Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 19 April 2012

Adam Naik Bot..


Cuti memang menyeronokkan sambil melayan gelagat si kecik ku sorang tu. Betapa bahagianya hati ini bila tengok dia gembira dapat bermain dengan sepupu dan saudara-mara nya. Terubat lah rindu si kecik Adam bila dapat jumpe ummi, aki, grandma, pakcik makcik nya, sepupu2 dan saudaranya. Saya tersenyum senang bila tengok dia happy macam tu. Bila dia dah semakin membesar dan semakin petah pulak bercakap, memang agak rasa berbeza sikit time balik kampung hari tu. 

Nak tahu apa yang lebih membuatkan si kecik ku itu happy? Dia sangat teruja dan happy giler bila dia dapat naik bot aki nya untuk yang ke pertama kalinya. Ruginya saya tak ikut time tu sebab bz prepare juadah yang nak di bawak gi picnic tepi pantai kat Tanjung Gosong, Pekan. Adam memang awal-awal dah ke sana dengan abah dan sepupu-sepupunya sebab nak tunggu Aki nya balik dari kelaut. Itu yang terus Aki dia ajak naik bot dan meronda kat situ kejap.. 


Video Adam yang happy dapat naik bot. Video ni taken by abah adam dan edit pun by abah adam jugak. Awan Nano sebagai tema lagu video ni sebab Adam sangat-sangat suka dengan lagu Hafiz yang ni. 




Untuk Anak Ibu : Tiada yang membahagiakan hati ibu melainkan melihat dirimu riang sentiasa. Semoga kamu sentiasa happy dan senyum selalu!!!

1 Komen Cerita Hati:

Unknown said...

berani Adam naik bot yer..kalau saya..takot sangat..takut jatuh dalam air...mmg fobia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute