Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 29 August 2012

Adam Main bunga Api


Adam sudah pandai main bunga api. Sudah tak takut dah.. Tapi haruslah kena perhatikan dia masa main bunga api, kalau tak tengok, nanti macam-macam pulak. Saya pun boleh tumpang main sama.. Hahahha...
 Adam macam cuak jer... :)
 -Adam dan sepupunya, Iqbal-
-Adam dan Pok adik-

Adam sekarang ni memang macam-macam sikit ragamnya tapi masih mendengar kata.. Namun adakalanya hilang sabar jugak. Antara saya dengan suami, saya tidaklah terlalu garang. Adam memang takut akan abahnya yang lebih tegas dari saya. Bagi saya, kalau dua-dua garang dan tegas pun tak boleh jugak. Maka perlu salah seorang menjadi tegas tapi abah adam tidaklah asyik garang je setiap masa. Tegas kami bertempat.. Pesanku untuk mu anakku, Ingatlah yang Ibu dan Abah marah adam kerana kami nak adam jadi anak yang baik. Marah kami kerana sayangkan kamu. Semoga satu hari nanti kamu faham yang betapa kami sayangkan kamu, Adam..

Raya Kami 2012


Hai hai.......... Mood sudah kembali..... Hihik.. :)

Cerita raya? Cerita raya kami biasa-biasa jer.. Yang seronoknya tahun ni, Adam sudah pandai nyanyi lagu Balik Kampung.. Tambah pulak dia sudah tahu dan faham apa itu Duit Raya dan yang bagusnya dia, bila ada orang bagi sampul raya terus cari saya mintak saya pegangkan, katanya nanti takut hilang.. Hihik... Nanti bila dah pandai kira duit, confirm tak bagi saya pegang dah agaknya tu. 

Raya kami memang tak bergambar sangatlah. Kenapa entah.. selalu macam tu. Nak gambar ramai-ramai satu family pun payah. Belah family saya dan family in law pun sama jer.. Agaknya mereka malu kot.. Hihik.. 
 -Our Small Family : Abah, Ibu & Adam-
 -Tema raya di rumah FIL, pink purple- Adam suka tunjuk giginya yang hilang satu. :)
 "Nah pakai songkok ni", kata anak saya yang banyak idea.
 -Adam dan Aki nya nak gi beraya-
 -Bonda kesayangan saya- Masa ni raya keempat, bersiap nak gi beraya belah sedara mara saya pulak.
 Saaayang Mok........ (Adam pun sibuk nak sayang jugak tapi dia sayang Cu Niya dia bila tengok orang buat aksi cmni.. Hihik)
 Adam dan Grandma.. Kadang kan adam panggil grandma Mok. Gara-gara ikut saya panggil Mok.. Hihik..
 Adik lagi besar dari kakak.. Opss.... :)
-Maaf zahir dan batin dari kami-

Gambar ramai-ramai dengan big family takde punn. Itulah bila masing-masing taknak bergambar. Ada yang lambat bersiap dan ada yang dah keluar beraya.. :(

Tuesday 28 August 2012

Mood menghilangkah??


Salam sahabat-sahabat blogger semua.. Lamanya saya tak menghadap blog dan tak update. Cuti raya camtu ler rupanya kalau balik kampung. Hihik..

Syoknya tengok orang duk post citer dan gambar-gambar raya. Saya??? Gambar pun tak transfer dan belum edit pun lagi. Itu yang Cerita Hati tak update citer raya.. InsyaAllah nanti akan di update. Mood belum sampai lagi ler nampaknya. Malas betul nak mentranfer dan mengedit gambar-gambar tu. Mood menghilangkah?? Hihik.. Sebenornya, raya kami tak banyak pun bergambor. Frustlah sikit..... Tapi tahun ni happy sebab tercapai jugak hajat nak belikan sesuatu untuk Mak dan Ayah. Thanks encik suami sebab adil, belikan kedua-dua belah pihak sama jenis dan sama banyak.. Itu baru betul.. Mertua pun dapat, mak ayah pun dapat sama.. :)
 Walau hadiah tu tak seberapa tapi terpancar raut riang dan gembira wajah Mak saya bila saya bagi dia telekung sembahyang bersulam macam dia suka tu. Terus dia pakai walau dia dah pun ada yang lain yang masih baru. Hehe.. Terharu pulak rasa hati ini. Itulah namanya seorang ibu, walau tak seberapa pemberian anaknya tapi gembiranya dia sangat luar biasa. Ayah pulak dapat dua helai kain pelikat.

Cerita raya kami? Next update...... Hihik.. Tahun ni raya pertama di rumah mertua, raya ketiga baru pulang ke kampung belah saya. Sedih sebab tahun ni tak dapat jumpa dengan abang sulung dan kakak kerana tuntutan kerja mereka yang tak dapat cuti raya. Rindu bertamu lagi.... dan belum terubat pun lagi. Setahun tu tak bertemu mata, hanya tengok dalam fb jer dan calling-calling. Tapi tak sama dengan bertemu mata.. Terkilan sikitlah disitu. Adik Pecho jelah cuti dan adik beradik lain yang tinggal dekat memang dapat bersua mukalah.. Sudah banyak perubahan adikku yang sorang itu sejak sudah kerja jauh dari kampung halaman.. Bagus bagus dan semoga terus lagi berjaya walau saya malu sikit dengan dia yang terlebih dulu realisasikan hajatnya tu.. Hahahaa. Apakah? Biarlah rahsia.. Hihik..

Adam pulak dapat banyak juge duit raya, so akan diusahakan buka akaun Asb untuknya... Orang lain dah lama buat untuk anak tapi saya baru nak buat.. Hihik.. :) Oh Adam pun semakin banyak ragam lah sekarang. Semakin membuaskan dirinya dan semakin macam-macam pulak jadinya. Sabar jelah..........

Kuih raya masih banyak kat rumah.. Jom lah beraya.. Hihik.. Cerita dan gambar raya akan di update later..... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute