Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 20 April 2013

Bilik Adam macam tadika?


Katanya kan....... Abah Adam kata saya dah buat bilik Adam macam tadika? Ye erk? Hahaa... Tak perasan pulak.. Apa yang macam tadika?
Rupanya sebab dah banyak bertampal sana sini di dinding.. Dia takdalah marah cuma rasa nak ketawa je bila dia tiba-tiba cakap gitu. Itu mujur bilik je tau, kalau kat ruang tamu pun saya jadikan tadika, ada yang pening pulak tengok nanti. Hahaa... 
Ruangan dinding yang dah penuh bertampal.. haha.. dahlah rumah pinjaman ni, nanti kalau kena pulangkan balik, comotlah dinding tu.. Tapi entah bilalah dapat postingnya.. Dua tahun lagi kot.. (^_^)

Teringin nak letak satu meja tinggi macam meja makan dalam bilik Adam ni tapi macam dah tak cukup ruang jer.. Dapat letak meja dan dua kerusi pun dah ok kot. Mana mahu cari? Emmm kat sini ada bundle perabot tau, dah lama tak cuci mata kat bundle perabot. Hahaha.. Bolehlah pergi intai-intai kot terjumpa yang elok, nanti boleh deco. Malu ke beli perabot bundle? Emm tak kot... sebab saya pernah je beli meja sisi dan almari buku yang masih elok. Harga pulak tentulah lagi murah tapi kena pandai jugaklah runding harga tu dan dua barang tu saya dapat harga RM60 jer.. Hahaa.. Almari tu saya letak kat ruang tamu untuk simpan fail-fail dokumen saya dan Abah Adam.

~Bantal untuk adik Adam~


Sebenarnya dah banyak kali cubaan mencari bantal ni dan kali ni barulah jumpa. Tinggal satu pulak tu kat pasaraya tu, jadi beli jelah. nak mencari lagi rasanya penat dah nak berjalan sangat sekarang ni. Saya suka guna bantal ni sebab bantal ni ada lekuk kat tengah. Sesuailah untuk baby nak bentuk kepala dia kan. Masa dalam pantanglah kena jaga bentuk kepala dia bagi bulat comel jer.. Masa Adam pun memang beli bantal jenis ni dan sampai lembik dah bantal tu tapi tetap simpan buat kenangan. (^_^)
Yang berplastik tu tentulah untuk Adik Adam dan yang dah semacam je rupanya tu bantal Adam masa dia baby.. RM7.90 satu. 

Belum packing sepenuhnya segala barang nak dibawa balik kampung. Akhirnya setelah berbincang kami anak beranak, maka buat keputusan bersalin di Pekan, pahang. Ikutkan hati mahu je bersalin di sini dan berpantang di rumah sendiri tapi memandangkan risau takut ada masalah-masalah lain, jadi lebih baik balik bersalin di kampung. Pekan tu kampung mertua.  Adam pulak terpaksalah tumpang bersekolah di tadika sana nanti. Nebesnya sebab baby duk songsang lagi.. First dah czer... second ni tak tahulah apa citernya. Semoga dipermudahkan dan selamat hendaknya. Rasa macam lambat lagi due next month tu tapi sebenarnya kejap jer masa tu berlalu... Nextweek dah 36wks dah... Huhu.. Nebes nak gi checkup. (^_^)

Friday 19 April 2013

Seriously, sakit gigi lagi!!!


Ngilu...pedih gusi dan segala seangkatan dengannya. Makin menjadi-jadi pulak dah di trimester 3 nih. Saya dah 35 weeks dan masa nilah nak datang sakitnya tu. Parah sungguh nak menahan.. Gigi geraham yang bongsu macam ada problem ajer.. Kat situlah sakitnya tapi seluruh gusi rasa ngilu. Time pregnant camginilah.. Sebelum pregnant takde pulak nak sakit giginya kan. Betullah yang saya dah kekurangan kalsium sebab kalsium dah banyak pergi kepada baby. Inilah kegagalan dan kesilapan saya yang kurang amalkan pemakanan segala bagai jenis kalsium yang sepatutnya diamalkan ibu-ibu hamil. Habis sangat pun kan saya minum susu je dua gelas sehari. Saya lebihkan menjaga Hb tapi terlupa mengambil kalsium secukupnya. Jadi jangan jadi macam saya yer yang sangatlah liat nak jumpe doktor gigi. Kalau tak sakit memang tak pergi dating ngan doktor gigi. Teruk kan?? Hihik.. Bab anak pandai pulak ajar jumpe doktor gigi kan tapi ibu dia sendiri penakut yang amat.... (^_^)

Takkan nak cabut kot gigi geraham tu? Emmm.. next week kalau sakit teruk yang tak tertanggung dah, harus kena jumpe doktor gigi tengok camne. Haha.. Mesti doktor cakap, itulah datang checkup je awal pregnant hari tu, lepas tu terus tak datang lagi dah. Sakit baru datang balik kan.. Muahaha.. Kalau boleh tampal oklah tapi kalau kena cabut, maybe kena postpone lepas bersalin.. Adoiilahai kan.. 

Penangan sakit gigi ketika hamil ni dan setiap kali hamil memang saya alami masalah sama yang perlu tinggal kenangan cabut gigi jugak agaknya. Masa pregnant kan Adam dulu kandungan 6 ke 7 bulan kot memang cabutlah sebatang, berani erk cabut? Huhu.. Terpaksa sebab tak tahan sangat masa tu, doktor tengok Hb  OK dan takde sakit darah tinggi atau kencing manis, itu yang dibenarkan cabut. Yang second ni dah kahir-akhir pregnant baru rasa sakit giginya. Bila sakit gigi............ semua rasa nak marah jer. Rasa malas dan rasa tak best sangat. Mulalah cepat je hanginnya... Sakit gigi lagi parah dari sakit lain sebab sakit gigi buat saya jadi moody. Grrrrrr....... Sabar.. sabar.. Sakit itu kan ujian.. Senyumkan aje diri dan cuba berlagak macam tiada apa-apa rasa.. (^_^)

Nota : Nanti kena keluar beli ubat kumur mulut dulu.. Kot la boleh kurang sikit rasa sakit tu.

Games~Match colour into the cup~


Belajar kenal warna pulak.
 Tiba-tiba je dapat idea ni. Mudah dan jimat.. Muahaha.. Hanya guna cup dan kertas berwarna yang saya gunting bentuk segitiga.
 Camgitulah gamesnya... masukkan guntingan segitiga tu ikut cup kaler yang sepatutnya.
Petang semalam masa saya beli paper kaler ni kat kedai kat kuartes saya ni, akak tu tanya,"nak buat apa dengan kertas-kertas tu". Yelah itulah kali pertama saya beli kertas gitu kat kedai dia kan, of courselah dia pelik kot. Selalunya saya beli kat kedai buku luar dan kalau ke kedai akak tu just beli sayur atau barang runcit yang biasa jelah. Katanya lagi, nak mengajar anak ke, Adam baru tadika.. Haha.. Saya senyum jelah.. Adalah kak, nak buat kerja sikit, menjawab saya kan. 

Pada sayalah kan, walaupun anak kita baru di tadika, tak semestinya kita perlu biarkan aje dulu dan tak semestinya kena tunggu dah sekolah rendah baru nak kenalkan dia dengan itu ini kan. Saya dulu memang begitu, masa umur Adam ni memang saya main aje kerjanya dan bila dah sekolah rendah mulalah blur jer.. membaca pun darjah dua kot baru lancar. Tapi alhamdulillah.. berjaya juga jejak kaki di menara gading berkat usaha dan bimbingan Mak Ayah saya. Terima kasih Mak, Terima kasih Ayah.. Dulu lain dan sekarang zamannya sudah berubah. Anak-anak harus lebih ke hadapan kalau nak maju dalam pelajaran sebab rata-rata anak-anak zaman sekarang semuanya cerdik pandai belaka. Lihat sajalah result mereka tatkala exam-exam besar, semuanya cemerlang.. Bagi saya, takde salahnya saya berikan pendedahan awal kepada anak saya ikut kemampuan tahap umurnya. Di tadika belajar, di rumah ulangkaji. Masa kecil camginilah kena ajar study, at least nanti dah sekolah.. bila malam je dia dah tahu itu time dia study atau buat kerja sekolah.. takdelah dia liat nak buat kerja sekolah. Itulah harapan saya dan semoga kamu membesar menjadi anak yang baik yer dak Adam. Ibu sayang anak-anak ibu.. 
p/s : ( Ini hanya pendapat saya dan tiada kaitan nak menyinggung sesiapa yer!! )

Abah Adam Tunai Janjinya..........


Belum pun lagi tamat buku 'Bacalah Anakku' tapi Adam dah dapat apa yang dia hajatkan. Haishh mana aci kan? Ini semua sebab Adam terjumpa robot yang dia dah berkenan masa kat Pasaraya Pantai Timur semalam. Adam pun menuntut janji dan Abahnya tunaikanlah janji tu.. Haha.. Saya cakaplah kat dia, kena gigih habiskan buku 7 & mulakan buku  sebab dah belikan robot. Adam angguk jelah dan balik rumah terus nak membaca buku 7 tu sampai dua mukasurat pulak tu. Muahaha... Yang paling tak tahan, masa kat pasaraya tu sibuk nak mengeja, konon nak tunjuk kat abahnya yang dia dah pandai membaca sikit-sikitlah tu. Pandai betul Adam membodek abahnya. (^_^)
 Robot baru Adam.. Robot ni bila dah letak bateri AA baru dia jalan dan bunyi. Itu yang Adam nak sangat tu. RM16.90 je pun.. Hihik..
 Main sambil cakap-cakap, sampai gitu haa....
Sampai terbaring ko.........

"Adam kena sekolah pandailah kan.. Adam kena belajar pandai-pandai sebab tu abah beli robot kan ibu?", katanya kat saya. Abahnya pesan kat dia, dia pulak ingatkan kat saya apa yang abah dia bagitahu. (^_^)

Thursday 18 April 2013

New Teaching Tool For Him : Writing Practice


Menghabiskan masa-masa sebelum bercuti panjang nanti, maka merajinkan jugalah diri ni mencari teaching tool baru untuk anakanda tersayang tu. Nanti saya cuti berpantang bolehlah dia ulang buat. Yelah nanti takut kekangan masa pulak nak mengajor dia tu.
Kebanyakan tool yang saya guna untuk ajar Adam, saya dapat dari SINI. Sangatlah berterimakasih kepada tuan punya web tu sebab banyak share bahan-bahan bantuan mengajar camgini. Yang ni, saya malas nak gi laminate sebab makan masa pulak nak kena keluar cari kedai laminate... cara saya, gunting dan masukkan dalam plastik putih lutsinar, kemudian stapler kemas-kemas keliling tu dan susun dengan ring clips.. Pun menjadi jugak digunapakai dengan whiteboard marker tu. Boleh jugak diulang pakai kan..Hihik.. Versi save bajet betul saya ni.. (^_^)
Adam sangatlah happy bila dapat tulis pakai marker pen. Duk ulang-ulang sajalah menulisnya.. Jap tulis jap padam.. Kan senang gitu.. boleh diulang guna banyak kali kalau buat camgini.

Nota : Proses Adam belajar membaca tinggal lagi 6 mukasurat sebelum tamat buku 7 tu dan mulakan buku last iaitu buku 8. Harap sempatlah habiskan. Alhamdulillah, dia dah boleh membaca buku cerita yang simple ayatnya walau lambat sikit nak habiskan baris-baris ayat sebab dia suka mengeja-eja sesetengah perkataan yang dia kompius.  Melalui pemerhatian saya selama mengajar dia membaca tu kan, saya dapati ada 3 versi kaedah yang Adam sendiri selesa belajar iaitu fonik, sukukata dan mengeja. Dia sendiri yang menggabungkan semua kaedah tu dan saya hanya ikutkan jelah tahap kemampuan dia yang inginkan begitu. Tapi fonik tetap berkesan untuk dia bila dia mudah nak menyebut bunyi huruf sebab itu kan kaedah pertama yang saya ajarkan dia dan yang mengeja atau membatang sukukata tu sebenarnya Adam sendiri yang tiba-tiba begitu walau saya takde pun ajar dia camgitu. So, saya biarkan aje dia belajar dengan versi moden+tradisonal kerana itu yang dia mudah dan selesa. Tidak semua kanak-kanak mampu hanya dengan satu kaedah jer, so kenalah perhatikan betul-betul tahap kemampuan dan keselesaan anak dalam belajar nak membaca.

Dia perli atau suka?


Cerita awal pagi tadi........ sebelum kuar pergi kerja, Abah Adam duk belek-belek kat tempat simpanan kertas A4 yang sebelum ni banyak...tup tup dia tengok dah tinggal sekeping je? Haha... Kan beli satu paket ke bundle yer orang panggil..haha.. Sekali dia tengok dah tak banyak.. "Haih dah habis dah kertas dikerjakan Mek Ayue", katanya spontan. Saya kat dapur masa tu.. Haha.. Perli lah tu kan tapi Abah Adam senyum je sebab dah tak boleh nak kata apa-apa dah bila isteri dia ni asyik mem 'print' segala macam untuk aktiviti anak dia kan. (^_^)

Ink printer pun dah semput dah tu. Dua-dua pulak tu saya belasah sampai nak habis dan memang next month kena topup-up lain lah tu. Huhuk.. Standby lah RM100 untuk kedua-dua ink colour dan black tu. Sabar ye Abah Adam dengan isterimu ini.. Hehee.. Bila kerajinan itu datang memang camginilah jadinya. Tapi sebenarnya dia jugak happy bila tengok perkembangan anak dia tu, nak cakap kat saya malu agaknya tu kan.. Hihik.. (^_^)

Petang semalam Adam tak berapa sihat, panas sikit badannya, terus bawak gi RSAT checkup. Balik rumah lepas makan dan bagi dia ubat... dia terus Zzzzzz sampai pukul 8.30 malam kot baru bangun balik. Mengantuk benar kesan ubat tu agaknya. Hari ni dah ke tadika dah pun sebab semalam dia cuti tak sihat. Mulanya berdrama jugak, katanya selesema lagi nih.. Bila saya cakap besok kan cuti dah, barulah dia mandi dan siap-siap. Masuk kelas ceria je dan terus duduk tepi kawan dia. Rindu kat kawan dia lah tu.

Actually kan, saya happy dapat homescholing Adam dan buat pelbagai aktiviti belajar dengan dia kat rumah ni.... seolah-olah perasaan atau impian nak jadi seorang cikgu satu ketika dulu tu dapat juga saya rasa tempiasnya sikit-sikit.. Haha.. Walau sebenarnya course saya ambil dulu sangatlah berbeza. At least, saya rasa masa saya sehari-harian tu tak disia-siakan camgitu je walau saya hanya berkerja di rumah dan bermajikan kan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Hihik.. I LOVE my family so much dan sebab LOVE itulah saya buat keputusan memilih kerjaya seperti hari ni. (^_^) Tapi seandainya satu hari nanti diberi peluang kerjaya lain, itu cerita episod lainlah pulak... Ekceli kan, Abah Adam tak pernah menghalang saya untuk bekerja cuma kalau perlu PJJ itu saya perlu fikir dua tiga puluh kali. Hihik...

Wednesday 17 April 2013

Learn ABC again and again.....


Abc lagi.. dan lagi. Selagi boleh kan. ... (^_^)
 Alphabet matchup clothespins.. Tool di saya dapat dari SINI. Clothespins tu memang terpaksa guna yang plastik je sebab susah dah nak dapat yang kayu.. sudahnya guna jelah sticker lekatkan yang ditulis huruf-huruf kat clothespin tu.
 Adam yang sentiasa suka dengan aktiviti belajar camgini. Ternyata memang banyak membantu dia belajar kenal huruf.
 A-Z spoon match games. Pun dari web itu juga bahan dan ideanya. Hihik.. Spoon tu saya beli kat kedai dua hinggit je dapatlah satu plastik 36 pieces. Yang diguna 26 pcs aje, selebihnya masuk dapur.. (^_^)
Yang ni games ice-cream ABC.. Adam cakap aiskrim panjang.. Yelah udah ABC tu banyak kan..jadilah panjang. Save bajet sikit sebab just pakai paper clips je untuk lekatkan huruf-huruf tu. Muahaha.. Asal boleh jer... 
(pic sebelah kanan ni ekceli adam tengah control tahan nak membuang............tut...... comel tak?haha.. saya memang dah agak dah yang dia nak membuang bila muka camgini. Disebabkan ibu nak ambil gambar dia tu yang duk tahan jer.. Hahha..)

Tuesday 16 April 2013

Dari tulis Adam dah jadi Abang Adam?

Masa tengah training mewarna dengan Adam petang tadi.. Terkedu sekejap saya bila tengok dia tulis nama jadi camgini... Biasanya dia tulis namanya Adam je di kertas yang dia buat.. sekarang dah jadi camgini pulak??
 Adam menulis nama di kertas dah jadi 'ABAMG ADAM' pulak dah sekarang ni.. Kelakar pulak. Pandai-pandai je letak abang kat depan erk.. adoii..hehe.. Tapi kenapa N jadi M? Nak kena ajar tulis nama penuh lah tu agaknya lepas ni kan. Ini dia tambah tulis abang? Pelik cikgu nak baca karang.. Bila ditanya kenapa tulis abang adam? 
Dia jawab,"Kan Adam dah nak jadi abang". Opsss.. haa sudah.. nama kamu Adam Akmal, itu yang patut ditulis pada kertas dan bukan tulis abang adam..hahaa.. Senyum jelah tak tahu dah nak cakap apa lagi kat dia. (^_^)

Yeay!! Dapat Kek Coklat Yummy


Ambil adam dari tadika tengahari tadi, dapat kek coklat yang super duper yummy dari akak satu kuartes ni. Saya malas betul nak buat kek sekarang, faham-fahamlah kan dah dekat nak sarat dah ni... rasa nak makan tapi malas nak buat. Bila ada yang memberi camgini.. senyum happy sampai ke telingalah. Time peknen ni kan kalau makan yang orang lain masak memang selera jer...kalau sendiri yang buat atau masak, slow je telannya.. Hihik.. (^_^)
TQ yer kak As sebab bagi free jer kek coklat ni kat Ayue. Dah nak tinggal separuh dah pun makannya.. Gebu dan lembut je kek ni. Saya kalau buat pun rasanya tak segebu ini kot. Adam pun pandai bezakan pulak tu, "sedap kek ni dari ibu buat, ibu buat sedap kek kaler-kaler jer", katanya kan. Pandai betul kan ko adam.. Jujur tak hingat tau.. Haha.. Yelah..saya memang suka buat kek marble memang menjadi gebu lembut..kalau kek coklat ni jarang-jarang sikit buatnya dan kegebuannya tu setakat OK ok jelah...Sedap juga, habis jugak dimakan si kecik adam tu bila saya wat kek coklat. Hihik.. Alahai anak, sudah pandai kamu nak membandingkan itu ini yer. (^_^)

Nota : Dalam duk ngilu sakit gigi yang kekadang tu pun tetap makan manis-manis jugak tau.. Hihi..

Sakit gigi, kurang kalsium??


Bila dah nak last-last trimester ni tiba-tiba rasa sakit gigi pulak.. kadang-kadang je datang sakitnya tu, ngilu je gusi ni. Masa pregnantkan Adam dulu pernah juga kena sakit gigi dan siap cabut lagi sebatang gigi gara-gara tak tahan sangat menahan sakit. Seingat saya masa tu kandungan 6 bulan camtulah. Kurang kalsium kah?? Walhal kan masa Adam setiap bulan duk telan minum susu anmum materna dan obimin. Tapi yang second ni kurang sikit minum anmum tu, masa awal-awal hari tu je minum... Ada orang kata cabut gigi masa hamil tak boleh? Ye ker? saya cabut je masa Adam dulu. Hihik.. (^_^) dan yang second ni tak cabutlah kot.. kalau buat rawatan pun lepas bersalin dan habis pantang nantilah agaknya.

Kenapa ketika hamil sakit gigi menjadi-jadi?
Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan
“Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi". 

“Gusi bengkak atau gingivitis jika tidak dibiar melarat boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir,” 

Tips penjagaan gigi semasa hamil :
~ Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
~ Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati
~ Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
~ Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
~ Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan
~ Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda
~ Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala 

Jumpa doktor jika:
~ Gusi berdarah dengan banyak 
~ Gusi sangat sakit
~ Nafas berbau busuk tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
~ Gigi longgar
~ Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
~ Gigi terasa sakit
sumber : Bharian.com.my

Apa nak buat kan. Terpaksalah saya tahan sakit gigi yang kadang-kadang datang ni dengan harapan janganlah menjadi semakin menjadi-jadi.. Mujurlah boleh juga kunyah dan makan. Kalau sampai tak boleh makan tu yang parah tu dan memang kena refer doktor gigi la jawabnya. Kurang kalsium kot saya ni.. lalalala.. 

~Malam 123~


Adam yang tak boleh tengok ada tool belajar yang baru, mesti nak dibuatnya hari tu jugak. Parah sungguh dibuatnya bila satu malam semua dia nak buat.. 
Number puzzle ni saya download kat SINI, kemudian saya printout dan tampal di atas kepingan kotak.. Gunting dan jadilah puzzle..
Adam sangat excited dapat main math games ni. 
Hasil puzzle Adam buat untuk nombor 1-10. Cantik kan? Saya pun teruja tengok, apatah lagi Adam. Itu yang bila jumpa website yang banyak berkongsi free download teaching tool untuk ajar anak-anak kat rumah ni, saya jadi semakin semangat nak homeschoolkan Adam. (^_^)
Kali ni lebihkan sikit nombornya, dah mula kenalkan dia dengan nombor 20-30 pulak. 
Yang ni pun saya dapat dari situ jugak. 
Adam belajar mengira dalam english pulak. One to Ten. Yang tak tahannya time ni dia mengeja perkataan tu gaya BM. Sudahnya sebut bunyi lain macam pulak jadinya. Hehe... Bila terangkan kat dia cara sebut english baru dia faham. Itulah Adam yang suka sangat mengeja perkataan sekarang ni. 

Alhamdulillah...... bila banyak saya buat aktiviti belajar dengan adam, saya lihat semakin baik perkembangan dia. Dah semakin boleh mengenal nombor dan huruf dengan baik termasuklah Iqra'. Kat tadika dia mengaji Iqra' setiap pagi tapi kat rumah saya ajar dulu mukasurat yang dia akan baca esoknya tu dengan ustazah dia. Seronok bila tiap hari dia balik tadika, dia akan tunjuk yang dia dah alih Iqra' tu ke mukasurat baru. Proses nak membaca pun dah semakin baik walaupun dia suka mengeja-eja yang menjadikan lambat sikit nak habis baca ayat tapi ok lah dengan umur dia tu. Biar lambat asal dia cuba untuk membaca kan. Mungkinlah saya ni bertuah sikit ada lebih masa sebab tak berkerja tapi saya hanya habiskan masa untuk sesi aktiviti belajar Adam pada waktu malam aje sebenarnya tau. Itu pun kalau mood tengah OK.. Hihik.. Yelah nak mengajar anak ni kena tengok mood jugak, kalau stress janganlah duk sibuk nak mengajar sebab nanti anak yang stress sama bila ibu dia jadi singa asyik hot jer.. (^_^)

p/s : Suka diingatkan yang saya bukan nak menunjuk-nunjuk yer tentang anak saya tapi saya suka berkongsi aktiviti-aktiviti saya dan anak-anak dengan sahabat-sahabat semua. Sekadar berkongsi idea dalam mendidik dan mengajar anak-anak kerana saya pun seorang ibu yang juga inginkan anak-anak membesar dengan baik dan berjaya dalam hidup mereka. InshaaAllah..

Sunday 14 April 2013

Andainya anak-anak.......


Andainya anak-anak..

Andainya anak-anak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.

Andainya anak-anak hidup dalam permusuhan, 
mereka akan belajar melawan.

Andainya anak-anak hidup dalam perolokan, 
mereka akan belajar menjadi pemalu.

Andainya anak-anak hidup dalam keaiban,
mereka akan belajar merasa bersalah.

Andainya anak-anak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar bersabar.

Andainya anak-anak hidup dalam galakan,
mereka akan belajar tentang keyakinan diri.

Andainya anak-anak hidup dalam kepujian,
mereka akan belajar untuk menghargai.

Andainya anak-anak hidup dalam saksama,
mereka akan belajar tentang keadilan.

Andainya anak-anak hidup dalam keselamatan,
mereka akan belajar untuk mempercayai.

Andainya anak-anak hidup dalam keizinan,
mereka akan belajar mengasihi diri mereka.

Andainya anak-anak hidup dalam penerimaan dan persahabatan,
mereka akan belajar mencari perpaduan dan kedamaian di dunia.
Sumber : Fb (kelab Ibu hebat,anak ceria)

~Food Pyramid~


Folder games ni salah satu study games kegemaran Adam. Sebelum ni games hot & cold. Kali ni ajar kenal pyramid makanan pulak dan dengan saya sekali belajar sama. haha... (^_^)
Saya dapat bahan ni dari SINI
Adam yang cuba masukkan jenis makanan ke dalam poket-poket kategori makanan. Banyak yang dia tak tahu pun sebenarnya.. Yang dia kenal buah-buahan, sayur-sayuran dan jenis-jenis sumber kalsium je, yang lain-lain tu dia compius jugak nak letak. Ini games untuk yang dah 6 tahun atau dah darjah satu kot tapi saya saje je kenalkan dia dengan piramid makanan ni. At least dia tahu jugak kan sikit-sikit nanti. Over pulak ibu Adam ni kan.. Hihikk..

Adam sekarang kalau keluar meronda, dalam kete tu bising betul dia duk membaca segala signboard yang mana sempat dia tangkap perkataannya. Versi dia tetaplah mengeja baru sebut baca. Terbaru pulak, adam dah tahu pulak baca sikit-sikit sari rancangan Tv kalau tekan button info tu. Tak boleh nak kelentong dia dah sekarang ni kalau bab Tv nih. Dah kena berebut remote tv ngan dia pulak. Siang hari memang tak dapatlah nak tengok tv citer feberet saya, nak kena tunggu malam barulah saya punya Tv tu.. Huhu.. Inilah dia bila anak dah besar kan.. (^_^)

Nota : Saya suka berkongsi aktiviti saya dengan adam kat rumah dan yang mana nak cuba juga dengan anak-anak, silakanlah yer. Saya berkongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Ini juga tatapan untuk saya dan anak-anak kelak. Blog inilah tempat saya coretkan segala waktu cerita saya dan anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute