Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Showing posts with label cite makan. Show all posts
Showing posts with label cite makan. Show all posts

Tuesday, 15 October 2013

Akhirnya merasa juga Burger Bakar



Orang duk tayang ketupat rendang, saya tayang burger bakar.. Haha.. 
Raya aidiladha saya di perantauan kali ni, so rendang ketupat pun takde kat rumah ni.. Yang ada laksa penang aje..

Dah lama teringin nak makan burger bakar.. Alhamdulillah, Jumaat lepas dapat jugak merasa. Mujurlah ada jugak gerai jual burger bakar ni kat sini.
 Mula-mula pelik jugak tengok sosnya kaler pink.. tapi teruja nengok cheese kuar tu.. ini burger bakar letak ayam dan cheese. RM6++.
 Bagi saya rasanya oklah dan saya boleh habiskan.. Tapi Abah AdamDhia tak suka, tak kena ngan selera tekak dia kot burger camgini.. 
Adam pulak..tapaukan dua murtabak daging kat dia.. habis jugak dia makan, tinggalkan sikit jer kat ibu sebab ibu nak jugak murtabak..hihi

Friday, 11 October 2013

Tolong!! Saya ketagih Ciss Kek


Saya memang sukakan kek yang ada cheese... tambah pulak gabungan coklat + cheese.. Pehhh mabeles.. Siapa sama taste macam saya, sila angkat tangan.. Hihi..
yeayy!! Finally dah merasa snow cheese cake. Walawei..sedap giler. Sebenarnya dah lama nak cuba buat tapi tak terbuat-buat. Haaa nak jadi kisahnya kan, hari tu encik Hubby belikan untuk saya. Katanya ada kawan tempat dia keje jual..Wife kawan dia lah yang buat dan jual. Dia pun belilah... sekali sekala rasa kek orang lain buat apa salahnya katanya kan..
Cheese cream dan ditabur pulak dengan cheddar parut..mana mahunya tak kata sedap kan. Ini versi sponge choc cake.. baru ngam rasanya. Nak buat sendiri bermodal jugak beli cheese tu bagai tapi puaslah sebab boleh makan banyak kan.. Ini beli RM10 tau. Murah kan?? saya makan kejap jer habis.. Haha.. Dah tu boleh cakap kat encik hubby, nanti beli lagi yer.. Saya ngan adam je makan cheese sebab encik hubby kurang suka cheese..

Tuesday, 16 April 2013

Yeay!! Dapat Kek Coklat Yummy


Ambil adam dari tadika tengahari tadi, dapat kek coklat yang super duper yummy dari akak satu kuartes ni. Saya malas betul nak buat kek sekarang, faham-fahamlah kan dah dekat nak sarat dah ni... rasa nak makan tapi malas nak buat. Bila ada yang memberi camgini.. senyum happy sampai ke telingalah. Time peknen ni kan kalau makan yang orang lain masak memang selera jer...kalau sendiri yang buat atau masak, slow je telannya.. Hihik.. (^_^)
TQ yer kak As sebab bagi free jer kek coklat ni kat Ayue. Dah nak tinggal separuh dah pun makannya.. Gebu dan lembut je kek ni. Saya kalau buat pun rasanya tak segebu ini kot. Adam pun pandai bezakan pulak tu, "sedap kek ni dari ibu buat, ibu buat sedap kek kaler-kaler jer", katanya kan. Pandai betul kan ko adam.. Jujur tak hingat tau.. Haha.. Yelah..saya memang suka buat kek marble memang menjadi gebu lembut..kalau kek coklat ni jarang-jarang sikit buatnya dan kegebuannya tu setakat OK ok jelah...Sedap juga, habis jugak dimakan si kecik adam tu bila saya wat kek coklat. Hihik.. Alahai anak, sudah pandai kamu nak membandingkan itu ini yer. (^_^)

Nota : Dalam duk ngilu sakit gigi yang kekadang tu pun tetap makan manis-manis jugak tau.. Hihi..

Wednesday, 10 April 2013

~ Mengidam Chicken Chop~

Sebenarnya kan.. saya bukanlah penggemar chicken chop dan jarang sekali kot saya pilih menu chicken chop. Senang citer, jarang saya makan. Tapi semalam tiba-tiba rasa nak ngetest makan 'chicken chop'. Alahai kan... dah namanya ngidam gitulah rupanya. Yang jarang atau kurang suka pun tiba-tiba jadi boleh je makan dan telan. (^_^)

Yang bestnya tu, saya menggatal pulak SMS kat abah adam.. Dia baca mesej jelah hasrat hati saya tu.. Amboi, romantik ler pulak tiba-tiba. Malu nak cakap, hantar je mesej. Hihik..  "Jom lah kuar", katanya kan. Wah memahami tau.. sukalah saya kan bila ada yang melayan hajat hati ni. Muahaha.. TQ yer abah adam. Sayang kamoo sokmo!! (^_^)
 Destinasi kami ke 'Rumbia Western & Seafood' Kg.Raja, Besut kat area belakang Carltex Kg. Raja. Lepas trafiifc light tepi jalan sebelah kanan. Senang je nak cari kedai ni. 
Ini kiranya dah kali kedua kami ke sini. 
 ~Black pepper Chicken chop Mak Buyung punya~ (^_^)
 ~Nasi goreng tomyam Abah Adam punya~
 (^_^) senyum jer...
Ini jelah menu kami..... Air pulak order air barli dan bandung. Adam punya mana? Adam share je ngan kami.. Haha.. Nasi goreng tomyam tu memang best gilerrr!! Saya siap makan jugak nasi goreng yang Abah Adam punya sikit dan memang sedaplah. Chicken chop tu secukup rasa, tak muak tak masin dan tak manis. Ngam2 je rasanya. Semuanya licin.. Kalau dah licin tu sedaplah maknanya tu..Haha.. Itu sayalah.. kalau gi kedai mana-mana, makan habis bagi saya sedaplah makanannya tu. Boleh gitu?? Bagi kami harga kat sini OK dan berpatutan. Chicken chop tu RM8 dan nasi goreng tu RM5 ++ telur mata, ulam belacan, air tu tak pasti lak berapa dan semuanya RM18. Haha...Yang ingatnya harga dua menu tu jer.. Air tu harga standard rasanya. Next time nak try menu lain pulak. (^_^)

Thursday, 26 July 2012

Anda kenal ini??


Bepang pulut... satu ketika dulu suka sangat makan kuih ini. Feberet ayahku jugak ni. Macam dah lama tak makan tau.... Dan masa on the way balik dari kampung hari tu singgah beli keropok lekor, nampaklah bepang ni terus beli dan makan dalam kereta.. Masih sedap macam dulu.. Dulu ayah selalu beli dan bawak balik rumah kalau dia balik kampung arwah nenek di Kg. Kedai Buluh tapi sejak arwah dah takde, jaranglah dia balik sana. Aku pun dah lama tak singgah sana.. 
sumber pic : Pokcik google

Bepang pulut : Sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular di sekitar Kg. Surau Panjang. Walaupun demikian, ketika ini bepang pulut boleh didapati di pasaraya- pasaraya dan pasar tani pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan. Bepang pulut dibuat daripada beras pulut, minyak masak dan gula melaka. 
-sumber wikipedia-

Siapa tak pernah rasa rugilah.... :)

p/s : Cerita pasal makanan pulak di pagi bulan puasa.. Sorry. Hihik.. :)

Friday, 20 July 2012

-Wafer stick kegemaran kami-


Siapa suka biskut ni? Inilah biskut kegemaran kami tapi yang selalu cepat habiskan adalah Ibu adam.. Hehe.. Aku suka sangat biskut ni sejak dari zaman student dulu lagi. Inilah selalu dikunyah sambil ngadap assignment selain maggi.. Eh, apasal kalau zaman study mesti kena ade stok maggi erk?? Hihik.. Aku dulu pun memang kena ada stok maggi sebabnya kalau bangun tengah malam, bila perut rasa lapar boleh lah makan maggi tu.. :)

Tuesday, 19 June 2012

Buah Kuini.. Apa boleh bikin?


Pagi tadi, Abah Adam kuar beli sarapan dan dibawak pulangnya buah kuini jugak. Si Adam pula ingatkan itu mempelam (mangga) lah kan. Dah habis dia makan roti canai terus mintak aku kupaskan buah kuini tu. Sebiji terus dia makan... 
Apa boleh bikin dengan buah kuini selain makan macam tu je? Haaa... Abah Adam suruh buat sambal belacan letak buah kuini.. Pandai bagi idea kan dia..... :)
Hanya berbaki 3 biji. Buah ni abah adam beli 2kg = RM5. Dapatlah dalam 8 biji kot dan 2 biji dah bagi kat jiran. Manis jugak..
Terhasillah sambal belacan buah kuini. Nampak merah sebab ku pakai cili kering sebabnya cili merah dah habis.. Terlebih rajin nak ke kedai, pakai jelah apa yang ada kat dapur tu.. :)

Nota : Tengah-tengah menumbuk cili tu.. terpercik pulak ke mata.. Adoiii pedih sangat, terus lah bilas ngan air.. Korang pernah tak?

Friday, 25 May 2012

-Abah adam belanja Ikan Bakar-


Hari Rabu yang lepas, Abah Adam belanja kami makan ikan bakar. Adam punyalah seronok hingga dia dah pandai makan ikan sendiri tanpa perlu kami asingkan isi dan tulang kat dia.Pada mulanya,aku agak ragu-ragu jugak nak bagi dia makan ikan seekor macam tu je. Tapi memandangkan dia bersungguh nak makan sendiri dan marah aku cubit-cubitkan isi kat dia seperti kebiasaan aku buat, maka aku akur jelah bagi dia cuba belajar makan ikan tu sendiri. Pandai pulak dia makan, tulang-tulang dia asingkan kat tepi.. Banyak jugak Adam makan dan seronoknya dia sebab dah berjaya makan sendiri ikan tanpa perlu aku cubitkan isi dah kat dia. Pergi makan ikan bakar dan dalam masa yang sama Adam jadi pandai pulak makan ikan dengan sendirinya tanpa bantuan dah. :)

-Adam yang suka makan-
 Sotong goreng celup tepung - RM7
 Ikan bakar- Kami order ikan pari (adam yang nak), ikan merah, kembung. Cukuplah bertiga je kan. :)
 -Udang bakar-
 -Ikan Merah-

Kami makan kat Zul Ikan Bakar kat Kuala Besut, sebelah kanan lepas Jambatan. Best jugak ikan bakar kat sini tau.

Tuesday, 22 May 2012

-Makan Mee sup sedap di petang hari-


Siapa suka Mee Sup? Petang tadi kami meronda dan pekena mee sup sedap. Ini kali ketiga ke kedai ni yang asalnya kami dapat tahu dari kawan abah Adam. Memang tak pernah tahu pun yang kat dalam taman perumahan tu ada kedai Mee sup yang sedap. Kena lah dengan selera kami anak beranak. Tapi uniknya kedai ni, dia bukak petang aje.. Kalau pergi kul 5pm dah habis dah, agaknya bukak dalam 4 jam je kot dari tengahari tu.. Pernah kami pergi awal sangat pun tak bukak lagi dan lambat sangat pun dah habis.. So, kena pergi ikut time dia lah, macam tadi kami pergi dalam kul 3.30pm. Sebab ramai sangat kot orang yang makan kat sini dan sebab tu cepat habis awal.. :)

Kami order Mee sup 2, Nasi air untuk Adam, sirap bandung cincau dan bandung biasa. Makcik yang amik order tu tanya nak bandung beleder ke? dan yang Abah Adam ni pulak tak berapa nak faham apa, mujurlah ada isteri dia yang comel ni (perasan jap yer) tolong translate kat dia beleder tu ape.. Haha.. Beleder tu cincau lah.  :)

 Nampak tu Bandung dia.. berlayer ler pulak..
 Inilah Mee Sup yang secukup rasa tekak kami. Bahan-bahannya complete, siap ada daging & perut lembu lagi tau sup nya tu.
Adam yang sesedap rasa hirup sup nasi air dia tu. :)

Sebenarnya hari ni malas sangat nak masak. So, mesej Abah Adam cakap nak makan kat luar.  Abah Adam balik je kerja terus pergi cari kedai makan dan dapatlah pekena Mee sup petang tadi. Tiga beranak makan habislah dalam RM12. Mee sup tu satu mangkuk RM3 ajer. :)

Gaya Adam Makan


Pagi semalam, Adam pesan kat abahnya, "Abah, nanti beli kaki ayam yer.."

Kami hanya mampu tersenyum sebab tak sangka itu yang dimintanya. Hahaha.. Tak tahu lah mana datang teringin dia tu nak meratah kaki ayam. Dah lama kot tak makan. Mungkin Adam terikut abahnya yang suka meratah kaki ayam. Kaki ayam?? Aku pun tak pandai nak makan.. Kalau tengok aku dan adam makan kan, sangatlah pandai adam lagi dari aku tau. Kadang dia gelak je tengok ibu dia yang tak pandai makan dan hanya gigit tepi macam tu je. Mesti pelik kan, apasal lah bagi anak makan kaki ayam.. Oppsss... bukan selalu okay.. sebulan sekali pun tak.. Ini memang dah berbulan tak buat sup kaki ayam. Itu yang dia tiba-tiba request tu. Maklumlah makin dia dah besar ni makin pandai pulak dia mintak itu ini. Memilih pulak tu.. 

Aksi si kecikku meratah kaki ayam yang dimasak sup....
 Yang tulang kat tepi tu semua dia punya. Pandai betul dia ratah sampai lerai (betul ke eja ni dan maksudnya ni) satu per satu tulang-tulang kaki ayam tu. Aku pun tak pandai makan sebegitu rupa tau. :)
 Baik-baik yer Adam.. Nanti terpatah pulak gigi. :)
Masa ni tengah mintak tambah dari pinggan Abah dia punya pulak. Tak cukup tu.. :)

Kaki ayam ni sedap jugak kalau dipelbagaikan cara masaknya kan. Adam suka dibuat sup, tapi abahnya suka masak pedas. Aku?? Suka masak je... makan tak berapa gemor sangat lah sebabnya mungkin tak pandai. :)

Sunday, 13 May 2012

Jom Pekena Nasi Kukus.........


Dek kerana kerinduan pada Nasi kukus Ayam Goreng Berempah, ku suarakan jua hasrat hati ku itu kepada Abah Adam. Maka, lunch tengahari hari ini ber menu kan nasi kukus lah. Cuma satu kedai itu je yang berjaya memikat hati aku sampai hanya kat situ je menjadi pilihan pertama kalau teringin nak makan nasi kukus. Aku ingat lagi masa kali pertama abah adam bawak kami makan kat kedai tu. Asalnya kawan dia yang bagitahu ada kedai nasi kukus sedap kat situ.
 
Kedai nya sempoi je, ala-ala warung gitu. Kedai nasi ni kat Pekan Jerteh, jalan menghala ke  jalan Hospital Besut, sebelah Klinik Kesihatan dan berhadapan Pejabat Pos Jerteh. Serius bagitahu yang kalau sebelum ni aku memang tak pernah perasan pun ada satu kedai makan best kat situ. Haaa.. jangan pandang pada rupa kedai je tau, kadang kan kedai yang biasa-biasa ni lah lagi sedap tau. :)

Ternyata memang sedap pun, manakan tidaknya setiap kali makan kat situ memang licin ku kerjakan. Aku ni jenis yang kalau sedap memang aku makan sampai habis, kalau kureng ke....... memang tak habis sangatlah. Entahlah, memang aku selalu macam tu kalau aku makan kat kedai. Macam bagus je kan aku ni!! Abah Adam selalu marah dan cakap aku ni memilih. Tapi kat rumah sedap ke tak sedap ke, boleh je makan sampai licin.. Hahaha. Pelik kan??

Nasi kukus + seketul peha/dada ayam goreng berempah + lauk kari dalca + sambal = RM6 jer sepinggan. Bagi aku cukup murah dah tu. Tambah pulak ayam goreng rempah dia memang sedap. Yang bestnya, tiap kali makan, rasa nya tetap sama dan tak pernah ada berubah atau rasa kurang. Itu yang tak cari nasi kukus kat kedai lain dah.. :)



Nota : Aku masih belum pandai nak buat nasi kukus sendiri dan rasanya malas kot nak buat sendiri. Hahaha.. Nak memudahkan, order jelah kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute