Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 6 April 2012

Hujan di tengah jalan, patah balik @ teruskan??




ihsan pokcik google



Pernah kah anda alami situasi yang mana ketika anda ke tempat kerja [dgn motor]. Dalam perjalanan yang tak sampai 10 minit keluar dari rumah tiba-tiba hujan turun. Apa yang anda akan buat? Patah balik atau teruskan je?

Saya menunggu Encik suami kot-kot lah dia patah balik tukar kereta ke kan pagi tadi. Tapi takde pulak balik nya.. Risau jugak bimbang dia basah kan tapi baju hujan memang dah  selalu standby dalam box motornya. Mungkin encik suami stop dulu kot kat mana-mana, bisik hati kecil saya. Telefon tanya kan dia dan memang betul pun. Dia malas nak patah balik katanya... Saya pulak ooo Ok. Nak main hujan lah tu. Huhu..

Bila fikir balik, ada benar nye jugak. Kalau nak patah balik semata-mata tukar kete, makin basah kena hujan sebelum sampai rumah balik. Jadi lebih baik berenti je kat mana-mana yang ada bumbung kan. Tunggu hujan  reda sikit baru sambung perjalanan. Lagi satu kan ke makan masa pulak kan.. Moral of the story nye, tengok cuaca dulu cmne sebelum keluar g keje. Dan....Kata orang sediakan payung sebelum hujan kan. Standby lah baju hujan siap-siap dalam box motor korang tu. Betul tak? Kalau yang berkereta tu takpelah ada bumbung. 

p/s : Masih sempat buat entri sebab yg sebenornya : Yes, besok baru balik kampung!! Pasti akan ku rindu nak jenguk sini. :)

Thursday, 5 April 2012

Mahu Bercuti seketika!!


Hai rakan-rakan blogger ku.

Cuti... Semua orang nak cuti kan. Saya pun nak cuti!!! Yes... dapat jugak cuti balik kampung 2 minggu. Lama ke? Jiran saya kata tadi pun lama nye mu nak cuti mek ayu. Alaa kak, dah lama sangat tak balik tengok kampung, saya jawab. Hehehe...

Cuti bermakna saya akan bercuti berblog jugak lah. Sebab nya kat kampung takde tenet & broadband pun dah lama terminated lepas dah ade pokcik Oren kt rumah ni. Maka nyer blog saya akan berhabuk lah selama 2 minggu. Rindu lah saya nanti nak membebel kat sini dan rindu jugak tak dapat BW kat rumah korang. Nanti lepas cuti saya jenguk yer...

Macam biasalah, kalau bercuti kena balik dua-dua kampung. Nak bagi adil lah katakan. Itu yang nak cuti lama tu sebab kami memang dah lama tak balik. 

Sepanjang saya takde nanti, tolong jaga yer rumah pink saya nie. [ Bajet ade yang rajin jenguk rumahku ini. Hehee]. Jangan lari yer!!! Saya pasti rindu nak ber blog walking nanti sebab dah jadi kebiasaan setiap hari online je kan. :)

p/s : Kalau korang rindu saya, rajin-rajinlah jenguk rumah saya nie. Hehe.. [Perasan je saya nie kan..]

'' SEGMEN : Siri Jelajah Blog, LET's FLY "


Hari ni baru berkesempatan join segmen setelah di tag oleh si Manis EliaLaily. Thanks yer kerana tag saya. 

Tuan segmen punye kata :
syarat2 nk join yg simple je :
:88:Mesti follow blog Girang.
:88: Buat entri pasal segmen ni dgn tajuk "SEGMEN : Siri Jelajah BLOG, LET's  FLY"
:88: Lekat kan banner kat atas n link kan tros ke segmen ni dlm entri korg
:88: Tag 3 org blogger lain n mesti dorg tau pasal segmen ni
:88: Dah siap, hantar entri korg dkat komen segmen ni
:88: Segmen ni berlangsung dr 03 April 12 hingga 17 April 12
Saya Tag :
[  P#eoNiX ]
Zaty ]
[ Saya DiSini ]
Sesiapa yang nak join sila ke sini.
SINI YER KAWAN-KAWAN

Wednesday, 4 April 2012

Menyimpan Angan-Angan!!!


Sepetang Adam bersama abah nye tengok orang main RC Jet. Al-kisahnya si Adam yang ajak abah dia sebab dia nak sangat pi tengok orang main jet tu dari dekat. Hehe.. Selalu tengok dari beranda rumah jer. Hari ni dapat pulak dia join tengok duk dekat ngan orang yang main tu, Suke lah dia... Ekceli si kecik saya ni memang berangan sungguh nak jadi PILOT.. Wah, cita-cita dia.. Agaknya terpengaruh & mungkin jugak minat. Kalau tanya dia nak jadi apa bila besar memang itulah jawapan dia. Nak jadi pilot nak bawak kapal terbang, nanti ibu & abah duk belakang.. Sweet sangat bila dia cakap camtu kat kami.. Takpe lah itu kan angan-angan dia.

 Pusing replika jet dulu....
 Tengok dengan penuh minat!!
 Inilah dia model RC Jet. :)
 Tunjuk BEST tanda dia suke.............
Dengan Tuan punye Jet tu.
Adam kata baik punyer....!!! Saya nak jadi pilot lah nanti.. hehehe..

video
Ini video air show RC Jet tu.. Saya tengok dari rumah je. Petang-petang memang selalu ada orang main tapi orang yang sama lah sebab dia je yang ada benda tu kat sini. Hehehe...

p/s : Beranganlah wahai anak ku.. Moga angan-angan kamu untuk menerjah awan itu dapat kamu capai jua satu hari nanti. Ibu doakan yang terbaik untukmu sayang. Ibu sayang kamu Adam!!

2nd Hadiah birthday untuk Adam


Birthday Adam dah pun hampir sebulan berlalu. Tapi dia tetap dapat hadiah lagi. Hehe.. Hari ni baru je posmen hantar kan. Saya beli dari sis saya. Sajalah kami nak bagi 2nd hadiah untuk si kecik ku itu walau dah sebulan dah pun birthday dia. Hehe..

Inilah dia... Ypad.
Antara Function Ypad English Computer :
1-10 ~ number key piano sand
A-Z ~ 26 letters word
WORD ~ 6 specal word & different sound
MODE ~ 4 Quiz mode
VOLUME ~ turn up/ turn down the voice
DEMO ~ 2 different songs

Ypad nih memang dah femes dah pun orang duk jual online kat fesbuk kan. Kebetulan sis saya pun jual online gak, saya beli ngan dia jelah. Seronok bila tengok Adam happy dapat hadiah lagi dari kami. Bagus gak Ypad tu sebab banyak function dan senang budak-budak yang baru nak belajar mengeja dan mengenal huruf & nombor. Rugi lah pulak kalau tak beli kan. Hehe...
 Kiss abah aje.. Ibu nak jugak.. hehe...
 Senyum jer budok kecik nih dapat apa yang dia suka!!
 Sesi tekan - menekan pun bermula...........
Semoga kamu happy dan lebih mendengar kata wahai budak kecik Adam. Ibu & Abah sangat sayangkan Adam.

p/s : Siapa yang tak beli lagi tu.. beli lah..hehe.. 

Dah tukar dah....


Senang sikit hati. Ingatkan tak leh tukar dah. Rupanye boleh. Thanks kpd kekawan yg comment bagitahu boleh tukar. Thanks jugak kat Lyssa sebab ajar tutorial cara tukar tu. Memang pening betul nak paham yg baru tu. Sekarang dah kembali happy dah sebab dah tukar ke asal. Dah la saya nie baru jer berblog.. Hehe..
Sesiapa yang dashboard nye new punye boleh lah ikut tutorial lyssa utk kembali ke lama.
Tutorial SINI

dah boleh senyum... :)

Tuesday, 3 April 2012

Help.. Help!!!





Blogger New Look this April.. Sekali saya click.. Alamak!!! Terus berubah wajah my dashboard. Ayoyo.. sudah fenin mahu nengok nyer. Tak suke lah pulak.. Huhu. Kalau facebook memang tak buat pun timeline tu sebab pening je nengok. Yang blog gatai tangan  pulak klik..hahaha.. Maka nye jadi lah wajah lain.. Takpe, slow2 la kasi faham nanti..Hehe.. (ayat sedapkan hati sendiri ). Korang dah upragde ke belum??

Wajah baru dashboard saya...




Korang cmner?? Suke ke ngan dashboard baru tu? Hehe...


Puding Ceria di petang Yang Indah....


Hai Rakan-rakan Blogger ku.

Apa khabar korang semua? Petang-petang ni buat ape yer? Saya hari nih merajinkan diri yang sedia ada sifat malas sikit nih untuk buat puding. Resepi ni dah lama simpan dan belum cuba lagi. Resepi ni seingat saya lah saya amik dalam buku Aneka Resepi Puding masa balik kampung tahun lepas. Mak saya punya buku. Adik saya yang belikan sebab dia suka sgt beli puding dan katanya suruh mak buat pulak sbb dh boring mkn yg beli. Hehe.. Lawak betul, alamatnya tak buat nye Bonda ku itu. Hehe... Ini kalau dia tengok nih confirm balik kampung nanti saya kena buli nanti nih. Hehe...

Ok, berbalik kpd puding ceria nama diberi~ ikut resepi tu lah yer. Tak susah pun buatnya sebab bahan-bahan simple aje dan puding nih sejenis puding roti lah. 


 Nie bahan-bahan nya....
 sebelum dan selepas dipotong

Taraaa... Dah siap dah.. Dah transfer kat rumah jiran dah pun sikit. Hehe...


Resepi : Puding Ceria
Sumber : Buku Aneka resepi Puding ( ingat2 lupe tajuk buku tu sebenarnye..hehehe. )

Bahan A :
10g serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula ( lebih sikit pun lg sedap )

Bahan B :
7 keping roti ( buang kulit & koyak-koyakkan )
1 tin susu cair
1 sk esen vanilla
1 biji telur

Bahan C :
3 sudu besar  tepung kastard
5 sudu besar air

Pewarna merah & hijau

1) Masuk bahan A dalam periuk & masak hingga didih.
2) Kisar sebati bahan B ( Pakai blender jer )
3) Bancuh tepung kastard dgn air dan campur dalam B.
4) masuk semua bahan2 tadi dalam periuk bahan A & masak hingga didih.
5) tutup api & bahagikan 3 bahagian.
6) tuang adunan plain dulu & warna secara selangseli.
7) sejukkan....

SELAMAT MENCUBA!!!


Monday, 2 April 2012

Betapa rasa saling percaya itu penting!!!



Ini bukan cerita untuk menjaja tapi sekadar coretan sebagai ingatan saya di masa depan dan pandangan sahaja.

Pernah tak kalian terbaca atau dengar kisah suami yang menuduh isteri curang wal hal isteri tidak begitu? Pelik tapi kadang itulah yang berlaku kepada sesetengah orang. Kebanyakkannya isteri yang tuduh suami tapi macam mana pulak kalau suami yang menuduh isteri?? Hanya kerana terlalu kuat rasa cemburu.. Maka hilanglah rasa percaya itu kepada pasangan sendiri. Apakah menuduh untuk menutup kesalahan sendiri?? Yup, itu pun saya pernah ada dengar dan terbaca jugak. Tapi kalau menuduh seorang isteri yang baik, berkhidmat semata-mata untuk suami & sentiasa jujur pada suami tapi dituduh demikian. Sangatlah tidak adil. Di mana rasional dan logiknya seorang suami itu. Sudah lupakah dia pada segala pengorbanan isterinya atau dia sudah tidak mengenali siapa sebenar isterinya. Kalau benar ia sahih its OK lah kan dah memang salah tapi kalau sudah memang tidak bersalah, apa ke hal nya pulak kan. Kerana terlalu sayangkah?? Sukar kan kalau berdepan dengan situasi seumpama ini.. Memang benar cemburu yang melampau boleh merosakkan hubungan.

Betapa saya bersyukur dikurniakan suami yang tidak lah terlalu cemburu yang melampau-lampau. Sungguh saya rasa bertuah miliki Dia. Walau kadang ada rasa kekurangan tapi itu yang perlu saya belajar untuk sentiasa menerima Dia seadanya Dia kerana saya juga punya  banyak kekurangan. Semoga kami tetap bersama selamanya..

Inilah yang menyedarkan saya betapa pentingnya saling rasa percaya dan kejujuran. Namun, terlebih percaya pun bahaya jugak kan. Harus simpan sedikit rasa sangsi tapi jangan biar ia mengatasi kotak kewarasan pulak. Betul tak??? Apa korang akan buat kalau dituduh pada satu perkara yg korang tak buat?? Cer bagi pendapat sikit... Hehehe...

p/s : Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ni. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar sebuah coretan ilmu buatku yg masih belajar untuk menjadi lebih baik dlm mengharungi kehidupan berumahtangga ini.

Sunday, 1 April 2012

Penangan Ultraman


Siapa tak kenal ultraman tu ape kan. Yang kecik yang besar semua orang kenal. Saya pun membesar dengan citer series tu. Memang hebat penangan Ultraman nih. Sekarang turn anak saya pulak yang terlalu fanatik dengan otomen. Abah dia lah suke sangat duk tayang video ultraman tu. Dah melekat pulak si kecik tu jatuh cinta pada super hero Jepun tu. Hehe...

Ultraman tu ape?
Ultraman ialah watak fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan televisyen. Ultraman membuat kemunculan sulungnya dalam siri TV disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai 17 Julai 1966. Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang kedua; Ultra Q adalah yang pertama. Rancangan ini menjadi fenomena budaya pop yang besar di Jepun dan telah menarik berpuluh-puluh rancangan tiruan seumpamanya serta juga banyak sekuel dan pembikinan semula yang kekal popular hingga kini. -Wikipedia-

Kalau pi mana-mana mesti nak tengok gak barang-barangan ultraman walau pun dia tahu banyak yg dia dah ada. Sampai buku pun kadang tu pilih yang ade gambor Otomen. Tapi nampak lah yang buku tu dia buat sampai habis ABC dan 123 tu semua. Sampai lunyai lah buku otomen tu dikerjakannya. Memang betul lah kan, anak kalau dah makin besor makin pandai pilih itu ini. Lepas tu pandai pulak tuntut janji ngan kiter.. Alahai Anak. 

Kadang risau jugak takut dia terikut ngan aksi-aksi otomen tu kan. Tapi saya selalu pantau lah. Kalau dia main ngan budak-budak lain memang pesan lah jangan buat orang dan jangan main lawan-lawan kasar. Setakat nih OK dan under control lagi lah. Tak pernah lah dapat report yg dia kasar ngan anak orang. Hope berterusan lah macam tu. Biar lah dia minat tengok ultraman tapi jangan terikut sangat udah lah kan.

Jom tengok collection Otomen anak saya. Ini sebahagiannya saje yer.. Hehe.. :)




Adam : "Peace utk semua. Saya memang minat otomen yer..."

Singgah Kedai Rakyat 1 Malaysia



Inilah first time saya terjah kedai 1 malaysia. Lagipun kat sini baru je pun beroperasi. Jauh sikit dari rumah.. kebetulan lalu situ jadi singgah lah nak tengok apa ada kat situ kan.

Seperti matlamat kerajaan lah kan mewujudkan kedai 1 malaysia sebagai satu inisiatif dalam membantu rakyat berbelanja kan.


'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak diatas keperihatinan beliau untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa. Sumber.


Kedai nih kat Kompleks Pendaratan EPSB, Jalan Tok Bali, Semerak.


Saya tengok pun memang harga nya agak murah dari kedai runcit biasa. So, berbaloi lah jugak beli kat situ. Tapi saya hanya beli gula kastor 1kg = RM3.50 dan beberapa barang makanan si kecik Adam. Saje je singgah sebenarnya lepas jalan2 kat Pantai Tok Bali tu. Tapi murah lah sebab biasa saya beli 1kg = RM 4.40.  Tapi jauh lah sikit dari rumah saya. Sekali sekala boleh lah singgah. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute