Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 9 June 2012

Release Tension- Lata Tembakah-


Sejak dua tiga hari ni, fikiran tak berapa stabil sikit dan kepala pun asyik pening je. Entahlah, rasa macam-macam bila fikirkan perkara yang tak pernah sudah. Masalah memang normal lah dalam kehidupan ini kan. Kalau takde masalah takdelah cabarannya kan. Setiap masalah yang datang itulah yang kekadang boleh mematangkan kita. Bagaimana kita nak hadapi sesuatu situasi dan rasa tekanan tu daripada menganggu kita dan hidup orang lain. Bila ada masalah....... tak elok ye lepaskan rasa tertekan tu pada orang lain. No! No!

So, hari ni pergi mencari ketenangan lah sikit dengan beriadah. Kali ni kami ke Lata Tembakah pulak. Semestinya kami ni memang suka mandi atau berkelah di air terjun atau sungai. Rasa nyaman dan segar bila dapat relax kat tempat-tempat macam ni. Untungnya kami sebab tak jauh manalah nak ke sini dari rumah. Jangan jeaolus yer tengok kami mandi manda. Siapa nak datang sini silalah melawat Terengganu. Macam-macam ada. :)
Kami dah sampai..........
 Chalet pun ada kat sini bagi mereka yang nak bermalam. Harga pun berbaloilah.
Air terjun kat sini ada 5 tingkat tau. Kami hanya naik tingkat bawah sekali jelah sebab Adam kecik lagi kan. Kalau nak lagi best mendakilah sampai tingkat 5, orang cakap view kat situ sangatlah cantik.
-Kami bertiga yang mahu bersuka ria-
 -Peace untuk semua aunty2 dan uncle2 yang sudi singgah sini baca kisah saya-
 -Ini air terjun kecik jer.. Yang lagi cantik tingkat lain-
 -Adam yang seronok dan memang tak sabar nak main air-
 -Aku yang ringan ni senang je ditolak arus tu.hahak.-
 Adam tengok apa tu? Ibu nyer pulak yang over tau. :)
 Sangat seronok Abah Adam dapat mandi kat situ. Jealous aku.
-Adam nak tengok ikan. Ikan banyak sangat kat sini sampaikan bila datang 2, 3 ekor kat kaki, dia pun lari naik atas batu-
 -Aku yang tengah mood suka-suki-
Nota : Lata Tembakah terletak di Daerah Besut, Hulu Terengganu. Jarak untuk ke sini ialah 24 km dari Bandar Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu. Lata Tembakah mempunyai lima tingkat air terjun. Terdapat banyak kolam-kolam takungan untuk bermandi manda. Kemudahan chalet, surau, tandas dan  tapak perkhemahan juga disediakan di sini untuk sebarang aktiviti perkhemahan mahupun motivasi. Tiada caj dikenakan untuk mandi di sini.

Friday 8 June 2012

Tiada Rasa..


Entah kenapa........ aku rasa kosong ketika ini.
Ada sesuatu yang menganggu kotak mindaku.
Tak terdaya rasanya aku nak menahan rasa ini.
PadaMU Ya Tuhanku, aku panjatkan segala Doa.
Semoga segala kekusutan ini pergi jauh dari hidupku.

Entah kenapa.......... aku rasa seperti tiada rasa.
Buntu aku ketika ini.
Memikirkan kenapa, mengapa dan bagaimana.
Semoga hari esok akan ada sinar untuk aku.

Imbau kenangan dulu dan sekarang..


Tiba-tiba rasa rindu pada kenangan saat Adam yang masih belum pandai bercakap dan baru je pandai nak berjalan. Mengimbau kenangan jap.. :)

Kembali kepada umur Adam yang ketika ini baru 11 bulan. Adam dah boleh berjalan masa umur 10 bulan. Sebenarnya dia pandai berjalan dengan bantuan dari kereta mainan ini lah. Berjasa jugaklah kereta dia ni. Memang dia berusaha sangat nak naik kereta ni. Cara yang dia selalu praktis ialah dengan cara menolak pemegang belakang kereta tu dan sampailah dia berjaya berjalan sendiri hasil usaha tolakan dia tu.
Dan video kat bawah ni masa umur dia 2 tahun setengah. Punyalah dia seronok dapat main kejar-kejar dengan kereta control tu. Kereta tu pakcik Ejam dia yang punya (kawan Abah Adam).
Kadang-kadang sungguh aku rasa rindu masa dia baby dulu tu. Dan sekarang sudah 3 tahun dah dia. Betapa cepatnya masa berlalu. Semoga kamu jadi anak yang baik yer dak Adam.

Thursday 7 June 2012

-Muffin Pandan-


Gara-gara semalam tertengok fesbuk kawan post pasal muffin pandan yang dia buat. Adoii.. aku ni mula lah tekak rasa macam nak jugak. Cari lah resepi muffin pandan yang senang dan terus mencuba buatnya. Maka terhasil lah Muffin Pandan petang tadi. Berbaloi jugak cuba resepi ni sebab memang senang sangat cara buat dan rasanya ada lemak manis santan pulak tu. Adam pulak memang suka kek. Sukalah dia dapat makan. Awal-awal nak buat tu dah sibuk bertanya, "Ibu nak buat apa tu. Nak buat kek kat Adam ke?". Itulah selalu dia tanya dan  dia yang jawab sendiri tiap kali aku tengah nak buat kek.




Resepi : Muffin Pandan
Sumber : Kak Nor

200 gm Tepung Gandum* -ku pakai tepung superfine
1 1/2 tsp baking powder*
1/2 tsp soda bikarbonat*
1/2 tsp garam*
120gm gula castor
200ml santan kotak - tapiskan
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 tsp pandan emulco -ku pakai pewarna hijau jer
1/2 tsp esen pandan
Topping hiasan : Badam cincang, kismis, ceri - ku pakai bijan

1) Panaskan oven 180c.
2) Ayak bahan bertanda * dalam bekas. Kemudian campurkan gula dan kacau pakai whisker.
3) Campurkan semua bahan-bahan basah dalam bahan-bahan kering tadi. Kaup balik kan adunan hingga sebati.
4) Isikan dalam papercup. Taburkanlah dengan bahan hias atasnya dan bakar 20 minit atau hingga masak.

Nota : SELAMAT MENCUBA!!

-Jom makan aiskrim ngan Adam-


Setiap kali pergi kedai.... Kalau bawak budak kecik Adam mesti kena cukai ngan dia. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan beli aiskrim. Bila waktu petang aku selalu bawak dia ke Taman Mainan. Sebelum balik naik tingkat rumah tu, harus kena pergi kedai dulu lah. Tapi selalu beli aiskrim batang yang seringgit je kat dia. Semalam, aku mintak abah dia belikan aku aiskrim Cornetto.. Entahlah kenapa tekak ni rasa mahu makan macam-macam mengalahkan orang pregnant pulak sedangkan aku belum pun bertambah lagik. Hahaha.. Takde brand Cornetto dapatlah Magnolia jer.. Makan jelah.. Orang dah beli kan takkan nak mengada suruh beli yang tu jugak. Adam dapat satu, Ibu dapat satu dan Abah pun dapat satu.  Adam punyalah seronok dapat makan aiskrim ni, cuma.................
 Nah, satu untuk Adam.
 Macam biasalah, budak kecik ni kalau makan aiskrim kena makan kat beranda. Kejam tak aku? :)
Sebenarnya nak bagitahu yang Adam tak berapa pandai makan aiskrim jenis ni lagi. Cara dia  makan, dia akan makan dan korek isi aiskrim yang dalam tu je. Kalau tak boleh amik dari atas, dia akan gigit bahagian bawah pulak.. Kadang aku pulak yang geli hati tengok cara dia makan aiskrim jenis kon ni. Biskut kon aiskrim tu, dia hanya mampu makan separuh aje dan selalunya tak pernah habis pun. Sebab dia memang tak berapa pandai lagi makan askrim jenis ni dengan cara sebetulnya. Sebab tu comot sangat kalau tengok dia makan. Tapi bila pergi kedai, selalu mintak nak askrim jenis ni. Mengada tau dak Adam ni. Aku memang selalu sengaja tak layan dia.  :)

Wednesday 6 June 2012

Bekas pensel baru Adam!!


Di suatu malam Ahad yang lepas, ketika dalam pasaraya di satu sudut alatulis.
Adam : "Abah, cantiklah Ben 10 ni. Adam nak boleh tak?
Abah Adam  : " Boleh..... tapi nanti letak pensel colour dalam ni yer.. Kena baca buku yer".

Adam angguk je tanda setujulah sebab dia dah tertarik sangat dengan gambar ben10 tu kan. Sesampai je rumah, terus dia isi segala pensel warna dia dalam bekas pensel tu. Kemudian dia amik buku yang baru jugak dibeli minggu lepas dan duduk depan TV. Maka, bermulalah sesi menulis dan mewarna dia. Macam biasalah si manja Adam ni, lebih suka tulis sambil meniarap walau dah dibelikan meja kat dia. Bulan ni banyak betul Adam 'pow' abah dia.. Haha... Kalau singgah mana-mana memang tak sah kalau dia tak beli barang. Dah lah tu pandai pulak memilih itu ini sendiri, penat kadang tu nak melayan.. Cuma perangai dia yang aku suka, kalau dah belikan dia satu barang tu, dia tak merengek dah la nak barang mainan lain pulak. :)

Aktiviti menulis Adam semalam......
 Murah je bekas pensel Ben10 Adam tu, RM4.90. 
 Semangat lah nak mewarna dan menulis sebab dapat sesuatu yang baru kan.
 Gaya dia pegang pensel tu memang pelik sikit. Dah ku ajar cara yang betul tapi tetap camtu jugak. Risau jugak kadang tu. Tapi dia pegang macam ni lagi cepat dia buat. Nanti dia pandai sendiri kot cara pegang dengan betul pensel tu. 
 Sampai meniarap lagi tau...
Inilah hasil dia menulis dan mewarna sendiri. Pisang tu, dia kata kaler kuning, isinya putih. Lada tu katanya kaler merah macam kat pokok lada Abah dia. Adam memang suka bebel sorang-sorang kalau menulis atau mewarna.. memang mulut dia sama naik je sembangnya sambil mewarna. :)

Tahun depan Adam dah masuk 4 tahun. Kalau ikutkan dah boleh hantar tadika dah kan. Tapi itulah..... aku agak keberatan pulak. Takut dia lagi banyak main pulak. Yelah baru 4 tahun kan. Ikutkan dia memang nak sangat ke tadika. Tunggu 5 tahun kot baru sesuai hantar dia ke sekolah. 

Ibu sayang Adam.. Sangat seronok bila tengok Adam sudah pandai mewarna dan menulis nombor dan abjad dengan baik. Adam sudah kenal dan boleh tulis beberapa nombor dan abjad  kalau disuruh tanpa bantuan kami. Terutama nombor 0, 5, 4, 7 dan abjad A, C, O. Kalau lain-lain tu kena tengok contoh kat buku jugalah, lepas tu baru dia akan buat sendiri kat buku tulis dia. Semoga kamu semakin pandai yer dak Adam dan jadi anak yang baik buat Ibu dan Abah.

Tuesday 5 June 2012

Dah tua ke aku erk??


Tajuk tak boleh blaa betul.. Hihik... :)

Bila orang panggil aku kakak, apa aku rasa? Sebenarnya, ramai yang kompius umur aku ni berapa bebenornya. Yelah tengok aku yang kecik molek camni dan payah benar nak gemuks ni.. silap-silap orang boleh silap anggap aku budak sekolah pulak lagik tau. Pernah sekali tu orang cakap Adam tu adik aku.. Hahak.. Melampau tul erk... Mula-mula kenal jiran depan rumah pun dia kompius gak ngan aku ni. Petang tadi jiran sebelah blok tanya pasal umur pulak.. Selalu sembang kat Taman tapi tak pernah tanya soal umur kan. Dia selalu panggil aku Akak.. takut dia silap kot-kot dia lagi tua dia kata, sebab tu dia tanya.. Tapi memang aku yang lagi tua dari dia pun.. 

Tapi sebenarnya aku lagi suka kalau orang kata aku muda lagi. Perasan tul aku nih walau umur tiap tahun meningkat. Hahak. Pernah tu aku suruh sorang jiran aku tu berbahasa dengan aku tak payah panggil kakak lah. Sebabnya beza setahun je ngan dia. Yelah tengok dia lagi besar dari aku.. segan pulak bila dia panggil aku kakak.. Boleh camtu erk? Mula-mula dia macam tak berapa best jugak panggil aku dengan nama je kan tapi lama-lama jadi biasa dah.. Aku ni sempoi je.. Aku cakap kat dia, macam tak berapa mesra lah panggil akak kat aku. Dia gelak jer.... Kalau beza setahun dua tu aku lebih selesa dipanggil nama je.. Kalau beza banyak sangat tu haruslah aku jadi akak kan.. Hahak.. :)

Umur aku berapa erk? Kembali ke tahun 85 jap.  :)

Monday 4 June 2012

Uppsss...Adam Main masak-masak?


Terkejut aku tengok betapa kreatifnya anak bujang aku main masak-masak. Diambilnya piring terbang dijadikan dapur gas kononnya. Kemudian diambilnya pulak angry bird punye  bet ping pong dibuatnya tempat memanggang ikan. Lepas tu berangan tengah bakar 2 ekor ikan. Sangat terkejut okey bila dia main masak-masak. Kreatifnya dia bila reka mainan lain dijadikan mainan masak. Maklumlah, Adam mana pernah aku belikan mainan masak-masak dan memang takde pun. Sungguh pelik dia boleh reka main masak-masak pulak hari ni... Dah boring sangat agaknya kot.

Mula-mula, potong ikan dulu yer puan-puan.
Adam kata : "Buang kulit-kulit dia dulu". (sisik kot)
 Letak atas kuali dan bakar.
 Ada dua ekor ikan pink dan green.. Siapa nak?
 Siap kipaskan lagi tau!! Kreatifnya anak ibu ni. :)

Dan yang bestnye.. dia sudah cakap loghat aku dah sikit-sikit.. Adam kata, 5 riyal 5 riyal. Konon dia jual ikan tu harganya 5 riyal. 
Sangat seronok bila dia pandai reka mainan lain jadi mainan masak pulak. Pelik budak lelaki main masak-masak pulak kan. Hihik.. Tu lah, terpengaruh dengan ibu dia kot. :)

Kenduri & Ke Kedai Burung


Sabtu lepas.... Kami ikut Abah Adam pergi kenduri kahwin kawan lamanya di Machang. Hampir 10 tahun kot diorang tak jumpe. Majlis sambut menantu lah, kan kawan dia lelaki & yang ni kawan dia zaman poli dulu sebab aku pun tak kenal sangat. Aku pulak memang dah lama tak makan nasi gulai kawah = nasi kenduri ler... Maka aku ambil kesempatanlah kan. Mengalahkan orang mengidam pulak aku ni, terlebih sudah. :)

Untungnya..... kami pergi betul-betul ngam dengan waktu pengantin perempuan yang baru je sampai. Jadi boleh ler tengok orang bersanding sekali kan. Adam?? Adam sangatlah excited tengok orang main kompang. Dia tak nak makan pun nasik dan yang dia nak sangat adalah goodie bag.. Bila dapat je, terus dia pegang sampai lah dalam kete. Adam siap dapat dua lagi.. Hihik...

Inilah yang ada dlm goodie bag tu. Sebenarnya ada telur dan jelly tapi dah dimakan terlebih dulu oleh Adam. Tinggallah marshmallow tu aje. 

 Adam memang excited tengok orang palu kompang. Ini pun aku paksa dia mintak toleh jap nak amik gambor.

Dah nak balik dan Adam.......... memang suka sangat rembat 1 batang bunga manggar kalau pergi kenduri kawen orang. :)

Seusai kenduri kawen tu dan perut pun dah kenyang, kami ke Kedai burung pulak. Saje je bawak Adam sebab nak gi zoo.... mane ado sini. Hahak. :)

 Anak ayam pun dijual. Adam pulak nengok ayam macam tak pernah tengok je. Yelah, rumah Adam mana ada ayam.. Balik umah kat kampung baru ler voleh main kejar2 ngan ayam kan. Sian anak aku nih.. :)
 Cantik-cantik burung kat sini tau. Tapi kami tak beli pun sebab kami memang dah ada sepasang dah kat rumah yang dah diberi nama dah pun. 

Ini lah Boboy &Gegirl. [entri lepas]

Itu saja catatan citer jalan-jalan dan ronda-ronda kami kali ni. Sebelum tu, cantik tak pic kat bawah ni? Macam orang lukis je kan.. Inilah dia teknik edit. Ini pun aku nak tunjuk kan.. Guna photoscape je pun walau aku masih blur lagi nak gunanya. Hahak..  :)
Nota : Mana gambar pengantin erk? Biarlah rahsia.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute