikit dan kena warded jugaklah.. Hihik.. makan modal jugak masa tu tapi Mr.Black memang tahu yang masa tu ada duit lebih sebab tu dia meragam, nak juga dia merasa dimanja Tuan dia.. Hahaha... Kan dah jadi kenangan indah kami.. (^_^)
 Adam pun memang sayang Mr.Black... kadang tu dia ajak naik Mr.black.. rindu katanya.. Hihik.. Sayangnya Adam kat Mr.Black, tengoklah siap tolong cuci Mr.Black lagi.
Alhamdulillah........ rezeki di tahun 2013. Abah Adam dah upgrade sikit dan berjaya miliki Mr.White pulak. Syukur dengan rezeki pemberian dari-NYA ke atas keluarga kami. Sekarang Mr.White dah jadi ahli baru family kami tapi Mr.Black takkan dilupakan.
 Tetap sayang dua-duanya..

Ekceli saya tak reti drive dan hanya tahu bawa motor jer. Rempit saya sukalah...hihik.. Memang saya mengharapkan Abah Adam je kalau nak kemana-mana. Pernah juga Abah Adam suruh amik lesen tapi saya jer rasa macam belum bersedia. haha.. Rasa kurang yakin.. Kalau kete kancil ke bolehlah gasak nak belajar. Haha.. Belajar bawa kete ngan Abah Adam pun sekali je.. tu pun cikgunya garang sangat.. Malas lah nak belajar lagi.. Kalau dah betul-betul bersedia nak amik lesen, belajar je dengan cikgu kat tempat buat lesen tu lagi senang.. Hihik..

Nota : Entri ini hanya untuk kenangan kami dan anak-anak, bukan untuk menunjuk-nunjuk atau apa ke yer..

Tuesday 30 April 2013

Games : Dam Nombor


Lama tak buat aktiviti homeschool dengan tool baru. Semalam Abah Adam dah belikan ink printer, maka sayalah yang tukang gunanya. Haha.. Terus je print-out itu ini kan.. Boring sebenarnya dan sementara masih larat lagi ni bolehlah sediakan macam-macam teaching tool kat Adam. Malam semalam lepas je sesi membaca, terus buat aktiviti main games DAM NOMBOR. Haha.. suka hati je create nama games tu padahal print worksheet fill the missing number. 
Saya print worksheet tu kat SINI, kemudian saya guna cover plastik. Tujuannya supaya boleh diulang pakai next time. Taklah rugi kan print-out.. Hihik.. Nak laminate saya takde mesin laminate, so gunakan aje apa yang ade yang dirasakan sesuai. Nak ke kedai stationary semata-mata nak laminate memang taklah saya ni.. Haha.. (Oh berangan jap kalaulah Abah Adam bagi hadiah tu...kan best...Muahaha). Bottle cap bernombor tu memang dah lama buat.
 ~Fill in the missing number~
Saya biarkan je dia buat sendiri dan tak bantu pun dia.. Saje nak tengok samada dia dah betul-betul kenal nombor atau tak.
 Selain pakai bottle cap, boleh juga pakai whiteboard marker pen. Senang nak padam dan guna lagi lainkali.. Haa kan dah  2 in 1 tu... Tapi kalau dilaminate confirmlah lagi cantik kemas kan. Saya ni asal boleh ajer... (^_^)
Hasil kerja Adam... Nampaknya semakin baik dia mengenali nombor. Alhamdulillah.. 

Monday 29 April 2013

Ke Kedai Buku


Dalam keadaan yang tak berapa larat pun tetap juga bawa si anak ke kedai buku. Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali gaji mesti akan beli buku kat Adam dan bila tukang bayar bagi green light.... mulalah si ibu dan anak rambang mata. Haha.. (^_^)
Pergi kedai buku ni lepas balik dari selesai aktiviti Abah Adam jumaat hari tu.
 Bila si ibu dan anak leka memilih.. si abah pula syok curi-curi snap pic kami. (^_^)
~Rambang mata si Adam nak pilih buku~

Nota : Saya tak beli banyak pun... tambah beli koleksi buku aktiviti bahasa untuk adam jenis yang sama macam beli bulan lepas. Sebenarnya Adam berkenan sesuatu kat kedai ni tapi saya letak balik benda yang dia amik tu. Haha.. Sorry sayang, next time kita beli yer. Balik rumah tu pun Abah Adam tanya, "Mana barang yang Adam ambil dan pegang tadi?" Hihik.. Rasa bersalah pulak saya ni pergi letak balik. Kesian Adam.... (^_^)

Belajar membaca BI, bersediakah dia?

Hanya tinggal beberapa mukasurat lagi untuk Adam tamat buku 8 Bacalah Anakku. Mudah pulak nak mengajarnya buku 8 dan sempat jugaklah dua mukasurat sekali baca. Agaknya Adam dah semakin faham kot.. Alhamdulillah... cepat dia belajar. Bila dah nak habis belajar membaca BM.. saya mulalah duk plan nak ajarkan dia belajar membaca BI pulak. Tapi saya belum beli lagilah buku Read Easy yang memang saya rasa itulah bahan yang paling sesuai untuk Adam belajar membaca BI nanti. Buat sementara ni, saya tangguhkan dulu hajat saya tu sebab saya nak Adam lancar membaca BM dulu. 

Tapi....... bila terjumpa bahan belajar yang baru saya download dan print ni, rasa tertarik pulak dan takde salahnya bagi Adam kenal-kenalan dengan beberapa perkataan english. Walaupun saya belum pasti samada Adam dah bersedia atau tidak nak belajar membaca dalam BI. 
Ini baru permulaan aje kot, bila nampak dia macam menunjukkan minat nak belajar BI, barulah saya akan belikan set buku tu. Bila ada buku yang sesuai dan kaedah yang betul barulah senang nanti. Macam pilihan saya menggunakan set buku Bacalah Anakku dan memang  memberikan kesan yang positif untuk Adam.
Mini books dan puzzle games untuk Adam mula belajar kenal perkataan english. Saya dapat bahan ni semua dari SINI dan SINI
Emmm.. tapi bersediakah Adam untuk belajar membaca dalam BI? Itu saya kena perhatikan minat dia dan apa yang penting saya kena pastikan dia mahir membaca BM dulu supaya dia tak keliru nanti bila dah start ajar BI.

Jom Makan Donut!!!

Gara-gara teruja tengok donut di entri Yana Ibu Amir hari tu. Terus rasa nak buat jugak. Saya lebih suka donut buat sendiri sebabnya kalau beli ada je tak kena dengan tekak ni. Haha.. Itu terjadi sejak dah pandai buat donut sendiri lah.. Dulu sebelum pandai buatnya memang beli jer senang  walau beli seringgit, makannya tu dua ketul je.. Saya belajar buat donut main hentam jugak tau.. Entah kali ke berapa buat barulah menjadi seperti donut. 'Practice make perfect', kan? Puas hati kalau buat sendiri sebab boleh letak gula banyak-banyak dan boleh makan banyak. Yang penting rasa yakin bersih hasil air tangan sendiri kan. Muahaha.. (^_^) 
 ~Sebelum digoreng~ Tak comel takpe.. asal kena dengan selera..
 ~Selepas digoreng~
Ada dua jenis gorengan, satu gelap sikit dan satu putih.... Hihik.. Yang putih sikit tu untuk saya simpan dalam peti ais, maka saya goreng sekejap jer kemudian letak dalam bekas kedap udara dan simpanlah dalam peti ais.. Ala-ala buat frozen gitu. Bila-bila rasa nak makan, goreng jelah donut tu.
Dah siap 5 ketul donut untuk santapan kami. goreng 5 ketul je dulu dan sebab tu saya buat ala-ala frozen yang lebih-lebih tu.. Nak goreng semua untuk sekali makan tu memang tak habislah kan. (^_^)

Resepi : Donut

500gm tepung gandum
1 paket yis mauripan
200 - 300ml air suam
secubit garam
1 biji telur
1 sb mentega
1 sb shortening
2 sb susu pekat
2 sb gula pasir
2 sb susu tepung
1/2 sb baking powder
gula halus untuk hiasan (saya pakai gula castor jer)

~ Aktifkan yis dalam mangkuk air suam + gula + susu pekat dan tunggu hingga berbuih.
~ Tepung + b.powder + shortening + marjerin digaul sebati.
~ masuk bancuhan yis tadi dalam tepung, masuk telur + garam dan uli hingga tak lekat.
~ Perap sejam, tumbuk-tumbuk adunan, kemudian bentukkanlah jadi donut.. dan goreng.......

p/s : Saya suka resepi ini sebab donutnya memang lembut.

Nota : Seyes nak bagitahu yang dulu kan saya memang tak reti buat kuih, kek atau masak memasak nih. Betullah orang kata, bila dah kawen nanti boleh jadi pandai masak asalkan ada keinginan nak cuba dan belajar. Saya pun banyak belajar dari resepi internet jugak selain belajar dari mak dan mertua. Dah tebal dah buku yang saya tulis pelbagai resepi kat dalam tu... Dah jadi macam seronok pulak kumpul macam-macam resepi ni.

Sunday 28 April 2013

Panau ke apa yer??


Risaunya saya bila tengok ada bintik-bintik putih kat muka anak bujang kesayangan saya tu. Entahlah dari mana datangnya bintik-bintik tu. Mulanya sikit je dan ingatkan parut terkena kuku ke apa. Sekali diteliti macam semakin menjadi-jadi pulak dah. Naik risau pulak saya... dah tak nampak licin dah kulitnya.. Hilang dah kehensemannya tu sikit.. Hahaha.. Perasan betul kan. Yelah, seorang ibu tetap akan kata anak dia tu comel walau macamanapun.... (^_^)
 Nampak tak? Ada bintik-bintik putih di sebelah pipi kanannya.. Makin banyak pulak tu. Panau kah ini yer? Saya ingatkan parut apa, itu yang buat tak tahu sangat je sebelum ni tapi bila tengok makin banyak pulak bintik kecik-kecik tu, risaulah pulak jadinya... Saya letak ubat krim gamat jer.. Tapi macam tak menunjukkan kesan positif pun. Nampaknya kena cari ubat lain lah kalau benar ini panau.. Emmm.. tak suka tengok muka anak naik bintik camgini, mulalah risau.
Dah kurang hencem dah anak ibu ni disebabkan ada bintik putih tu. Nanti kita cari ubat yer.. Kesian anak ibu..

Nota : Entahlah apa puncanya jadi camgitu kat mukanya. Oh ya, kalau saya letak masker PMC kat muka Adam ni, rasa-rasanya membantu tak? Plannya nak try gak PMC tu.. (^_^)
Ubat apa erk sesuai untuk hilangkan masalah camgini? Mintak pendapat kalian sikit... Hihik..

Ikan Siakap Kukus Simple



Tunaikan permintaan Abah Adam yang nak makan ikan siakap masak kukus atau steam. Hihik.. Ini menu dua hari yang lepas.. baru nak jadikan entri.. (^_^)
 ~Sebelum dikukus~
~Selepas dikukus~
Saya kalau buat ikan kukus ni memang main campak-campak aje. 
Versi nak mudah je kerjanya kan. 

Bahan-bahan yang saya gunakan :
Ikan siakap dibersihkan dan dikelar sikit, 
cili padi + serai + halia + bawang besar + sehelai daun limau purut ( dihiris ).
 bawang merah + bwg putih + halia + garam secukup rasa ( ditumbuk ). 
Caranya : Bahan tumbuk dimasukkan dalam bahagian perut ikan dan lumur  keseluruhan ikan, kemudian taburkan aje bahan-bahan hiris yang lain. Perap sekejap, kukuslah sampai masak.
p/s : Nak lagi rasa masam sikit, boleh perah sedikit perahan limau nipis.

Abah Adam makan lauk ni je pun bertambah nasik.. Tak amik dah lauk lain.. Bersyukur sangat dapat suami yang tak cerewet bab makan ni. Hidangan yang simple pun dia tetap makan je. Maklumlah kadangnya saya ni ada hari mood malas juga nak masak ni.. (^_^)

Nota : Seronoknya kalau dapat pergi pesta buku kat KL nun tapi apakan daya, jauh tu.... Nak kena tunggu pesta buku yang dekat-dekat jelah kat area terengganu atau kelantan ni tapi tak tahu bila. Teringin nak bawa Adam ke pesta buku camtu, mesti dia suka. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute