Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 11 February 2012

Tahniah Sayang..........



Sangat seronok bila anak dah tak pakai diapers.. Tahniah sayang ibu. Finally berjaya memahami apa kegunaan tandas. hehe. Sebenarnya, mmg mencabar jugak nak ajar dia. Buang merata tu biasa lah. Tapi, nak tahu cmne dia boleh pandai ke tandas. hehe.. Lepas dia ter buang air kecik kt dapur umah acik midah dia.. Jiran sebelah umah. Lepas dari hari kejadian tu, maybe dia rasa malu kot dan teringat kisah tu... dan terus dah pandai buang di tandas..hehe.. Dan sekarang, malam pun dia dah tak pakai diapers lagi.. Good bye diapers.. Hehe. Tapi kami still lagi beli jgk wt stock, standby lah jgk if nk berjalan kena jugak bawak kan kot2 ter ermengency ke.. 

Kepada ibu2 yang baru nak ajar anak utk potty training : 

1) kena banyak bersabar sebab mula2 mmg kite kena mop lah apalah kan, so itulah cabarannye.
2) sentiasa pesan kat anak dan ingatkan anak. kena bertanya tiap masa kat anak samada anak nak buang air ke tak. 
3) kalau dia ter buang merata, jgn marah.... sebaliknye tunjuk dgn betul apa sepatutnye dia buat.
Apapun.... Pokoknyer.. kena rajin lah sikit baru misi anda berjaya. 
Good Luck. 
hehehe.. 


Anak ibu, Muhd. Adam Akmal.. Tahniah sayang......







Coretan Rajin

Tuesday 7 February 2012

Mari Menabung


Menabung? Apa itu menabung sebenarnya.. Menabung ialah menyimpan sebahagian wang yang terperolehi untuk masa depan ataupun digunakan untuk kecemasan di kemudian hari. Emm.. cmane yer nak galakkan anak menabung? terfikir2 sy.... sebabnya sy mmg nak mengajar anak menabung sejak dari umur dia kecik lagi. Semoga kelak dia lebih memahami pentingnya menabung. Belajar dari pengalaman diri sendiri kan. Hehehe.. So, sy pun google lah. Terjumpa lah tips di bawah ini dari sumber tertentu. Ok, meh sama2 kite pratikkan untuk anak kita okey. Jom tengok....
.
.
Di bawah ini ada beberapa panduan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menabung duit dengan mudah. di sini



1. Matlamat

Jelaskan bagaimana wang dapat membantu kesejahteraan hidup. Contoh paling mudah dengan membawanya ke kawasan

perumahan. Tunjukkan rumah mewah dan yang bukan. Katakan bahawa jika mereka pandai menyimpan dan menguruskan kewangan dengan baik, insya-ALLAH hidup mereka akan lebih sejahtera dan dapat mendiami rumah yang lebih selesa.

2. Arah Tuju

Tanamkan dalam diri anak agar menjadi orang yang berjaya dan berharta. Mungkin ia nampak seakan materialistik. Tetapi itulah hakikat kehidupan dalam era moden ini. Bantu mereka untuk mengenali arah tuju kehidupannya. Nyatakan bahawa menyimpan wang dapat membantunya melanjutkan pelajaran atau terjun dalam bidang perniagaan yang menjanjikan hasil yang lebih lumayan.

3. Buka Bank

Bawa anak ke bank untuk memberi kefahaman erti menyimpan wang di institusi yang bertauliah. Dengan ini dia akan faham bahawa wang bukan sahaja boleh disimpan dalam tabung tetapi ada institusi khas untuk tujuan itu. Dengan ini dia akan faham bahawa betapa menyimpan duit adalah penting bagi semua orang.

4. Belajar Perbezaan

Bantu anak untuk mengajarnya mengenali perbezaan keperluan dan kehendak. Dengan kefahaman ini membuatkan dia tahu untuk membuat keputusan barang apa yang perlu atau tidak. Cara ini secara tidak langsung mengajarnya erti berjimat cermat dan tidak boros.

5. Kenalkan Kos

Kanak-kanak tidak mengetahui apa yang dikaitkan dengan kos. Mereka tidak mengetahui nilai kos anak patung atau buku. Bagi mereka harga tidak memberi pengertian kepada mereka. Bawa anak ke kedai borong dan bandingkan dengan harga di kedai biasa. Nyatakan padanya jenis barang yang boleh diberi secara borong agar dapat menjimatkan kos.

6. Perancangan

Ajar anak untuk belajar tentang bagaimana untuk merancang dan bersikap sabar jika ingin membeli barangan kesukaan mereka. Dedahkan kepada anak pada awal usianya tentang kepentingan menyimpan duit sehinggalah barang yang dihajati itu dapat dibeli tanpa sebarang kos tambahan. Katakan padanya kalau berhutang, harga barang selalunya lebih mahal. 
.
.
Pic kt bwh nie adalah my little son. Alhamdulillah, dia kalau nampak duit syiling lebih..mesti dia akan masuk kan dlm tabung kepsi dia..hehe.. pernah dah tabung tu mencapai RM60 hasil tabungan dia sendiri bila ternampak duit syiling lebihan ibu atau abah dia lepas beli barang, atau letak merata atas meja ke..dia akan amik dan masuk tabung dia..Hehe.. Hope ini pun dia akan terus kekalkan sampai dewasa. Amin.
.
.
.
Tengah pilih2 syiling mana nak dimasukkan dulu..hehehe
.
.

 .
.
dah siap nak masuk kan lam tabungnye
.
.
 .
.
Nah, ini syiling adam yer... Jom join adam jugak kay
.
.

Tips saya pulak.. yang sy pratikkan sendiri lah yer.. Hehe..

* Sy suka bagitahu anak kenapa abah dia pergi kerja penat2 cari duit, tujuannya utk apa. Sy selalu ckp yg abahnya pergi keje utk cr rezeki. Nak beli baju adam, bagi makan minum adam..jadi adam kena hargai duit abah kasi.. tah tahu lah dia phm tidak sbb dia br je 3tahun.hehehe. hope dia phm lah.

* Lepas sy beli brg2, kalau ada duit syiling lebih, sy akan bg anak pegang dan pesan balik rumah nanti masuk dlm tabung.

* Kalau anak nak beli brg dia, sy follow dia ke kaunter byrn, then bagi dia duit secukupnya... suruh dia byr sendiri.. dan duit balance tu sy suh dia simpan dlm poket, then pesan benda yg sama. Alhamdulillah, walau dia kecik lagi, dia buat jgk lah bile balik tu. 

* Saya suka letak syiling atas meja..saja nak tengok dia.. silap2 dia yg bebel knp ibu dia knp letak merata nie..adoii..kan dah kena..hehehe

* kalau pergi kedai, dia boleh amik dua brg je.. contoh aiskim 1 dan cekedis 1 (jajang food tu ler, betul ke mengeja nie..hehe..belasah jelah yer) hehe.. kejam tak sy.. bukan pe, sy risau nk ajar dia amik byk2, takot nanti dia jadi tamak dan suh ikut kemahuan dia je..tu yg tak best tu.. buatnye tak cukup duit.. malu jer. hehehe. lainlah kalau time shopping bulanan kan.. ini kalau pergi kedai nak beli sikit2 yer. Biasalah budak2 suka kedai kan..hehe..

* Beli tabung yg comel2 kat dia..hehehe...

( cuma satu je, sy masih belum bukak akaun bank utk dia.. emm..kena bukak jgk nie sepertimana saranan tips kat atas tadi tu..hehe. )





Coretan Rajin

Monday 6 February 2012

New Pets In Our House

.
.
.
.
Setiap orang mesti ade hobi dia tersendiri kan. Hobi nie sebenarnya bagus untuk hilangkan stress.. Macam saya, hobi terbaru membaking dan ber blogging. hehe.. Hari2 mesti nak jenguk gk blog kesayangan nie. U olls pun camtu gak kan? hehehe. Ini nak share cerita hobi encik suami dan our little son si kecik adam. First adam kata suka pelihara kucing, tapi kucing kampung... nakal sangat dan suka mencakar sana sini..tak sampai sebulan pun bela.. pi hantar tempat asal nye balik..hehe.. sbb tu kucing terjumpa. Encik hubby kesian sbb dia nyaris nak kena langgar kete. Tapi kami tak kejam Okey..kami hantar ke kawasan yg strategik dan senang dia cari makan..hehe.. 




Second.. Encik hubby beli ikan kaloi.. sampai sekarang ade lagi.. makin besar.. mmg dah besar pun.. kuat makan.. tapi ikan nie sangat berperasaan.. (mungkin sy je yg perasan encik hubby kate) hehe.. ikan nie kalau blk kg lame, dia kan merajuk..time bagi makan, dia buat dek je..haaa..kan ade perasaan ikan tu.hehe.




3rd percubaan nak pelihara rabbit.. mula2 beli seekor.. rabbit bandor sy pgl.. nickname dia putih. punya lah sayang kt rabbit nie, balik kg sgup tu bwk balik sekali.hehe.. rabbit adam kata adam. Kesian tgk dia seekor je.. Beli lah rabbit lain tp rabbit versi kampung..Rupanya tak boleh bercampur kalau berlainan asal keturunan..huhu. Mana lah kami tahu. Rabbit kg tu cakar rabbit puith sampai mati.. sgt sedih.. sampai sy pun menangis dan adam still ingat rabbit putih dia.. if tanya mana rabbit adam, dia cerita lah yg rabbit dia mati sbb gaduh..huhu.. last2 yg lg satu tu pun mati jgk.
.
.
haaa... yang bawah nie the latest pets in our house
.
.
chumell kan??
.
.

 .
.
Big Owner nie okey



So, sekarang, Encik hubby menambah lagi koleksi pets nyer..huhu.. Iaitu Angry birds kata adam.. Love birds kata encik hubby.. Comel.. Sepasang okey.. So, our house have two types of pet. hehe... Al- kisah nye lah kan. Hope berhasil lama lah.. Mahal tu beli.. yang kaloi tu mmg tahan lasak.hehehe..


Coretan Rajin

Adoii.. ape aku buat nie



Huhu.. Ctayue cuak lah..silap terdelete.. tadi lah duk try buat account utk create blog lain. tapi pakai email lain. then, gatal delete account tu sbb cam tak jadik jer. Kenapa entah... tiba2 masa nak login my lovely blog cerita hati nie jd blur pulak.. dashboard tak hape2 kuar..huhu.. tak cam selalu..senang jer..login terus dashboard.. Alamak!!! kenapa entah.. rasanya tak berkait pun ngan email, password dan blog cerita hati nih.. huhu.. Ingat nk create lah blog lagi satu utk biz nye baking kan.. tgk cm tak jadi..tu yg terus delete..hahaha.. risau nyer..janganlah berlaku ape2 pada account blog cerita hati kesayangan ctayue nih..huhu.. sape2 tahu tak??


Coretan Risau

Semoga Dia Jadi Terbaik....



Anak adalah anugerah yg sangat berharga.. yang tak dapat digambarkan bagaimana gembiranya apabila dikurniakan anak Dari-NYA YANG MAHA ESA. Anak adalah tanggungjawab setiap ibu bapa, untuk mencorakkan kehidupannya kelak menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Setiap ibu bapa pasti inginkan setiap anak nya menjadi yang terbaik. Sepertimana aku juga yang mengharapkan segala yang terbaik untuk anak ku. 

Bertuahnya kita yang dikurniakan anak.. berbanding mereka-mereka yang sangat mengharapkan kehadiran anak dalam umah tangga mereka... Saya juga punya teman yg sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak.. Nampak jugak raut kesedihan di wajahnya, namun kita hanya mampu merancang dan yang menentukan DIA YANG MAHA KUASA. Tetapi saya hairan kenapa lah ada orang yang terlalu kepoh bertanya bila nak ada anak? bila dah dpt anak sorang, bertanya lagi.. bila nak tambah anak? bila dah bertambah2 anak.. bertanya lagi sambil bergosip.. huh, ramai nya anak dia?? emmm.. apakah ini semua? adat manusia suka menjaga tepi kain orang kan.. Tidak sedar kah dia yg segala pertanyaan nya itu mungkin akan mengguris hati orang yang dia tanya tu.. alahai..... Tapi lagi sedih, orang-orang diberi peluang untuk punya anak tapi buang anak.. sedih tengok kes2 buang bayi especially di kalangan remaja bermasalahan.. Emm... sedih kan. Sama-sama kita berdoa moga orang2 begini insaf dan masalah seperti itu tiada lagi...

Seorang ibu sanggup bersusah demi anak..sentiasa ingat anak walau anaknya sudah berkahwin. Ibu saya selalu ambil berat kat saya walau saya nie dah kahwin.. hehe.. Thanks to my mum yang sentiasa sayangkan saya.. Love you too mum. Sy jugak amat mengharap semoga anak sy menjadi yang terbaik di masa depan nya. Menjadi anak yang taat dan soleh serta berjaya dunia dan akhirat... Amin..



Bila dia dah suka menulis, melukis dan suka buku.. Alhamdulillah.. Semoga dia sentiasa minat begini. 






Buah hati penyeri hidup kami. Muhd Adam Akmal B. Mohd Azrul.


Coretan Rajin

Sunday 5 February 2012

Mood Rajin datang lagi..hehehe


Hai U olls..

Petang tadi, Ctayue teringin benar nak membaking.. pi kedai beli bahan2, hehe telur je takde pun, yang lain2 all ready dah standby sbb ini hobi baru ku kan.. hihik.. balik terus buat..hehe.. dah lama simpan resepi nie.. Hari ni baru berjaya cuba nye.. First buat menjadi..gebus gebas lagi.. hehe.. Marilah menatap African Marble Cake.. Ctayue buat versi brownies sbb pakai loyang square kan.hihik..







Resepi nyer ctayue amik dr myresepi.com. sini yer ( ctayue malas pulak nk salin..hehe)

                                                                                                                                 
                                                                                                        Coretan Rajin




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute