Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 28 February 2013

~Puteraku Di Kedai Buku~


Alhamdulillah... Syukur..
Itulah yang dapat ibu luahkan bila lihat anak ibu semakin suka dengan buku. Setiap kali ke kedai buku, kamulah yang paling excited dan sibuk membelek-belek segala macam buku yang comel-comel tu. Bising satu kedai sebab kamu yang suka bertanya macam-macam dalam buku-buku yang kamu belek tu. Tak mengapalah sayang.... ibu happy tengok kamu suka dengan buku. Semoga anak ibu akan terus begitu hingga ke besar.. 

Setiap kali hujung bulan, pasti kami akan bawa adam ke kedai buku. Sama jugaklah kalau jalan-jalan ke Mall, mesti akan cuba untuk singgah di kedai buku. Kalau tak beli pun bagi dia tengok-tengok tapi jarang sangatlah tak beli, pasti ada jugak beli satu atau dua buku untuk dia sebabnya kalau tak beli mesti dia merajuk... Tak rugi rasanya beli buku untuk anak. Kalau mainan tu memang saya kena fikir banyak kali jugaklah dan kalau dia merajuk sebab tak belikan mainan, saya tak layan sangat.. Hihik.. :)

Ekceli, semalam saya dah pun belikan dia satu set buku+vcd panduan kaedah belajar membaca tapi tunggu hari jadinya dululah baru bagi dia. Saya dalam proses nak mengajar dia mengeja dan membaca. Alhamdulillah, adam dah kenal abjad dengan baik dan boleh hafal dah lagu ABC tu. Harapan saya kalau boleh nak dia lancar membaca bila dah masuk darjah 1 nanti. Wah gitu kan, harapan setinggi gunung tau kat anak.. Hihik.. Tetapi nampaknya saya haruslah berkerja keras untuk capai misi itu. Siapa lagi kalau bukan kita kan sebagai ibu bapa yang turut sama cuba untuk jadikan anak tahu membaca seawal usia 4-6 tahun dan bukanlah perlu mengharapkan cikgu di sekolah semata-mata. Saya akan cuba membantu dia untuk pandai membaca hinggalah berjaya. Semoga dipermudahkan segala usaha saya ni. InsyaAllah..
 Sesi membelek dan mencari buku atas rak pun bermula................
 Ok, dah jumpa satu......
 Duduklah... nak tengok jap buku ni.
 Tengok-tengok, pilih-pilih, belek dan baca.................  mana yang berkenan tunjuk kat ibu abah dan mintak izin ibu abah belikan. :)
-Ni pinjam baju lab Acu Mia dia buat bergaya jap..hahaha-
Dr. Adam Akmal to be............ tapi adam kata dia suka jet dan pesawat terbang lah. Agaknya dia nak ikut jejak abahnya kot yg berkecimpung dgn dunia pesawat ni.. Haha.. Itu kata adam sekarang lah, apa yg disukai kanak-kanak ni kadang-kalanya kan berubah ikut umurnya. Walau apapun cita-cita mahupun minat kamu, hanya yang terbaik ibu doakan untuk kamu dan ibu akan sokong kamu dengan penuh kasihsayang. :)

Nota : Catatan penuh kasihsayang dari ibu untuk anakanda ibu.

4 Komen Cerita Hati:

AQ Eyfa said...

moga jadi anak yg terbaik dunia dan akhirat.jom jengah blog sye kat cni

http://eyfabeauty.blogspot.com

Riedaffya ibrahim said...

wah adam...siap duduk sambil belek buku ye...bagus dr adam to be..

P#eoniX said...

betol tuh...jan hanya harap guru disekolah...ibubapa patut mainkan peranan...chewah!!!macam dah kawen je gaya aku...hehehe...jan marah ...huhuhhh!!!!

noor liyana said...

masa kecik2 ni la nak pupuk anak rajin membaca..nanti dah biasa dgn buku2..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute