Lovely Followers

Friday, 3 May 2013

Adam Membaca ~ Tamat Buku 8 Bacalah Anakku


Akhirnya....... pun setelah hampir dua minggu, berjaya juga habiskan buku 8. Yeay!! Adam dah tamat Buku 8. Markah penilaian pun cukup-cukup je.. Hihik.. Kira Ok lah tu dan dengan rasminya Adam dah berjaya menguasai kemahiran membaca. Syukur Alhamdulillah.. Dapatlah ibu bersenang sikit rehat di kampung dalam pantang nanti kan. Syabas anak ibu kerana berjaya menjadi seorang student yang baik dan boleh tahan dengan cara ibu, cikgu yang kadang-kadang garang dan macam-macam ragam ni. (^_^)

Lepas ni kena fokus bantu Adam untuk lancar lagi membaca dengan buku-buku cerita pulak. Sekarang pun Adam suka baca cerita pendek dalam dua buah buku belajar membaca jenis lain yang saya belikan kat dia hari tu iaitu buku kaedah cepat membaca bacalah sayang. Adam kurang dah sikit mengeja-ngeja masa membaca dan saya akan cuba bantu dia supaya menjadi lebih baik lagi tahap kemahiran membacanya tu. 

Perasaan saya? Mestilah gembira bila lihat anak dah mampu membaca dan memang berbaloi usaha selama ini. Lagi bertambah berbaloi bila ada produk yang ternyata memang banyak membantu. Saya memang syorkan kat kawan-kawan yang mana nak ajar anak membaca awal, gunalah set buku Bacalah Anakku. Tak rugi pun beli kerana hasilnya pasti positif. Nak mengajar anak membaca di awal usia memang satu cabaran yang sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi jangan mudah putus asa, sebaliknya carilah seberapa banyak info bagaimana nak tarik minat anak untuk suka belajar membaca. Itulah yang saya buat. Hanya kita orang terdekat dengan anak yang faham bagaimana sikap anak kita. Cuma jangan MEMAKSA anak... Sebenarnya anak-anak ni semuanya cepat belajar dan mudah terima apa yang diajar cuma kita sebagai ibu bapa kena tahu cara, kaedah dan bahan apa yang sesuai untuk mereka belajar.

Nota :  Tak sabar pulak nak belikan set belajar membaca BI, Read easy... Dah tunjuk dah kat Adam masa kat kedai buku hari tu dan Adam nampak macam suka jer... Nantilah belikan kat dia, buat sementara ni bagi dia relax dan lancar BM dulu sebabnya takut nanti dia terkeliru pulak. Adam baru je graduate ni.. emm nak belanja apa yer kat Adam??  Hari tu dah hadiahkan robot dah. Alahai tak tahu pulak nak bagi hadiah apa kat dia. Hihik.. (^_^)

:::TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRI CERITA HATI:::

Thursday, 2 May 2013

~Adam akan bercuti sekolah sebulan~


Gara-gara ibu nak balik bersalin di kampung, maka si anak pulak jadi mangsa buat cuti sekolah sendiri. Hihik.. Tapi dah inform awal-awal dah kat Cikgu tadika Adam yang Adam akan cuti sekolah sebulan dan start sekolah semula bulan Jun nanti. Sebenarnya boleh je nak tumpang Adam di tadika kat kampung sebab Adam kan sekolah Tadika Kemas.. tapi tak tahulah camne samada dia nak pergi atau tidak. Kan dah berbeza tempat, cikgunya lain dan kawan-kawan pun tak kenal kan. Tapi saya bawa jugaklah balik uniform sekolah dia kot lah tiba-tiba dia nak gi sekolah pulak. Oh ya.. blog pun akan bercuti jugalah nampaknya.. Alahai rindulah nanti saya nak menulis disini... (^_^)
Yang bagusnya cikgu kelas Adam ni iaitu Cikgu Ma... siap bekalkan Adam buku-buku dan vitamin satu botol lagi tau. Hihik.. Balik dari tadika tadi, Adam tunjuk yang cikgu bagi buku dan suruh makan vitamin sekali sehari nanti katanya. Rasanya Adam tak tahu yang dia kena cuti sekolah sebulan dan tak dapat jumpalah cikgu kesayangan dia tu..

Nota : Adam excited nak balik kampung, tak habis-habis ngajak balik cepat padahal cuti abahnya weekend ni. Penat nak menjawab pertanyaan dia, jap jap tanya bila nak balik? Katanya balik umah grandma (Bonda saya) dia nak jumpe pok adik dan nak gi Zoo. Balik umah ummi (MIL saya) pulak, dia nak ajak Abahnya main kat Taman Ballon.. Haha.. rindu nak main ballon city kat Teluk Chempedak lah tu kan. Itu pulak yang dia sebut.. Amboih pandai-pandai lak dia plan itu ini kan.. Tak tahu ke yang ibu balik kampung ada sebab lain..Nak melayan ronda sana sini dah tak larat ibu ni kot... (^_^)

:::TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRI CERITA HATI:::

Checkup : Masalah + Dugaan


Hari ni........ checkup dengan doktor untuk kali ketiga. Last week baru je checkup tapi hari ni checkup lagi dan ambik surat doktor untuk refer hospital besar nanti. 

Masalah dan dugaan bagiku.. Pregnant kali ni, baby duk songsang + kecik. Tapi bab baby kecik tu normal bagi saya sebab Adam dulu pun bersalin awal masa 37wks beratnya hanya 2.2kg dan sama dengan hari ni scan adiknya yang 37wks ++ pun doktor estimated berat dalam 2.2kg. Doktor scan macam baru 34wks tapi sebenarnya dah 37wks. 
Agak lama jugalah sesi scan hari ni.. Doktor nak pastikan saya ni bermasalah lain atau tidak. Alhamdulillah, doktor cakap jumlah air, uri semuanya OK cuma kedudukan baby songsang dan agak kecik sikitlah. Doktor buat surat refer hospital besar kampung saya... Tengoklah nanti macamana kata doktor hospital sana punya discussion pulak samada nak terus induce atau tunggu cukup 40wks untuk bagi baby besar sikit atau mungkin jugak akan dibuat ECV.. Emmm.. bab untuk setuju buat ECV tu, saya dah putuskan untuk tolak dari buat ECV kalau itu yang dicadangkan nanti sebabnya saya tak mahu ambil risiko untuk saya dan baby. 

 Ya Allah.... terasa berat dugaan pregnant kali ni sebab dah tahu apa masalahnya. Kalau sebelum ni, bersalinkan Adam sebab emergency, masa kandungan 37wks ada leaking dan kerana itu saya terpaksa di caesaran ( czer ). Tapi kali ni berbezanya bila awal-awal dah tahu kemungkinan untuk saya czer lagi buat kedua kalinya itu tinggi. Agaknya saya ni memang bermasalah untuk bersalin secara normal seperti ibu-ibu yang lain kot. Saya redha andai ini yang terbaik untuk saya dan mengharapkan semuanya akan selamat nanti. 
Ya Allah.. kuatkanlah semangatku, mental dan fizikalku. 
Hanya doa dapatku panjatkan kepada-MU kerana sesungguhnya kau MAHA MENGETAHUI dan MAHA BERKUASA di atas setiap kejadian. 

:::TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRI CERITA HATI:::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...