Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 14 June 2012

-Mee Kuah-


Malam tadi baru dapat buat dan rasa mee kuah ni. Dah dua hari duk menjamu mata tengok mee kuah kat Dapur Kak Yah. Mana boleh tahan..... teruslah nak cuba buat jugak dan rasanya sendiri. Terima kasih Kak Yah sebab kongsi resepi yang senang nak dibuat dan sedap rasanya. 

Memang bestlah bila makan mee yang banjir dengan kuah macam ni. Hero-hero kesayangan aku pun makan bertambah-tambah. Maksudnya sedaplah tu kan. Adam pulak, sambil makan sambil angguk-angguk kepala dan cakap bestlah Ibu.. Oh, jujurnya kamu budak adam. Pandai bodek Ibu yer... :)
Selalu aku masak mee taklah berapa banyak kuah dan kalau aku buat banyak kuah mesti jadi kureng best.. Tapi bila cuba resepi ni menjadilah pulak. Lagilah bertambah suka bila tengok  hero-hero aku tu makan dengan berseleranya.. Tak salah belajar dan terus belajar untuk jadi lebih pandai memasak asalkan rajin mencuba.

 Tu dia kuah... Memang mee kuah. :)

Sampai termuncung mulut dia nak hirup kuah dan seluar baju habis comot terkena kuah. 

Resepi : Mee Kuah
sumber : Dapur Kak Yah

1 bungkus mi kuning - ku buat separuh je
4 ulas bwg putih - ketuk
3 ulas bwg merah - tumbuk halus
2 sudu besar udang kering - tumbuk halus
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang 
2 biji telur
Sawi - ku ganti dengan kobis
Beberapa ketul isi ayam
2 biji tomato
3 biji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis, daun bawang, bawang goreng -hiasan

1) Basuh mi kuning dan toskan.
2) Tumbuk bawang merah & udang kering secara berasingan.
3) Ketuk bawang putih.
4 ) Tumis bwg putih, bwg merah & cili giling. masuk udang kering dan masak hingga naik bau. Kemudian masukkan sos-sos dan kicap.
5) Masuk ayam & udang serta air sebanyak mana kuah yang dirasakan perlu. Biar sampai didih.
6) Pecahkan telur satu persatu dan jangan dikacau. Biar seketika hingga didih.
7) Tambah gula dan garam, sayur & cili merah potong. Sebelum tutup api, masuk mi kuning dan masak sekejap.
8) Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama bahan hiasan lain.

Nota : SELAMAT MENCUBA!

9 Komen Cerita Hati:

Unknown said...

sedap ni,nnt nk soh hb msk,tp tgg hbs 'pantang' dulu

inazamri said...

alahai...perut akak lapar balik tengok mee kuah tu

Masya said...

suke jugak buat mee ala² gini.. kalau dah jemu.. buat ala² sup pulak.. ubah x pyh masukkan tiram dgn kicap.. masukkan kiub dgn lada hitamm.. siap untuk dihadang.. jimat masa bg sy yg bekerja ni.. mmg bertambah²... ;p

adda syuhada said...

bukan main panjang lagi muncung nk hirup mee kuah..kihkih

Unknown said...

sedapnyeee...terliur sudahhh.huhu

Chic Na said...

nama pun mee kuah, mmg banjir ngn kuah la kan. bestnya ayu tiap2 hari boleh try masak macam2. licin adam makan. kompem sedap ni. :)

IntaNBerliaN said...

tu diaaaa sedapnya,...

Saya Disini said...

sedpnyer

Amy Hilmirda Daud said...

Terliur tengok mee tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute