Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 22 March 2012

Bila anak tak nak minum susu....


Hai rakan-rakan blogger ku.


Pagi tadi kami ke klinik untuk checkup berkala si kecik saya. Alahai berat nye tak naik mana pun, 400 gram aje naik. Mula lah saya rasa susah hati sebab dah nak atas pagar je dari garis kuning tu. Walau lepas lah garis kuning tu tapi hati ini tetap risau. Yelah umur nya dah 3 tahun tapi beratnye hanya 12 kg aje. Nurse tu kata ini ikut ibu dia ke ni? Itu adakah satu pertanyaan atau perli yer?? Hehe.. 

Ekceli, Adam memang tak nak minum susu tepung lepas dari bercerai susu badan sejak umur dia 2 tahun 7 bulan hari tu. Saya memang pernah dah try beli kan susu tepung kat dia. Mula-mula yang asli kemudian yang coklat pun dia tolak jugak tak nak minum. Penat je buat letak dalam gelas kat dia tetap tak minum jugak. Last2 due camtu je susu tu. Entah lah... Mungkin sebab saya cepat sangat give up kot.

Nurse memang marah lah sebab dia tak minum susu jadi kalsium takde di situ. Nurse ajar lah saya beberapa tips nak galakkan anak minum susu tepung.

1) Campur dalam minuman milo nye, mula-mula 1 sudu dan nanti tambah lah jadi beberapa sudu lagi.

2) letak susu tepung dalam menu makanan dia seperti cekodok ke, kuih-muih ke.

3) bagi dia minum susu dengan cicah biskut.

Antara tips lain pulak :

1) Ceritakan anak-anak tentang khasiat susu. Dengan mengetahui kebaikannya, dia tentu gemar minum susu.

2) Pastikan semua ahli keluarga suka minum susu. Apabila melihat situasi ini sudah tentu anak anda tidak mahu ketinggalan.

3) Benarkan anak anda memilih perisa susu yang digemari. Anak anda mungkin lebih gemar minum susu yang berperisa, seperti coklat, pisang dan strawberi berbanding susu biasa.

4) Gantikan susu dengan yogurt atau susu soya.

5) Gunakan daya kreatif untuk menghidangkan susu sebagai contoh, kisar dengan ais krim untuk menyediakan susu kocak. Kisar bersama buah-buahan atau jus buah-buahan untuk menghasilkan 'milktail'. Jika anda kisar bersama ais, anda akan memperoleh minuman susu kocak ais yang istimewa sekali.

sumber : info utusan

Risau sebenarnya bila dia tak nak minum susu. Dia memang makan lah jugak tapi si kecik saya ni aktif sangat. Lepas ini memang kena kerja keras sikit untuk jayakan misi galakkan dia minum susu tepung. Bimbang takut dia kekurangan kalsium dan zat. Kesian nanti kat si kecik ku itu. Setakat ni saya hanya dapat bagi dia minum vitagen, solvite dan susu kotak je tapi susu kotak tu pun separuh je dia minum.

p/s : Sesiapa ada tips lain macam mana nak pujuk anak minum susu boleh lah berkongsi ngan saya yer.

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute