Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 12 August 2012

Shopping Raya!!


Plan nak shopping kat Rantau Panjang tapi sudahnya shopping kat KB Mall jugak.. Hihik.. 
Memang sakanlah meronda semalam, dari pagi sampai tengah malam baru sampai rumah. Adam lagilah kesian sebab dia memang penat. Awalnya tu kan, dia ingat kami nak balik kampung. Boleh dia rasa macam tu kan, tak sabarlah tu budak kecik tu nak balik kampung. Masa sampai kat R.Panjang tu dia tanya, "Kata nak g rumah Ummi (nenek dia), ni bukan rumah Ummi". Merajuk dia sekejap dan memang dia takde mood pun nak jalan sendiri. Abahnya jugalah jadi mangsa kena dukung dia. Tak tahu kenapa dia malas betul nak berjalan sendiri semalam, kena dukung ajer.. Penat abahnya terpaksa dukung baby yang dah besar tu. :)
 Berbuka puasa di Mc'D. Memang ramai orang turun shopping semalam. Nak beli punyalah kena beratur panjang, lepas tu kena tunggu meja kosong pulak. :)
 Dah jadi kebiasaan si kecik ni kalau ke KB Mall. Dia tahu je kat belah mana ada tempat main ni. Selalu dia naik motor yang kecik dan keretapi panjang comel. Tapi yang ini, first time dia naik semalam. Dulu kamu takut tapi sekarang dah berani yer kamu dak Adam!!
 Sebelum balik, sempat lagi mintak nak naik benda nih. Layankan jelah.....
 Hasil tangkapan saya : Kasut yang dibeli kat Golok tu, T-shirt dan 3 helai tudung. Baju raya baru? Sorry... Tahun ni tak mahu beli :)
 My hero-hero punyalah ni. 
 Mereka punya lagi.. Sakanlah yer!!
Dan ini........ Baju Raya saya. Tudung baru yang disuaipadankan dengan baju raya last year. Baju ni pun hanya beberapa kali je pakai. Sebab tu malas beli baju tahun ni.. :)

Raya tahun ni giliran di kampung Abah Adam. Maka, raya pertama saya di rumah mertualah tahun ni. Dulu kan, masa awal-awal kawen memang terasalah sedih dan sayu bila ingat kat kampung sendiri di pagi raya. Tapi kini dah pun tahun ke-5 beraya sebagai seorang isteri dan ibu, jadi kuranglah sikit terasanya tu. Sebabnya tiap-tiap tahun kami memang balik kampung masing-masing, jadi takde istilah 'gaduh' bagi kami nak raya kampung siapa.. Bezanya raya hari pertama di mana dulu jer.. Hihik.. :)

4 Komen Cerita Hati:

adda syuhada said...

berkenan plk tgk kasut yg tengah tuh..kihkihkih..

Chic Na said...

shopping sakan ye ayu. kat kb mall tu sejak awal ramadhan lagi memang pack. tiap2 minggu kot org shopping. huhu..

izan mama mia said...

sakan shoping yer..suka laa ngan kasut tuu...

rieda_ffya said...

da abiss shopping la nih erk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute