Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 25 February 2013

~Mi Calong Untuk Mr. Hubby~


Memenuhi permintaan Mr. Hubby yang nak makan Mi Calong. Ekceli ni kali kedua buat dalam minggu ni.. First buat hari tu agak kurang power sikit sebab guna ikan kembung dan sikit je fish ballnya tu. Kali kedua buat ni terus guna 1kg ikan selayang diperisikan menjadi fishball.. Hihik.. Bagi saya, lagi manis kalau buat dengan ikan selayang dari ikan kembung.

Mi Calong ni kalau sesiapa yang asal dari TeGanu tu tahulah camne rupanya Mi Calong ni.. Masa saya budak-budak dulu, tengok je mak buat dan memang malas nak nolongnya, bila dah siap tahu nye makan je kan. Hahaha.. Sekarang......... kena buatkan untuk family sendiri lak kan.. Hihik..  Nak masaknya tu senang je kot cuma nak buat fish ball tu makan masa sikitlah.. Tak sama fish ball yang dibeli dengan yang buat sendiri tau. Fish ball yang dimasukkan dalam Mi Calong ni memang 100% isi ikan. Kalau takde fish ball camni, tak berapa sedaplah rasanya.
~Inilah Mi Calong~
Resepi : Mi Calong Versi Bonda Saya

Bihun ~dicelur
1 kg ikan selayang ~ asingkan isinya dan bulat-bulatkan menjadi fishball
Bahan tumbuk ~ Lada hitam, bwg putih & bwg merah
Sawi dan kobis ~ dipotong
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
** Saya tambah 1/2 kiub pati ikan bilis, so saya tak letaklah serbuk perasa.

1) Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
2) Tambah air secukupnya. (agak-agaklah ye nak banyak mana kuah tu)
3) Masukkan sayur dan fishball.
4) Suaikanlah rasa mengikut citarasa anda. Renehkan kuah hingga mendidih dan masak.
5) Bolehlah dihidangkan bersama bihun yang dicelur tadi.
 
** Nak sedap lagi, boleh jugak dimakan bersama sos cili ataupun sambal kicap
 
Cara buat sambal kicap : Cili padi + bwg putih + kicap ~ blend ataupun tumbuk.. Saya suka tumbuk jer.. :)

SELAMAT MENCUBA!!

3 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

fish ball buat sendiri? wahh.. mesti best.

AQ Eyfa said...

menarikk gak mee calong ni x pnah mkn pon

P#eoniX said...

macam bakso jer rupenye...x pernah try...mesti sedap makan time badan x brape selera nak makan...huhuhuhh!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute