Dulu.... Saya penakut bab nak memandu kereta. Saya hanya pandai menunggang motosikal je. Memang takut sungguh. Entah bagaimana datang keberanian... Mungkin bila tiba masa saya jadi berani lawan takut... Tu saya cuba.. Dengan dorongan suami juga. Suami ajar saya macamana nak pandu kereta. Hampir sebulan juga la dia ajar bila ada masa lapang. Lepas tu baru saya daftar di institut memandu.Step pertama. Kena hadir kelas kpp01. Dengar ceramah. Selepas itu perlu booking date untuk exam berkomputer untuk dapatkan L. Alhamdulillah. 27/6/2020 saya hadir exam dan lulus dengan markah 49/50. Salah satu soalan sahaja sebab terkeliru. 😅Saya mula belajar sebulan selepas itu. Maklumlah.. Student yang tertangguh sebab pkp masih ramai. Jadi kena tunggu turn.Saya belajar dengan Cikgu Lelaki.. Cikgu husin. Mudah sungguh dengan beliau dan tak pernah menjerit marah. Memang jadi nak belajar pun tak stress. Mudah nak faham. Hampir sebulan juga belajar. Saya dapat datang pun tiga ke keempat kali dalam seminggu. Ada masa satu jam belajar ada masa tu dapat dua jam. Bila dah cukup masa kita belajar.. Terus la masuk slot untuk test JPJ yang sungguh menggerunkan kata orang. 😊19/8/2020Hari ujian test JPJ saya. Hampir 33 orang calon diuji masa ni. Saya dapat giliran ke-5.Sesi 1 saya melalui ujian litar. S, Z, bukit, parkir sisi dan tiga penjuru. Di bukit hampir juga nak terkandas.. Tapi mujurlah saya dapat kawal semula klac dan minyak dan kereta tak mengundur sebaliknya sedikit mengaum bila nak bergerak turun bukit. Hahahha. Tak kisahlah.. Janji ke depan bukan undur ke belakang. Alhamdulillah. Lulus bab bukit yang sering menakutkan ramai calon tu.Saya dapat kereta hari test tu, kereta klac tinggi sungguh. Mujurlah duk kawal dengan minyak juga sikit. Dan tiada kejadian mati enjin. Betapa nak selesa dengan sesebuah kereta masa ujian tu.. Memang kena pandai pandai kita la nak kawal. Masa di tiga penjuru tu paling mendebarkan. Takut mati enjin oii. Alhamdulillah. Semua ujian di litar saya LULUS.Sesi 2 ujian jalanraya.Perkara pertama korang kena buat ialah.. Beri salam kat pegawai JPJ tu. Jangan main masuk je.. Tak sopan jadinya pula.Lepas tu, adjust apa yang patut. Paling utama, pakai seatbelt dan kalau pegawai JPJ sebelah tak pakai, boleh je minta beliau pakai. Kadang pegawai penguji ni nak tengok kita juga tau alert ke tak.Saya dapat laluan C. Kena lalui dua kali roundabout. Jalan kanan ke kanan dan kanan. Pegawai penguji sebelah saya hari tu sangatlah rajin ajak bersembang. Muka serius tau. Tapi saya layan je dia sembang.. Janji kita kena fokus depan.. Tengok cermin sisi cermin belakang selalu. Jangan ambil jalan orang. Pandu je dengan berhati hati. Saya bawa dalam 50-60km/j je. Hahahaha. Biarlah pelan pun. Janji patuh lalu lintas. Signal semua mesti kena beri. Alhamdulillah. Saya LULUS.Sungguh tak sangka saya berjaya juga ada lesen. D manual. Ambil manual boleh bawa auto juga. Kalau kita ambil lesen auto.. Hanya boleh bawa auto je. Manual ni tak la susah mana. Pergi kelas tu nanti pandailah. Saya dari tak pandai dan takut. Alhamdulillah. Lega berjaya atasi takut tu.Terima kasih suami beri modal buat lesen dan tak merungut hantar ambil tiap kali ke kelas memandu. Tanpa dorongan dia.. Cabaran dia.. Rasanya saya sampai sudah takkan pandai memandu kereta.Sebenarnya rasa bangga kat diri sendiri juga sebab berjaya cabar diri sendiri. Alhamdulillah.
Lovely Followers
Showing posts with label cite aku. Show all posts
Showing posts with label cite aku. Show all posts
Friday, 21 August 2020
Kenangan dapatkan lesen D
Label:
cite aku
Monday, 30 July 2018
Pencarian mixer baru. Hadiah hari jadi tahun 2018.

Mixer lama jenama trio dah tak berfungsi dengan baik. Hampir empat tahun mixer trio berjasa. Alhamdulillah.kali ni teringin nak upgrade mixer jenis power mixer tu. Ada balloon whisk, k-beater dan cangkuk doh roti. Tu diaaa punya berangan pada awalnya.
Tapi terharu bila boss kata OK dan lagi terharu bila dapat awal dari bulan hari jadi. Ini kiranya hadiah birthday in advanced la. Terima kasih suamiku bossku hadiahkan mixer ni. Alhamdulillah. Semoga
Gosok mixer heavy duty brand Cornell. Harga rm550++. Yang ini heavy duty. Masa ni survey dekat aeon mall.
Alhamdulillah. Boss belikan yang ini di G-orange mall.
Harga promosi. Kalau survey harga di internet RM500++ juga model ni. Itu yang boss kata beli jelah. Nanti tak dapat dah harga ni. Terharu dan nangis juga la belakang dia la tapinya.. Yelah..duk ingat dapat lambat lagi..TUP TUP seawal ini. Mahu tak gumbira hati kan.
Nak juga bergambor dengan mixer. :)
Ni maksimum boleh muat. Ok la untuk kegunaan di rumah. Kan lepas ni nak mula bisnes kek kecil kecilan semula. :)
Oven dan mixer ni dua benda saya sayang. Dua dua hadiah dari boss. :)
Pertama kali ke G-ORANGE MALL ni .besar dan banyak juga la pilihan. Barangan letrik murah di sini.
Terima kasih boss. Semoga semakin murah rezeki awak.
Monday, 12 June 2017
SSC Pertama kami

Cubaan pertama abah. Insert towel gulung bawah punggung baby sebab dia baru 4 bulan lebih dan berat pun baru 5.2kg.
Intai lagi tu.. bila acah acah nak ambil..dia tak nak keluar..means dia selesa la tu..siap gelak gelak lagi dia duk kene gendong dalam ni.
Hai.. terima kasih abah sebab buat pilihan yang baik. Belikan ergonomik jenis carrier..barulah kaki saya tak tergantung kan.
Label:
cite aku,
cite anak ku,
produk
Monday, 18 January 2016
Tampal nama pada pensel.. ada kenangan waktu kecil saya

Label:
cite aku,
cite anak ku,
dia dah sekolah
Friday, 17 July 2015
Selamat hari raya

maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.
Okay...ni nak share kek hari raya. Kek besar yang pertama kali saya buat. Fuhh...boleh tahan jugak nak buat kek saiz besar ni. Apapun itulah cabaran namanya. Alhamdulillah kerana percayakan saya ye akak untuk buatkan kek besar ni..
Friday, 3 July 2015
Anak kerap Demam kerana Tonsil

Label:
cite aku,
cite anak ku,
produk
Friday, 25 October 2013
Pertunangan My Big Brother

Mak Bonda dengan bakal menantunya.
Se;amat menjadi tunangan my big brother sudah..
Kek yang menawan mata saya..hihi..
Hantaran kedua belah pihak.. Pink for her dan green for him.
Tuesday, 15 October 2013
Akhirnya merasa juga Burger Bakar

Mula-mula pelik jugak tengok sosnya kaler pink.. tapi teruja nengok cheese kuar tu.. ini burger bakar letak ayam dan cheese. RM6++.
Bagi saya rasanya oklah dan saya boleh habiskan.. Tapi Abah AdamDhia tak suka, tak kena ngan selera tekak dia kot burger camgini..
Label:
cite aku,
cite anak ku,
cite makan
Friday, 11 October 2013
Bila impian terpendam....

Label:
cite aku,
kek,
keluh-kesah
Tolong!! Saya ketagih Ciss Kek

Cheese cream dan ditabur pulak dengan cheddar parut..mana mahunya tak kata sedap kan. Ini versi sponge choc cake.. baru ngam rasanya. Nak buat sendiri bermodal jugak beli cheese tu bagai tapi puaslah sebab boleh makan banyak kan.. Ini beli RM10 tau. Murah kan?? saya makan kejap jer habis.. Haha.. Dah tu boleh cakap kat encik hubby, nanti beli lagi yer.. Saya ngan adam je makan cheese sebab encik hubby kurang suka cheese..
Label:
aku suke,
cite aku,
cite makan,
kek






















Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.





