Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 16 October 2013

Belian yang berbaloi baloi....


Tak dinafikan penggunaan baby carrier sangatlah memudahkan. Dulu masa Adam pun memang pakai baby carrier..bila dia besar sikit baru letak dalam stroller. Tapi masa Adam kejap jelah ber baby carrier ni sebab beli lambat. Si Dhia ni pulak memang start 3 bulan dah mula pakai baby carrier kalau berjalan. Senang nak dukung dia dan takdelah lenguh sangat bahu kan.. 

Ini nak cerita belian yang berbaloi-baloi.. Haaa gaya cam ribu riban je membelinya. Last week kami saja-saja menyinggah kat kedai bundle kat jalan Pasir Puteh-Kota Bharu tepi jalan besar tu. Tertarik nak singgah sebab tengok banyak mainan branded yang comel-comel di lay out kat luar kedai tu. Abah AdamDhia jelah yang turun tengok.. saya tunggu dalam kete jer.. bukan sebab malu tapi masa tu Dhia tidur. Nak dijadikan cerita, Abah AdamDhia terjumpalah baby carrier yang masih elok keadaannya dan brand pulak tu. Dia berkenan terus beli dengan harga RM20++. Balik rumah, terus rendam dalam antiseptik dettol dan barulah dibasuh bersih. Kalau beli barang bundle haruslah kena cuci bersih-bersih tau. 

Sebelum ni. Inilah baby carrier yang diguna..
v
v
  Ini yang Adam punya dan digunapakai Dhia. Sekarang dah tukar pakai yang ini.
v
v
 Ok lagi barangnya cuma lusuh tang warnanya je sikit. Ikutkan ok dah pakai yang Adam dulu tu tapi memang kebetulan Abahnya ternampak yang ini hari tu, itu yang boleh ada yang ni.. Bundle pun bundle lah..kalau beli baru pun harga dalam ratus jugak kot.
 Dhia suka duk dalam baby carrier yang ini sebabnya lebih lembut dari yang abangnya punya tu dan kami yang galas ni pun tak rasa sakit atau penat sangat kat bahu tu sebab selesa je menggalasnya.
Lagi best bila boleh galas Dhia dengan posisi dia ke depan. Yang lama tak boleh buat camgini. So, Dhia boleh didukung dalam dua posisi pakai baby carrier yang ini. 
Dengan ini jugak memudahkan lagi saya dukung Dhia untuk hantar dan ambil abangnya kat tadika.

Memang belian yang berbaloi-baloilah walaupun di kedai bundle saje. Ada orang malu tak beli barang bundle? Haha.. saya tak malu pun.. Kadang kan kat bundle tu, ada jer barang yang masih elok lagi tau dan kenalah pandai-pandai pilih serta beli tu biarlah kena pada harga yang sesuai dengan keadaan barang tu.

Tuesday 15 October 2013

Akhirnya merasa juga Burger Bakar



Orang duk tayang ketupat rendang, saya tayang burger bakar.. Haha.. 
Raya aidiladha saya di perantauan kali ni, so rendang ketupat pun takde kat rumah ni.. Yang ada laksa penang aje..

Dah lama teringin nak makan burger bakar.. Alhamdulillah, Jumaat lepas dapat jugak merasa. Mujurlah ada jugak gerai jual burger bakar ni kat sini.
 Mula-mula pelik jugak tengok sosnya kaler pink.. tapi teruja nengok cheese kuar tu.. ini burger bakar letak ayam dan cheese. RM6++.
 Bagi saya rasanya oklah dan saya boleh habiskan.. Tapi Abah AdamDhia tak suka, tak kena ngan selera tekak dia kot burger camgini.. 
Adam pulak..tapaukan dua murtabak daging kat dia.. habis jugak dia makan, tinggalkan sikit jer kat ibu sebab ibu nak jugak murtabak..hihi

Warna Warni Apam Polkadot


Alhamdulillah..R ezeki raya Aidiladha. Dapat order dari jiran-jiran blok. Tak banyak pun tapi saya memang seronok buat dan kalau takde order pun, ade jer resepi yang saya akan buat. 


 Order dari jiran-jiran blok. Terima kasih dan harap berpuas hati.
Yang bekas kecik sikit tu khas untuk cikgu Adam. Adam suruh buat sikit kat cikgu dia, nanti nak bawa pergi raya rumah cikgu katanya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA. MOGA GEMBIRA DAN CERIA SELALU DISAMPING KELUARGA TERSAYANG. DALAM KESIBUKAN KE SANA KE MARI TU, HATI-HATI DI JALAN RAYA YER.

~Kek Keju Meleleh~


Saya adalah penggemar cheese cake. Sebelum ni duk tayang cheese cake versi begini kan yang agak kering sikit tapi sedap jugak yang versi camgitu sebenarnya. Tapi yang buat saya teruja tu bila buka fb je ada kawan duk tayang-tayang kek ni. Keterujaan tengok kek yang moist dengan keju meleleh tu memaksa saya bereksperimen dengan kek tersebut dua hari yang lepas..

Ingatkan tak menjadi tau.. sekali menjadi lak sponge kek tu. Lama dah tak buat sponge kek, kotlah bantat ke apa kan. hihi.. Bila dah menjadi naik gebu tu.. sukalah hati makcik ni haa. Modal jugak tau nak bereksperimen dengan kek ini. Tang cheese dua jenis tu yang mahal tu.. Tapi kerana hati dah membuak-buak mahu jugak buat sendiri, saya beli ajelah. Mahal sikit harga cheese kat sini nak dibandingkan tempat lain. Tu pun mujurlah ade kedai bakeri yang jual barang kek dan memang satu tu je pun ada kat sini.
Menggunakan resepi sponge kek... yang ni saya buat sponge kek perisa strawberi dan sebab tu kaler pink.. Nak lagi sedap sponge kek coklat. Dah siap bakar kek sponge tu..potonglah masuk bekas camgini.. Kemudian, toppingkan dengan creamcheese + 3/4 cawan susu pekat + 3/4 cawan susu fullcream dan keju cheddar yang diparut. Sejukkan kejap dalam peti..makan sejuk-sejuk baru mabeles.. Alhamdulillah, eksperimen berjaya. Lepas ni boleh ler amik order.. Meh sape nak order ngan saya meh.. Haha.. (^_^)
Sila jangan jealous yer u olls.. Siapa tak pernah rasa, cuba-cubalah rasa.. Bila dah rasa memang akan mahukannya lagi tau dan mereka yang tak suka cheese..rugilah.. Hihi.. Abah AdamDhia tak suka cheese, makanya dia tak makan pun kek ni.. Haha..sangatlah rugi dia. (^_^)

Sunday 13 October 2013

Hobi Dhia


Dhia sudah 5 bulan dan mula ada macam-macam gelagat. 
Dhia suka membebel dengan suaranya yang comel tu terasa seksi je bila dia bersuara bunyi bebelannya. Tapi yang paling dia suka buat, hisap jari dan suka buat mulut moncong.
v
v
v
 tidur seorang pemikir ke ni? tapi jari di mulut..
moncong itu jadi pujaan ibu.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute