Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 20 April 2012

Siksa nya bila sesak nafas tiba-tiba..


Sejak kebelakangan ni kerap pulak saya alami masalah kesukaran untuk bernafas. Dah seminggu dah gak lah camtu. Kadang-kadang je datang semput tu. Dah lama tak kena cmni, sekarang jadi balik. Tak tahu lah apa sebabnya. Stress kah saya ini?? Maybe lah kot sebab saya banyak sangat fikir sejak dua menjak nih.

Saya pun gunakanlah khidmat pokcik google nak tahu lebih lanjut segala info kenapa dan bagaimana kan masalah nih...

Apa itu sesak nafas?? 
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.

Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
* Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan h ila ng dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
* Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama.

Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. 
* Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangk ita n paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. 
* Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan. Baca selanjutnya di sini : Sumber.

Takutnya saya bila baca info kat atas tu. Harap tidaklah teruk masalah saya ni. Dah la saya ni jenis yang memang liat terlampau lah nak g jumpe doktor. Ternyata yang mencegah itu lebih baik dari mengubati kan. Harus lebih menghargai diri dan kehidupan yang diberikanNYA. Kena amalkan gaya hidup yang sihat!!! Bila lah saya nak sedar nih!!

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute