Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 12 July 2013

~Apam Coklat~


Hari ni berbuka dengan kuih hasil air tangan sendiri.. Try ngetest buat apam ler pulok.. Maka jadilah Apam coklat ni.. Resepi dapat dari seorang kawan kat fb.. Thanks yer kak dan izinkan saya share resepi akak yang mudah lagi sedap (kata Adam sebab dia yang rasa dulu) tu kat sini yer. Memang mudah sebab sekali buat dah menjadi tu.. Hihikk.. (^_^)
 Saya guna paper cup kecik.. kalau buat pakai letak terus dalam acuan lompang tu pun boleh.. Kalau pakai papercup ni dapatlah dalam 35 biji..
Resepi : Apam coklat
Sumber : Kak Leila Pinky

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air - saya pakai susu cair
1 biji telur
1/2 sdt soda bikarbonat
2 sudu besar milo - saya pakai serbuk koko

Cara-caranya :
1) Masukkan semua bahan ke dalam blender.. (saya pakai mixer)
2) Panaskan kukusan dan masuk adunan dalam acuan lompang yang sudah digris dengan sedikit marjerin atau minyak masak dan kukuslah lebih kurang 15 minit.

~Dhia yang suka dibedung~


Bila dia dah kenyang menyusu tapi masih juga tak dapat lelap mata... dhia sudah pandai menangis kuat macam tak puas hati sebab mata nak tidur tapi tak dapat tidur. Apa saya buat? Haaa.. bedungkan aje si dhia ni.. Siang hari pun camtu jugak, tengok dia macam tak berapa lena je tidur tu, saya bedunglah dan letak dalam buai. Bila dah dibedung.. memang lama ler dia tidur. Hihi.. Mulanya saya test je nak tengok dia suka ke tak. Nampaknya dhia suka ler pulok. Tapi kena tengok keadaan mood dia jugak ler.. Malam pun  sama... kena bedung dulu baru dia tidur. Tapi bedung kaki je.. tangan mana mahu dia bagi bedung, kalau bedung kemas tangan kaki memang dia eheheekkk ler.... Hihikk. (^_^)
v
v
Ini gambar masa siang hari.......... Mood dia sekarang, kadang nak tidur buai kadang nak tidur bawah. Fuhh memang kena belajar tengok mood dia lak saya ni jadinya. Bedung pakai kain batik jer.. Ini grandma Dhia yang buatkan, kain batik ni nipis sikit, digunting dua dan dijahit tepi-tepinya.. dapatlah dua kain bedung dari kain batik tu.. Pink lagi grandma buatkan..
Tuan tanah nak menyibuk jugak.. Ni masa hari mewarna Adam. Nak tunjuk kat Adam yang kami penyokong setia dia.. 

Nota : Selamat berpuasa untuk sahabat-sahabat semua...

Wednesday 10 July 2013

~Tart Telur : Tunaikan permintaan anakanda~


"Ibu, dah lama kan ibu tak wat kek, wat kuih.. dah lama adam tak makan". Katanya pulak kan.. Yang sebenarnya saya yang rindu nak buat tart dan makan tart telur ni. Dah habis pantang..bolehlah makan telur. hari tu duk tengok member buat dan post kat fb, adoii tak dapat nak menahan perasaan dah.. apalagi..teruslah buat malam semalam.. boleh jugak wat makan sahur juga + berbuka nanti pun. Tart ni boleh tahan lama kalau simpan dalam peti ais.. (^_^)
Saya buat semalam dapatlah dalam 25 ketul dan fillingnya tu saya buat setengah adunan aje..memang ngam-ngam jelah dengan semua kulit tart tu. Filling ni untuk 50 biji kulit tart kot. Yang adunan untuk kulit tart tu memang selalu saya buat dapat dalam 22-25 biji. saya pernah buat tart telur ni dalam entri ini dulu dan saya menggunakan resepi yang sama. 
 Jom semak resepi DI SINI.

Nota : Komen dari Adam, "Sedaplah kuih ni tapi pahit sikit yang kuning dia tu sebab ibu letak cat ke? tapi adam habis makan". Kiki.. ibu terlebih letak kaler kuning tapi tak kuat pun rasanya dan still sedap jer.. wah puji diri sendiri lak..hahaha.. Abah Adam pulak makan jer... dia memang suka tart telur dari cheese tart.. (^_^)

Monday 8 July 2013

~Adam di Pertandingan Mewarna~


Peringatan : Entri di bawah sarat dengan gambar. (^_^)

Ahad, pagi semalam............... Adam telah masuk pertandingan mewarna anjuran Kemas. Adam antara beberapa orang murid 4 tahun yang dipilih cikgunya. Pengalaman pertama untuk Adam dan kami juga. Awal pagi Adam dah bangun dengan semangatnya. Pertandingan ni ada tiga kategori, untuk kanak-kanak 6 tahun dalam kategori pertandingan tulisan cantik, manakala untuk kanak-kanak 5 dan 4 tahun dalam kategori mewarna. Adam dalam kategori umur 4 tahun. Acara bermula jam 9.30 pagi dan kanak-kanak diberi masa satu jam untuk mewarna lukisan yang diberi.

Yang terlebih teruja sebenarnya ibu bapa kot.. Masing-masing sibuk duk dekat anak dan ajar anak pilih kaler. kihkih. Kami pun sama, "cepat adam, kaler cantik-cantik" nak bagi semangat kat Adam. Huhu, memang mencabar betul si Adam ni nak habis kaler satu lukisan tu. Bila dia dengar mak ayah budak sebelah dia duk bising, dia pandang, berentilah dari kaler tu, suka duk tengok orang je kejenya. Mujurlah sempat dia siapkan dalam masa sejam tu, kira dah sebut berenti tu dia dah siaplah kaler satu lukisan tu. Good job adam.. really proud of you.
v
v
 Muka yang cuak sebab duk jauh dari kawan-kawan kelas dia. Yang sebelah-sebelah tu kanak-kanak dari tadika lain.
 Abahnya siap bawa meja ABC lagi kat dia. 
 ~Aksi Adam mewarna~
 Penatlah..... siap baring lagi tu. Muahaha.. Sungguh, memang dia penat nak habiskan satu lukisan tu dan kami ni terpaksa psiko lak dia.. Cakap nanti kalau Adam siapkan habis, kita gi pantai lah.. Beli aiskrimlah..cakap camgitu, haaa baru ler laju dia kaler.. (^_^)
 "Haaahh..bisinglah.." Stress ke? haha.. boleh pulak dia tutup telinga. Bising katanya, Adam tak leh nak kaler.. Kikih.. padahal dah penat.
 Gigih mewarna.... masa ni dia dah penat dah. Usaha juga kaler sampai habis...
 Sebelum dan selepas mewarna....
 Hasil Adam mewarna semalam... walaupun tak selari gaya mewarnanya tu, tapi ibu tetap bangga dengan anak ibu yang berjaya juga kaler sampai habis dan penuh.
 Adam dengan Cikgu kesayangannya. Di tangan Adam tu ekceli hadiah yang dia dapat.
Adik Dhia pula memang baik jer semalam.. Tidur je dia walau bising.. datang juga memberi sokongan kepada abang Adam dia.

Nota : Adam berjaya juga dapat hadiah walaupun saguhati.. nombor 19.. hadiah dari nombor 1-20. Ok lah tu kan tersenarai dalam top 20. Hihi.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute