Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 10 March 2012

Bila Anak Duk Sibuk Rindu Kg...... Ibu???



Sejak kebelakangan ini, si kecik saya asyik duk cakap rindu kat nenek-nenek dia je. Rindu kampung. Hehe.. Sebenarnya memang dah lama tak balik kampung. Dah 3 bulan kot. Itu yang bila anak yang duk rindu kampung, ibu dan abah nye jadi serba salah pulak. Hehe.. Takpelah, dah standby cuti dah next month two weeks terus cuti.. Seminggu duk kampung sebelah suami, seminggu lagi sebelah saya. Habiskan masa rindu sepuas hati si kecik tu nak main ngan sedara-sedara dia kat kampung.. 

Memang sepatutnye kita sebagai anak kena lah selalu melawat orang tua kan. Tapi dah kalau jauh, kena lah tunggu cuti lama sikit barulah puas balik kampung. Yang penting anak kita pulak kena lah jugak selalu bawak balik kampung. Nanti karang jadi takut pulak ngan anak beranak sendiri kan. Hehe.. Tapi walau jarang balik, telefon tetap jadi medium perhubungan penting. 3G kan ader.. Hehe.. Tapi kampung saya tak dapat 3G, so, just calling2 jelah dengan grandma (panggilan si kecik kat mok saya) dan ummi (panggilan si kecik kat mother in law ) dia tu. Dengan aki dan grandpa dia jarang cakap. Hehe.. Selalu tepon nak cakap ngan nenek-nenek, makcik2 dia je..


Wajah-wajah yang dirindui selalu. Hehehe.







Video kt bwh ni saya tengok dari kawan yang share kt fb.. so touching. Semoga saya tak jadi spt anak makcik ni. Sesusah mana pun hidup kite, sebagai anak, kena jaga orang tua kite sementara dia masih ada kan. Tambah-tambah dalam keadaan sakit.  

Ya ALLAH, kau kasihanilah ibu bapaku, lindungilah mereka. Amin.


Just nak share kt sini sebagai peringatan untuk saya jugak.






p/s : hati rasa serba sikit bersalah kat family di kampung... 

Thursday 8 March 2012

Bila Bedak Jadi Mainan



Hai rakan-rakan blogger ku.

Hari ini, lovely boy saya bermain dengan bedak. Adoii.. satu ruang tamu penuh bedak. Saya tak sempat nengok sebabnya duk kat dapur. Tengok dah penuh ditaburnye bedak satu ruang tamu tu. Emm.. penat lah saya kena mop balik. Boleh pulak dia main bedak. Sambil ber imaginasi tengah buat donut??

Adam : Ibu, tengok nie adam buat donut. (sambil pegang ring bulat biru tu)
Saya  : Diam. Tak jadi nak marah sebab dia cakap camtu. Ayoyo.. Ini budak sangat petah. Penat den nak layan. :)




p/s : Nak marah pun tak terdaya dah. Banyak sangat idea dia sekarang. Budak nak membesar memang camni kot kan. Layan jelah... Zzzzz...

Wednesday 7 March 2012

Apam Merkah Yang Tak Berapa Nak merekah..heheh..



Petang tadik dan baru je siap pun buat apam merkah. First try okeh. 

Dengan excited nye pergi lah ku ke kedai beli air gas perisa aiskrim soda seperti yang tertulis dlm resepi tu. Amik yang sejuk pulak tu. Balik umah, terus adun bahan-bahan. Then masuk kanlah air gas yang tengah sejuk tu. Hahaha.. Maka hasil nye tak merekah lah apam ku itu. Apepun rasa sedap dan tetap gebu. Masih boleh di ngap lagi. Tak lah membazir kan. Hehe.. Next time try lagi.. Mungkin besok-besok lah yer. Tonite dah penat. Hehe..

Ini hasil Apam Merkah saya yang tak berapa nak mekar. Dia tak mau senyum pun.. Huhu..


Sebelum di kukus

Selepas dikukus..Hahaha.. Tak mekar pun. 

So, saya pun google lah apakah tips-tips nak bagi hasil terbaik apam merkah ini. Rupanye kena macam ini :

1) Telur / susu / kalau pakai air gas aiskrim soda tu bukan dari peti sejuk.. Biarkan pada suhu bilik.
2) Pukul telur, gula, ovallete sampai betul2 putih gebu dan adunan tu tak jatuh bila diterbalikkan. (yang nie memang skip sikit tadi, tengok dah putih terus masuk tepung..hehe..patotlah tak mekar)
3) Selepas dah sudukan adunan masuk papercup, biarkan dulu kejap dlm 5minit, baru kukus
4) Pastikan air kukusan betul2 dah mendidih baru masuk kan apam tu..
5) Penutup kukusan kena dibalut kain untuk elak air menitis pada apam.


Kepada sesiapa nak cuba resepi ini.

Apam Merkah
Sumber : Kak Zu
Di try test : Ctayue

200g Gula castor
2 biji telur
1 sk ovallete
1 sk esen vanilla
250g tepung gandum
1 cawan aiskrim soda
pewarna & perisa kesukaan

1) Telur, gula & ovellete dipukul kembang
2) masuk tepung selangseli dgn air soda
3) tambah esen dan pukul hingga kembang sebati
4) Bahagikan adunan, tuang dlm papercup, lorekakn atas bagi cantik
5) kukus 7 minit hingga merekah.

p/s : Okeh, next time if rajin try buat lagik. Bak kata orang practice make perfect.





Tuesday 6 March 2012

Rindu Zaman kanak-kanak



Hai rakan-rakan blogger ku. 

Korang mesti tak akan pernah lupa zaman kanak-kanak korang kan. Yup, semua orang camtu. Memang zaman jadi budak-budak lah paling seronok. 'Keje mung ni main je, kejap je hilang doh ehh..' Hehe.. Ayat mok saya masa saya budak hingusan dulu.

Zaman budak, saya ni memang suka main. Sebab kawan saya merangkap jiran-jiran kampung saya memang kaki main. Kami kawan semua orang, tak kira lelaki ke perempuan. Hehe. Lepas balik sekolah, makan nasi kadang bersaing, makan atas parkin. Mu bawak nasik mu aku bawak nasi aku. Terpekik terlolong lah. Hehe.. Zaman tu, lom pakai handset lagi, mahal lagi masa tu. Hehe.. Jadi riuh sekampung lah duk bermesej. Seronok sangat.

Petang pulak, main game lah. Ape? PS?? Mana ade la masa tu. Permainan tradisional lah. Bola selipar, galah panjang, lompat tin tin, lompat getah, dan macam-macam lah lagi. Rindu nye rasa kat permainan tu semua. Tapi kenapa kanak-kanak sekarang dah takde yang main permainan itu lagi ye?? Sebab saya jarang nampak dah. Ke masih ade? Emm.. memang zaman dah berubah. Anak saya pun mungkin tak kenal permainan ibu ayah dia zaman kanak-kanak. Congkak tu mungkin boleh lagi lah dikenalkan kat dia. Tapi yang lain-lain tu?? Hehe..  

Jom google kejap pic antara permainan yang pernah saya main zaman budak saya.

Ini saya panggil bola selipar. Kat tempat korang panggil lain kot. Lain tempat lain nama panggilannya.

Lompat getah.. yang ni feberet. Hehehe

Galah panjang pun best. Main sekat-sekat kawan. Hehe..
.
.
.
Dan yang lain-lain tu, korang ingat lah dan carilah sendiri ye.. Hehe..

Sekadar coretan buat pengubat rindu. Nak main dah jadi mok budak dah. Tapi best jugak kalau diadakan acara camni time sukaneka family day ke kan. Mesti syok giler r. Jadi budak-budak kembali dan boleh kenalkan kat anak-anak sekali. Hehehe..


p/s : Jangan dilupakan permainan tradisonal walau dah ada pelbagai game canggih. :)


Akhirnya........... Terjawab semua persoalan. Tahniah




Akhirnya Fasha bakal jadi pengantin. Tahniah buat Fasha. Comel nyer dia bertudung kan.. Nak baca selanjutnya refer SINI



p/s : Saya suka lakonan Fasha Sandha. Dulu kurang minat dia tapi bila tengok setiap lakonan dia yang boleh bawak pelbagai watak, dah mula minat dia.. Hehehe. :)

Berjiran tapi tak kenal???



Jiran...... Semua orang tahu apa itu jiran, siapa itu jiran kan. Jiran ni orang yang duk sebelah umah, depan, belakang, satu level, 1 blok dan 1 taman lah. Hehe..

Saya memang ramai jiran. Yup memang ramai jiran sebab duk 1 blok ni ada 16 rumah = 16 family lah. Tu tak termasuk blok2 bersebelahan nya. Hehe.. Tapi kan, nama je tinggal 1 blok, yang saya kenal hanya lebih kurang 4 family aje, yang kenal nama, selalu sembang lah. 

Tertanya-tanya jugak, yang lain-lain tu mana pergi entah. Lalala... Saya ke yang sombong atau mereka yang sombong??  Hahaha.. maybe sebab ramai yang weekend husband, wife diorang duk jauh kot. Sekali sekala je dtg.. Tu yg tak jadi kenalan tu. Hahaha..

Memang ada orang tak hairan pun kat jiran, buat dek je walau terserempak kat tangga ke, lift ke kan. Tapi tahukah anda yang sebenarnya penting untuk kita kenal siapa jiran kita. Bukannya nak BZ body pun, cukuplah kenal nama & boleh sembang sikit2 jadilah kan. Ini tak, kalau ada yg bertanya kenal tak si pulan si pulan ni, kita tak tahu. Padahal rupenya sebelah umah. Hahaha... Tu yang tak berapa nak faham tu, malu jek. 

Lagi satu, kalau lah nak balik kampung, pada siapa kita nak tolong harapkan tengok-tengokkan rumah kalau bukan jiran. Kalau tak kenal jiran, cmne tu? Buatnye ada perompak masuk rumah kita / rumah jiran kita, bukannya kita tahu kan. Sebabnya apa... sebab tak kenal siapa jiran kita. So, janganlah sombong untuk kenal jiran.





Ihsan pokcik google lagik. Hehehe


p/s : Amalkanlah sikap bertegur sapa dan memberi salam. Bukan luak pun if bagi salam. Senyum pun takpe dah... Tak rugi ape-ape pun.. Kan.. Kan.. Lalalala. :)



Monday 5 March 2012

Wang bukan segala-galanya. Boleh pakai lagi ke?






ihsan pokcik google

Kehidupan hari ini sangat perlukan wang. Pergi mana-mana pun perlukan wang. Apa sahaja nak dibuat pun perlukan wang. Bergerak selangkah pun kena ada wang. Semuanya lah perlukan wang. Wang bukan segala-galanya?? Boleh pakai lagi ke statement ni erk? Sedangkan apa saja yang kita nak buat, perlukan $$$$.

Nak pergi toilet pun kena bayar dah kan sekarang. Nak masuk kena bayar dulu 20sen, eh silap dah naik dah jadi 30sen. Dulu, order air kosong kat kedai makan, FOC jer..sekarang kena bayar dah 20sen. Hehe.. 

Dalam kehidupan rumahtangga, kalau takda wang, boleh porak peranda jugak rumahtangga kan. Sebab tu ramai pasangan suami isteri sama-sama berkerja mencari sumber kewangan untuk menjadikan kehidupan rumahtangga mereka lebih selesa dan sempurna. Memang wang bukan segala-galanya, tapi tanpa $$$..... tiadalah segala apa yang kita nak dalam kehidupan ini kan. 

Cuma, kena pandai membahagikan antara kehidupan duniawi dan jugak mencari kehidupan akhirat. Jangan biarkan $$ menguasai diri hingga kita akan lupa diri dan riak dengan kemewahan yang kita dapat. Betul tak?? Saya cuma keliru di sini, sebab ada yang kata, takde wang pun boleh hidup, boleh bahagia. Boleh erk??? Emmm.. tapi, kalau tak cukup wang pun boleh timbul pelbagai masalah jugak kan. Cuma, lebih bahagia jika hidup bersederhana sahaja. Tidak perlu mewah-mewah, cukup segalanya dah membahagiakan. Tiada yang dapat dibeli dengan $ jika hati tidak tenang dan tidak rasa bahagia. Punya wang yang banyak bukan jaminan mendapat kebahagiaan yang hakiki.

Syukur untuk kehidupan saya hari ini. Saya bahagia hidup begini, cukup segalanya. Punya suami yang bertanggungjawab dan punya anak yang semakin pandai. Walau kami hidup sederhana, kami bahagia. Memang wang bukan segalanya. Cuma untuk menjadikan kehidupan lebih sempurna di masa depan untuk anak-anak juga itu perlu. 



p/s : Biarlah tidak kaya harta tapi biarlah kaya budi pekerti. :)



Tengok Dora pun boleh tido... haishh...

.
.
.
Nak tengok tak??
.
.




close-up sikit. Alahai anak ibu.... :)

Tengok gambor atas tu. Itulah my lovely boy. Dia tengok Dora. Last2 tertido pulok. Hehe.. Suka sangat budak kecik ni ngan Dora. 


Sunday 4 March 2012

Thanks sudi Follow Cerita Hati


Hai rakan-rakan blogger ku. Hari ini, follower Cerita Hati genap 60 orang walau baru beberapa bulan berblog. Sangat happy. Selepas join segmen dari blog Cik Lezza, makin bertambah follower. Terima kasih kepada mereka yang sudi follow blog Cerita Hati yang tak seberapa ini. Kerana mereka, saya jadi bersemangat nak ber blogging. Hehe..








Terima kasih kepada Cik Suka Berangan yang sudi genap kan menjadi follower yang ke-60. Jom singgah ke blog Cik Suka Berangan yang cute tu.



Rahsia Anak Hebat



Salam semua. Sedang baca berita dan belek-belek artikel kat mymetro, saya tertarik pulak ngan artikel ini. Jadi nak share lah kat sini pulak. Boleh? Hehe.. Sangat bagus artikel Dr. Asmadi ni


Rahsia anak hebat

Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
drasmadi@maptraining.com.my





ANAK hebat lebih berdisiplin, ada wawasan, sasaran, matang berfikir, mudah bergaul, seimbang hidupnya, bagus akhlaknya serta taat agama.
Dia bukan sahaja disenangi ibu bapa, guru dan rakan-rakannya. Mereka cemerlang dalam akademik dan kokurikulum malah sering ditabal tokoh pelajar di sekolah. 
Jadi, apa yang ada pada anak cemerlang yang tiada pada anak-anak lain?

Ada anak hebat datang daripada keluarga biasa, anak yatim atau daripada keluarga mangsa penceraian. Ini membuktikan persekitaran, keadaan keluarga, kesusahan dan kemiskinan tidak menjejaskan menjadi insan hebat.

Rahsia pertama: Anak hebat ada matlamat jelas dan tidak sanggup berkompromi dalam merealisasikan matlamatnya. Apabila ditanya cita-citanya, mereka memberi jawapan dengan pasti.


Rahsia kedua: Anak hebat pentingkan pelajaran. Dia tahu hanya pelajaran boleh mencapai cita-citanya. Justeru, mereka memberi tumpuan dalam kelas, menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

Malah, anak hebat menyertai program motivasi luar bagi mendorong dirinya dan memantapkan teknik dan kemahiran belajar.


Rahsia ketiga: Anak hebat tidak malu mengakui kelemahannya dan meminta bantuan mengatasi kekurangan itu. Mereka sedar tidak semua orang tahu semua perkara selain memiliki bakat dan kebolehan berbeza-beza.


Rahsia keempat: Anak hebat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang, hormat ibu bapa, sentiasa mendengar nasihat, menyenang dan menggembirakan orang tua, membantu dan mesra dengan adik-beradik.


Rahsia kelima: Anak hebat sentiasa muhasabah tindak-tanduk dan memantau prestasi pencapaiannya. Dia tahu kedudukannya sama ada hampir atau masih jauh dari sasaran lalu memperbaiki prestasi tanpa menunggu arahan.


Rahsia keenam: Anak hebat melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan tiada istilah main-main.


Rahsia ketujuh: Anak hebat istiqamah dalam usahanya dan percaya kejayaan besar yang mahu dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan kecil setiap hari.

Dia sentiasa membuat perancangan belajar dan konsisten belajar mengikuti perancangan tanpa bosan.


Rahsia kelapan: Anak hebat sentiasa belajar daripada orang lain dan suka hadir pelbagai program, aktiviti dan seminar yang membuka mindanya.

Anak hebat mempunyai mentor. Dia tahu kejayaan yang mahu dicapainya itu pernah dicapai orang lain.


Rahsia kesembilan: Anak hebat sentiasa ingat Allah kerana manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan. Dia juga tahu jika dirinya ingkar perintah Allah, bergelumang dengan dosa, Allah akan tutup hatinya dan hilang keberkatan dalam usahanya.

Mereka sentiasa menjaga solat lima waktu, melakukan banyak amalan sunat, membaca al-Quran, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, amalan doa harian dan
basah lidah serta hatinya dengan zikir.


Rahsia kesepuluh: Anak hebat tidak sombong dengan apa yang dicapai dan sentiasa bersyukur apabila berjaya selain berkongsi kegembiraannya dengan mereka di sekelilingnya.

Anak hebat tidak pernah menunjuk-nunjuk atau mendabik dada kerana tahu sifat sombong hanya merosakkan akhlak dan amalannya. Dia berterima kasih setiap kali berjaya.


Rahsia kesebelas: Anak hebat sedar hanya dia yang boleh menolong dirinya.

Jika tidak faham satu dua perkara bolehlah bertanya pada guru tetapi bukannya menyerahkan semuanya kepada guru. 

SumbermyMetro



p/s : Sekadar berkongsi apa yang saya baca.  Semoga sama-sama kita dapat pratikkan tips tersebut dalam membimbing anak menjadi anak yang hebat juga satu hari nanti. InsyaAllah. Amin. 
Masih belajar dan sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik. 





Celebrate Birthday Boy 3 tahun



Petang semalam, celebrate birthday my lovely boy yang ke-3. Ekceli kan, bday dia 5hb. Tapi disebabkan bday dia this year jatuh pada hari bekerja, dan tetamu pun + kawan-kawan abah nye kerja lain-lain shift. So, buat jelah semalam cuti weekend. Dugaan sungguh nak celebrate bday dia kali ni. Plan nak sambut kat air terjun Lata Belatan. Bangun pagi, hujan pulak. Dalam hati berdoa moga hujan akan reda petang nanti. Tapi hujan jugak lah renyai-renyai. Disebabkan dah berjanji ngn birthday boy tu, terpaksalah pergi jugak kan. Sampai je kat Lata tu, mak ai... ramai je orang rupanye walau hari agak mendung dan hujan yang sekejap-kejap tu. Hehe.. 

Tetamu pulak dalam 4 family. Terima kasih kat diorang semua sebab sudi datang meraikan birthday boy kami. Sangat hargai nye. 

Sesampai je, terus prepare untuk sesi bakar ayam. Punya lah lama geng ayah-ayah nak hidupkan api tu. Hehe.. akhirnya dapatlah jugak celebrate bday adam kat luar walau hujan. Mandi tetap mandi. Dia tak nak naik pun sebab seronok main air. Puas betul tengok bday boy happy. Itulah saat yang paling indah, bila tengok keseronokan dia.

On the way balik umah, sekerat jalan pun dah tidur. Kepenatan bermain air sungai. 

Untuk anak ibu, we love you.

Jom layan sesi bergambor kami-kami. hehehe. :)

 Homemade from ibu utk bday boy



 Muka happy dapat tiup lilin





p/s : Kau kesayanganku selamanya. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, cemerlang dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yang baik. Happy Birthday Muhd. Adam Akmal. Sudah 3 tahun kamu. Sekejap je rasa. :)

First Contest by Afiqah & Amani Azwa : Edit Gambar Sehabis Cun







Salam semua rakan blogger. Hari ni nak join contest ni. First time contest dan first time jugak saya join. Hehe.. Ini pun setelah di tag oleh puteri comel Indah Comel. So, join lah. Sesiapa nak join, jom lah. kat sini yer Contest





Gambar yang akan di edit, sudah semestinya gambar saya dan anak. Gambar di masa kami pergi Cameron Highland last year.


Sebelum proses mengedit


Selepas edit sikit-skit, jadi lah begini
.
.
.
.
.
Siapa mangsa seterusnya yang perlu saya tag
.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute