Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 23 March 2013

Art&Craft : C for caterpillar

Cuti sekolah, pastinya banyak undangan kenduri situ sini dan pasti ramai juga yang bawa anak-anak pergi bercuti kan? Ekceli, hari ni kenduri kawen cousin-cousin saya tapi saya tak dapat balik dan attend majlis mereka sebabnya mr.hubby tersayang outstation. Mahu pulang kampung berdua dengan adam dengan keadaan diri yang berbadan dua lagi, memang tak laratlah. Lagipun kena naik bas lak tu, kan tak reti drive sendiri kan.. Kihkih.. Maaf ye cousin-cousin ku sayang sebab tak dapat hadir meriahkan majlis kalian.. Hanya dapat doakan kebahagiaan kalian agar berpanjangan hingga ke akhir hayat hendaknya.. Semoga menjadi isteri yang mithali dan sabar hadapi apapun dugaan dalam alam rumahtangga. 

Saya?? Hehe.. beraktiviti dengan adam di rumah je.. Aktiviti adam hari pertama di minggu cuti sekolah. Dah boring kan tak tahu nak buat apa memandangkan abahnya outstation. Inilah kerja kami dua beranak... Hihik.
 Menggunakan egg carton sebagai bahan utama, water colour, gunting, dan paint brush.
 Aksi si cilik saya mewarnakan caterpillar nya.. Tapi adam cakap, "U untuk Ulat". 
Haha.. Mana satu ni??
Dah siap 3 ekor Caterpillar atau U untuk Ulat kata adam.. Kaler yang bercampur-campur diwarnakan oleh adam. Saya juga ada buat satu, yang tengah tu dan dua lagi tu adam punya.

Nota : Seronok bila dapat buat aktiviti begini dengan anak. Banyak perkara yang dia boleh belajar dan dapat menguji pelbagai kemahiran untuk dia. Jom cuba buat... hehehe.. :)

Buku yang saya guna untuk adam belajar membaca

Saya nak berkongsi sedikit tentang set buku bacaan yang saya guna untuk ajar adam membaca bila ada sahabat blogger yang bertanya saya guna buku apa. Sebelum ni ada saya postkan tentang saya beli hadiah masa birthday dia.
Set buku Bacalah Anakku keluaran ReadNetwork ni saya beli kat kedai buku SMO dengan harga RM36.90 tapi sebab jadi ahli, dapatlah diskaun sikit dan bayar dengan harga RM33.21. 

Saya mula ajar adam dengan buku 1 pada hari jadinya dan seminggu lepas tu, dia dah mulakan buku 2 dan sekarang dia dah di buku 4. Bila anak dah boleh gabungkan bunyi sikit-sikit untuk baca perkataan, itu dah buat saya happy dan semakin teruja nak ajar dia lagi. Berbaloi rupanya saya beli buku ni. Tapi dah banyak kot tadika guna kaedah fonik dalam ajar kanak-kanak membaca. Bagusnya buku ni sebab ada disediakan cd untuk panduan kita cara sebutan bunyi dan juga flash kad pun disediakan bagi memudahkan kita nak ajar anak. Saya pun memang banyak guna flash kad dalam ajar Adam sebut dan gabung bunyi tu. Contohnya, kalau hari ni saya ajar just baca dengan tengok buku, besoknya pulak saya tukar ajar guna kaedah permainan bahasa pulak. Sebenarnya ada kursus tau untuk buku ni tapi saya tak pergi kursus pun, teringin jugak tapi entah bilalah agaknya kan berkesempatan. Hihik.. Saya just buat research sikit-sikit untuk dapatkan info dan belajar cara bunyi huruf dengan betul berpandukan cd tu je. 
~picture dr pokcik google~
Untuk lebih membantu anak dalam menguasai kemahiran membaca, ada jugak buku aktiviti tau untuk anak-anak macam pic kat atas tu. Tapi saya belum beli lagi buku ni dan masih menunggu stok kat kedai buku yang selalu saya pergi tu ada. 
Memang nak jugak beli yang ni. Hihi..

Entry ni bukan saya nak menjual ke apa yer. Saje je nak berkongsi dengan sahabat semua tentang buku ni kot-kot lah ada yang berminat kan nak try beli juga dan masih mencari-cari buku apa yang sesuai untuk anak mula belajar membaca. Saya mulakan ajar BM dulu dan nanti barulah saya beli set Read Easy pulak untuk BI. Ajar satu-satu dulu, kalau tak... mahu pening Adam nanti nak paham. :)

Nota : Kalau nak tahu banyak lagi info tentang buku ni, bolehlah intai-intai kat sini.

Friday 22 March 2013

Adam Membaca ~ Buku 3~

Kenapa saya terlalu ingin anak pandai dan lancar membaca sebelum usia 6 tahun? Dan rasanya semua ibu bapa nak macam tu kan? Termasuklah saya dan disebabkan itu juga saya akan cuba berusaha mengajar adam membaca walaupun dia baru 4 tahun dan di tadikanya pun belum lagi ajar membaca untuk tahap umur dia. Zaman sekarang.... semua dah berubah. Tidak lagi seperti zaman kita yang darjah satu atau dua baru pandai membaca tak kisah sangat kan. Tapi zaman sekarang, anak-anak semakin bijak dan persaingan pun semakin hebat. Cabaran dan perkembangan dunia pendidikan pun semakin mencabar. Maka, tiada salahnya saya mengambil pendekatan awal mengajar dia untuk pandai membaca awal. Kan ke itu lagi menyenangkan kerja seorang guru bila kanak-kanak masuk darjah satu dah tahu 3M. Itu pandangan saya dan misi saya sendirilah. Memang pada mulanya tu kan, saya tak confident dan rasa bimbang takut membebankan dia. Tapi bila tengok dia boleh kenal bunyikan huruf dan boleh baca sikit-sikit ayat pendek, buatkan saya lagi teruja. Percaya atau tidak, walau kita ajarkan dia 2 minit je setiap sesi. Tapi anak-anak akan boleh ingat apa yang diajarkan kepada mereka. Itulah yang berlaku pada saya... bila tengok adam boleh baca sesetengah perkataan mudah masa dia duk belek-belek buku dia sendirian sedangkan masa saya ajarkan dia tu kan, macam-macam ragam dia. Kejap dia lompat-lompat, kejap dia pandang lainlah... Tapi sebenarnya dia mendengar kot apa yang saya ajarkan walau matanya tak pandang fokus pada saya. Semoga saya akan terus konsisten untuk ajar dia nanti sampailah habis susunan buku bacalah anakku tu. Inshaa allah.... Semoga dipermudahkan dan adam diberi kelapangan hati dari-NYA untuk lebih minat belajar membaca..

Ni video adam, sebelum dia tido, tiba-tiba dia ambil buku 3 dan baca mana mukasurat yang dia nak rasa nak baca depan tv. Masa tu saya tengok tv, bila duk tengok dia cuba membaca sendiri tanpa saya di sebelah dia... terus saya amik video pertama adam yg cuba untuk membaca ni. Semoga lepas ni akan lebih baik lagi bacaan dia. 

Jangan boros yer...


Wah tajuk tak menahan kan.. Hihik.. 
Boros? Apa tu boros? Haha.. Ok, encik hubby outstation seminggu ke luar daerah, makanya saya kenalah bijak berbelanja dan masa inilah nak uji diri pandai ke tidak berdikari. Ekceli, saya memang boros. Biasalah orang pompuan kan, pantang gi kedai, ada je benda nak dibelinya. Takde maknanya cuci mata je... last-last beli jugak kan. Itulah saya....... sebab tu saya lebih suka Mr. Hubby tersayang pegang $$ berbanding saya sendiri sebabnya bila buat camtu, dapat mengelakkan saya berbelanja tanpa arah tuju. Kihkih tak tahan betul ayat kan, poyo jer... Kalau saya nak apa-apa, amik je... nanti dia bayarkan. Kan senang gitu.. kalau saya yang pegang sendiri $$ (tapi takdelah sampai tak pegang langsung untuk poket sendiri.. hehehe), tak tunggu tanya dia boleh ke tak beli, memang saya beli je.. Haha.. Itu pasal, tiba-tiba haih dah habis dah, laju cam air je kan belanjanya.. Itu memang sikap kurang baik saya sejak dari bujang lagi tapi masih boleh dikawal lagilah. Takdelah melampau benor sikap boros saya ni. Bila dah berumahtangga ni, keputusan dalam soal kewangan memang kami amalkan sikap saling bertanya dan berbincang kalau nak buat apa-apa... Cukup je bulan, perkara pertama kena buat mestilah settlekan bil dan loan yang mana ber'loan' kan. Hihik.. Lepas tu baru shopping lain-lain hal. Alhamdulillah... bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan-NYA kepada kami sekeluarga. Terima kasih buat suamiku yang banyak bersusah payah mencari rezeki untuk kami anak beranak. (macamlah dia baca kan blogku ni...hihik) Semoga Mr. Hubby selamat pergi dan balik dari bertugas. Seminggu je pun kena tinggal.. Tapi yang boringnya sebab cuti sekolah kan, so takdelah program menarik untuk adam cuti sekolah ni. Lagi satu kan... saya hanya tahu bawa motor je. Kereta?? Haha.. Saya takut nak drive, teringin juga nak pandai drive kete tapi cuaklah. Hihik.. Al-kisahnya kan, baru tahu  kan yang saya tak reti drive. Hihik.. Tapi takpe, dah biasa pun berdikari dan kena tinggal bila hubby outstation.. Cuma feeling kali ni lainlah sikit sebab saya kan berbadan dua, jadi beremosi sikitlah.. Hihik..  :)
Tetap nak selitkan gambor jugak. Ekceli ni gambar lama, belek-belek dalam lappy terjumpa gambor ni. Comel tak? Kami kembar.... :)

Wednesday 20 March 2013

Play & Learn : Fishing for letters


Skill building activity : Fishing for letters. 
Jom memancing dengan adam. Salah satu aktiviti play & learn yang bagus dicuba untuk membantu anak mengenal huruf ABC.
Saya lupa pulak link saya download ikan-ikan ni kat mana.  Saya print black&white, kemudian bergotong-royong warnakan latar ikan tu dengan adam.

 Mula-mula gunting ikan-ikan berhuruf. Adam buat muka tak puas hati sebab dia tak dapat menggunting dengan elok lagi. Tapi mampu jugaklah dia gunting lebih kurang 5 ekor ikan tu. Selebihnya dah tentulah ibu nya kan.. Huhu..
 Seronoknya si kecik ni memancing ikan-ikan tu dan setiap kali dia dapat pancing, dia akan sebutlah huruf-huruf yang dia dapat tu. Ada yang disebutnya dengan bunyi fonik pun ada.. Haha..
 Idea adam jugak ni, diambilnya basikal dia dan diletaknya ikan dalam bakul basikal dia tu.. Boleh gitu kan? Pergi mancing bawak basikal, dapat ikan letak dalam bakul ni.. Katanya lah kan.. Haha.. Layankan ajelah.

Adam kan sekarang ni lebih excited pulak nak buat aktiviti-aktiviti camni dan kalau ajak belajar membaca tu macam kurang tumpuan pulak dah. Itu yang sesi belajar membaca pun jadi singkat dah sekarang. Baru saya tahu betapa mencabarnya sesi nak mengajar anak untuk pandai membaca ni. Baru masuk buku 4 dan seterusnya lagi mencabar pulak rasanya. Adam pulak suka mengeja perkataan dengan sukukata kalau ada beberapa perkataan yang dia blur sikit nak baca sedangkan kalau guna kaedah fonik ni, apa yang perlu dielakkan ialah jangan ajar anak menghafal sukukata atau mengeja huruf pada perkataan. Haha.. Saya pun dah pening..... Tapi dia bunyikan mengeja tu dengan bunyi foniklah, contohnya, keh... u....= ku,  deh... a = da, kemudian baru dia sebut kuda. Harapnya dia akan fahamlah nanti cara gabung bunyi dengan betul. Bersabarlah saya berdepan cabaran dalam  mengajar anak untuk pandai membaca ni. Camne ye cara-cara kawan-kawan semua ajar anak membaca dan tarik minat dia? Bolehlah berkongsi dengan saya yang baru bertatih nak mengajar anak ni. Hihik.. :)

Tuesday 19 March 2013

Art&Craft : Adam Table Mat


"Ibu, jomlah buat aktibiti.. Jomlah ibu", katanya setiap kali balik dari tadika tengahari tu. Penat jugak nak melayan kalau dah dia sibuk mengajak buat aktiviti ni. Sudahnya saya kena rajinkan diri mencari idea dan meng'google' segala macam yang boleh dijadikan idea dan bahan belajar untuk dia buat kat rumah. Ini aktiviti dua hari yang lepas. Adam belajar art&craft lagi iaitu buat table mat pulak. Belajar kemahiran menggunting dan menyusun kedudukan pinggan dan sebagainya di atas kertas yang kononnya meja lah kan. Katanya kan.. Hihik.. Layankanlah aje mood budak ni di kala dia ingin belajar sesuatu kan. Idea ni pun saya refer dari buku yang saya pinjam dari library jugak.. 
Alatan : Gunting, kertas warna-warni, gam, manila kad. Lukis pinggan, garfu dan sudu serta gambar makanan la kononnya kan di atas kertas. Ini pun saya jugak yang kena buat dan adam hanya perlu gunting, warnakan, dan gam aje. Tapi yang mana dia susah nak gunting tu, semestinya sayalah yang kena guntingnya.. Adoii penat melayan ini budak... Keranamu anak, walau penat pun ibu tetap ikutkan aje. Kalau buat tak tahu je kat dia, bimbang nanti time saya suruh dia membaca buku, dia pulak yang buat tak tahu je bila disuruh kan. 
 Dah siap gunting, jom belajar susun dan gam.. Semuanya berpandukan buku tu.. Hihik.. :)
Done!! Simple table mat from adam. Selepas je dah siap ni, adam pun letak table mat dia ni atas meja dan berlakon ala-ala tengah makan. Seronoknya saya bila tengok adam tiru tulis perkataan 'table mat' tu dengan namanya sekali. 

Nota : Cuti sekolah nanti saya tak tahulah apa nak dijadikan aktiviti masa lapang si kecik ni nanti. Abahnya pulak outstation time dia cuti sekolah tu, bertambah bosanlah dia nanti.. Ajar dia main masak-masak boleh? Hahaha.. :)

Monday 18 March 2013

Dah mula rasa risau......


Saya sekarang dah pun 30 minggu. Sekejap je rasa dan lagi ten weeks to go. Perasaan nervous, takut dan macam-macam dah mula datang. Last week, saya checkup dan normally kat klinik yang saya checkup ni every month nurse akan scan tengok baby dan jantungnya. Baby di kedudukan melintang dan nurse cakap tak perlu risau sangat sebab masih banyak masa dia nak pusing di kedudukan sepatutnya. Pesan nurse lagi, jangan nak pergi betulkan kedudukan tu dengan bidan pulak.


Huhu... teringatlah saya masa pregnantkan adam dulu yang ikut je cakap orang tua. Orang tua cakap suruh pergi betulkan perut dengan bidan kampung, saya turutkan jelah. Minum air selusuh awal dari sepatutnya dan macam-macam lagilah.. Masa tu kan tak tahu apa-apa, orang suruh itu ini terpaksa ikutkan aje.. Memang pengalaman berharga jugaklah dan untuk anak kedua ni pulak, saya lebih relax dan santai je. Ikut je nasihat nurse dan doktor. Petua dan pantang larang orang tua tu masih juga saya ikut dan ada juga yang saya tak berapa ikut.. Hihik.. Kata orang dulu-dulu, menjahit tak boleh, menukul pun tak boleh. Tapi saya buat jugak, dah kalau seluar suami atau anak koyak, siapa yang nak jahitkan.. Ye tak?? Yang kedua ni saya memang lasak terlebih pulak ke situ sini. Hehe.. Persiapan baby pulak ala kadar je sebab barang-barang dan baju abangnya masih elok dan sudah siap saya basuh semuanya. Tambah beli sikit-sikit jelah yang baru. Diharapkan kali ni dipermudahkan-NYA. Doakan yang baik-baik untuk baby dan saya yer. Perut saya kecik je..hihik.. Sebabnya saya kecik kot dan masa pregnantkan adam dulu pun camtu juga. Doakan baby dan saya sihat sentiasa ye. Jantina baby? Hihik.. belum scan dengan doktor lagi.. Nurse kaalu scan just tengok kedudukan dan jantungnya je, jantina kena scan dengan doktor. So, suprisess.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute