
KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.
sumber : metro
p/s : Sungguh risau. Semoga tiada keluarga kita alami kejadian seumpama ini. Dunia ni dah tak selamat dah rasa..

Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






4 Komen Cerita Hati:
macam²lah sekarang ni.. menakutkan jer...
moga di jauhkan dari keluarga kita jadi sebegini..
harap2 keluarga kita selamat. insyaALLAH
kan....harap2 gadis tu selamat....cepat lah jumpa balik
Post a Comment