Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 8 July 2012

Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman -Part 1


Buat pertama kalinya kami telah singgah ke 'Mini Zoo Kemaman' walaupun rumahku dalam daerah Kemaman. Tapi sebenarnya Zoo ni baru je beroperasi beberapa tahun yang lalu dan sebab tu aku pun baru jejakkan kaki ke sini. Hehe... Sebenarnya tak plan pun nak ke sini tapi dah alang-alang lalu jalan sini, kami singgahlah. Sebelum ke sini, kami ke rumah sepupu melawat dia yang baru lepas operation dan sebab tu kami ikut laluan alternatif jalan Kerteh-Ibok untuk balik ke rumah Bonda. Sedih sangat aku tengok dia dan kami doakan semoga dia cepat sembuh dan terus berjuang melawan sakitnya tu dan dugaan yang terpaksa dia lalui dalam hidupnya. Aku memang rapat dengan dia yang ku panggil Kak Dah dan sudah aku anggap seperti kakak aku dah pun. Semoga dia sentiasa tabah dan sabar.

Oklah, sambung balik part jalan-jalan kami. Sedikit info tentang Mini Zoo Kemaman ni.
Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman terletak di Kampung Ibok, 14 km dari Bandar Cukai. Boleh dihubungi melalui jalan darat Jalan Mak Chili-Ibok dan Jalan Kerteh-Ibok.

Harga Tiket : Dewasa RM10, Kanak-Kanak(5-12thn) RM7, Berkumpulan(20 org) RM5/org dan PERCUMA untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah. 

Waktu Operasi : Ahad-Sabtu & Cuti Umum - 9.00am-5.00pm

Kemudahan : Perkhidmatan pengangkutan Buggy percuma, Surau, Kiosk, Tandas.
 -Di hadapan pintu masuk-
 Adam buat muka senyum sambil tahan panas. :)
Boleh tahan jugak besar Mini Zoo ni. Tengoklah peta tu kan.. 
-Adam tengok Emu-
 Pelbagai jenis burung dapat kita tengok kat sini dan macam-macam kaler ada.
 Kat akuarium yang ada ikan naga, ikan kelisa dan ikan kelah. 
 Memang besar sangat ikan ni. Adam pun memang kepoh je bertanya pasal ikan ni. Dia teruja lah kan kali pertama dia tengok ikan yang besar macam ni.
 Kelisa tu pun boleh tahan jugak besarnya.
Kat Teratak contoh Rumah Terengganu. Kami yang memang suka berposing. :)

Sesiapa yang nak datang ke Terengganu tu, nanti boleh lah singgah kat Mini Zoo Kemaman ni dan sememangnya kat sini pun merupakan salah satu tempat menarik yang harus korang kunjungi. 

3 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

teringin nak tengok burung merak yg tengah kembang ekor dia. :)

Masya said...

lamenya tak pergi zoo huhuhuhuhu

IntaNBerliaN said...

sy lum pnh lg bwk alisha g zoo.. tingin gak tp blm berpeluang.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute