Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 13 July 2012

Buku Punya Pasal & Tahniah Sis


Adam terjumpa sesuatu dalam buku Pa&Ma. Dari semalam lagi dia tunjukkan aku benda tu. "Bila ibu nak buat ni?", soalnya pada aku berulang kali.. Oleh kerana penat dengan pertanyaan dia tu, maka aku ikutkanlah jugak kehendaknya dan buat untuk dia.. Hihik.. Bukan susah pun, rekacipta dari bahan makanan. Macam perli ibu pun ada budak ni kan. Agaknya suruh ibu hias bagi cantik-cantiklah menu dia kot tu.. Hish hish kamu ni dak Adam, banyak sungguh idea kamu yer.. Ada-ada je......
Haaa..... Nampak tak ape dia suruh aku ikut dan buat. Inilah dia menu kanak-kanak yang simple tapi dihias cantik. 2 keping roti sandwich, sedikit mentega kacang, 1 biji telur rebus, carrot dan daun salad.
Dan yang terhasil macam inilah rupanya.. Hahaha.. Dah takde daun salad, ku gantikan rambut tu dari biskut Munchy's.. Pun boleh jer.... :) Macam-macam pulak Adam ni.. Selagi tak buatkan selagi itulah asyik sebutkan. Inilah jadinya gara-gara nak ikut buku punya pasal... 

Hari ini semakan keputusan ke IPTA kan. Adik aku pun sudah tahu U mana yang dia dapat. Yang sedihnya sebab dia tak berapa minat course tersebut dan jauh pulak nun di selatan tanahair sana. UTHM dan dapat course Sarjanamuda Kejuruteraan Elektrik ( Sistem Kuasa). Kesian jugak kat dia sebab jauh tu dan takde sedara mara pun kat sana tapi apepun harus ucap TAHNIAH jugaklah kat My Lovely Sis kerana berjaya mendapat tempat di IPTA. Semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta cabaran sebagai pelajar nanti. Cerah atau tidak peluang kerja nanti, itu lain cerita.. Setiap orang ada rezekinya yang telah ditetapkan-NYA.. Yang penting usaha untuk maintainkan prestasi kamu. Kami sentiasa doakan yang baik-baik untuk kamu. Good LUCK my Sis!!!!

6 Komen Cerita Hati:

Masya said...

hihihihi.. gelak sy tgk.. kratif ar ayu blh pulak ganti rambut tu dgn biskut... oklah tu.. janji makan habiskan...

tahniah buat adik ayu jugak..

ct rahani said...

anak dh besar macam requestkan sis.. ok la tu kreatif jugak sis hias.. hehe..

tahniah utk adik sis.. semoga terus berjaya.. :)

Chic Na said...

huhu.. habisla lepas ni adam mintak macam2 lg kat ayu. rajin ayu melayan adam eh.

tahniah utk adik ayu jgk. ;)

fardhila fawwazy blogspot said...

hihi..rmbut dr biskut pun ok..bdk2 msti nk mkn kn klu mknan tu dihias kreatif..adam2.. hihi..thniah adik akak dpt ipta..kos tu rasanya stiap u blh tukar kos bila msuk..kna wat surat...

Cikrosecute said...

hihihi memang lawalah...tapi tetap cute..

9n0L4 said...

still kiut wpun rambutnye kaler koko. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute