Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 7 September 2012

Adam dan Badminton - Part II


Sambungan dari part 1..............

Apa abah suka, dia pun suka. Apa abah nak buat, dia pun nak buat jugak. Inilah dia anak abah.. :)
Abah suka berbasikal, dia pun sibuk nak berbasikal jugak.. Abah suka badminton, dia pun sibuk nak suka jugak.. Hahaha.. Nanti bila besar mesti boleh jadi kawan abah kan, pastu jalan dengan abah jer tak bawa ibu sama dah.. Hihik.. Tapi bila kena marah dengan abahnya, Ibu jugak dia cari kan... :)
 Masa untuk beraksi pun bermula...
 Adam yang bijak mencari idea. Dia ambil kerusi untuk jadi tinggi sebab dia kata tak sampai nak pukul tu lepas jaring.. Hahhaha...
 Lakonan je lebih dari mainnya.. Hahaha..
 Sudah mula menunjukkan minat yang sama dengan abah. Tapi adam kecik lagi nak betul-betul tunjuk minat dan pandai main pun.. :)
 Abah ajar adam cara pukul.. Fokus jugak si kecik ni belajar.. Hihik.. :)
Bakal pemain badminton negara ke? Hehee. Harapnya begitulah kan.. Manalah tahu satu hari nanti kan... Mudah-mudahan anak ibu ni menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti. AMin..

Adam dan Badminton- Part 1


Ini cerita tiga hari yang lepas iaitu selasa yang lalu. Adam ikut abahnya main badminton di dewan dan saya pun ikut jugaklah sebab nak kena pantau adam. Tapi perginya kejap je sementara tunggu kawan-kawan abahnya datang. Lepas tu saya bawaklah adam balik rumah.
 
 Menjawab kepada persoalan yang menjadi tanda tanya saya pasal tak sihat semalam tu. Saya sudah check sudah dan hasil testnya tu 1 line jer.. Belum berhasil lagilah kot ataupun awal lagi sebab period saya pun belum terlewat lagi, baru 3 minggu kot dari last period bulan lepas.. Emm, mungkin badan saya angin kesan terlebih makan pucuk ubi tu.. Emm.. frust jugak dengan result urine test tu dan masih mengharap agar adalah berita gembira tu. Mungkin belum nampak lagi kot sebab seingat saya kan, masa nak pregnantkan adam dulu pun sampai 3 kali test dalam jangka minggu lain-lain dan baru ler nampak ade double line tu. Apapun saya berserah pada rezeki dari DIA YANG MAHA ESA.

Oklah.. Jom layan gambar-gambar adam yang join abahnya main bandminton di dewan. :)
 Bersungguh dia nak ikut jugak. Dia bawak raket dia sekali.. Tapi bukan yonex pun yang dia punya..hehehe.. 
 Memang anak abah... Apa yang abah dia suka, dia pun suka jugak.. Hish hish.. :)
 -Sesi warming up sebelum bermain..hahaha.. pandai sangat ke si adam ni main badminton??-
 Suka sangat tengok gelagat dia masa ni bila dia dapat ikut abah dia. Happy sangat dia dapat lari-lari satu dewan tu.
 Sampai termuncong mulutnya.. :)
Fokus sungguh si kecik ni.. Hehhe
 Kan.......... Hehhee
Rehat kejap sebab dia kata penatlah... :)

 Lagi sambungan di part II.................

Mana satu la agaknya yer??


Hai sahabat-sahabat bloggerku disini. Semoga kalian sihat sentiasa hendaknya. Maaf kerana saya agak jarang blog walking dan menerjah korang. Nanti ada masa saya terjah yer...
Masih sibuk hadiri open house ke? Saya pulak boleh dikatakan setiap hari jugaklah sepanjang minggu ni. Untung jugak ada kawan-kawan yang rajin masak-masak nih.. Hehee.. 

Di sebalik tajuk entri saya tu sebenarnya menceritakan sesuatu....... Apakah itu? 
Kisahnya begini..... 06/09/12, lebih kurang  jam 5.30 pagi sebelum subuh. Saya terkejut dari tidur kerana tekak saya tiba-tiba terasa nak muntah. Perut mula rasa mengeras sakit. "Haih pasal ape pulak ni?", bingung jugak saya. Saya terus muntah dan pening sehinggakan seharian tak dapat bangun. Hampir 4 kali jugak lah keluar masuk toilet. Terbaring je saya sepanjang hari, masak ++ buat kerja rumah pun tak dapat sebab kepala terlalu berat. Memang tak selera betul makan semalam, hanya dapat minum air milo + roti jer. Saya tak pasti kenapa sebab saya tak pergi  checkup pun kat klinik. Yang encik suami ni dah happy dah lah kan. Emm.. tapi saya tak nak menaruh harapan tinggi sangat atas sebab yang belum pasti kenapa saya tak sihat semalam. Mungkinkah kerana saya mabuk akibat makan pucuk ubi terlalu banyak malam tu atau sebab berita gembira lain? Mana satulah agaknya yer? Telefon mak dan tanyalah mak samada makan pucuk ibu boleh jadi mabuk jugak ke? Mak pun pelik dan saya lagilah pelik kerana selama ni makan tak pernah pulak jadi camtu kan. Sebenarnya dah dua hari berturut-turut saya makan pucuk ubi tu. Emmm.. Tak tahu lah kenapa.. Just wait n see jelah... :)

 Hari ni, Alhamdullilah....... dah segar sikit dan bolehlah bangun buat kerja dah.. Tak muntah cuma pening-pening lalat aje.. Hihik. Nantilah saya nak check sebab saya rasa awal lah pulak kot.. Kalau benar bagai dikata, syukurlah sebab adam dan abahnya yang menginginkan sangat.. :)
Adam ikut abahnya main badminton dua hari yang lepas. Nanti akan di update kemudian yer... 

Monday 3 September 2012

Akaun pelaburan untuk Dia....


Hai blog tersayang.. Hai sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke sini. Lately saya jarang update. Bz beraya pun iyer juge plus bz mengemas pun iyer juga.. Hihik.. Bulan raya ni kan, asal malam je ada jemputan open house. Pecah rekod tahun ni sebab 4 kali berturut-turut bermenukan sama bihun sup bila pergi open house.. Tapi saya tetap suka sebab memang salah satu feberet saya jugak bihun sup ni.  Mengemas rumah pulak sebab tension tengok lipas.. Hahhaa.. Boleh gitu?? Sebenarnya saya ni memang takut dengan lipas. Itu yang bersungguh mengemas bila tengok ada lipas duk melintas situ sini . Akhirnya berjaya hapuskan satu kotak yang rupanya menjadi tempat sembunyinya selama ni. Teruslah buang kotak tu dan susun serta lipat semula segala kotak yang ada dalam stor dan kabinet dapur kasi clear.. Nak posting lambat lagi kan..hehe.. Lega tau bila dah kemas-kemas ni. Ini pun salah satu terapi cara saya  hilangkan stress jugak.. :)

Semalam pula dah berjaya bukakan akaun pelaburan ASB untuk Adam. Maklumlah nak simpan duit raya kan.. Baru tahun ni buatkan, yang tahun-tahun sudah tu, duit raya dia akan belikan dia barang. Jadi tahun ni buka akaun lah kat dia. Nanti boleh lah tambah-tambah lagi bila dia dah ada akaun ni.
 Masukkan syiling sekali yang hasil tabungan Adam jugak syiling ni. Adam memang suka letak syiling dalam tabungnya. Nampak syiling terlebih atas meja mesti dia letak dalam tabung dia.. :)
 Akaun Remaja untuk adam. :)
Oppss seksi pulak si kecik ni.. Hehhe..

 Menabunglah untuk masa depan!! 

Sunday 2 September 2012

Harapnya kamu tidak begitu.........


Pernah tak kalian tengok situasi dimana seorang budak yang memukul-mukul ibunya bila kehendaknya tidak dipenuhi dan mengatakan bodoh pada ibunya. Ngeri kan dengarnya.. Kita yang melihat pun rasa sakit je hati, apatah lagi ibunya yang seolah-olah malu dengan sikap anaknya itu bila ada yang memandang.. 

Saya sentiasa mengharapkan agar Adam tidak akan begitu dengan saya.. Yup, manja biarlah bertempat, pukul pun biarlah bertempat. Pernah sekali adam meludah kerana terikutkan seorang budak yang suka meludah. Tindakan saya? Warning dia. Kali kedua dia meludah lagi dalam kereta dan masa tu memang kenalah dia dengan abahnya. Lepas dari kena hukuman cubit-cubit sayang dari abahnya, dia dah tak buat dah macam tu lagi. Inilah salah satu yang membimbangkan saya bila dia mula kenal dunia pergaulan dengan kawan-kawan. Tidak salah bagi dia berkawan tapi bila dia terikut sikap-sikap yang tidak elok, saya dan suami memang bertegas dengan dia. 

Pernah jugak dia terikut cakap yang mengarut dan kata-kata yang kurang enak tu. Saya cuba ingatkan dia hari-hari supaya jangan diulang dan jangan diikut kalau kawan-kawan cakap yang bukan-bukan, Alhamdulillah dia tak cakap begitu dah.. Saya ajarkan dia bahasakan dirinya saya atau Adam je dan bukan aku. Itu pun dia dah boleh faham dan ingat. Kadang tu bila saya tersembang aku dengan abahnya, dia pulak yang warningkan saya, "Eh Ibu, tak baiklah cakap aku, cakap saya jer, ibu lupa ke?". Hahaha.. Hambik.. kan dah terkena. Semoga dia mencontohi sikap-sikap yang baik dan terus mendengar kata. Akanku cuba mendidik dia dengan sebaik mungkin kerana dia adalah amanah dari-NYA untukku. Bukan senang nak mendidik anak-anak kan, yang penting harus bersabar dan saling berkerjasama antara ibu bapa kerana tugas mendidik anak-anak bukan hanya diserah bulat-bulat kepada si ibu sahaja, sebaliknya kerjasama antara kedua-dua ibu dan bapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute