
Saya belikan ini untuk dia, Bacalah Sayang Buku 1. Mula-mula nak belikan dia satu set terus sebab ada satu set buku tu saya berkenan sangat dan harganya pun baru je RM39.90 tapi bila fikir balik bagus jugak kalau belikan untuk jadikan hadiah masa birthday dia nanti je, so postponed dululah yang tu bulan depan. Hihik... Saya dalam proses nak ajar dia mengeja. Pelan-pelan ajar dia nanti. Saya pun dah jadi cikgu dah sekarang ok... haha.. :)
Terima kasih Ya ALLAH di atas kurniaan-MU ini kepadaku. Semoga anak ibu menjadi anak yang cerdik pandai, cemerlang dunia akhirat dan sihat selalu. Amin.
Ini jugak mainan baru untuk dia. Beli masa ke Kota Bharu. Electric block yang menguji camne nak reka dan sambung segala bagai tu supaya bergerak. Ini pun saya jugak yang kena ngajornya... :)
Puteraku.........
Indahnya hidup ini bila dirimu hadir menyinari.
Setiap ragammu itulah yang terkadang banyak mengajar ibu sesuatu dan mengajar ibu untuk mengerti bagaimana besarnya pengorbanan seorang ibu sepertimana ibu dibesarkan grandmamu.
Setiap perkembanganmu dan ragammu jugaklah yang banyak mengajar ibu untuk menjadi lebih matang dalam buat sesuatu.
Sesungguhnya, kamulah penyeri hati ibu. Semoga kamu membesar menjadi seorang anak yang baik dan berjaya. Ibu sayang kamu sokmo!!!

Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.





