Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 22 February 2013

~Menggamit Memori 4 Tahun Yang Lalu~

Empat  tahun yang lalu, hadirnya Dia seorang putera anugerah yang terindah dari Allah s.w.t dalam hidup kami. Indahnya perasaan bila dapat bergelar seorang Ibu.
Terasa lengkaplah sebuah kehidupan dengan kehadirannya yang mewarnai hari-hari kami.
Syukur ke hadrat-NYA YANG MAHA BESAR kerana menganugerahkan Dia kepada kami.
Kini, putera sulung kami akan berusia genap 4 tahun beberapa minggu lagi. 
Doaku semoga anakandaku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kelapangan hati untuk menjadi orang yang cerdik pandai, cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat. Amin....
Ibu dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu dan akan cuba memberikan yang terbaik untuk kamu.. We LOVE You so much!!
Semoga satu hari nanti, kamu akan tahu betapa sayangnya kami kepada kamu dan semoga kamu mampu menghargai segala pengorbanan Ibu dan Abah untuk kamu. 
Love you my beloved son.

"Anak yang 'sejuk perut ibu mengandung' itu bukan yang lulus universiti, bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji 18 ribu sebulan... tapi ialah anak yg berjasa kepada kedua orang tuanya dan sentiasa berdoa dan membaca Quran untuk roh mereka".. petikan dari kata-kata UAI.

Nota : Coretan ikhlas dari hati Ibu adam buat tatapan adam satu hari nanti............. :)

Wednesday 20 February 2013

Test Resepi ~ Ez Choc Swirl Cake


Sejak akhir-akhir ni, mood nak test resepi yang dah lama copy tiba-tiba makin membuak-buak pulak. Kerajinan tu tiba-tiba je datang walhal sebelum ni malas je. Itulah jadinya bila oven kesayangan tu panas kembali, mulalah jadi rajin. Kalau biskut dahlia tu dah banyak kali jugaklah buatnya. Agaknya baby saya ni suka biskut dahlia kot. Hihik.. 

Saya suka sangat dengan kek marble dan seangkatan dengannya lah. Bahannya pun simple dan senang sikit nak buatnya.  Kali ni saya cuba kek ala-ala marble jugaklah tapi lagi sedap sebab ada rasa coklat dan gebu je kek ni bila makan. 
Resepi : Ez Choc Swirl Cake
Sumber : MyResepi.com

200 gm tepung naik sendiri (ayak)
175 gm gula castor
175 gm mentega 
3 biji telur
4 sudu besar susu segar (saya letak susu cair aje)
1 sudu kecil esen vanilla
100-125 gm coklat masakan *dicairkan dulu ( Saya letak 150gm)

1) Satukan semua bahan kecuali coklat masakan yang dicairkan.
2) Pukul adunan hingga kembang dan ringan.
3) Tuang 1/2 adunan ke dalam loyang yang digris, kemudian tuangkan pula 1/2 coklat cair. Tuang lagi lebihan adunan kek dan diakhiri dengan lebihan coklat cair tadi. Ambil lidi dan buat lorekan sikit.
4) Bakar pada suhu 160c selama 50 minit atau satu jam hingga kek masak.

SELAMAT MENCUBA!!

Monday 18 February 2013

Maaf... saya bukan sombong!!


Maaf kepada sahabat-sahabat maya disini yang sentiasa menyokong kehadiran CERITA HATI saya ni. Maaf kerana saya agak jarang berblogwalking di rumah kalian walaupun kalian sudi jenguk dan tinggalkan komen untuk saya. Maaf ye sahabat mayaku, saya bukan sombong yer.. Tapi saya tak kecukupan masa nak mengadap lappy lama-lama. Lagi pulak, pc hak privacy saya tak berapa sihat lagi. hadoii, itu nak mintak yang baru ler tu kan.. Hihik.. Selalu saya online blog pakai lappy abah adam lah sekarang ni. Dah kena kongsi kan... Hahaha.. Mana saya sempat singgah, saya singgah tapi jarang tinggal komen. Di fb sentiasalah ada saya ni.. Hahak.. :)

Psstt... nak citer lagi. Ramai yang terkejut bila saya cakap yang kandungan saya dah 24wks. Sebabnya perut saya kecil comel jer. Itulah saya yang memang sejarahnya lahirkan baby kecik comel je beratnya. Hihik.. Tidak mengapalah asalkan baby sihat sempurna dan selamat semuanya kan. Doakan yang baik-baik untuk saya yer.. Walaupun lambat lagi due tapi saya sudah mula rasa nervous semacam je bila teringat saat-saat sakit masa lahirkan Adam dulu yang by operation lak tu. Harapnya kali ni dapatlah merasa bersalin secara normal pulak macam ibu-ibu yang lain. Jantina baby masih belum ketahuan.. Belum scan lagi. Tapi kali ni second baby ni suka sangat dengan kuih-muih. Tak macam abang dia dulu yang lebih kepada western punya selera. Haha. 

Adam? Si kecik saya tu masih manja mengada lagi dan kadang tu dia terlupa yang dia nak jadi abang. Asyik ibu, ibu, ibu. Itu ini  mesti nak ibu.. Penat den.. :)
Satu ketika dulu............ Adam ketika umur 5 bulan. :)
 Dan sekarang............. Adam sudah 4 tahun dan bakal jadi seorang abang. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute