
Hanya nak kongsi tips cara potong kek guna kaedah benang kpd sesiapa yg takde tool cam saya lah. Hehe.. Sumber asal dari fanpage ini. Sila like fanpage ini ye kalau suke. Fanpage Jom Masak. Banyak jugak tips dan info kat situ.
Credit untuk Jom Masak sebab sudi share tips ini. Izinkan saya share kat sini pulak yer. :)
1) Mula-mula, lilitkan benang di sekeliling kek. Anggaran lah tebal mana nak dipotong.
2) Silangkan benang yang lebih, kemudian tarik benang kiri dan kanan ke arah anda.
3) Ulang langkah yg sama untuk memotong beberapa lapisan yang dikehendaki.
p/s : Saya pun belum cuba lagik. Selama ni potong pakai pisau jer nak tak rata mesti senget2 ajer..So, lepas ni boleh lah try kaedah ini pulak. Hehehe.