Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 29 September 2012

Adam mula kenal "Military Playset'


Mainan apa pulak si kecik ni dapat ye? Hihik.. 
Inilah cerita si kecikku adam. Kadang kan, tiap kali singgah area mainan kat pasaraya tu, kami tak tahu nak belikan apa kat adam. Adam pulak tak kisah sangat pun dan dia hanya akan tengok-tengok jer. Lepas dia dah puas cuci mata, senang je ajak dia balik walau tak belikan apa-apa kat dia sebabnya dah banyak sangat mainan dia. Tadi pulak masa jalan-jalan kat pasaray, dia berkenan dengan mainan yang saya panggil mainan orang-orang askar atau Military Playset ni. Belikan ajelah sebab yang ni memang dia tak pernah main dan belum ada lagi. Bukan beli yang mahal pun.. RM8.90 ajer.. Hihik.. Yang syoknya dia boleh ajak kami main sama. Kejap dia ajak abahnya dan bila abah dia tak layan, sayalah pulak yang jadi teman dia. Seronok tengok bila dia susun-susun dengan cara dia sendiri.. Saya bukan boleh tolong susun sangat pun, sebab dia dah bahagikan siap-siap berapa je yang boleh saya susun.. Hahahha..
Ultraman dan raksasa pun join sekali. :)
 Dia pun nak buat aksi tembak jugak.. 
 Hasil susunan adam..
 Kereta kebal dalam pagar? Macam kat muzium pulak...hehehe.. :)
Happy ye kamu dapat mainan baru lagi.. 

p/s : Thanks kat kalian yang sudi berkunjung jejak ke sini walau saya tak balas lagi jejak kalian. Saya masih batuk-batuk dan cepat pening bila mengadap skrin ni lama-lama. Nanti saya cuba balas jejak kalian ye..

Adam bakal jadi abang ke?


Gurauan Cik Long adam hari tu duk panggil-panggil  Adam Abang long nampaknya bakal menjadi kenyataan. Keinginan abahnya nak menambah ahli juga nampaknya bakal menjadi kenyataan...
Syukur...... Double Line sudah. Tapi ini saya check sendiri dan belum buat checkup di klinik lagi. Kena buat kad lah lepas ni dan akan berulang-alik lah ke klinik untuk checkup bulanan. Yang bestnya pasti akan ada nurse terkejut dengan timbangan berat badan first timbangan saya nanti. Hihik.. Teringat masa first day buat kad masa pregnantkan adam. Tapi alhamdulillah, sepanjang pregnantkan dia, saya takde masalah sangat cuma waktu lahirkan dia je berlaku komplikasi yang memaksa saya dibedah. Harapnya kali ini pun segalanya akan menjadi mudah untuk saya. Dan yang saya harapkan saya sentiasa sihat dan baby pun sihat. Doakan yang baik-baik untuk saya yer..
Abang long atau abang adam? 

Patutlah selera saya pelik sikit sejak dua menjak ni dan badan rasa macam cepat penat. Pagi-pagi je rasa pening cuma tak muntah-muntah lagi. Hehe.. Kalau masa adam dulu pun memang saya jarang alami morning sickness sebab abah adam yang gantikan saya untuk situasi itu. Kali ini pulak tak tahu lagi ragamnya macamana. Masih baru lagi dan ikutkan kiraan saya dalam 6 minggu kot. Macam tak percaya pulak bila saya check naik dua line dan rasa macam kekok pulak nak kena macamana. Hihik. Kena amalkan pemakanan yang baik dan kena standby minum susu anmum le sepertimana masa pregnantkan adam dulu. 

Thursday 27 September 2012

Dia semakin bijak membantu.........


Walau kekadang ragamnya boleh hilangkan kesabaran terutama abah dia. Hehe.. Antara saya dan abahnya, abahnya lebih tegas dan garang. Mesti kena ada sorang tegas dan sorang lembut kan dalam mendidik anak-anak.. Walau kekadang dia suka tarik perhatian dan aktifnya terlampau yang suka lompat dan panjat sana sini tu. Namun, adakalanya dia semakin bijak membantu............. Itulah si kecil kesayangan saya.

Situasi ketika saya sedang terbaring tak larat nak bangun sebab batuk dan pening.
Adam : Ibu sakit ke, sakit makanlah ubat.
Saya : Adam tolonglah ambilkan ubat kat ibu, dalam peti tu.

Terus dia bergegas ke peti sejuk dan ambilkan ubat batuk + picagari yang dia punya. Saya terketawa jugak sebab dia kata, "Pinjam yang adam yang ni ye (sambil tunjuk picagari dia tu)". Saya minta tolong dia ambilkan sudu, dia tolak kerusi dekat dengan kabinet tempat saya letak sudu (maklumlah masih belum cukup inci kan..hehehe) dan ambilkan sudu. Lepas tu, dia ambilkan selimut untuk saya dan kata, "Ibu rehat yer".

Situasi bila dia tumpahkan sesuatu kat lantai.
Dia akan terus ambil kain dan lapkan tempat yang dia tumpahkan tu. Kononnya takut kena marah atau dia selalu tengok saya buat camtu? Sebab kan bila saya tanya,"Adam buat ape tu?". Dia akan kata, "Adam mintak maaf ibu". Hehehe..

Situasi bila saya nak jemur kain baju.
Pun sama........ dia akan menyibuk duk tepi saya dan cari baju dia dalam bakul tu. Kemudian dia ambil hanger kecik khas untuk jemur baju dia dan cuba jemur baju dia sendiri. Saya tak buli ye, dia yang sibuk nak buat jugak walau kadang tu rimas jugak saya ni  bila dia menyibuk je nak tolong sama. Hihik.. Tapi tak selalu lah, kadang-kadang bila dia datang mood rajin dan mengada dia tu jer.. :)

Terima kasih anakku..
Semoga kamu akan selalu ringan tulang membantu Ibu dan Abah.

Tuesday 25 September 2012

Cerita Adam Balik Kampung...


Ini cerita dua minggu yang lepas.
Saya balik berdua bersama adam dengan menaiki bas. Adam sangatlah seronok dapat naik bas. Ini kali kedua lah dia naik bas balik kampung. Kali pertama, masa umur dia setahun lebih dan masa tu dia tak mengerti ape-ape sangat pun berbanding sekarang yang banyak cakapnya tu kan. Saya beli tiket dua seat lah, satu dewasa dan satu kanak-kanak.  Adam lagi bertambah seronoklah dapat seat sendiri kan. Dia duk tepi tingkap. Tidur hanya sekali jer lelapnya dan lepas tu dia tak tidur dah. Mujurlah adam baik jer dan takde muntah-muntah ke ape kan.. Bagus anak ibu ni. Lagipun tak lama mana pun, lebih kurang 5 jam jer dalam bas.. :)

Adam balik kampung sebab Cik Long dia yang nak sangat jumpa anak sedara dia yang sorang ni. Dah raya hari tu pun dia tak balik kan, jadi sebab tulah balik jugak saya ni. Adam memang dimanja-manjakanlah. Nak itu dibeli nak ini dibeli. Pantang cik long dia kuar jer, nak ikut jugak.. Mulanya tu, ingatkan dia tak nak dekat dengan cik long dia tu, maklumlah jarang jumpa. Tapi Adam selalu tengok update terbaru cik long dia kat fesbuk kan, itu dia ingat dan kenal.. Hihik.. Nak buat macamana dah kerja cik long dia begitu bz je manjang.  Time kami balik, dia tak balik.. Mujur anak sedara kenal dia lagi kan. Cik long adam ni still bujang lagi ye, belum ketemu jodoh lagi, nak buat macamana kan.

Masa kat kampung tu, Adam gi picnic ngan cik long dia kat pantai. 
Cerita seterusnya ialah gambar riang ria adam di pantai.. :)
 -Adam dan sepupunya, Iqbal-
Buat peace tapi macam sepit ketam pulak dia kata.. Hahhaa
 Yang ni Ok sikit. Sama besar je macam kan. Iqbal dah darjah satu tau tapi orangnya kecik molek jer. 
 -Adam, Iqbal dan Cik Long dia-
 -Adam bersama grandma dan cik long lagi-
Adam buli cik long dukung atas bahu. Tapi yang sebenarnya dia geli nak pijak pasir pantai tu lagi lepas dah siap mandi manda tu. Dah nak balik dah masa ni.
 I Like this picture :)
Tatapan kenangan untuk adam bila dewasa nanti. Kenangan dia ber 'picnic' dengan sepupu-sepupunya dan Pokcik sedaranya. :)

Nota : Tak berapa banyak ambil gambar sebab saya terlupa bawak balik Ms.Red Cam saya. Terpaksa pakai handset jelah amik gambor.

Adam dah sihat....


Alhamdulillah.. Hampir seminggu jugak dia tak sihat, akhirnya dia dah kembali aktif dan sihat. Syukur sangat.. Tapi saya pulak yang tak berapa sihat kerana sakit tekak. Tapi sebenarnya kan, saya lebih rela biar saya je yang sakit dari tengok anak yang sakit demam ni. Setiap ibu pasti punya rasa begitu kan, kan? 

Sepanjang adam tak sihat tu, macam-macam saya cuba nak pastikan suhu badan dia turun dan selsema dia baik.
1) Saya bagi dia berendam.. Hehe.. Itu cara saya lah. Saya suka bagi dia mandi lama sikit dan akan bagi dia mandi dalam kolam yang comel tu kalau dia demam. 
2) Saya sentiasa jaram kepala dia dengan air yang diletakkan sedikit asam jawa + beberapa helai daun bunga raya. 
3) Disebabkan hidung dia tersumbat, saya tinggikan bantal dia waktu tidur. Tapi memang penat sikitlah sebab adam tidurnya tak suka berbantal, jadi setiap jam saya kena berjaga untuk pastikan kepala dia duk atas bantal yang saya tinggikan tu. Saya jugak galakkan dia tidur mengiring.
4) Gara-gara hidungnya tersumbat tu jugak, saya belikan dia breathe right kids. Membantulah jugak walau tak sepenuhnya.
5) Pastikan dia makan ubat ikut aturannya.

Dua hari lepas pulak, dia mengadu telinga dia tak dengar. Haih, haru biru jugak saya. Dia mintak saya korekkan telinga dia kononnya, "Ada ulat telinga adam ni", katanya lah kan. Saya faham yang sebenarnya dia tak selesa dengan keadaan tu. Saya bagi dia minum air sejuk badan yang HPA punya. Lepas tu sepupu saya pulak cadangkan bagi dia makan aiskrim yang dalam bekas. Lagi tips berguna saya dapat dari sepupu saya yang kebetulan datang rumah saya semalam. Katanya, kalau batuk, sakit tekak atau telinga berdengung.. elok makan aiskrim dalam bekas tu dan tak kisahlah brand apepun.. Cepat sikit redanya dan bukan aiskrim yang 20 sen yer.
 Emm.. adam dah sihat, maka ibunya yang sakit tekak ini lah akan habiskan aiskrim yang baru ditambah beli oleh abahnya tu. Hihik... :)
 Yang ni sebenarnya grandma adam belikan masa dia kat kampung yang mana waktu tu hidung dia tersumbat je tidur malam. Dia terkena demam pulak, bila dah pulang dari kampung...Agaknya demam sebab rindu grandma kot.. Hehhee.. :)
Kesian budak ni. Bila demam, terbaring jer.... Pastu mulalah nak marah-marah dan meragam. Sabar jelah dengan karenah anak-anak yang sedang membesar ni. Bila dia tak sihat lagilah kita kena banyak sabar.. Ibu sayang Kamu dak Adam. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute