Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 27 July 2013

Kembali merindu.........


Wah gitu tajuk..tak boleh bla betul. kiki.
Dulu... tika zaman study dan muda remaja.. sememangnya saya salah seorang penggemar tudung bawal. Tapi sejak fesyen tudung pelbagai kan sekarang, saya memang dah agak jarang mengenakan tudung bawal. Dan tudung-tudung bawal tu semua memang tersusun elok je tak berusik dalam almari baju tu. Sekarang ni... tiba-tiba pulak rasa rindu nak berbawal lagi. hahaa... Tahu kenapa? sebab terpengaruh tengok tuturial cara pakai tudung bawal yang rupanya macam-macam style boleh digayakan kat youtube.. Dah banyak hari study benda tu.. Haha.. (^_^)

Maka, saya pun keluarkanlah kembali tudung-tudung bawal saya tu. kalau dulu cara saya pakai.. pinkkan gitu jer.. pin kiri kanan dah siap.. Tapi bila duk study tutorial kat youtube tu mulalah rasa tertarik. haha.. Kan dah kembali merindu pada si bawal nih..Bila dah rindu, maka jadilah aksi gedik macam kat bawah ni... 
(sila jangan muntah dan loya tengok aksi gedik saya ni..hehhee)
v
v
v
Haha sekali sekala tuan tanah nak gedik. (^_^) 
Masa duk cuba tiru segala macam style dalam tutorial tu, encik suami saya naik hairan nengok apalah yang saya duk gedik nih dan yang tak tahannya saya siap selongkar almari pilih tudung-tudung. Belek mana yang ok lah...Nanti nak pakai.. Kiki..
Post kat wechat..chewahh gitu kan gedik saya. Member cakap saya macam anak dara...Hahaha.. kembang idung makcik. Kembali merindu dah jadi kembali remaja kah?? Haha.. perasan. Tapi seyes saya suka style pakai bawal yang camni. simple tapi nampak lain. Dulu tak pernah pun pandai pakai bawal buat style macam-macam.. Duk pakai style tang tu jugaknya, bezanya kaler tudung jer.. (^_^)

~Dhia bergaya rambut baru~


Pagi semalam bawa Dhia botakkan rambut dan berurut sikit badannya. Tak ada gaya rambut barulah Dhia untuk raya ni.. Hihi..Tapi abang Adam pulak kata, "Kenapa botak Dhia? Kesian Dhia takde rambut". Abangnya marah Dhia dibotakkan.. Kenalah explain pulak kat dia kenapa dan mengapa.. Mencabar jugak nak botakkan kepala baby yer.. Adam dulu tak botak licin, buat nipis jer kat kedai sebab kami memang takut nak botakkan sendiri. Dhia ni pun mintak tolong kawan merangkap senior abahnya tolong botakkan Dhia. Dua jam jugaklah sesi melicinkan rambut Dhia nih.. Kesian Dhia sebab mata dah nak tidur kena kacau dan itu yang dia nangis-nangislah jugak. Hihi..
 Rambut Dhia asalnya yang memang sejemput jer.. (^_^)
 "apalah orang duk buat kata saya ni?", agaknya itulah yang Dhia duk pikir.. Kiki..
 Muka Dhia macam risau kan.. masa ni dah start nak meragam sebab yang sebenarnya dia mengantuk...
Yeay!! Saya dah takde rambut.. Tunggu rambut baru tumbuh.. 
Dhia sekarang makin suka buat memek mulut camgini.. Ishh makin geram ibu nengoknya.. (^_^)

Ya Allah.. lindungilah anak-anakku. Semoga mereka membesar dengan sihat dan baik. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah. Amin.

Wednesday 24 July 2013

Dhia dah 7 hari tak BAB..........

Adakah normal bagi bayi yang fully breastfeeding tidak membuang air besar (BAB) sampai berhari-hari? Dulu pengalaman masa abangnya si Adam, pernah jugak sekali dua camgini.. dah hari ke-7 kot baru dia membuang tapi Dhia ni rasa macam lama ler pulak. Risau juga jadinya.. Bila bertanya dengan kawan-kawan dan google cari info kot-kot la ada mommies yang alami perkara sama. Oh, rupanya itu normal untuk baby yang full breastfeeding. Dhia tak membuang sejak rabu minggu lepas dan hari ni dah hari ke-8 dia tak membuang air besar (BAB).

"Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar." -sumber-

"Bayi yang menyusu badan mempunyai kekerapan buang besar yang berbeza-beza. Terdapat bayi yang akan membuang air besar dalam setiap lampin, ada juga yang buang air besar sekali sahaja dalam seminggu. Namun, satu perkara yang mereka perlu kerap lakukan ialah kencing."

Dhia takde pulak meragam. Selalu aje kentut dan diapers dia selalu je penuh sebab dia kerap buang air kecik kan... saya pun selalu jer urutkan dia lepas mandi. Nak kata dia sembelit... tak nampak pulak dia macam meneran sakit nak membuang. Hihi.. Hati seorang ibu selalu saje risaukan anaknya kan. (^_^)

Bertanya lagi pada kawan yang juga seorang JM kan, katanya tak perlu risau sebab normal bagi baby yang sepenuhnya menyusu susu ibu kerana baby akan proses zat susu yang diterima dan akan buang yang tak perlu. Tunggu jer sampai dia membuang air besar tu. Kalau dua minggu masih tak membuang jugak, barulah pergi jumpa doktor ataupun kalau tengok baby macam tak selesa dan kerap meragam, teruslah bawa gi klinik. Okey, fahamlah sikit saya disitu. Saya bukan ape, risau takut Dhia sembelit ajer.. Harapnya lepas ni dia membuang lah tu... kalau tak membuang jugak, saya kena minum jus oren lah nampaknya kot. Saya memang tak ambil jamu pun dan hanya ambil pil vitamin C pharmacy tu jer.. Itu pun dah stop kejap sejak tengok Dhia tak membuang ni tapi rasanya takde kaitan kot dengan pil tu sebab sebelum ni ok jer dia membuang masa saya makan pil tu. 

Oh Dhia... Senyumanmu menawan hati ibu.. Buat ibu bahagia melihat kamu. Alhamdulillah.
Semoga anak ibu sihat sentiasa dan membesar dengan baik bagaikan seorang juara.
Ya Allah, lindungilah anak-anakku, peliharalah kesihatan mereka dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah. Amin.

Nota : Ada tak mummy-mummy kat sini yang alami perkara sama cam saya dan ada ke tips boleh dikongsikan dengan saya??

Tuesday 23 July 2013

Dia dah semakin memahami...........



"Adam dah besar, adam berani dah pergi main kat taman sendiri, adam pergi yer ibu, boleh tak?", rengek dia meminta keizinan dari saya untuk turun bermain di taman sendiri kerana dia faham yang saya dah tak boleh nak teman sebab adik kecik lagi dan abahnya kerja. Jadi dia tahu yang dia perlu belajar berdikari.

"Adam pergi sekolah dulu yer, ibu tengok adam dari tingkap yer", pintanya lagi tatkala nak ke sekolah yang jaraknya taklah jauh manapun dan dari blok saya masih nampak lagi bangunan tadika tu. Namun, hakikatnya saya amat rasa bersalah dan kasihan melihat dia jalan kaki menuju ke tadika bila abahnya tak dapat hantar kerana kerja awal. Adam seakan memahami kenapa ibunya tak dapat hantar dia seperti sebelum ni. "Sebab adik masih kecil kan ibu, sebab tu ibu tak leh hantar amik adam kan, tunggu adik besar dulu kan.." Itu yang dia selalu sebutkan, dia yang tanya dan dia yang jawab sendiri. Lucu pulak rasa.

"Adam nak pergi kedai boleh tak ibu? Takpe.. adam berani dah.,adam kan dah besar, adam kan dah jadi abang". Mujurlah kedainya tu dalam kuartes ni je dan masih boleh intai lagi dari beranda rumah.

Setiap hari lepas sekolah ataupun malam harinya, dia akan ambik kerusi dan switch on lampu atau kipas dalam bilik dia, kemudian dia akan ambil buku atau apa saja yang dia nak buat dalam bilik dia tu sendiri.. Semuanya sendiri.. Belajar pun sendiri...kesian pulak saya tengok. Memang Adam dah mula memahami dan belajar menjadi seorang abang yang pandai berdikari. Kalau nak main bising-bising pun dah semakin pandai untuk masuk main dalam bilik dia. Tiba-tiba rasa macam bersalah pulak sebab selalu marahkan dia. Adam anak yang baik... dan anak yang mendengar kata. Tapi kenapa saya suka nak marah dia kalau dia buat bising dan suka melompat je pun dan bukanlah salah besar sangat pun, sedangkan itu kan dah memang perangai budak-budak? Hinggakan buat dia asyik bertanya, Ibu sayang tak adam?? 

Adam sudah mula belajar memahami dan berdikari..
v
v
Bila saya minta tolong dia pergi kedai belikan barang sikit, dia ikut jer tapi saya tulis list dan letak duit sekali dalam beg kecik. nanti sampai kedai dia tunjuk kat acik kedai tu. Dan memang Adam semakin pandai... balik rumah dengan belian barangan yang betul. Adam anak yang baik. Tapi itu baru sekali jelah saya minta tolong dia. Upahnya aiskrim... Saya minta tolong dia ke kedai untuk belikan daun sup dan cili merah.. Hihik.. 

Nota : Anak ibu semakin pandai.. anak ibu semakin memahami dan anak ibu semakin bijak berdikari.. Ibu sayang anak ibu.. ibu bangga dengan anak ibu. Semoga anak ibu membesar dengan baik dan sihat, cemerlang dunia dan akhirat. Ya Allah.. lindungilah anak-anakku dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah.. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute