Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 12 July 2012

Kisah Sim-card Ku


Simcard/number ni ada expired tak ye? Sepanjang pakai handset ni kan, aku rasa baru 3 kali kot aku tukar simcard/number.... Korang pulak? Tapi yang aku pelik kan, ada jugak tau orang yang suka sangat tukar-tukar number.. Kejap pakai number tu kejap number lain.. Itu yang ramai jadi lost contact dengan kekawan lama..

Aku mula kenal handset atau mula pakai handset masa umur 18 tahun. Itulah kali pertama pegang handset sebab study jauh di Penang kan, maka haruslah ada handset satu.. Masih aku ingat lagi jenama yang aku guna masa tu ialah Alcatel yang murah je ayah belikan.. Hahaha.. Itu pun dah berterima kasih sangat kat ayah. Nokia 3310 tu pun mahal lagi masa tu.. Lepas tu, aku tukar simcard lain buat kali keduanya sbb asyik kena kaco je kan yang simcard number first tu. Dan yang ketiga tukar dan masih pakai sampai sekarang, simcard pemberian Encik Suami di awal perkenalan kami dulu.. Masa dia hadiahkan tu status pakwe lah.. Hihik.. Dia belikan dua simcard yang numbernya hampir sama. Dia pakai satu dan dihadiahkan kat aku satu. Yang bestnye dia siap pos lagi. Masa tu kami cinta jarak jauh. Sorang di Penang dan sorang di Bangi.. Hihik.. Kenangan terindah... Setiap kali birthday pulak mesti dia poskan sesuatu untuk aku. Ada sekali tu dia boleh poskan bear.. Dah kena ngadap dengan pihak  pentadbiran hostel sebab bungkusan tu besar sikitkan. :) 

Sudah hampir 8 tahun simcard ni bertahan dengan aku dan aku memang still guna number yang sama lah. Maka takda alasan kalau kawan-kawan lama tak dapat jejak aku. Tapi simcard encik suami dah rosak setahun yang lepas dan dia terpaksa tukar sim serta number baru lah.. Itulah yang buat aku tertanya-tanya, simcard ini ada expired jugak ke? Hehe.. Tapi kalau simcard aku tu pun rosak lepas ni, nanti bawa ke Center aje settlekan dan yang pasti aku nak guna number yang sama jugalah.. Aku adalah pengguna maxis yang tegar.. Hihik.. Memang dari dulu lagi hanya Maxis di hati. :)

2 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

cik na belum pernah tukar simcard sejak mula2 sambung belajar dulu sampai sekarang. sayang no ni. maxis jugak.

Masya said...

samelah pakai maxis jugak.... x taulah pulak ade expirednya erkk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute