Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 7 September 2013

~Kek Marble Kegemaran Kami sekeluarga~

Kek Marble sememangnya kegemaran kami sekeluarga dan inilah juga sarapan Adam sekarang.. Dia lebih suka makan kek dari roti. Kalau beli roti, memang lambat habis dan kadang tu dah expired pun belum habis jugak.. sudahnya ke tong ler jawabnya. Emmm kan dah membazir tu. Buat kek boleh tahan seminggu tapi biasanya dalam tiga empat hari habis dah.. Hihi.. Kena jimat cermat, kan minyak dah naik.. Haha.. Nanti rege roti pun kot naik. So, rajin jelah diri ni buat kek sebagai ganti salah satu sarapan Adam sebelum gi tabika. Encik suami pun suka... selalu belikan telur kalau telur habis, katanya ibu nak buat kek kan.. Kiki.. (^_^)
Resepi Kek Marble

1 cawan marjerin
1 cawan gula castor
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 tbsp baking powder*
2 tbsp susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
pewarna-pewarna kesukaan

> Pukul marjerin + gula hingga kembang.
> Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang, tambah susu + esen.
> Masukkan bahan-bahan * yang telah diayak dan pukul sebati.
> Tuang dalam loyang yang digris marjerin secara selang seli.
> bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

Nota : Dulu.... saya tak berapa pandai masak apatah lagi buat kek bagai ni.. Tapi dengan minat + sedikit sikap suka cari resepi dan cuba buat... lama kelamaan dengan sendirinya jadi suka nak masak + suka nak buat kek dan menjadikan diri dah boleh buat kek.. Hihi.. tipsnya ikut jer resepi yang kita nak cuba tu dengan betul dan rajinkanlah mencuba..

5 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

ohh kek marble ekk nama dia..sy panggil kek bodoh je.hehe sbb kek ni kan takde mende,sbb tu namanya odoh..suka juga buat n makan..tp skang ni tak berapa nk rajin..nti dh rajin boleh cuba resepi ni..

ven bodoh,kek ni paling sedap kan?

sy dulu pun tk reti msk,lepas kawen baru belajar msk..dulu2 masa takde internet,klu nk masak siap baca resepi belakang palstik rempah.teruk kan..:)

S.K.A said...

hu3 cntik kek 2 =) kek mmg sdp mkan pg dan ptang..rsa kek 2 sdp dri roti..sbb 2 la xmuak..rajin akak bt..

Chic Na said...

kek marble mmg sedap tak muak.. bestnya hari2 breakfast kek marble..

P#eoniX said...

wah!!!!kek marbel ko mengancam lah...hehehhe...

tomato oren said...

sy suka bake kek..hihi..semalam dah bake kek oren..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute