Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 23 July 2013

Dia dah semakin memahami...........



"Adam dah besar, adam berani dah pergi main kat taman sendiri, adam pergi yer ibu, boleh tak?", rengek dia meminta keizinan dari saya untuk turun bermain di taman sendiri kerana dia faham yang saya dah tak boleh nak teman sebab adik kecik lagi dan abahnya kerja. Jadi dia tahu yang dia perlu belajar berdikari.

"Adam pergi sekolah dulu yer, ibu tengok adam dari tingkap yer", pintanya lagi tatkala nak ke sekolah yang jaraknya taklah jauh manapun dan dari blok saya masih nampak lagi bangunan tadika tu. Namun, hakikatnya saya amat rasa bersalah dan kasihan melihat dia jalan kaki menuju ke tadika bila abahnya tak dapat hantar kerana kerja awal. Adam seakan memahami kenapa ibunya tak dapat hantar dia seperti sebelum ni. "Sebab adik masih kecil kan ibu, sebab tu ibu tak leh hantar amik adam kan, tunggu adik besar dulu kan.." Itu yang dia selalu sebutkan, dia yang tanya dan dia yang jawab sendiri. Lucu pulak rasa.

"Adam nak pergi kedai boleh tak ibu? Takpe.. adam berani dah.,adam kan dah besar, adam kan dah jadi abang". Mujurlah kedainya tu dalam kuartes ni je dan masih boleh intai lagi dari beranda rumah.

Setiap hari lepas sekolah ataupun malam harinya, dia akan ambik kerusi dan switch on lampu atau kipas dalam bilik dia, kemudian dia akan ambil buku atau apa saja yang dia nak buat dalam bilik dia tu sendiri.. Semuanya sendiri.. Belajar pun sendiri...kesian pulak saya tengok. Memang Adam dah mula memahami dan belajar menjadi seorang abang yang pandai berdikari. Kalau nak main bising-bising pun dah semakin pandai untuk masuk main dalam bilik dia. Tiba-tiba rasa macam bersalah pulak sebab selalu marahkan dia. Adam anak yang baik... dan anak yang mendengar kata. Tapi kenapa saya suka nak marah dia kalau dia buat bising dan suka melompat je pun dan bukanlah salah besar sangat pun, sedangkan itu kan dah memang perangai budak-budak? Hinggakan buat dia asyik bertanya, Ibu sayang tak adam?? 

Adam sudah mula belajar memahami dan berdikari..
v
v
Bila saya minta tolong dia pergi kedai belikan barang sikit, dia ikut jer tapi saya tulis list dan letak duit sekali dalam beg kecik. nanti sampai kedai dia tunjuk kat acik kedai tu. Dan memang Adam semakin pandai... balik rumah dengan belian barangan yang betul. Adam anak yang baik. Tapi itu baru sekali jelah saya minta tolong dia. Upahnya aiskrim... Saya minta tolong dia ke kedai untuk belikan daun sup dan cili merah.. Hihik.. 

Nota : Anak ibu semakin pandai.. anak ibu semakin memahami dan anak ibu semakin bijak berdikari.. Ibu sayang anak ibu.. ibu bangga dengan anak ibu. Semoga anak ibu membesar dengan baik dan sihat, cemerlang dunia dan akhirat. Ya Allah.. lindungilah anak-anakku dan jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah.. Amin.

6 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

kesian jugak kekadang...tapi kalau dekat-dekat tuh bolehlah...masih dalam pandangan ko...kalau jejauh...jangan...bahaya...semoga adam berhati-hati yer....amin..

Riedaffya ibrahim said...

amin..adam memang memahami...adam da besar kan..hii

IntaNBerliaN said...

Adam.. adam... pandainya kamu ni sayang..!!

tiba2 terharu plak saya baca entry ni.. moga membesar sbgai ank yg soleh ye sayang.. :-)

*ayu, nanti bg alamat yer

zarina_naniey@yahoo.com.my
title bookmarks raya

Chic Na said...

alahai comelnya adam.. luluh jantung dengar.. huhu..

Puan Kutu said...

rasa tersentuh baca entry ni..bertuah ibu dapat anak yg soleh macam adam..:)

9n0L4 said...

bijaknye die. ayat pun positif je. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute