Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 16 June 2012

Apakah maksudnya tu?


Aku baru je tutup pintu dapur.. Yelah kan dah magrib memang kena tutup pintu. Lepas tu terus ke ruang tamu dan switch off lah lampu dapur tu sebab dah on lampu kat ruang tamu kan, lagipun dapur dekat je pun dengan ruang tamu.. Tiba-tiba..... 

"Ibu, ada apa kat dapur ibu tu, kat tepi sinki tu?", tanya si kecik aku. 

Aku terus ke dapur tengok apalah yang dimaksudkannya tu..... dan memang aku rasa lain macam sikit lah masa tu. Terus aku bukak lampu dan adam boleh cakap, "dah takde dah".. Haih.. lagilah seram aku ni.. Main-main ke apa budak ni. Dan teruslah aku bukak CD bacaan al-Quran. Belum pernah rasanya adam tegur pelik-pelik camtu. Risau pulak aku... Semoga tiada apa-apa yang pelik lah. Korang rasa apa yang dimaksudkannya tu?

-Atasi masalah anak yang sering kencing malam-


Awal tahun hari tu, aku terus ajar dia potty training. Mula-mula aku pakaikan dia pampers hanya waktu malam je. Tapi bila tengok dia bangun waktu pagi dan tengok pampers dia tak basah pun atau tak penuh sangat pun, terus aku cuba tak pakaikan dia pampers waktu malamnya juga. Lagipun dia sendiri yang tak nak pakai. Awal-awal cuba tu rasa ragu-ragu jugak dan seingat aku, dia hanya ter 'kencing malam' 3 kali jer setakat ni dan hanya 3 kali tu jugak aku terpaksa hantar dobi toto alas tidur dia. Mujur alas dengan toto jugak atas tilam katil dia tu. Bila aku cuba suruh dia ke tandas dulu sebelum tidur, terus OK dan takdelah aku kena basuh tilam dia tu je. Kadang tu aku angkat je dia tidur tengah malam tu bagi dia buang air kecil walau tengah mamai. Kesian jugak nak angkat tapi aku cuma nak biasakan dia je.

Ini beberapa tips cara aku buat  :
1) Sebelum anak nak masuk tidur pastikan dia buang air kecil dulu.
2) Pesan kepadanya supaya beritahu dan kejutkan kita bila dia rasa nak buang air kecil waktu tengah malam.
3) Cuba set kan masa dalam kul 3 atau 4 pagi dan angkat dia sekiranya dia nak buang air kecil.
4) Jangan marah dia andai dia ter'kencing' malam dan basahkan tilam. Sebaiknya nasihatkan dia dan pesan agar dia cuba untuk tidak mengulanginya lagi.

Ada jugak beberapa petua yang aku jumpa tapi aku tak pernah cuba pun lagi sebab my hero dah tak kencing malam lagi dan harapnya berterusanlah lepas-lepas ni pun. 
Petuanya :
1) Calitkan tanah dari sarang semut dan campurkan sedikit air kemudian calitkan ke perut anak yang sering kencing malam sambil berselawat 3 kali. (kalau mak aku dulu letak sisa dari cacing tanah tu kat perut adik aku dan berkesan jugak)
2) Madu lebah - perahkan sedikit air limau nipis di atas sesudu kecil madu lebah dan diberi pada anak.

NotaKanak -kanak yang membasahi tilam pada waktu malam selalunya tidak menghidap apa -apa penyakit dan keadaan ini ada kaitannya dengan kematangan urat saraf seseorang kanak -kanak itu. Bagi kanak -kanak yang sudah berupaya menahan dari kencing malam tiba -tiba keadaan ini berulang semula perlulah dipastikan yang mereka tidak mengalami penyakit infeksi kencing ( urinary tract infection ) yang mungkin memerlukan ujian pancaran X. Kanak -kanak yang menghidap penyakit infeksi kencing perlu dirawat dengan antibiotik yang tertentu serta dibawa berjumpa doktor dari masa ke masa. Jika tidak dikawal penyakit infeksi kencing boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang ( chronic renal failure ) apabila mereka dewasa. -sumber-

Bila dia ber 'imaginasi'.....


Anak yang terlalu taksub dengan watak kartun perlukah dirisaukan?? 
Adam memang suka sangat dengan watak-watak cerita kartun yang ditontonnya sehingga melukis pun mesti nak buat watak-watak tu semua. Sungguh teruja tengok dia sudah pandai imaginasi melukis itu ini.. cuma dia selalu lukis watak kartun lah.. Kadang tu risau jugak sebenarnya tapi bila aku cari beberapa info dan ada baca satu artikel dalam majalah keibubapaan, maka kuranglah sedikit rasa risau aku tu. Lagipun memang budak suka ber 'imaginasi' dengan kartun yang dia minat atau tonton.
Bila aku tengok dan tanya apa ni? Adam kata, "Ini adam lukis Ben 10". Aku perhatikanlah lukisan dia tu dan tengok ada pulak nombor 10 kat baju tu..hahaha.. nak gelak pulak aku.
Dan yang ini pulak dia kata Dragon Ball punye watak kartun. pandai sangat si kecik aku ni ber 'imaginasi'. Emmm.. aku pun tak berapa paham.. hanya dia je paham sebab dia yang lukis.

Lumrah kanak-kanak suka pada kartun malah kita sendiri yang dewasa pun suka jugak kartun kan. Macam aku suka giler tengok shin chan tapi bila dah ada anak tak leh tengok sangat kartun tu..hehehe.. Join Adam tengok kartun one piece dan detective conan pulak. :)

"Sebilangan besar kanak-kanak memang mudah terpengaruh dengan visual yang dihasilkan dalam animasi kartun. Ia bukan sahaja merangsang minda dan imaginasi, bahkan menambah perbendaharaan katanya. Jadi, tidaklah salah sekiranya kanak-kanak menonton kartun di masa terluangnya".
 -dr majalah pa&ma yg aku baca-

Jadi tak perlulah aku terlalu risau sangat bila dia suka lukis kartun dia tu asalkan tahu bahagikan masa untuk dia. Masa baca buku kena baca buku.. masa tengok Tv tengoklah kan. Memang Adam ni banyak belajar perkataan dari Tv. Ada je tiba-tiba ayat yang terkeluar dari mulut dia sampai terkejut jugak aku dibuatnya. Pandai pulak dia susun ayat dia sebelum bercakap. Tengok Tv pun mampu merangsang minda anak asalkan bagi dia tonton rancangan yang betul dan dipantau. Mengongkong sangat pun tidak bagus jugak untuk perkembangan anak tetapi mendispilinkan anak pun sangatlah perlu!! 

Nota : Memang aku kena banyak belajar lagi. Semoga kamu jadi anak yang baik yer dak Adam. Ibu sayang kamu!!!

Friday 15 June 2012

Kadang-kadang......


Kadang-kadang terasa....
Sangat perlukan Bonda disisi ketika ini.
Kerana dialah pendengar setiaku.
Kadang-kadang ada sesuatu yang hanya pada Bonda, insan yang terbaik untuk diluahkan segala rasa.
Kerana kadang-kadang ada sesuatu yang kita tidak mampu berkongsi dengan insan terdekat kita.
Bonda.........
Walau dia dilanda resah, jarang sekali dia menunjukkan reaksi kepada anaknya..
Tapi aku......... andai aku ada resah gelisah, dia sanggup mendengar segala keluh kesah aku.
Hiba aku rasa bila mana aku belum mampu membalas segala jasanya pada aku.
Hanya Doa mampu aku titipkan semoga dirinya sentiasa berada dalam lindunganNYA YANG MAHA ESA selalu.
Bonda....... 
Walau hatinya sendiri sedang berduka tapi dia mampu menenangkan hati anak-anaknya.
Itulah betapa hebatnya insan bernama seorang Ibu.
Sungguh aku rindu Dia.......... Bondaku.

Nota : Entri puisi ni khas ku cipta buat 'mak' sebab aku rasa rindu kat dia ++ jiwa agak  kurang stabil sikit tapi aku OK je.. hehehe... Nextweek maybe balik kampung. Sukanyee.... :) 

p/s : Terima kasih atas komen-komen kalian semua tentang entri sebelum ni. Lagu dah takde.. Hehhee.. :)


Apa pandangan kalian tentang Cerita Hati?


Soalan : Apa pandangan anda tentang blog aku, Cerita Hati?

Oh... Sungguh aku tak pandai nak edit blog aku secantik blog-blog orang lain sebabnya aku lebih suka simple jer. Tapi kadang ada orang suka blog yang comel-comel barulah diorang suka datang BW kan. Tapi aku harap blog aku, Cerita Hati aku ini OK lah di pandangan mata korang. Aku tahu korang nak kata blog aku tak comel kan. Hehhehe. 

Entri blog aku, cerita hati camner pulak? Ada korang rasa suka atau menyampah tak dengan entri-entri aku yang terkadang merapu jugak tu kot.  Seperti sedia maklumlah kan yang segala catatan coretan aku di sini adalah kisah aku, anak aku dan cerita kami-kami. Ditambah jugak dengan entri masak-memasak aku... So, apa pandangan korang dan apa yang perlu aku  buat untuk menambah baikkan lagi blog aku ni? Kalau nak men'cantik'kan tu sungguh aku dah tak reti dah.. Kena tunggu mood rajin baru lah boleh buat lagi. Hahaha.. Penat dah nak mengedit... Yang penting kita happy-happy nak berblog kan... 

pssstt... tapi aku suka tengok blog korang semua yang cantik-cantik tu. Jealous aku tau... :)

Thursday 14 June 2012

-Mee Kuah-


Malam tadi baru dapat buat dan rasa mee kuah ni. Dah dua hari duk menjamu mata tengok mee kuah kat Dapur Kak Yah. Mana boleh tahan..... teruslah nak cuba buat jugak dan rasanya sendiri. Terima kasih Kak Yah sebab kongsi resepi yang senang nak dibuat dan sedap rasanya. 

Memang bestlah bila makan mee yang banjir dengan kuah macam ni. Hero-hero kesayangan aku pun makan bertambah-tambah. Maksudnya sedaplah tu kan. Adam pulak, sambil makan sambil angguk-angguk kepala dan cakap bestlah Ibu.. Oh, jujurnya kamu budak adam. Pandai bodek Ibu yer... :)
Selalu aku masak mee taklah berapa banyak kuah dan kalau aku buat banyak kuah mesti jadi kureng best.. Tapi bila cuba resepi ni menjadilah pulak. Lagilah bertambah suka bila tengok  hero-hero aku tu makan dengan berseleranya.. Tak salah belajar dan terus belajar untuk jadi lebih pandai memasak asalkan rajin mencuba.

 Tu dia kuah... Memang mee kuah. :)

Sampai termuncung mulut dia nak hirup kuah dan seluar baju habis comot terkena kuah. 

Resepi : Mee Kuah
sumber : Dapur Kak Yah

1 bungkus mi kuning - ku buat separuh je
4 ulas bwg putih - ketuk
3 ulas bwg merah - tumbuk halus
2 sudu besar udang kering - tumbuk halus
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang 
2 biji telur
Sawi - ku ganti dengan kobis
Beberapa ketul isi ayam
2 biji tomato
3 biji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis, daun bawang, bawang goreng -hiasan

1) Basuh mi kuning dan toskan.
2) Tumbuk bawang merah & udang kering secara berasingan.
3) Ketuk bawang putih.
4 ) Tumis bwg putih, bwg merah & cili giling. masuk udang kering dan masak hingga naik bau. Kemudian masukkan sos-sos dan kicap.
5) Masuk ayam & udang serta air sebanyak mana kuah yang dirasakan perlu. Biar sampai didih.
6) Pecahkan telur satu persatu dan jangan dikacau. Biar seketika hingga didih.
7) Tambah gula dan garam, sayur & cili merah potong. Sebelum tutup api, masuk mi kuning dan masak sekejap.
8) Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama bahan hiasan lain.

Nota : SELAMAT MENCUBA!

Wednesday 13 June 2012

-Anak meragam bila mengantuk dan baru bangun tidur-


Pernah tak berdepan dengan situasi ini? Stress tak kadang-kadang tu? Oh, aku pun kadang tu naik pening bila dia meragam tiba-tiba. Ini mesti mengantuk sangatlah tu yang nak merengek dan meragam je kerjanya. Kadang tu, kalau dia baru bangun tidur.... haaa jangan ditegur dia dulu, karang dia mengamuk tak pasal-pasal. Kena bagi dia bertenang dan mood stabil dulu barulah dia boleh main dengan elok lepas tu. Kena 'panas enjin' dulu kata orang. Itulah dia anak yang sedang membesar, hari ni ragam lain besok lain pulak. 

Macam petang semalamlah, dia baru bangun tidur. Aku bawak ke taman mainan tapi dia moody pulak. Haih... kena tunggu setengah jam baru lah mood dia elok balik. Semua budak yang nak main dengan dia, boleh dia buat tak tahu dan marah budak tu. Alahai adam........... Tapi itulah kan budak-budak. Diorang pun ada masa perlu bertenang jugak sama seperti kita jugak kan. Apa yang penting kita kena ambil kisah dan tahu cara tenangkan dia kalau dia meragam, betul tak?

Tips memujuk dan tenangkan anak yang meragam :
*** tenangkan diri kita dulu barulah pergi dekat dengan anak dan tanyakan anak kenapa dia begitu dan sebaiknya berikan pelukan untuk dia.
*** cuba penuhi apa yang dia mahukan, contohnya kalau dia nak tidur, berikan dia tidur dengan selesakan tempat tidurnya.
*** pujuk dia dengan cara yang betul dan bukan marah atau tinggi suara terhadapnya.

Kalau aku lebih suka peluk dia dan cuba nasihatkan dia yang salah perangai dia macam tu. Sungguh penuh cabaran dalam mendidik anak ni dan terkadang tercabar jugak kesabaran aku ni. Sekarang ni  pulak kan, Adam kuat betul merajuk dan merengek. Kalau perut dia lapar lagilah meragam macam-macam. Huh... Sabar jelah.

Nota : Kalian ada tips lain tak macamana nak pujuk anak yang meragam dan jadi manja semacam je ni..  :)

-Ayam Goreng Berempah Simple-


Jom makan ayam goreng.... :)
Simple je nak buat ayam goreng ni. Kalau dibakar pun ok jugak cuma kena tambah halia dan beberapa batang serai jelah. Pernah jugak aku buat barbeku pakai resepi ni masa picnic dan ramai yang cakap sedap. Resepi ni pun mertua yang kongsikan. Asalnya resepi ayam bakar cuma hari ni aku olah dan eksperimen jadi ayam goreng pulak. Kalau utk BBQ kena letak halia dan serai. Takde anggaran dan aku cuma main agak-agak jelah bahan-bahannya tu. Kalau nak pedas tambah lah serbuk kari atau cili kering tu yer.
Resepi : Ayam Goreng Berempah simple

Beberapa ketul ayam -bersih dan toskan
Bawang merah
Cili kering
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam dan serbuk perasa ajinomoto

1) Kisar semua bahan dan perap dengan ayam selama 15 minit.
2) Sebelum digoreng, golek dengan tepung jagung dan goreng pada api kecil hingga garing dan masak.
p/s : Jika nak bakar, blend sekali dengan halia, beberapa batang serai dan kena tambah gula. Kemudian bakar tanpa celup tepung jagung.

Nota : SELAMAT MENCUBA!

Kisah aku dan dia.....-pengalaman-


Banyak sebab yang boleh terjadi komplikasi ketika kelahiran. Aku juga punya sedikit pengalaman yang mana aku terpaksa lahirkan Adam secara Caesaran yang ketika itu usia kandunganku baru 37 minggu. Ini disebabkan masalah air ketuban pecah. Ada ke air ketuban pecah? Tanya seorang kawan aku sebab macam dia pelik dengarnya. Bertuahnya mereka yang dapat lahirkan bayi mereka secara normal. Aku juga berharap lepas ni aku boleh merasai pengalaman kelahiran secara normal pula andai dikurniakan rezeki lagi.

Rabu, 04 Mac 2009. Pagi tu sebelum nak mandi, tiba-tiba terasa macam ada air mengalir. Mula lah panik sebab masa tu aku sorang-sorang je kat rumah. Telefon mertua dan dia pun balik. Mertua kata air ketuban. Aku pelik sebab aku langsung tak rasa sakit nak bersalin pun. Seminggu sebelum tu memang ada jugaklah sakit kejap-kejap sampai tak boleh nak tido. Bawak pergi klinik terus kena refer hospital. Bila dah duk hosiptal tu baru lah rasa sakitnya. Nurse check jalan takde terbuka langsung. Tunggu lah lagi dan kena keluar masuk untuk check jalan banyak kali jugaklah........

Khamis, 05 Mac 2009. Selepas subuh barulah Abah adam sampai kat hospital (masa tu dia study kat alor star), jadi kena naik bas lah nak balik tengok wife dia ni. Aku dimasuk ubat nak bagi jalan terbuka yg entah kali ke berapa pun tak ingat dah. Tunggu lagi dan lamanya aku rasa kena tunggu........ Masa tu macam-macam perasaan datang bila nurse check denyutan jantung baby dah tak berapa stabil sebab air ketuban dah berkurang. Aku kata, "cepatlah bedah jelah saya, biarlah anak saya selamat". Memang masa tu fikir anak je dan hanya mampu berdoa moga semuanya berjalan dengan baik. Abah adam tenangkan aku dan nampak riak risau di wajahnya walau dia sengaja buat-buat citer lucu nak bagi aku relax tapi sebenarnya dia yang lagi risau. 

Aku disuntik lagi dengan ubat tahan sakit kat tulang belakang kot rasanya (masa ni aku khayal semacam je rasanya..cakap dengan abah adam pun merapu je dia kata). Maka terpaksalah ditolak ke dewan bedah malamnya tu jugak kerana jalan tak terbuka langsung dan air ketuban pun dah semakin berkurang. Tepat jam 10.05 pm, aku selamat lahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama 'ADAM Akmal' secara caesaran. Lucunya selesai je dibedah tu dan masa nak ditolak ke wad, aku boleh tanya nurse mana kaki aku sebab aku tak boleh angkat kaki aku. Yelah ubat bius belum habis lagi kan. Nurse cakap, "bertenang dik, esok baru awak boleh rasa kaki awak. Awak tidur dulu ye". 

Itulah pengalaman aku di'caesaran'. Memang nak menjaga luka jahitan tu sangatlah perlu berhati-hati. Setiap kali nak susukan Adam agak mencabar jugaklah sebab nak jaga sakit sebab operate tu lagi kan. Tapi memang dah berniat nak full breastfeeding kat dia, aku berusaha jugak cuba macam-macam posisi dan yang aku selesa posisi duduk. Posisi mengiring & baring pulak memang aku tak selesa masa tu sebab rasa ngilu je kat tempat jahitan luka tu. Tapi sebenarnya posisi seperti itu lebih baik bagi mereka yang 'caesaran' untuk susukan bayi.

Antara masalah berkaitan air ketuban seperti kes 'oligohydramnios' : Air ketuban didapati berkurang daripada jumlah sepatutnya. Kemungkinan berlaku disebabkan selaput ketuban pecah dan air ketuban keluar walau belum ada tanda-tanda untuk bersalin.

Antara sebab berlaku komplikasi kelahiran :
Bayi songsang, tulang pelviks tidak terbuka, masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi atau kelahiran lewat.
Caesaran : Bayi dikeluarkan melalui abdomen/perut. Ini dilakukan atas sebab-sebab kesulitan untuk kelahiran dibuat secara normal. Sebelum pembedahan, anda akan diberi satu suntikan epidural bagi memastikan anda sedar dan tidak berasa sakit ketika dibedah.
-dari buku 40hari nan indah pa&ma-

Nota : Bila melihat anak yang dikandung 9 bulan dilahirkan dan dapat pegang peluk dia buat pertama kalinya adalah saat-saat yang terindah dalam hidup setiap insan bergelar Ibu. Betapa besarnya kuasa Allah s.w.t. dan aku beryukur kerana diberi peluang dariNYA untuk merasai pengalaman itu.

Tuesday 12 June 2012

-Lukisan Choki Choki-


Siapa suka choki choki??  Sila angkat tangan. 
Aku pun suka dan Adam lagi lah suka. 
Aku bagi 2 keping roti kat Adam dan suruh dia letak choki choki sebagai intinya. 
Tengok-tengok dua hero kesayangan aku tu boleh main lukis-lukis pulak atas roti tu. 
Inilah hasil contengan Abah Adam atas permintaan si kecik Adam. 

-Aktiviti riadah Adam-


Sejak Abah Adam dah ada hobi baru iaitu berbasikal ni, Adam pun akan sibuk join sama tiap kali Abah dia nak berbasikal. Biar dia kayuh sekejap dan dekat-dekat je pun. Adam tak follow pun abah dia pusing jauh. Jarang sangat aku bawak turun bawah basikal dia tu. Kalau rajin barulah aku bawak turun bagi dia kayuh kat bawah blok je. 

Sebabnya..............
Adam masih belum pandai kayuh basikal sepenuhnya lagi. Dia baru pandai kayuh separuh separuh je dan tak pusing penuh pedal tu. Penat dah aku ngajornye tapi dia tetap kayuh separuh jugak. Separuh maksudnya di sini hanya 180 darjah je dia pusing pedal tu (betul ker?hahaha.. aku pun kompius). Bergerak basikal dia tu tapi lambatlah sikit. Kata Jiran aku, nanti dia akan pandai sendirilah lama-lama nanti. Anak dia pun macam tu jugak dulu. OK... Lega sikit aku dengarnya dan normal lah tu rupanya. Hihik.. :)

Memang anak abah kan? (Abah Adam nampak kurus pulak dalam gambor ni. Magik nih.. Haha)
Mata dia duk pandang Taman Mainan dah tu sebenarnya.
Abah teruskan kayuhan dan Adam stop kat Taman. :)

Adam Akmal, Kau lah Permata hati Ibu..........
Saat kamu riang ketawa adalah saat yang menggembirakan Ibu.
Saat kamu menangis kerana demam/sakit adalah saat yang menyakitkan Ibu.
Tiada yang membahagiakan Ibu melainkan melihat kamu ketawa bahagia.
Harapan Ibu semoga kamu menjadi insan berguna dewasamu kelak.

Monday 11 June 2012

-Donut Mayonis-


Mood nak makan donut tiba-tiba je datang.. cheewah gitu.
Sebenarnya aku memang suka makan donut tapi lebih suka kalau buat sendiri. Kalau dulu selalu gotong royong buat dengan jiran aku Midah, tapi sekarang dia dah duk jauh. Maka kenalah belajar buat sendiri pulak kan. Aku ni kalau kuih yang kena uli menguli ni memang failed betul. 

Tapi........... kali ni aku berjaya hasilkan donut yang lembut dan pendek kata menjadi jua akhirnya. Ini entah kali ke berapa aku cuba buat baru aku rasa OK dan sebab tu aku berani post kat sini. Mungkin sebab aku ikut betul-betul resepi tu dan kali ni tak tertinggal bahan dah. Sebelum ni yang jadi lawaknya selalu je tertinggal letak marjerin lah, susu, gula lah dan ada jelah yang buat tak menjadinya tu. 

Emm...... Bila dah cuba resepi yang buat aku happy sebab terhasil dengan baik donut aku kali ni, jadi rasanya akan aku guna resepi ni selalu nanti kalau tekak rasa nak makan donut. Terima kasih Kak Yati untuk resepi ni.
 Tak pernah-pernah aku buat jadi naik macam ni. Suka sangat. :)
 Lembut pulak tu. Suka lagi......... :)
Adam lagi lah suka sebab dia pun suka donut. :)

Resepi : Donut Mayonis
Sumber : Kak Yati

330 gm Tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung / susu pekat manis - ku pakai susu pekat
1 biji telur - pukul dengan garfu dulu
140 ml air suam
3 sudu besar gula 
4 gm @ 1 1/2 sudu kecil yis - ku pakai mauripan punye brand
1 1/2 sudu besar marjerin
serbuk gula (untuk salut)

1) Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan uli hingga tak lekat di tangan. 
2) Perap doh dan tutup dengan plastik wrap atau kain basah hingga doh 2x ganda naik. Bila dah naik, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.
3) Buat bulat-bulat dan biarkan 6-8 minit. Kemudian buat bulat lubang di tengah ( ku pakai tudung botol jer ) dan biar doh naik lagi barulah digoreng.
4) Lepas dah goreng baru salut dengan gula.

Nota : SELAMAT MENCUBA!!

Ada cerita dengan serangga ini, anda kenal tak?




-ihsan pokcik google-
Anda kenal tak serangga kat atas ni? Satu spesis serangga yang disebut tomcat atau nama saintifiknya 'Paederus littoralis' yang berwarna hitam dan oren. Biasa aku panggil 'charlie' sebab masa kolej dulu itu yang orang duk sebut. Aku kenal serangga ni pun masa study kat penang sebab hostel dekat dengan sawah. Itulah first time aku tengok dan kenal dengan serangga ni. Hahak.. :)

Adam pun ada kenangan dengan serangga ini dan kenangan jugak buat kami. 
Kembali ke umur adam 3 bulan :


Suatu pagi tu, kami bawa Adam ke klinik untuk cucuk imunisasi 3 bulan dia. Balik rumah, dia OK je dan tidur lena je. Petang tu, lepas mandikan dia dan dah pakaikan seluar baju kat dia pun ok lagi keadaan dia. Lepas magrib....... tiba-tiba dia meraung menangis macam orang histeria pun ada. Tak berhenti menangisnya. Tak tahu lah pasal apa. Kami duk fikir mungkin nak demam kesan cucuk 3 bulan tu kot. Tapi adam tetap menangis sampailah pukul 2 pagi baru dia tidur. Itupun terpaksa tidurkan sambil dukung dia. 

Bangun pagi keesokan harinya, time aku nak mandi pagi dia. Aku terkejut bila tengok ada 3 tompok gelembung kecil di bawah peha dia. Gelembung macam terkena ekzos motor gitu tapi tak berapa besarlah. Laaa.......... patutlah nangis sangat semalam. Mesti sakit sebab ini. Badan dia taklah panas mana pun. Kesian anak ibu.. aku checklah seluar yang dia pakai tu. Memang sah ada seekor serangga oren hitam tu yg dah mati melekat kat seluar tu tapi tinggal bahagian kaki jelah. 

"Ni lah puncanya kalau tak kebas dulu seluar anak sebelum pakaikan", marah abah dia kat aku. Memang lepas kejadian tu, aku beringatlah untuk kebas dulu kain baju dia sebelum pakaikan. Ishh... serangga ni pun memang tak kenal tempat nak menyorok kan. Itulah kenangan kami dengan 'charlie' ni dan parut kesan toksin serangga tu masih ada lagi kat bawah peha adam. Mujur kecik je.. Kalau kena muka lagi haru biru kan.

Nota : Habitat serangga ni biasanya di kawasan lembap dan sawah padi. Serangga ini tidak mengigit atau menyegat tetapi serangga ini akan mengeluarkan cairan secara automatik bila bersentuhan dengan kulit manusia secara langsung atau jika ia rasa terganggu. Cairan tersebut akan membuatkan kulit terluka, melepuh, dan terasa seperti terbakar. Jika ia hinggap di tangan atau baju, tiupkan ia atau guna tisu untuk buangnya tetapi jangan picit ia. Jika anda terkena cairan serangga ini, segera basuh bahagian yang terkena dengan air dan sabun  supaya  cairannya tidak terlalu banyak meresap. Kulit yang terkena toksin serangga ini akan menjadi merah meradang. Jangan sapukan minyak atau bedak kerana itu akan lebih memburukkan keadaan. 

-Tak Ku Sangka-


Sungguh aku terkejut dan teruja..
Tak aku sangka..... sekali je Abahnya ajar tulis NAMA dia.
Tengok-tengok, dia dah mampu tulis sendiri nama dia dan eja nama dia. A.D.A.M.

Tak aku sangka dia dah pandai tulis nama sendiri walau baru nama dan belum perkataan-perkataan lain. Tapi aku sangat rasa teruja dengan perkembangan baik dia kerana dia baru 3 tahun. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang putera yang semakin hari semakin bijak. Semoga dia akan menjadi anak yang baik dan menjadi insan berguna suatu hari nanti. Itulah harapan seorang Ibu dan setiap Ibu terhadap anak-anaknya.

-Hasil tulisan Namanya-
-Budak baru belajar tulis nama-


Di sini, ingin aku kongsikan sedikit tips untuk galakkan anak untuk suka pada buku :
** Kenalkan anak dengan buku seawal usianya 3 bulan lagi. 
** Semasa usianya bayi lagi, selalulah bacakan dia buku atau pertontonkan dia video yang membina minda. Contohnya video kartun Barney yg banyak pembelajaran. Secara tak langsung mampu merangsang minda anak untuk minat belajar. Walau dia masih bayi dan belum mengerti apa-apa tapi percayalah yang itu semua mampu membantu perkembangan minda dia. ( aku dulu selalu bukak video barney walau masa tu dia kecik lagi tapi dia diam je tengok. ibu nya pun senang nak buat keje)
** Belikan buku-buku yang boleh menarik minat dia. Macam Adam, dia suka utralman, angry bird dan sebagainya lah kan, jadi aku belikan lah buku yang cover depan gambar tu.
** Kalau pergi shopping Mall, amalkan untuk singgah kat kedai buku. 
** Selalu bawa dia ke perpustakaan. (Adam masa umur masuk 2 tahun, aku dah bawa dia lepak kat Library)
** Selalu ajar dia dan beri perhatian ketika dia sedang menulis atau belajar.
** Berikanlah dia galakan dan perhargaan setiap kali dia berjaya dalam sesuatu perkara.

Nota : Coretan aku bukan untuk menunjuk-nunjuk. Kot ada yang berkata begitu pulak kan. Coretan di sini memang banyak kisah Si kecik aku 'AdAM' sebagai kenangan buat aku dan dia di masa depan. Sila jangan jemu yer... :)

Sunday 10 June 2012

Aku Memang Suka Tengok!!


Setiap orang pasti ada rancangan atau cerita yang dia sangat obses nak tengok kan. Serupa juga macam aku yang sangat-sangatlah suka tengok rancangan masakan. Selalu kalau tak berebut channel dengan Adam, suka tengok channel TLC dan AFC selain channel Tv yang lain. Aku suka sangat dengan rancangan Cake Boss, The Next Great Baker dan jugak Masterchef.  Entah kenapa bila tengok cake-cake yang gojes tu........ aku macam dibuai perasan gitu. Hahak.. Hilang segala rasa tension. Giler tak aku? Itulah yang menjadi punca kenapa aku suka mem'baking' pulak sekarang ni. Segala macam resepi kek aku cuba buat sebabnya aku suka. Mungkin satu hari nanti segala impian aku nak ada kedai sendiri akan tercapai.. Berangan gitu tau.. :)

Antara yang aku suka....... Ada yang sama suka macam aku tak?
 
Bila tengok rancangan yang aku minat, kadang boleh memberi inspirasi pada aku yang memang suka tengok kek yang cantik. Cuma aku ni masih peringkat belajar tapi belajar sendiri jer pun, sebab tu tak dapat buat yang cantik2 lagi.. Teringin jugak nak amik kelas sebenarnya. Wah banyak betul aku berangan. Terlebih sudah. Huhu. :)

Nota : Setiap orang ada impian.... ada harapan yang cuba digapai. Tak salah kot kalau berangan dan suka dengan apa yang kita minat.. 

Bila dia dah pandai tegur....


Ibu, kenapa baju ni tak lipat lagi?
Abah, makan mana boleh baring, makan duduklah abah.
Ibu, janganlah marah Adam, kesian Adam kan Ibu.
Ibu, kenapa tak mandi lagi?
Abah, mana boleh cakap macam tu, cakaplah elok-elok. (ini kalau kami bergurau tersebut perkataan yg tak best lah)

Hahaha... Itulah antara contoh cara Adam menegur kami. Memang sekarang ni kami sangat-sangatlah perlu berhati-hati dalam menjaga tutur kata dan tingkah laku bila sudah ada '2nd Tuan Besar' dalam rumah. Dulu kami yang ajar dia supaya makan duduk, tak boleh baring atau berdiri. Sekarang, kalau aku makan keropok sambil baring depan TV pun kena sound ngan dia. Sweet pulak rasa bila anak yang tegur. Hahaha.. Maknanya dia ingatlah apa yang kami selalu pesan dan ajar kat dia tu kan.  Yang letih nya sekarang ni, aku baru je tegur dia bukan marah pun. Dia dah kata, "Ibu janganlah marah, kesian Adam".

Alahai....... pening aku. Tapi kadang tu rasa nak senyum pun ada bila dia kata macam tu. Alahai budak kecik ni, dah pandai menegur pulak kamu yer. Lagi satu kan, dia sudah makin berselera untuk makan. Bangun pagi dah mintak nasi atau biskut. Sebelum tidur malam pulak perut mesti kena kenyang, kalau tak.... memang dia tak lena tidur. Stok biskut atau snek mesti selalu ada, sebabnya nanti dia akan merengek nak itu ini. Oppsss..... Budak ini sudah makin membesar rupanya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute