Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 24 March 2012

Jom Join 1st GA MyMommaShop


Hari ni nak join GA pulak. Hehe.. Setelah di tag oleh Elia Laily. Thanks yer tag saya.


Klik Banner Yer

Syarat-Syaratnya :

1) Buat 1 entry bertajuk "Jom Join 1st GA MyMommashop"

2) Copy banner di atas dan letakkan di sidebar dan link ke entry ini



5) Tag 3 org blogger dan pastikan mereka tahu mereka telah di Tag

6) Last sekali jgn lupe tinggalkan komen berserta link entry dan id follower korang hanya di entry ini.
Hadiah : 1 X Pemenang Utama
 2 X Pemenang Saguhati

Mudah kan..so mari beramai2 join 1st GA ni. Tempoh GA ini adalah start 20th March 2012 hingga 19th April 2012.

Hadiah? Semestinya yang menarik dan berbaloi untuk dimenangi. Hadiah akan diumumkan sedikit masa lagi. Pemenang akan dipilih secara random :). Jangan lepaskan peluang, Jom Join! Nak join kat mana? SINI YER


So, saya nak TAG 3 orang sahabat blogger saya. Harap sudi join sama yer :


Friday 23 March 2012

1001 Rasa.........


Malam ni mood agak sedih bebenornye.. Saya rasa frust dan 1001 rasa lah bila diri tak mampu nak bantu adik-adik sendiri.. Sebelum saya membebel lebih panjang kat sini, nak mention kan yang ini bukan luahan meraih simpati yer.. Hanya sekadar meluah rasa.

Saya kecewa bila saya yang ade kelayakan nih tak mampu meraih kerja pun lagi..
Saya memilih?? Tidak sebenarnya kerana saya punya sebab tertentu kenapa belum lagi...
Saya sedih bila saya tak mampu membantu family saya.
Kadang saya rasa sangat kecewa bila tengok kawan2 yg lain dah pun berjaya dlm kerjaya mereka.
Saya tak tahu kenapa saya begini.......
Kadang saya terkeliru antara tanggungjawab kepada keluarga dan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri...
Saya tidak salahkan nasib, tidak pula salahkan suami atau sesiapa sahaja.
Cuma saya memang rasa terkilan mengenangkan kenapa saya begini...
Tapi saya harus berfikiran positif kerana ini yg saya pilih buat ketika ini.
Inilah yang dikatakan bukan rezeki lagi.
Walau sudah berusaha tapi hanya begini sahaja, harus redha.....
Mungkin ada hikmah di sebaliknya setiap dugaan dan ujian itu.
Saya harus redha.. Harus tabah dan usaha lagi.
Mungkin satu hari nanti akan ter realisasi jua apa yang diingini. InsyaAllah. 
Memang benar kata seorang sahabat saya yang tidak semua yang kita impikan mampu kita capai.
Namun jangan pernah anggap diri gagal. Akan ada jalannya..............

Segmen : Blog Terbaik Pilihan Saya!


Pagi nih mau join segmen. Semalam lagi duk tengok segmen ni dan di tag pulak oleh jejaka P#eonix . Maka kena join lah nampaknye.. Hehe... Thanks yer sebab tag saya. :)



Okey, segmen ni memerlukan saya buat 3 pilihan blog mana yang terbaik.. Hehe.. Adoii kalau boleh nak pilih semua tapi kena 3 je pilihan. So, sape2 yang tak terpilih tu jangan kecik hati okey.. Semua nye saya BW kat blog korang yang mana saya follow tu..

Pilihan 1 : Blog CURAHAN RASA milik Cheqna


Sebab ape?? Sebab saya suke cheqna membebel.. Hehe.. kadang suke ngan entri cheqna yang banyak membina semangat dan mem'positif'kan saya. Hehe... Tak busan pun baca celoteh cheqna nih. (ini bukan bodek yer tapi ini ikhlas dari hati) Hehehhe...

Pilihan 2 : Blog H.A.T.I milik Lyafrina


Sebab ape yer?? sebab saya suke baca story dia. Banyak yang saya belajar tentang hidup ini bila baca segala kisah dia. Lagi satu suke ngan colour purple kat blog dia. Cantik. Lagi kan sebab suke tengok senyuman si asya yg comel... :)

Pilihan 3 : Blog Sweet Sour milik Adam Hawa


Kenapa?? Kerana blog ni cantik. Suke sangat..simple tapi comel. Entri nye pun best. 


Itulah 'blog terbaik pilihan saya'. Yang lain-lain tu bukan nya tak pilihan yer tapi ini hanya untuk memenuhi syarat segmen ini kan. Sape2 nak join boleh lah yer join kat SINI.

Dan ending segmen ni saya kena tag 2 orang pulak blogger lain. So, sape erk yang kena.. Hehe.. 

1) Cheqna





Thursday 22 March 2012

First Time Rasa.. :)


Hai rakan-rakan blogger ku.

Hari ini encik suami ajak g shopping. Biasalah hujung bulan kan.Hehe.. Ekceli bukan nak citer pasal shopping pun. 

Ramai orang cakap kek kat secret recipe tu best.. Best ke erk?? Terasa jugak hati ni nak mencubanya. Jakun tak saya sebab tak pernah pergi pun secret recipe tu. Hahaha... Lantak lah, ade aku kisah. Jadi nye masa lalu depan kedai tu, nampaklah ade kek indulgence. Wah bukan main tinggi jer tengok. Saya pun cakap kat encik suami, kejap yer bang.. Pergilah beli senyap-senyap kek tu. Haha.. Encik suami dah ke kereta dah.

Banyak jenis gak kek. Macam-macam ada. Tapi ku pilih indulgence cake. RM 6.90 satu slice.. Kalau satu kek tu penat lah saya nak habiskan. RM80 tu satu kek. Apa rasa nye?? Hehe.. Tak dinafikan memang sedap dan rasa macam makan aiskrim je gitu. Ekceli saya ade resepi kek tu tapi belum berani cuba je lagi. Cerewet sikit nak buat nyer walau tengok ramai yang dah berjaya buat sendiri pun kek tu. Itulah first time saya ke secret recipe, first time beli kek kat situ dan first time rasa kek kat situ tapi satu jenis je pun baru rasa.. Hehehe.. Ok lah kan. Nanti kalau orang tanya dah pernah rasa kek secret recipe ke? Dan boleh lah saya jawab dah pernah rasa dah.. Hahaha.. :)

 Kotak kecik sebab beli satu slice je pun. hehehe.

 Cantik nye layer dia kan.. teruja tau tengok. Tu yang beli jugak. Hehehe

Dah habis separuh dah. Makan masa dalam kete on the way balik.. Nampak benor idok sabor nye di situ. Hehe..

Korang mesti dah selalu sangat rasa kek kat situ kan. Saya je first time.. Jakun ke?? Hahaha.. Ade aku kisah... :)


Bila anak tak nak minum susu....


Hai rakan-rakan blogger ku.


Pagi tadi kami ke klinik untuk checkup berkala si kecik saya. Alahai berat nye tak naik mana pun, 400 gram aje naik. Mula lah saya rasa susah hati sebab dah nak atas pagar je dari garis kuning tu. Walau lepas lah garis kuning tu tapi hati ini tetap risau. Yelah umur nya dah 3 tahun tapi beratnye hanya 12 kg aje. Nurse tu kata ini ikut ibu dia ke ni? Itu adakah satu pertanyaan atau perli yer?? Hehe.. 

Ekceli, Adam memang tak nak minum susu tepung lepas dari bercerai susu badan sejak umur dia 2 tahun 7 bulan hari tu. Saya memang pernah dah try beli kan susu tepung kat dia. Mula-mula yang asli kemudian yang coklat pun dia tolak jugak tak nak minum. Penat je buat letak dalam gelas kat dia tetap tak minum jugak. Last2 due camtu je susu tu. Entah lah... Mungkin sebab saya cepat sangat give up kot.

Nurse memang marah lah sebab dia tak minum susu jadi kalsium takde di situ. Nurse ajar lah saya beberapa tips nak galakkan anak minum susu tepung.

1) Campur dalam minuman milo nye, mula-mula 1 sudu dan nanti tambah lah jadi beberapa sudu lagi.

2) letak susu tepung dalam menu makanan dia seperti cekodok ke, kuih-muih ke.

3) bagi dia minum susu dengan cicah biskut.

Antara tips lain pulak :

1) Ceritakan anak-anak tentang khasiat susu. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu gemar minum susu.

2) Pastikan semua ahli keluarga suka minum susu. Apabila melihat situasi ini sudah tentu anak anda tidak mahu ketinggalan.

3) Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa, seperti coklat, pisang dan strawberi berbanding susu biasa.

4) Gantikan susu dengan yogurt atau susu soya.

5) Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan 'milktail'. Jika anda kisar bersama ais, anda akan memperoleh minuman susu kocak ais yang istimewa sekali.

sumber : info utusan

Risau sebenarnya bila dia tak nak minum susu. Dia memang makan lah jugak tapi si kecik saya ni aktif sangat. Lepas ini memang kena kerja keras sikit untuk jayakan misi galakkan dia minum susu tepung. Bimbang takut dia kekurangan kalsium dan zat. Kesian nanti kat si kecik ku itu. Setakat ni saya hanya dapat bagi dia minum vitagen, solvite dan susu kotak je tapi susu kotak tu pun separuh je dia minum.

p/s : Sesiapa ada tips lain macam mana nak pujuk anak minum susu boleh lah berkongsi ngan saya yer.

Bila tension saya makan coklat



Coklat memang best. Mana ada orang yang tak suka coklat kan. Semua orang suka. Siapa suka sila angkat tangan. Hehehe.

Coklat adalah ubat penenang saya kala saya pening atau tension. Pelik ke? Tak kot sebab ramai jugak orang yang bila tension akan cari coklat. Hehe.. Coklat apa pilihan korang? Kalau saya of course lah cadbury kan. Yang hazelnut & fruitnuts..Hehe... Nyum..Nyum..

Tapi kenapa ada sebilangan ibu bapa yang tak bagi anak-anak mereka makan coklat? Sebab takut rosak gigi kan. Sebenarnya coklat ni banyak jugak kebaikan nya kalau kita makan tapi janganlah kerap sangat. 

Saya suka makan coklat bila kepala mula rasa mahu pening. Memang dari dulu lagi kalau rasa tension semacam je akan pergi borong satu atau dua bar coklat cadbury. Sehari je boleh habis. Hehe.. Macam semalam, habis satu bar coklat yang dibeli encik suami saya makan. :)



Nak tahu apa kebaikan coklat?? Antaranya :

1) sesuai dijadikan makanan gantian ketika aktiviti riadah.
2) coklat ada 'anti-oksida' yang boleh membantu melambatkan proses penuaan.
3) melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon.
4) 'phenylethylamine' yg ada dlm coklat boleh mententeramkan emosi dan jiwa.
5) kaborhidrat yg ada dlm coklat juga boleh meningkatkan paras serotonin dalam otak yg boleh berikan ketenangan dan kegembiraan.
6) membantu tingkatkan daya hafalan dan kuatkan memori.
7) mengurangkan risiko sakit kardiovaskular.
8) Membantu memulihkan saraf yang letih.

So, jangan marah kalau anak anda suka makan coklat sebab ia bagus sebenarnya. Tapi lepas tu suruh lah mereka gosok gigi yer.

Buang bayi lagi???


Masalah pembuangan bayi memang dah jadi virus agak nya. Dari dulu hingga hari ini memang tak pernah ada kesudahannya. Asyik ada je kes begini kan. Apalah nak jadi.. Kesian kat anak kecil yang baru je nak kenal dunia. Kenapa lah ramai sangat manusia yang tak punya hati dan perasaan ini. Sayu je hati bila baca atau dengar kes-kes yang melibatkan anak-anak kecil ni. Semoga mereka yang melakukan perkara terkutuk ini insaf dan sedar dengan segala kesilapan mereka. Mungkin pergaulan yang terlalu bebas maka inilah jadinya. 


PEKAN – Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini.
Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi.
Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu.
“Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya,” kata Khasli.
Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama.
Sumber : HarianMetro

Seronok dengar kawan-kawan dah bertambah............



Hari ni rasa seronok sebab dengar banyak news yang ramai kawan-kawan saya dah bertambah zuriat lagi.. Hehe.. Ada yang ajak saya join sekali saing diorang. Tapi saya bukanlah tak nak tambah anak lagi cuma rasa takut tu masih berbaki lagi. Hehe alasan kah itu??? Lagipun dengan keadaan diri yang tak berapa larat je macam nak bawak perut lagi sekali. Maklum lah berat jatuh mendadak lepas bersalin dan masih belum bertambah-tambah lagik berat nye nih jadi masalah pulak nanti kalau buat checkup bulanan kan.. Hehehe.. Alasan lagi kah ini?? Jadi nye, encik suami pun agak kesian kat saya.. Dulu masa pregnant kan si kecik ku adam memang cuba untuk kuat dan alhamdulillah dia sihat walau lahir agak kurang berat 2.2 kg aje dan dilahirkan secara caesaran. Memang perit nak tahan sakit yang berbeza dari orang bersalin secara normal ni. Siapa yang pernah ade pengalaman macam saya mesti tahu macam mana rasa nye. huhu...

ihsan pokcik google

Tahniah kepada kawan-kawan ku yang berjaya hamil lagi dan ada yang hamil anak sulung. Tahniah korang. Semoga sihat dan baik-baik je sepanjang kehamilan korang. Miss you all so much.


p/s : comel nye pic baby tu kan.. Hohoho.. Mula lah nak berangan jugak nih. :)

Wednesday 21 March 2012

Skrin TV9 : Yatimkah Aku - Terbaik..



Siapa tengok drama di skrin TV9 tadi..?? Rugi siapa tak tengok.. Hehe.. 

Yatimkah Aku : Kisah tentang seorang anak yang berusia 12 tahun, Zairi yang terpaksa menempuhi episod kehidupan hitam apabila terpaksa menghadapi kehidupan bersendirian setelah merasa dirinya sengaja di'anak yatimkan'. Lakonan Zahiril Adzim, Khairil Anwar, Marissa dan ramai lagi.

sumber : youtube

Ekceli saya ni memang minat giler ngan dak Daim nih hehe.. a.k.a Zahiril Adzim. Best betul drama tu. Sampai menangis beb.  Hehe.. Kisahnya macam pernah berlaku je kan dalam masyarakat kita cuma kita je tak tahu kan. Sungguh menyedarkan saya, yang dalam hidup ni kita kena banyak bersabar dan tabah walau apa keadaan pun kita terpaksa hadapi.

Wordless Wednesday : aksi Adam makan durian


Si kecik ku memang suke durian.. Pantang jumpe raja buah segala buah ni mesti dia nak ngap.... :)






Tuesday 20 March 2012

Dah buat salah belasah isteri pulak???



Isteri bukan hamba. Isteri adalah selayaknya wanita yang harus disayangi dan dikasihi. Kenapa ada juga kaum suami yang sanggup bertindak kejam kepada seorang wanita yang bergelar isteri. Terkantoi kerana curang tapi isteri pulak yang dibelasahnya. Macam-macam hal kan. 

PETALING JAYA: Seorang jururawat bernasib malang apabila dia yang ‘menangkap’ suaminya berkhalwat dengan wanita lain di rumah mereka, di sini, bukan saja dibelasah teruk malah turut diceraikan dengan talak satu, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa berusia 32 tahun cedera di kepala, mata, telinga dan tangan akibat ditumbuk serta diterajang suaminya yang berang selepas perbuatannya membawa kekasih gelap masuk ke rumah ketika ketiadaan mangsa terbongkar. 
Katanya, perbuatan keji suami mangsa berusia 30 tahun itu terbongkar apabila mangsa yang pulang ke rumah dari tempat kerja tidak dapat membuka pintu kerana dikunci dari dalam, kira-kira jam 11.30 pagi. 
“Mangsa kemudian menghubungi suaminya yang berada dalam rumah memintanya membuka pintu, tetapi lelaki terbabit mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian.
“Sebaik pintu dibuka, mangsa bertanya suaminya mengapa lambat membuka pintu sebelum menuju ke bilik air kerana mengesyaki sesuatu kerana curiga dengan kelakuan lelaki terbabit,” katanya. 
sumber : metro


p/s : Sungguh aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang. Semoga kasih sayang nya hanya untuk diriku. Amin. 

Bimbang nye rasa....


Kebelakangan ini semakin kerap kan berita kisah penculikan. Belum reda lagi kisah sedih adik Dirang, dah ada kes terbaru pulak. Sungguh rasa bimbang sangat dan rasa dah tak selamat je rasa.




KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.
sumber : metro



p/s : Sungguh risau. Semoga tiada keluarga kita alami kejadian seumpama ini. Dunia ni dah tak selamat dah rasa..


Monday 19 March 2012

Bila dengar sesuatu tapi takde orang???



Korang pernah tak dengar ape-ape bunyik dari sebelah rumah korang ke, atas rumah korang.. Tapi korang tak pasti ade orang ke tak rumah tu.. Hehe..

Saya ni duk rumah jenis bertingkat. Ade 4 tingkat aje pun. Saya duk level 2. Hehe.. Yang peliknye, saya selalu dengar ade bunyik kat rumah atas. Kadang bunyik orang tarik kerusi, bunyik guli jatuh. Kalau malam-malam sebelumk 12pm tu maybe ade orang kan. Dan memang saya ingat kan ada orang lah. Rupanye tadi jiran depan umah cakap, rumah atas saya tu wife dia takde sini pun sebenarnye dan husband dia jarang lah duduk umah tu. Haaaah...??? Saya terkedu kejap dan mula lah nak pikir bukan-bukan. Hehehe....

Itu yang pelik, kadang time para kaum suami pi kerja siang hari kan, ade gak dengar bunyi macam orang tumbuk lesung lah, macam orang tengah mengemas lah. Padahal ramai yang duk level atas tu adalah weekend husband means tinggal sorang-sorang jelah. Dah kalau siang-siang bunyi something gak tu, siapa yek?? Pernah satu hari tu, tengah malam after 12pm.. bunyik guli jatuh.. betul-betul dengar atas syiling umah kami, masa tu kami tengah tengok TV.. Saya dan encik suami ssling berpandangan dan diam je buat tak tahu.. Hehe.. Sebab pikir ade orang kan. Rupenye bila jiran bagitahu yang jarang ade orang kat rumah atas tadi, terus jadi seram sekejap.. Jiran kata buat tak tahu dah lah.. janji tak kacau kita kan.. Hehe.. Tapi bukan saya je pernah dengar, ade jugak jiran-jiran lain tanya benda sama kat saya.


p/s : Nak kata tak kenal jiran.. maybe lah sebab memang tak pernah nampak jiran atas tu. Bila tanya encik suami pun dia kata entah... :)

SEGMEN TAMBAH KAWAN BY ARRA AHMAD


Hai rakan-rakan blogger ku.

Hari ni nak join segmen lah. Segmen tambah kawan dr Arra Ahmad.




Sesiapa nak join segmen ni klik banner tu yer. Closed date : 24 Mac 2012.
So, kat sini saya nak tag kawan saya sebab nak tolong dia naik kan follower dia. Dia pun blogger baru cam saya jugak.
Sophia

Muffin Coklat Pisang





Hai semua rakan-rakan blogger ku.

Apa khabar korang petang2 ni. Petang ni terasa macam nak makan muffin. Tengok ada pisang kat dapur balance encik suami beli malam semalam. So, merajinkanlah diri buat muffin pisang pulak. Carilah resepi yang senang sikit kan. Jumpa lah resepi tu kat blog Kak Ummi. Apalagi try test lah buat. Hehe.. 





Sedap rupenye, tapi saya pakai pisang jenis lain. Kalau pakai pisang emas lagi sedap rasa nye. Tapi gebu lah muffin ini dan lembut je. Si kecik saya suke sangat makan. Buat pakai papercup size 8, dapatlah dalam 12 biji muffin. Resepi sepatutnye kukus tapi saya buat bakar. Hehe.. Nampak lain sikitlah, kalau kukus rasanya lagi moist dan lebih lembut. So, jom tengok resepi nye yer.. Selamat mencuba yer.


Resepi : Muffin Coklat Pisang Kukus
Sumber : Kak Ummi
Di Try Test : CtAyue

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko ( saya letak 3 sudu )
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder

Bahan B :
1 cawan pisang emas ranum dilecek ( saya pakai pisang lain, pisang emas lagi sedap ye )
1 cawan minyak masak ( saya pakai minyak jagung )
1 cawan gula perang ( saya pakai castor sebab stok dah habis..hehe )
2 biji telur - dipukul dengan garfu

1) Panaskan pengukus hingga air mendidih. Ayak bahan A.
2) Masuk kan bahan B dan adun sebati. Masuk dalam bahan A. Kacau sebati
3) sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin.
4) kukus api besar selama 20 minit atau hingga muffin kembang.




Aku tak kuat......



Hidup ini sangat mencabar
Bila mata terbuka
 Tidak dapat diduga apakah cabaran yang perlu dilalui hari ini
Hidup ini sangat penuh dengan dugaan
Kadang kita di atas kadang kita di bawah
Kadang kita suka kadang kita duka
Itulah putaran hidup yang sememang lumrah kehidupan

Namun......
Aku.....
Kadang tidak kuat
cuba untuk kuat dan sabarkan hati
Tapi ia datang juga mengawal emosiku

Aku cuba menjadi orang yang punya fikiran positif
Namun... Aku bukanlah kuat...
Kadang aku jadi juga negatif.

Aku sedih..
Kerana masih banyak belum aku tunaikan
Aku kecewa...
Kerana masih banyak belum aku capai

Kadang aku tak kuat.....
Bila ia datang menganggu emosiku
Aku jadi keliru...


Sunday 18 March 2012

Apam Balik..


Percubaan nak buat apam balik sendiri hampir berjaya..Hehe.. Ok lah walau tak lah sesedap beli kat pasar. Mungkin sebab saya tak pandai nak bajet tebal apam tu kan..hehe.. Tapi encik suami kata OK jer.. Terkejut dia tengok saya mencuba buat apam balik sendiri tadi. :)





Resepi : Apam Balik
Sumber : MyResepi.com
Di try test oleh : CtAyue

Kulit : 
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1  sudu kecil soda bikarbonat
1  sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan air

Bahan tabur : 
1 tin jagung manis
1 cawan kacang tanah mesin-goreng dulu
1/2 cawan gula
sedikit mentega

1) kisar gula dan telur hingga kembang
2) campurkan soda, baking powder, pewarna, air dan tepung. Kisar lagi hingga tidak berketul. Rehatkan adunan 30 min @ 1 jam dulu baru masak. (tapi tadi saya terus je masak..hehe..next time kena peram dulu erk kejap)
3) sapu mentega pada kuali pan, guna api perlahan
4) Ambil 1 @ 2 senduk dan masuk dlm kuali, ratakan. 
5) Biar setengah masak, tabur bahan tabur dan biarkan garing atau hingga masak.
6) lipat dua dan angkat..

p/s : adunan ini boleh dapat banyak gak lah, tengok pada ketebalan masa letak dalam kuali pan tu lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute