Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 8 July 2012

Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman- Part II


Sambungan dari cerita episod jalan-jalan kami part I
 -Jom jalan-
 Nak tengok Tapir tapi Tapir tu duk dalam kandang je tak mau keluar. Hish.. hish.. Tapi besar sungguh Tapir rupanya.
Adam yang sungguh berani. Siap dia cakap, "Ibu kalau takut pegang tangan Adam". Masa ni aku ambil gambar dan ingatkan diorang tak mahu ke seberang sana dah tapi Adam yang bersungguh nak jugak meniti jambatan gantung ni. Ibu dia dah cuak giler dah masa ni tau..
Aku naik jambatan gantung ni kerana terpaksa. Aku memang takut sangat nak naik jambatan gantung. Tapi kali ni memang terpaksa gara-gara takut seekor kera yang datang dekat dengan aku nak curik makanan kat tangan aku tu. Adam pulak yang lagi berani dari aku dan siap boleh tengok-tengok bawah lagi dan aku?? Hahaha.. Hanya mampu pandang depan. Mujurlah dapat pegang belakang baju Abah Adam, kalau tak... memang mengesot lah aku kot. Tak pun aku turun tangga menara tu balik dan biar je diorang ke seberang sana. Apapun berjaya jugak aku hilangkan sikit rasa takut tu yang mungkin sebab bantuan dari Abah Adam dan jambatan gantung ni tak bergoyang sangat. :)
 -Turun dari menara tinggi dan jambatan gantung-
 -Adam yang nak tengok Tiger-
 Adam kata, "Harimau ni macam patung je duk diam kat situ".
 Hahaha... comel bear ni buat aksi. :)
 Gajah pun ada. Adam sukalah sebab dapat tengok Gajah.
 Uit.. kenapa buat mata mcam tu?
 Adam tengok crocodile dan bertanya kenapa crocodile tu tidur.
 Sibuk sangat dia nak tengok burung hantu dan adam cakap mata burung hantu cantik. Selalu kan dia kata burung hantu ada waktu malam..
 Kat dalam Zoo ni pun ada Kolam Mandi dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM5 seorang untuk 7 tahun ke atas.
 -Inilah kolamnya-
 Penat-penat meronda, bolehlah lepak kat Taman Mainan ni kejap. Adam memang pantang tengok taman mainan mesti nak jugak singgah main.
Kami dah nak balik..... Posing dulu atas buggy.. :)

7 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

haha.. comel la adam. siap suruh ayu pegang dia kalau takut. huhuhu..

are_lin@yu said...

wahh beznya jalan2.ayu pun tak pernah sampai sini lg.;-)

Masya said...

hahaha.. tergelak sy baca entry ni... sampai nak mengesot yer.. kalau terjatuh.. amboii kera tu pun bagus jugak.. kalau dia tak curik makanan ayu.. mesti ayue tak jalankan... ;p

Ibu Qisha said...

menarik ye..selalu saya lalu je kat sini...next time bolehlah singgah :D

Unknown said...

mesti adam sgt suka dtg cni kan...

IntaNBerliaN said...

hihii terpaksa sbb kera yer.. rsnya sy pun camtu gak agaknya.. biaslahkan kita kalu tkt kat sesuatu, benda yg kita rs xleh buat pun blh je buat.. tanpa disangka2 dpt jugak naik jmbatan gantung yer.. :-)

Cikrosecute said...

cr tidak pernah sampai zoo kemaman nie...padahal orang ganu hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute