Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 4 March 2012

Celebrate Birthday Boy 3 tahun



Petang semalam, celebrate birthday my lovely boy yang ke-3. Ekceli kan, bday dia 5hb. Tapi disebabkan bday dia this year jatuh pada hari bekerja, dan tetamu pun + kawan-kawan abah nye kerja lain-lain shift. So, buat jelah semalam cuti weekend. Dugaan sungguh nak celebrate bday dia kali ni. Plan nak sambut kat air terjun Lata Belatan. Bangun pagi, hujan pulak. Dalam hati berdoa moga hujan akan reda petang nanti. Tapi hujan jugak lah renyai-renyai. Disebabkan dah berjanji ngn birthday boy tu, terpaksalah pergi jugak kan. Sampai je kat Lata tu, mak ai... ramai je orang rupanye walau hari agak mendung dan hujan yang sekejap-kejap tu. Hehe.. 

Tetamu pulak dalam 4 family. Terima kasih kat diorang semua sebab sudi datang meraikan birthday boy kami. Sangat hargai nye. 

Sesampai je, terus prepare untuk sesi bakar ayam. Punya lah lama geng ayah-ayah nak hidupkan api tu. Hehe.. akhirnya dapatlah jugak celebrate bday adam kat luar walau hujan. Mandi tetap mandi. Dia tak nak naik pun sebab seronok main air. Puas betul tengok bday boy happy. Itulah saat yang paling indah, bila tengok keseronokan dia.

On the way balik umah, sekerat jalan pun dah tidur. Kepenatan bermain air sungai. 

Untuk anak ibu, we love you.

Jom layan sesi bergambor kami-kami. hehehe. :)

 Homemade from ibu utk bday boy



 Muka happy dapat tiup lilin





p/s : Kau kesayanganku selamanya. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, cemerlang dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yang baik. Happy Birthday Muhd. Adam Akmal. Sudah 3 tahun kamu. Sekejap je rasa. :)

1 Komen Cerita Hati:

Masya said...

selamat hari lahir.. semoga menjadi anak yg soleh ok.. dapat hadiah basikal yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute