Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Showing posts with label Cuti2. Show all posts
Showing posts with label Cuti2. Show all posts

Sunday, 8 July 2012

Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman- Part II


Sambungan dari cerita episod jalan-jalan kami part I
 -Jom jalan-
 Nak tengok Tapir tapi Tapir tu duk dalam kandang je tak mau keluar. Hish.. hish.. Tapi besar sungguh Tapir rupanya.
Adam yang sungguh berani. Siap dia cakap, "Ibu kalau takut pegang tangan Adam". Masa ni aku ambil gambar dan ingatkan diorang tak mahu ke seberang sana dah tapi Adam yang bersungguh nak jugak meniti jambatan gantung ni. Ibu dia dah cuak giler dah masa ni tau..
Aku naik jambatan gantung ni kerana terpaksa. Aku memang takut sangat nak naik jambatan gantung. Tapi kali ni memang terpaksa gara-gara takut seekor kera yang datang dekat dengan aku nak curik makanan kat tangan aku tu. Adam pulak yang lagi berani dari aku dan siap boleh tengok-tengok bawah lagi dan aku?? Hahaha.. Hanya mampu pandang depan. Mujurlah dapat pegang belakang baju Abah Adam, kalau tak... memang mengesot lah aku kot. Tak pun aku turun tangga menara tu balik dan biar je diorang ke seberang sana. Apapun berjaya jugak aku hilangkan sikit rasa takut tu yang mungkin sebab bantuan dari Abah Adam dan jambatan gantung ni tak bergoyang sangat. :)
 -Turun dari menara tinggi dan jambatan gantung-
 -Adam yang nak tengok Tiger-
 Adam kata, "Harimau ni macam patung je duk diam kat situ".
 Hahaha... comel bear ni buat aksi. :)
 Gajah pun ada. Adam sukalah sebab dapat tengok Gajah.
 Uit.. kenapa buat mata mcam tu?
 Adam tengok crocodile dan bertanya kenapa crocodile tu tidur.
 Sibuk sangat dia nak tengok burung hantu dan adam cakap mata burung hantu cantik. Selalu kan dia kata burung hantu ada waktu malam..
 Kat dalam Zoo ni pun ada Kolam Mandi dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM5 seorang untuk 7 tahun ke atas.
 -Inilah kolamnya-
 Penat-penat meronda, bolehlah lepak kat Taman Mainan ni kejap. Adam memang pantang tengok taman mainan mesti nak jugak singgah main.
Kami dah nak balik..... Posing dulu atas buggy.. :)

Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman -Part 1


Buat pertama kalinya kami telah singgah ke 'Mini Zoo Kemaman' walaupun rumahku dalam daerah Kemaman. Tapi sebenarnya Zoo ni baru je beroperasi beberapa tahun yang lalu dan sebab tu aku pun baru jejakkan kaki ke sini. Hehe... Sebenarnya tak plan pun nak ke sini tapi dah alang-alang lalu jalan sini, kami singgahlah. Sebelum ke sini, kami ke rumah sepupu melawat dia yang baru lepas operation dan sebab tu kami ikut laluan alternatif jalan Kerteh-Ibok untuk balik ke rumah Bonda. Sedih sangat aku tengok dia dan kami doakan semoga dia cepat sembuh dan terus berjuang melawan sakitnya tu dan dugaan yang terpaksa dia lalui dalam hidupnya. Aku memang rapat dengan dia yang ku panggil Kak Dah dan sudah aku anggap seperti kakak aku dah pun. Semoga dia sentiasa tabah dan sabar.

Oklah, sambung balik part jalan-jalan kami. Sedikit info tentang Mini Zoo Kemaman ni.
Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman terletak di Kampung Ibok, 14 km dari Bandar Cukai. Boleh dihubungi melalui jalan darat Jalan Mak Chili-Ibok dan Jalan Kerteh-Ibok.

Harga Tiket : Dewasa RM10, Kanak-Kanak(5-12thn) RM7, Berkumpulan(20 org) RM5/org dan PERCUMA untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah. 

Waktu Operasi : Ahad-Sabtu & Cuti Umum - 9.00am-5.00pm

Kemudahan : Perkhidmatan pengangkutan Buggy percuma, Surau, Kiosk, Tandas.
 -Di hadapan pintu masuk-
 Adam buat muka senyum sambil tahan panas. :)
Boleh tahan jugak besar Mini Zoo ni. Tengoklah peta tu kan.. 
-Adam tengok Emu-
 Pelbagai jenis burung dapat kita tengok kat sini dan macam-macam kaler ada.
 Kat akuarium yang ada ikan naga, ikan kelisa dan ikan kelah. 
 Memang besar sangat ikan ni. Adam pun memang kepoh je bertanya pasal ikan ni. Dia teruja lah kan kali pertama dia tengok ikan yang besar macam ni.
 Kelisa tu pun boleh tahan jugak besarnya.
Kat Teratak contoh Rumah Terengganu. Kami yang memang suka berposing. :)

Sesiapa yang nak datang ke Terengganu tu, nanti boleh lah singgah kat Mini Zoo Kemaman ni dan sememangnya kat sini pun merupakan salah satu tempat menarik yang harus korang kunjungi. 

Kuantan-Part II


Siaran bersambung lagi......... Seusai je lepak kat dataran tu, kami terjah pula Teluk Chempedak di waktu malam. Belum pernah kot aku pergi TC waktu malam.. Memang selalu jalan kat sini siang-siang hari je. Siapa tak kenal Teluk Chempedak kan, semua orang tahu dan mungkin ramai yang sudah ke sini. Waktu malam kat Tc ni tak kurang hebatnya. Ramai je orang lepak kat sini walaupun waktu kami ke sini hari bekerja. Masa kami pergi ni ada roadwalk uptown. Jadi bertambah meriah lah kan. Lewat 12.30 pagi baru kami gerak balik ke hotel. Sakan kami melepak hari tu.... :)
 -Kat Teluk Chempedak-
 Penuh bergaya Adam. Terdiam dia tengok motor yang comel ni. 
 Ada Ballooon City pulak kat sini. Bayaran masuk RM5 seorang dan hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan masuk.
 Memang Adam seronok sangat dapat main ballon city ni. Sampai kepenatan dia, naik kereta je terus lena.. Mahu tak penat, lebih kurang 1 jam setengah jugaklah kot dia main kat sini.
 Posing lagi dengan motor.. Nak bawak sendiri masih kecik lagi. Yang ini pun boleh naik jugak kalau anak-anak dah besar lah kan.
 Sampai je hotel. Adam buat muka pelik dan tanya macam-macam. Hehe.. Adam boleh tanya, "Kita kat mana ni Ibu, kat rumah sape ni?" 
Bangun je pagi, adam terus mintak nak mandi kolam kat dalam bilik air tu katanya... Hehe.. :)

Kuantan -Part 1


Kuantan di waktu siang dan malam sangat berbeza rupanya. Sudah lama rasanya aku nak merasai suasana malam di Kuantan. Selalu kalau balik Pekan kampung Abah Adam, ronda di Kuantan waktu siang hari je. Kalau malam tu jarang sangatlah kot. Tapi kali ni sangatlah seronok bila hajat aku tercapai jua akhirnya.. Cheewah gitu... Terima kasih buat Abah Adam yang jadi penaja terhebat Over night kami kat Kuantan. Sebenornya Hotel tu Boss Abah Adam yang bagi lebih 1 hari penginapan untuknya lepas dah selesai sesi outstation dia tu. Jadinya menjadilah sesi kami meronda lewat malam di Kuantan ni kan. :)
Mula-mula kami jalan-jalan di Taman Esplanade Kuantan. Taman ni kat tepi jalan besar dan berdekatan dengan Hospital besar HTAA. Kat sini kalau waktu malam ramai rupanya kaki pancing. Seronok tengok tau.. ada yang siap bawak family sekali lepak sama-sama sambil memancing.
Kat sini ada playground. Adam ambil kesempatanlah main. Cantik kan pokok lampu kat belakang tu. Macam kat i-city je tapi ini kat Kuantan ye, i-city Shah Alam tu belum kami terjah lagik.. :)
 Ibu adam pun nak main jugak erk... Hahhaa...
 Love this picture. Kaler lampu tu sama baju aku. :)
Lepas tu, kami singgah pulak kat dataran kuantan yang dekat masjid dan padang tu. Tak pasti nama betul ape.. Yang aku selalu panggil dataran kerang sebab ada kerang besar kat situ. Sori kalau silap.. 
 Tengah relax kan diri kejap..
 Adam nak jugak rasa macamana guna public phone ni. :)
 Itu lah kerang... Kat belakang tu. :)
Adam yang try buat muka cute.

Rondaan seterusnya akan menyusul kemudian dalam part II.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute