Sejak Abah Adam dah ada hobi baru iaitu berbasikal ni, Adam pun akan sibuk join sama tiap kali Abah dia nak berbasikal. Biar dia kayuh sekejap dan dekat-dekat je pun. Adam tak follow pun abah dia pusing jauh. Jarang sangat aku bawak turun bawah basikal dia tu. Kalau rajin barulah aku bawak turun bagi dia kayuh kat bawah blok je.
Sebabnya..............Adam masih belum pandai kayuh basikal sepenuhnya lagi. Dia baru pandai kayuh separuh separuh je dan tak pusing penuh pedal tu. Penat dah aku ngajornye tapi dia tetap kayuh separuh jugak. Separuh maksudnya di sini hanya 180 darjah je dia pusing pedal tu (betul ker?hahaha.. aku pun kompius). Bergerak basikal dia tu tapi lambatlah sikit. Kata Jiran aku, nanti dia akan pandai sendirilah lama-lama nanti. Anak dia pun macam tu jugak dulu. OK... Lega sikit aku dengarnya dan normal lah tu rupanya. Hihik.. :)
Memang anak abah kan? (Abah Adam nampak kurus pulak dalam gambor ni. Magik nih.. Haha)
Mata dia duk pandang Taman Mainan dah tu sebenarnya.
Abah teruskan kayuhan dan Adam stop kat Taman. :)
Adam Akmal, Kau lah Permata hati Ibu..........Saat kamu riang ketawa adalah saat yang menggembirakan Ibu.Saat kamu menangis kerana demam/sakit adalah saat yang menyakitkan Ibu.Tiada yang membahagiakan Ibu melainkan melihat kamu ketawa bahagia.Harapan Ibu semoga kamu menjadi insan berguna dewasamu kelak.
5 Komen Cerita Hati:
comellah basikal adam tu :-)
NANTI LAME² PANDAILAH TU.. ANAK SY DULU PUN DAH 3 TAHUN BARU PANDAI KAYUH BTL2...
elok budak² main basikal.. tapi kene peratikan.. takut jatuh..
ibu tak join sekali ke? kalo satu family kan lg best. :)
lama xnaik basikal..seronok je nampk adam main:)
Post a Comment