Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 28 July 2012

Siapa boleh tolong?


Sebelum tu, ku nak ucap terima kasih kepada mereka yang sudi follow Cerita Hati. Yang mana follow sebelum ni sudah pun ku follow mereka balik. Cuma ada beberapa orang yang terbaru ni aku macam dilanda masalah sikit bila nak follow diorang balik..

Masalah 1 >>> Dah berbulan jugaklah aku alami masalah ni.. Bila aku nak follow guna button join this site tu, akan jadi macam ni.. walhal sebelum ni aku pakai nama ctayue dan pic profile gambar aku dan adam.. Tapi tak tahu kenapa jadi macam ni pulak.... Tak faham.. Atau boleh je tekan je follow tu? Hish pening aku.......


Sepatutnya ada gambar dan nama ctayue tapi entah kenapa jadi macam ni pulak kuar nama lain dan takde gambor... 

Masalah 2 >>> Disebabkan masalah di atas, maka aku terpaksa meng'follow' orang dengan menggunakan button Tambah di dashboard.. Dulu Ok tapi bila nak follow yang terbaru ni jadi masalah pulak. Aku macam sudah follow orang tu sebabnya link dia dan post terbaru dia ada keluar di dashboard aku tapi bila aku tengok kat kotak follower di blog orang yang aku baru follow tu....... takde pic profile aku sedangkan di dashboard aku ada.. Itu yang buat aku pelik lagi tu.. 

 Di dashboard aku memang ada tapi bila aku nak pastikan aku dah follow ke belum, aku tengok kt kotak follower di blognya, pic aku takde... Kenapa yer camtu..

Aku terpaksa gunakan button 'tambah' ni lah. Selepas tak dapat follow guna button join site tu aku guna yang ni untuk balas jejak follow orang. Tapi sekarang...... bila dah tekan follow, dia kuar 'ralat sedang berlaku'.... tapi tengok kat dashboard ada dan menunjukkan yang aku dah follow.. Kat kotak follower mereka takde pulak.. Pening ku dibuatnye... Hehe.. 
Tolonglah daku!!!! camne nak selesaikan masalah ni dan kenapa jadi camni?? :(

Friday 27 July 2012

Lagi..... Blueberry Cheese Tart


Jatuh cinta lagi.....
Lagi.... Lagi aku jatuh cinta....
Jatuh cinta dengan cheese tart ler. Kali ni buat ikut acuan yang sepatutnya... Taraaa........
.
.

 Ok tak? Dah layak amik order tak? Hihik...

Coraknya tu, ambil sikit filling dan warnakanlah.. Kemudian ambil lidi dan buatlah corak. 
Resepinya Di Sini yer!!!

p/s : Raya nanti pun nak buat ini jugak sebab mertua dan bondaku nak rasa.. :)

-Harapan-


-sumber dr fb-

Dalam mendidik anak sangatlah perlukan kesabaran yang tinggi. Namun ada ketikanya aku tewas dalam menahan sabar itu. Bila dia semakin membesar semakin lasak pulak dia.. Bila dia semakin cuba untuk belajar sesuatu semakin banyak pula soalannya. Bila dia kena marah dan dikenakan sedikit hukuman, rasa sedih dan menyesal pula hadir dalam diri aku. Tetapi andai dimanjakan sangat pun bahaya juga, jika tidak dimanja pun lain pula jadinya. Semoga aku mampu menjadi Ibu yang terbaik untuk dia......... putera kesayanganku...

Sesi melayan dia study!!!


Adam dah sekolah ke? Sebenarnya belum lagi.. Ini gambar masa dinner akhir tahun tempat kerja abahnya yang tema back to school. Belikan jugaklah baju ni kat dia semata-mata nak penuhi tema kan. Baju ni masih tersimpan rapi dalam almari dia.. Padahal lambat lagi nak tunggu dia sekolah tu..
-Tengah pening nak buat buku mana satu-

Sesi aku menjadi cikgu di rumah.. Yup!! Buat masa sekarang memang aku jadi cikgu dia lah kan. Tiap kali dia nak study, aku yang kena tengok dan ajarkan mana yang patut.. :)
"Ibu, yang ni macamana nak buat ni?", tanya si kecikku.
Aku pun bacakanlah arahannya. Yelah adam tak tahu membaca lagi kan. Suaikan benda yang sama. "Ok, Adam cari mana yang sama, lepas tu adam gariskan yer", terangku padanya. Adam pun mulalah menggaris dan dia garis tanpa guna pembaris pulak tu.. Hihik..  Belasah jelah Nak oii.. :)
-Hasil adam suaipadankan-

"Adam nak sekolah boleh tak ibu?", tanya dia lagi. "Eh adam kan dah sekolah dah kan.. kan Adam sekolah dengan ibu ni, ibu kan cikgu adam kan", saje aku bergurau dengan dia.. Hihik.. Tunggu adam 5 tahun nanti baru ibu hantarkan ke sekolah yer.. Adam pun kata lagi, "Ooo ok nanti adam gi sekolah, ibu gi kerja, lepas tu ibu datanglah ambil adam ngan kereta kan". Haaa sudah...... pandai pulak dia berimaginasi kejap yer. Berangan macam citer dalam drama tv ler tu.. Maknanya aku boleh masuk kerja tunggu dia dah masuk sekolah dulu erk?? Hihik.. Pandai betul yer kamu dak Adam.. :)
Semoga kamu sentiasa rajin dan cuba untuk belajar, belajar dan terus belajar...
Alhamdulillah dia sudah mula kenal huruf serta nombor dan sudah mampu menulis nombor terutamanya. Membaca belum lagi.. Tapi adakalanya sambil dia buat tu dia kononnya membaca arahan dulu dengan bahasa dan ayat yang dia reka sendiri.. Bila dia tak faham mulalah dia panggil cikgu dia ni.. Hihik.. :)

Thursday 26 July 2012

Tema ape yer?


Malam semalam lepas je berbuka dan solat magrib, kami keluar meronda mencari mood shopping raya. Naiklah motor ke bazar jualan raya.. Naik motor sebab aku yang nak sangat. Dah lama kot tak ronda ngan Mr Hubby naik motor dan Adam lagilah seronok. Sampai je kat bazar tu, ku tengok lenggang je dan mungkin awal lagi kot orang nak shopping raya kan. Takde lah besar sangat sebenarnya bazar tu.. Tak beli ape pun just survey harga jer.. Dah tengok dah apa yang nak dibeli kat adam nanti.. Hihik.. Ibu dia ni biarlah dulu, utamakan anak dulu.. 

Buntu bila fikir nak tema ape tahun ni? Nak beli baju apa? Haih...... macam tak datang mood je lagi nak shopping untuk raya.. Kena ambil mood dulu barulah boleh gi shopping. Macam malas je aku nak beli baju raya, nak beli tudung je.. boleh? Hihik.. Kalau untuk adam dan abahnya haruslah beli baju raya. Rancangnya nak ke Rantau Panjanglah nanti kot.. Korang dah shopping raya ke?

Tahniah kepada penjawat-penjawat awam yang bakal dapat bonus setengah bulan gaji. Syukurlah rezeki kan.... Aku ni tumpang gembira je dan tengah pasang strategilah nak membodek Mr.Hubbyku tu.. Hahaha.. Melawak aku dengan dia petang semalam, ku bukak pintu dan salam dengan dia ucap tahniah.. Peliklah dia apa ke hal aku ni buat camtu.. Hehe.. Aku katalah, gi lah bukak fesbuk nun. Barulah dia tahu apa.. Hihik.. Nanti belanja Ibu yer!!! Padahal hari-hari dia belanja aku.. :)

Anda kenal ini??


Bepang pulut... satu ketika dulu suka sangat makan kuih ini. Feberet ayahku jugak ni. Macam dah lama tak makan tau.... Dan masa on the way balik dari kampung hari tu singgah beli keropok lekor, nampaklah bepang ni terus beli dan makan dalam kereta.. Masih sedap macam dulu.. Dulu ayah selalu beli dan bawak balik rumah kalau dia balik kampung arwah nenek di Kg. Kedai Buluh tapi sejak arwah dah takde, jaranglah dia balik sana. Aku pun dah lama tak singgah sana.. 
sumber pic : Pokcik google

Bepang pulut : Sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular di sekitar Kg. Surau Panjang. Walaupun demikian, ketika ini bepang pulut boleh didapati di pasaraya- pasaraya dan pasar tani pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan. Bepang pulut dibuat daripada beras pulut, minyak masak dan gula melaka. 
-sumber wikipedia-

Siapa tak pernah rasa rugilah.... :)

p/s : Cerita pasal makanan pulak di pagi bulan puasa.. Sorry. Hihik.. :)

Wednesday 25 July 2012

Puding Susu Buah-buahan


Jom layan pencuci mulut yang mudah dibuat. Tapi ku telah menderhaka sikit pada resepi ni sebab ku pakai laici dan bukannya buah-buahan koktel.. Hihik.. Sebelum tu kan,
aku dah beli ni.....
.
.
.
Ini Majalah
 Majalah Saji Super Bumper Raya.. Macam-macam resepi biskut ada kat dalam majalah ni..  Aku kalau raya lebih suka buat biskut dahlia, semperit dan cornflakes. Tapi yang suka makan biskut tart nenas dan yang tu selalu beli ajer....  :)
Inilah puding susu laici... 

Resepi : Puding susu Buah-buahan
Sumber : MYResepi

1 paket serbuk agar-agar
2 biji telur - ku pakai sebiji je
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastard
1 tin buahan koktel - ambil buah jer (ku pakai laici dan potong kecil)

1) Masak serbuk agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2) Pukul telur dan campurkan dengan tepung kastard. ketepikan.
3) Bila bahan dah larut, campur susu cair. Bila sudah mendidih baru campurkan telur yang dipukul tadi.
4) Masukkan buah-buahan dan masak sekejap hingga rata.
5) Tuang dalam bekas dan sejukkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

p/s : Apa menu berbuka puasa korang hari ni? Ku hari ni masak nasi lemak dan ayam goreng.   Dah siap dah semua dan sebab tu boleh update nih.. Hihik.. Aku lebih suka masak awal sikit untuk elak kelam-kabut.. :)

Malam Melayan Karenah Anak


Ini cerita dua malam yang lepas... Episod kami melayan karenah anak bujang kesayangan kami, si kecik Adam.. Sekarang ni memang macam-macam ragam dia dan terlampau banyak pulak idea dia. Bila tengok Tv pulak, mulut dia sama bising berdrama sambil menyoal itu ini.  Selagi tak diberikan jawapan selagi itulah dia duk bertanya.. Yang lagi best, hari tu dia bangun dari tidur dan dibawanye handphone aku sekali, "Nah Ibu, bunyik", dia kata. Lepas tu dia sambung semula tidurnya atas sofa pulak.. Rupanya ada mesej dan patutlah dia kata bunyik, agaknya dia nak kata menganggu dia nak tido lah tu. Hihihik... Alahai anakku... Sweet sangat ibu rasa time tu. :)

Kalau dulu mak yg selalu asah pensel aku pakai pisau kecik lagi dan sekarang aku pulak yang rasa cmne penatnya mengasah pensel anak tapi pakai sharpener je ler.. 

 Melayan karenah adam yang suruh kami buat rumah dari block ABC nye tu..
 Ini pulak dia mintak abahnya buatkan robot.. Hihik, robot ke tu? Macam sarang burung jer.. :)
Ini dia punya idea sendiri... Topi tu dia kata buat macam topi chef dan kat kaki tu kasut.. 
Haaaa.. kan inilah dia chef.. Nah sangat tolong ibu tumbuk bawang yer walau tak lumat pun.. Tapi sebenarnya adam sejak dia kecik suka sangat tengok aku tumbuk bawang ngan lesung ni. Masa tu tak boleh cakap lagi tak pandailah mintak nak tolong tumbuk kan, sekarang dah pandai mulalah sibuk, "Nak tolong tumbuk boleh tak ibu?".

Tertarik dengan kata-kata ini :
'Bagi seorang anak kecil, ibu bapanya adalah hero. heroin, kaunselor, guru disiplin, penasihat, ketua, penglipurlara, guru, ustaz dan sebagainya. Oleh itu, jadilah ibu dan bapa yang memenuhi jangkaan anak kecil itu. Pasti dia akan menghormati kita apabila dewasa nanti.'
~Dr. Hj. Tengku Asmadi~ sumber : Fanpage Fb Dr.Asmadi

Tengah fikir macamana yer aku nak jadi semua tu?? Tapi memang benar pun dan itulah yang sepatutnya, guru yang terbaik adalah ibu bapa dan harus menjadi contoh kepada anak-anak. Semoga aku mampu mendidik dia menjadi insan yang berguna dan menjadi yang terbaik untuknya. Setiap ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik untuk setiap anak mereka.

Monday 23 July 2012

Tart Telur in the House


Hari ni sesi membuat tart telur pulak.. nak buat cheese tart tapi cream cheese tak beli. Try lah buat tart telur aje..  Bolehlah dibuat makan lepas berbuka nanti kan.
 Inilah dua jenis acuan yang berbeza.. Yang tin tu jugak cantik bila dah try.... :)
 Sebelum bakar semula fillingnya..
 Selepas dah kuar dari oven.. Yummy.....
Resepi : Tart Telur

Kulit tart :
170 gm marjerin
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

1) Pukul marjerin dan gula icing sebati dengan menggunakan senduk kayu.
2) Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sebati.
3) Masuk tepung sikit-sikit dan uli menjadi doh yang lembut.
4) Ambil sedikit dan tekan-tekan dalam acuan tart. Cucuk dasar dengan garfu dan bakar 170c lebih kurang 10 minit.

Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan air suam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla 
sedikit pewarna kuning

*** campurkan semua dalam satu bekas dan dikacau sebati.
*** Masuk filling dalam kulit tart tadi dan bakar semula hingga masak. (Tengok dah gelembung sikit fillingnya tu masaklah tu)

p/s : Ku buat setengah sahaja filling nya dan ngam2 dengan hasil kulit tart tu.. :)

Kad Raya atau SMS jer?


Satu ketika dulu........ kad raya memang popular dan menjadi pilihan tiap kali menjelangnya puasa. Teringat aku kenangan di zaman sekolah dulu. Masing-masing sibuk beli kad raya dan berbalas kad raya.. Pilih pulak yang comel-comel dan yang kartun-kartun gambornye. Yang bestnye siap pos lagi kat kawan-kawan padahal kawan-kawan sebelah menyebelah kampung jer.. Hihik.. Setem 20 sen jer masa tu.. Sanggup simpan baki duit poket sekolah sebab nak beli kad raya dan pos kad raya kat kawan-kawan.. 
Bila dah dapat banyak kad raya, apalagi........ sibuk lah duk menggantung dan lekatkan kat dinding rumah pulak bagi feeling sikit suasana raya kan.. Sweet sangat masa tu... Hehe..

Tapi sekarang dan rasanya dah lama kot tak berbalas kad raya ni... Sebabnya lebih senang SMS dan pakai teknologi it je kan.. Cepat, mudah dan jimat.. Namun kan sebenarnya, terasa rindu tau dengan kad-kad raya ni semua. Seronok sebenarnya mengirimkan kad raya dan berbalas kiriman kad raya. Aku pulak setiap tahun tak pernah lupa kirimkan kad raya untuk keluarga... Tahun ni pun sama juga, akan buat benda yang sama jugak.. Sebenarnya ku masih simpan kad-kad raya yang orang pernah beri padaku dulu tapi tersimpan di rumah Mak...

Sunday 22 July 2012

Happy Birthday To You Adik...




22 Julai......... Hari ini hari ulang tahun kelahiran adik bongsu ku..
Happy Birthday Pok Adik..
Sweet-14..
Semoga Pok Adik dipanjangkan umur,
diberikan kejayaan sentiasa dalam hidup. 

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna, dan
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Kak cik sayang adik.. :)

p/s : Nanti raya kita repeat potong kek yer.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute