Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 16 August 2012

Ucapan : Salam Aidilfitri


Beberapa hari lagi, Syawal akan mula hadir dan Ramadhan pula bakal meninggalkan kita. Sekejap je masa berlalu dan semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun akan datang pula.

Saya sudah siap packing baju dan hanya tinggal untuk kemas-kemas rumah je sebelum balik kampung. Biskut raya pun dah siap dah.. Mood nak balik raya sudah datang daaaa........... :)
Kerinduan pada kaum keluarga sangat menebal dah ni. Bayangkanlah sudah hampir setahun saya tak bertemu mata dengan along saya  dan adik Pecho saya. Rindu sangat kat diorang......... Harapnya terubatlah rindu saya ni nanti. Masa cuti raya macam inilah dapat bertemu kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Sebelum ni cuti Abah Adam disingkatkan yang hampir hilangkan mood saya.. Hihik.. dan akhirnya diluluskan jugak hingga seminggu. Suka.. suka.. suka.. 
Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat blog saya di sini. Maaf andai ada tersalah tersilap, terlanjur kata dan terlebih bicara dalam penulisan Cerita Hati kesayangan saya ini.
Selamat menyambut hari raya. Pandulah dengan cermat di jalanraya, biar lambat asal selamat. Semoga lebaran yang bakal tiba memberi banyak pengertian untuk kita semua. Ceria-ceria selalu....
Hamper untuk Bonda saya dan MIL saya.. Simple jer tapi dah lama teringin nak buat macam ini.. :)

Tuesday 14 August 2012

Belum sempat raya, dia dah habiskan.....


Opss... apakah? Hihik.. Inilah cerita si bujang kecik kesayangan saya seorang tu. Belum sempat raya tapi dia dah berjaya habiskan popia simpul kasih yang saya beli dari seorang kakak kat kuartes ni. Cara dia mintak dan boleh dikatakan setiap hari dia akan mintak.. "Ibu, nak kueh hok orang bagi tu", cara dia mintak dari saya. Amboi sesuka hati cakap kuih orang bagi yer.. Tak tahu ke kuih tu siap tempah lagi tau. Haha.. Al-kisahnya sebab dia tengok orang hantar kat rumah lah kan, itulah pasal dia cakap orang bagi. Kalau beli mesti kat kedai kan. Pandai kamu bezakan erk...  :)

Popia ni saya beli setengah kilo = RM16. Ingatkan sempat simpan raya tapinya dah habis dikerjakan si kecik saya tu. Kalau tahu dia suka, saya order banyak lagi. Ini menunjukkan popia tu sedap kerana digemari si kecik saya. :)
Masa dapat popia ni penuh tapi semalam sudah tinggal separuh dan hari ni sudah tinggal suku dah pun.. Confirm dua hari lagi habislah ni.. Hihik.. :)

Nota : Saya nak buat sendiri masalahnya saya tak pandai menyimpul kasih bagai ni.. Hahaha.. :)

Monday 13 August 2012

Dia dah mula suka S.U.S.U


Alhamdulillah........... Adam sudah mula menampakkan minatnya pada rasa susu. Maklumlah selepas dah bercerai susu badan, memang dia langsung tak nak susu tepung. Kadang tu terpaksa saya campurkan dalam menu lain pulak. Contohnya bila buat donut atau jemput-jemput, saya akan cuba campurkan sikit. 

Dia dah mula minum susu tapi susu yang dalam kotak je. Kalau susu tepung tu kan, dia tak berapa suka pulak walau dah saya campurkan dengan milo. Milo + susu pekat manis = dia NAK pulak.. Bila dia suka susu kotak, saya dah cukup happy dah. Sekurang-kurangnya ada jugak susu yang boleh buat dia nak jugak minum. Susu kan penting untuk sumber kalsium dia yang nak membesar tu kan. Bila minum susu kotak ni, dia kata macam yang dalam iklan Tv yang budak gi sekolah bawak susu tu. Hihikk.. Macam-macam tau. Umur macam Adam ni dapat bagi dia minum 1-2 gelas sehari pun dah buat saya suka dah. Jenuh jugak nak beli susu kotak kan.. Huhu... :)
 Ini pulak dia minum Milo + susu pekat manis
 Ini pulak susu dia boleh minum.. Haih, jenuh jugak nak beli tu kalau setiap hari kan..Hehhe.. Tapi bukan beli hari-hari pun.. :)
Budak baru pandai nak minum susu.. Hish hish.. :)
Siapa ni? Hahaha.. Ini kisah minggu lepas masa dia main-main buat lawak kat saya. Adam yang suka perli Ibu. Dia sendiri yang pakai ini tau tapi dia tahu ini pompuan punya. Dia tahu membezakan yang mana pakaian lelaki atau pompuan. Misalnya kalau kat pasaraya, saya tunjukkan gaun baby girl dan main-mainlah bagi kat dia, terus dia marah saya dan kata, "Itu hok pompuan lah Ibu, ibu salah ke". Hahaha.. Saya pulak yang terkena tau..

Biskut Dahlia & Biskut Love


Hai sahabat-sahabatku disini... Korang sudah siap buat biskut raya ke atau order ajer? Saya belum siap sepenuhnya dan baru je siap buat dua jenis.. Hari tu saya buat Dahlia kaler merah kan. Kali ni saya buat dahlia kaler kuning yang biasalah kan. Biskut dahlia sememangnya setiap kali raya biskut ni wajib ada kat rumah saya. Adik-adik saya cukup suka biskut ni.. :)
-Sebelum dibakar-
-Selepas dibakar-

Resepi : Biskut Dahlia

250gm butter/marjerin
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
hirisan ceri dadu sebagai hiasan

1) Marjerin dan gula dipukul sebati dan kembang.
2) Masuk telur dan esen, pukul rata.
3) Masuk tepung-tepung dan gaul sebati, uli menjadi doh lembut.
4) Masukkan dalam acuan dan picitkan. Letak ceri. Bakar 150c selama 15-20minit.

SELAMAT MENCUBA!!

Kemudian, saya mencuba pulak buat biskut strawberi yang resepinya dari majalah Saji Bumper Raya. Saya guna acuan bentuk Love dan Adam pulak dengan sesuka hatinya menamakan biskut ni biskut I Love U. Hihik...
Resepi : Biskut Strawberi
Sumber : Majalah Saji Bumper Raya

200 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
100 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard
210 gm tepung red rose - saya guna tpg gandum
20 gm susu tepung
1 sudu besar pes strawberi
1 sudu besar pewarna merah

Hiasan ; Coklat masakan
** Kaedahnya sama jelah yer macam kat atas tu.. Dah siap bakar baru hias dengan coklat masakan yang dicairkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday 12 August 2012

Shopping Raya!!


Plan nak shopping kat Rantau Panjang tapi sudahnya shopping kat KB Mall jugak.. Hihik.. 
Memang sakanlah meronda semalam, dari pagi sampai tengah malam baru sampai rumah. Adam lagilah kesian sebab dia memang penat. Awalnya tu kan, dia ingat kami nak balik kampung. Boleh dia rasa macam tu kan, tak sabarlah tu budak kecik tu nak balik kampung. Masa sampai kat R.Panjang tu dia tanya, "Kata nak g rumah Ummi (nenek dia), ni bukan rumah Ummi". Merajuk dia sekejap dan memang dia takde mood pun nak jalan sendiri. Abahnya jugalah jadi mangsa kena dukung dia. Tak tahu kenapa dia malas betul nak berjalan sendiri semalam, kena dukung ajer.. Penat abahnya terpaksa dukung baby yang dah besar tu. :)
 Berbuka puasa di Mc'D. Memang ramai orang turun shopping semalam. Nak beli punyalah kena beratur panjang, lepas tu kena tunggu meja kosong pulak. :)
 Dah jadi kebiasaan si kecik ni kalau ke KB Mall. Dia tahu je kat belah mana ada tempat main ni. Selalu dia naik motor yang kecik dan keretapi panjang comel. Tapi yang ini, first time dia naik semalam. Dulu kamu takut tapi sekarang dah berani yer kamu dak Adam!!
 Sebelum balik, sempat lagi mintak nak naik benda nih. Layankan jelah.....
 Hasil tangkapan saya : Kasut yang dibeli kat Golok tu, T-shirt dan 3 helai tudung. Baju raya baru? Sorry... Tahun ni tak mahu beli :)
 My hero-hero punyalah ni. 
 Mereka punya lagi.. Sakanlah yer!!
Dan ini........ Baju Raya saya. Tudung baru yang disuaipadankan dengan baju raya last year. Baju ni pun hanya beberapa kali je pakai. Sebab tu malas beli baju tahun ni.. :)

Raya tahun ni giliran di kampung Abah Adam. Maka, raya pertama saya di rumah mertualah tahun ni. Dulu kan, masa awal-awal kawen memang terasalah sedih dan sayu bila ingat kat kampung sendiri di pagi raya. Tapi kini dah pun tahun ke-5 beraya sebagai seorang isteri dan ibu, jadi kuranglah sikit terasanya tu. Sebabnya tiap-tiap tahun kami memang balik kampung masing-masing, jadi takde istilah 'gaduh' bagi kami nak raya kampung siapa.. Bezanya raya hari pertama di mana dulu jer.. Hihik.. :)

Part Jejalan Spontan!!


Nak dijadikan citer.... Lucu pulak bila nak meronda ke lain tapi ke lain pulak rondanya.. Kami ke Rantau Panjang lagi kononnya nak shopping baju raya lah kat sana tapi sebaliknya yang berlaku. Ini sebab terjumpa kawan abah adam dan mereka ajak kot-kot nak join diorang ke seberang sana iaitu Pekan Golok. Muahahaa... Sudahlah saya ni ada dengar citer seorang kakak kuartes ni yang pernah ke sana, rasa mahu join jugaklah tengok camne suasananya. Itu yang terjadinya jalan-jalan spontan kami tu. Hihik... :)
 Kena naik perahu gi seberang.. First time ke sana. Sebelah sana tu lah Golok.
 Kesian Adam tahan panas.. :)
 Baru boleh rasa experience part naik motor bonceng sampai tiga hingga empat orang sekali naik satu motor. Taxi motor lah kot ni kan.. Memang rasa lain sikitlah sebab tak pakai helmet dan boleh dikatakan atas jalannya kan motor lagi banyak dari kereta. 
 Tak tahu kat mana.. main jalan je..Hahhaha. 
 Nak balik sudah... Sebelah sana tu Rantau Panjang lah.
Pergi sekejap je pun. Lebih kurang 2 jam jer.. Yang bestnye hanya beli kasut saya je sepasang. 129 Bath=Rm12.90. Tapi bayar je pakai duit RM13 bagi kat tuan kedai tu. Hihik.. Ramai jugak orang pergi sini, itu yang ikut jelah.... Huhu.. Nak pergi lagi? Opss... tengok keadaan ler. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute