Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 26 July 2012

Anda kenal ini??


Bepang pulut... satu ketika dulu suka sangat makan kuih ini. Feberet ayahku jugak ni. Macam dah lama tak makan tau.... Dan masa on the way balik dari kampung hari tu singgah beli keropok lekor, nampaklah bepang ni terus beli dan makan dalam kereta.. Masih sedap macam dulu.. Dulu ayah selalu beli dan bawak balik rumah kalau dia balik kampung arwah nenek di Kg. Kedai Buluh tapi sejak arwah dah takde, jaranglah dia balik sana. Aku pun dah lama tak singgah sana.. 
sumber pic : Pokcik google

Bepang pulut : Sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular di sekitar Kg. Surau Panjang. Walaupun demikian, ketika ini bepang pulut boleh didapati di pasaraya- pasaraya dan pasar tani pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan. Bepang pulut dibuat daripada beras pulut, minyak masak dan gula melaka. 
-sumber wikipedia-

Siapa tak pernah rasa rugilah.... :)

p/s : Cerita pasal makanan pulak di pagi bulan puasa.. Sorry. Hihik.. :)

4 Komen Cerita Hati:

rieda_ffya said...

sy pon suke...sedap dimakan..

Chic Na said...

pernah makan. sedap jugak. ada yg bulat2 jugak kan.

Che Rosliza Che mat said...

Kecik2 dulu suka makan...arwah mak suka beli..

9n0L4 said...

kenal sgt. bepang ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute